BAB 5
Tuesday, 2 April 2013 | 0 comments
![]() |
We're Se7en! (Seperti Seven Anjells cuma mereka bertudung) |
BAB 5
Irma Qaisyara
(94) memulakan upacara ‘berkabungnya’. Memakai pakaian serba hijau. Bukan
sahaja pakaian, malah kasut, beg tangan, jam tangan dan lain-lain lagi turut
berwarna hijau namun berbeza tona warna. Sampaikan ahli yang lain naik segan
tatkala berjalan bersebelahan dengannya. Semua orang turut memandangnya. Dah
macam kempen alam sekitar, dah. Macam cik ‘green
apple’ pun ada jugak. Teman-temannya hanya mampu menggeleng
kepala dan menjongketkan bahu sahaja. Dah macam-macam cara dibuat untuk cari cicak
hijau tu, namun tetap tak jumpa juga.
Nak buat macam mana lagi?
“Aku yakin,
Igoo mesti kena culik,” ujar 94 penuh yakin. Tersedak semua yang berada di
situ. Minuman hangat untuk minum petang itu segera diletakkan kembali di atas
meja kaca yang hampir 70% diperbuat daripada berlian yang berukiran cantik.
“Kena culik?! Are you sure? Takkanlah. Berani betul ‘penculik’ tu nak
culik Igoo,” 91 menidakkan.
“Pasti! Aku
yakin Igoo kena culik,” 94 masih yakin dengan ‘firasatnya’. Dia menghirup
sedikit air teh yang berada di hadapannya. Ahli kumpulan yang lain berpandangan
sesama sendiri. Masing-masing menjongketkan bahu. Aneh dengan kelakuan 94 juga
hairan dengan keyataan gadis itu.
“Irma Qaisyara,
cuba kau fikir sikit. Takkanlah penculik tu sanggup masuk dalam bangunan ‘hutan belukar’
penuh misteri kau tu. Dahlah semak, semuanya tumbuhan hijau dalam tu. Lampu pun
warna hijau. Nak cari Igoo pun, aku rasa seminggu baru jumpa. Susah sangat nak
cam. Lagipun, banyak kemungkinan lain yang boleh terjadi. Aku tak fikir yang penculik
tu tak berfikir panjang sebelum nak buat perkara ni. Iyalahkan, dalam bangunan
kau tu ada bermacam-macam speisis hidupan lain. Contohnya ikan pirana. Eee..
takut aku! Cukuplah hari tu aku masuk sekali kat dalam tu. Pergh! Memang seram.
Kalau penculik tu boleh masuk and then
culik Igoo tanpa fikir apa-apa yang boleh berlaku pada dirinya sendiri, aku
memang tabik springlah dekat dia,” 92
mula melancarkan hujahnya. Ahli yang lain hanya mengangguk mengiyakan.
“Korang ni sudah-sudahlah bersangka buruk
dengan hutan konkrit tu. Sebut pun hutan, mestilah penginap dalamnya haiwan takkan manusia pulak.
Lagi pun, semuanya selamat dalam akuarium, sangkar dan tempat masing-masing,
kan? Apa yang nak ditakutkan sangat,” bela 95. Padahal, dia sendiri kurang
pasti dengan apa yang dikatakannya seketika tadi. Cuma mahu meyedapkan keadaan
sahaja.
“Habis tu, macam mana Igoo boleh hilang
pulak?” tanya 94 dengan riak muka yang teramatlah sedih. Mana taknya, dia telah membela Igoo sewaktu Igoo masih
kecil sebesar dua jarinya sahaja. 90 yang duduk di sebelah 94 segera memegang bahu sahabatnya itu.
“Janganlah sedih sangat. Kau tak ingat
ke yang pintu belakang bangunan tu kan pintu auto? Ada remote control dekat
dalam bangunan tu kan? Aku rasa, mungkin Igoo dah terpijak remote tu dan pintu tu pun terbuka. Rasanya, bunyi
pintu belakang tu terbuka yang tarik perhatian dia. Dia pun pergi ke arah situ.
Janganlah risau sangat, dia tu bukannya cheetah pun. So, maybe sekarang ni dia masih ada berhampiran dengan bangunan tu
lagi,” 90 pula mengemukakan teorinya. Masing-masing terdiam cuba menimbang akan
kesahihan kata-kata ketua mereka itu.
Selesai sahaja
minum petang itu, mereka pun melakukan aktiviti masing-masing. 90, 92 dan 94
pergi membeli-belah di shopping mall
milik ayah 94. Sebenarnya itulah cara bagaimana 94 melepaskan segala
perasaannya dengan menyerbu shopping mall.
Mereka baru sahaja bertolak ke bandaraya beberapa minit yang lalu dengan menaiki
kereta mewah masing-masing. Sementara 91 dan 93 pula sudah ada rancangan
tersendiri untuk dilakukan di rumah agam itu sahaja.
95 pula
kebiasaannya akan pergi ke mana-mana tempat yang tenang untuk dia melukis.
Gadis ini kebiasaannya akan mempamerkan hasil seninya di galeri yang terdapat
di bangunan SE7EN
ANJELLS yang berada di dalam kawasan universiti. Memang
makanan dialah bab-bab melukis ni. Budak senilah katakan...
96 pula akan
pergi ke taman-taman di universiti untuk membaca novel di situ. Malas nak
merayau jauh-jauh. 96 memang terkenal dengan sikapnya yang gemar membaca buku.
Kekhusyukkannya memang luar biasa. Kadangkala, teman-teman lain naik bosan
tatkala berbual dengannya sewaktu dia sedang membaca novel. Jarang sekali dia
akan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap perbualan tersebut. Ulat bukulah
katakan.
********
SETELAH sang suria melabuhkan
tirainya, rembulan hadir bersama binatang... eh, bukan. Bintang bagi menghiasi
kekosongan malam. Banglo serba kaca nan gah, riuh dengan gemersik suara seisi
rumah agam itu. Tujuan utama mereka adalah mengisi perut masing-masing yang
telah berkeroncong lagu raya. Sungguh, memang tidak sah jika tidak dihiasi
dengan suara-suara yang sedia menceritakan aneka cerita. Pencerita tak bergajilah
katakan. Ikhlas betul dia orang ni.
Anehnya,
banglo ini tidak pula diinap oleh orang-orang gaji mahupun pekerja. Ahli Seven
Anjells tidak pun mengambil orang gaji untuk membersihkan seluruh rumah,
tukang masak untuk menyediakan santapan buat mereka, driver yang diupah untuk menghantar ke tempat yang hendak dituju. Hampir
semua diuruskan oleh mereka sendiri. Ini kerana...
********
“WHAT?!” kata
ketujuh-tujuh mereka serentak dengan nada yang separuh menjerit. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Bapa masing-masing yang merupakan usahawan yang berjaya hanya menganggukkan
kepala mengiyakan apa yang telah diperkata kepada puteri-puterinya.
“Alah, papa…”
“Takkanlah daddy…”
“Kejamnya…”
“Please,
papa…”
“Come
on, dad.”
“Tolonglah, papa. Takkan tak boleh
kut,” bermacam-macam jenis respon yang keluar daripada mereka.
“No,
no, no! No and no! Kami dah sepakat untuk support pembelanjaan pembinaan banglo idaman kamu semua ni, tapi
kamu tidak dibenarkan mengambil orang gaji sama sekali, faham? Muktamad!” jelas
salah seorang daripada bapa ahli kumpulan Seven
Anjells, mewakili yang lain.
Tapi cuma bapa 90, Tan Sri Aliff sahaja
yang tiada di situ kerana ada urusan. Mereka tetap
bertegas dengan keputusan mereka. Rayuan anak-anak mereka langsung dipandang sepi.
Ketujuh-tujuh gadis muda itu mengeluh berat.
“Takkanlah
rumah besar macam tu nak bagi kitorang
kemas sendiri? Tak kesian ke dengan anak-anakmu yang manis lagi jelita ini?”
“Wahai papaku
sayang…” sambung yang lainnya. Usaha rayuan mereka masih diteruskan lagi.
“Tetap tak
boleh!” keenam-enam lelaki yang usianya mencecah separuh abad itu berkata
serentak. Mantap dan penuh jitu. Spontan, masing-masing mengetap gigi.
“Fine!!!”
Haish… orang
tua ni, sepakatnya tetap tak nak kalah jugak. Aiseh… betul-betul sepakat membawa berkat,
ni! Getus mereka dalam hati.
************
MALAM itu juga mereka berkumpul. Membuat perjumpaan sulit. Mencari jalan
penyelesaian tentang isu pagi tadi. Isu hangat tentang mereka tidak dibenarkan mengambil
orang gaji, tukang kebun, pemandu dan yang sama dengannya.
“Macam mana ni, girls?” Tanya 92 dalam perjumpaan itu. Masing-masing
hanya diam memikirkan jalan penyelesaiannya.
“Hmm... nak
buat macam mana lagi, kan? Nampaknya, memang dah nasib kitalah untuk kemas rumah
sebesar alam tu nanti,” 91 pula membuka bicara.
“Kemas rumah? Ergh… not my job, okey?” 90 membantah.
“Kalau macam tu, apa kata kalau kita
buat sistem ‘harta kau, harta kau. Harta aku, harta aku’?” usul 95. Dahi yang
lain kelihatan berkerut tanda tidak faham maksud gadis berambut panjang itu. 95
yang mengerti akan reaksi rakannya hanya melakarkan senyuman.
“Maksud aku,
kau kemas barang-barang kau sendiri, aku kemas barang-barang aku sendiri.
Contohnya, bilik tidur. Kalau contohnya ruang tamu atau ruang makan, kau guna
dan engkaulah yang kena kemas. Kalau kita sama-sama gunakannya, kitalah
sama-sama yang kena kemas. Macam tu, barulah dapat pupuk disiplin dalam diri,
faham?” jelasnya panjang lebar membuatkan teman-temannya melemparkan senyuman.
“Oh…” Hampir
serentak mereka bersuara.
“Habis tu,
siapa yang nak masakkan untuk kita semua nanti?” 93 mengemukakan soalan. Segera
semua mata tertumpu ke arah 95 yang merupakan anak pengurus besar Setia Kasih Restaurant.
“Apa?”
Tanyanya pura-pura tidak mengerti. “Hmm… nampaknya, akulah yang akan jadi H.A korang, kan?” sambungnya.
“H.A?” 94
bertanya. Berkerut dahi gadis itu yang ternyata tidak faham akan singkatan bagi
segaris perkataan. Ketinggalan zaman betullah minah ni!
“Hamba abdi!”
jawab yang lain hampir serentak. Meletus tawa mereka.
“Kami ni tak
adalah kejam sangat sampai macam tu sekali, 95. Tak apalah, kita buat
sama-sama...” ujar 91 seusai tawanya tidak lagi bersisa.
“Kita kan
kawan,” sambung yang lainnya. 95 hanya tersenyum.
“Err, tapi girls.. siapa yang nak uruskan taman tu
nanti? Maksud aku kawasan luar rumah. Siapa yang nak bersihkan kolam ikan,
potong rumput, siram pokok bunga semua tu? Tak nak aku!” 92 bersuara sambil
membuat mimik yang geli geleman. Gadis itu sudah membayangkan kukunya akan
patah jika melakukan kerja-kerja amal itu. Antara mereka, 92lah yang paling mementingkan
penampilan diri. Yang lain berpandangan sambil menganggukkan sedikit kepala
tanda setuju.
“Siapa nak?
Aku pun tak nak.” sokong 91 pula.
“Jane ajelah.
Dia kan minat hijau-hijau alam sekitar ni.” Cadang 93 selamba sambil mengerling
sedikit ke arah 94. 94 sempat menghadiahkan jelingan sambil mencebik. Yang lain
hanya tertawa kecil.
“Apa kata
kalau kita upah tukang kebun? Alah tukang kebun je, bukan maid pun.” Cadang 90. Seketika mereka berpandangan seraya mengangguk
hampir serentak.
“Boleh ke?
Papa kasik pula?” Tanya 96 yang
kurang setuju dengan kesepakatan teman-temannya.
“Bolehlah 96.
Orang-orang tua tu takkan tahu kalau tak ada yang bagitahu. Lagipun gaji dia
kita yang bayar, bukan diorang.” Ujar
90 seraya menyentuh lembut bahu sahabatnya yang seorang itu. Yang lain sekadar
tersenyum. 96 kelihatan berfikir sejenak sebelum lambat-lambat dia mengangguk
tanda setuju.
“Kalau semua
dah setuju, so masalah kita dah
selesai.” Ujar 92 bernada girang.
“Masalah apa
yang Seven A tak boleh selesaikan?”
Tanya 90 bernada bangga dengan kumpulan yang dirasakan sempurna itu.
Mereka yang
baru sahaja berumur 18 tahun sudah tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke
banglo kaca idaman itu apatah lagi ke alam universiti. Semua perancangan telah
diatur rapi. Semangat yang berkobar-kobar bertambah membara tatkala universiti
yang bakal dituntut nanti merupakan cawangan universiti milik ayah 90. Bolehlah
tambah pengalaman nak jadi taiko
besar nanti. He he he...
Ditambah pula
universiti swasta itu merupakan satu-satunya cawangan di Malaysia sementara
induknya beroperasi di United States. Sesiapa sahaja pasti teruja dan bangga sekiranya
dapat melangkah masuk ke gerbang pintu universiti itu.
***********
SELESAI sahaja makan
malam itu, masing-masing meluangkan masa bersama di ruang tamu. Mereka menonton
televisyen bersama-sama. 90 yang sedang duduk, bangun tiba-tiba sekaligus
menghalang tumpuan ahli yang lain untuk menonton cerita yang ditayangkan dikaca
televisyen.
“Aku nak pergi
bangunan Seven A sekejaplah. Nak
pergi ambil barang,” ujarnya. Semua perhatian serta-merta tertumpu ke arah 90.
“Nak pergi
bangunan Seven A? Yang dekat U tu?
Malam-malam macam ni? Kau biar betul?” Tanya 91 dengan mata yang tidak berkelip
melihat 90 yang sedang bersiap-siap untuk keluar. 90 hanya mengangguk sahaja.
“Ambil barang
esok ajelah, Ann. Bahayalah,” kata 96.
“Tak bolehlah.
Barang tu penting sangat. Seingat aku, aku tertinggalkan benda tu dekat lab,” ujar 90 masih berkeras mahu pergi.
“Kau tak nak kitorang temankan ke?” Tanya 95 masih
ragu-ragu dengan tindakan terlebih berani 90 itu. Gadis itu hanya menggeleng
sekilas.
“Tak apalah.
Aku pergi sorang aje. Kalau terasa merinding, aku panggillah pak guard. Hehe… jangan risaulah,” 90 tetap
meyakinkan rakan-rakannya yang lain.
“Okeylah, aku
pergi dulu,”
“Hati-hati!”
Sejujurnya
mereka tidak risau sekiranya 90 bertemu dengan orang jahat yang cuba mengganggu
kerana mereka bertujuh memang sudah siap dengan ilmu mempertahankan diri sejak
di bangku sekolah rendah lagi sebaliknya mereka risau sekiranya gadis itu
bertemu dengan makhluk lain. Alahai....
***********
SUASANA di universiti
swasta itu sangat hening dan sunyi. Kelihatan bangunan asrama pelajar lelaki
dan pelajar perempuan masih banyak lagi yang bercahaya biliknya. Kereta Ferrari
458 Italia putih itu pun memarkir betul-betul di hadapan bangunan besar tiga
tingkat yang mempunyai struktur yang paling menarik, separa bulat. Mudah saja
alat pengesan cap jari itu detect cap
jari ketua kumpulan Seven Anjells
sebelum gadis itu masuk ke dalam perut bangunan.
90 melangkah
masuk ke dalam bangunan besar itu dengan penuh cermat dan hati-hati. Dia
sememangnya sudah lali dengan selok-belok bangunan ini biarpun bangunan besar ini
terlalu banyak pecahan ruang di dalamnya. Kakinya melangkah pantas menuju ke makmal
di mana tempat 90 membuat uji kaji sesuka-suki hati dan seaman jiwa bola raganya.
Pintu makmal
dikuak perlahan. Dia meneroboskan dirinya ke dalam makmal itu. Suis lampu
dihidupkan. Barang yang dicari kelihatan berada kaku di atas meja tanpa
terusik. Pantas 90 mencapai barang tersebut. Tiba-tiba, anak matanya dapat
menangkap sesuatu imej yang berada di sebelah kirinya, di sudut penjuru
makmalnya yang agak luas itu.
************
“UWAAA!!! Jane, Ara... cepat
bawak cicak kau ni keluar dari makmal aku! Cepat! Datang sini segera! Keluarkan
dia dari makmal aku ni! Sekarang! Aku geli! Please
faster! ASAP!” arah 90 bertalu-talu dengan nada yang cemas plus geli.
“Ha? Ha? Hmm…
baiklah, baiklah,” dengan mamai, 94 menjawab. Talian dimatikan. Apa yang minah ni kecohkan? Aku baru aje nak
tidur. Gerutu 94 dalam hati . Dia jelas tidak memahami apa yang dikatakan oleh
90 dihujung talian. Dengan malas, dia pun bangun dan bersiap untuk ke
universiti.
**********
RASA mengantuk
yang teramatnya tadi hilang dengan beberapa kelip mata sejurus 94 masuk ke
dalam makmal milik 90. Jejak saja, anak matanya terus tertancap pada Igoo yang
sedang terbaring kaku di satu sudut di makmal tersebut. Dia segera berlari
mendapatkan haiwan peliharaannya yang kelihatan lemah tidak bermaya dan tidak
sedarkan diri.
94 menatap wajah
haiwan kecil yang sudah terkatup rapat kedua belah matanya itu. 94 menangis
teresak-esak melihat keadaan Igoo. Segera dia memaling ke arah 90 yang berdiri
kaku tidak jauh dari kedudukan mereka. Memandang tajam ke arah gadis itu.
“Kau culik
Igoo untuk jadikan bahan eksperimen kau, ea?!” Tuduh 94 membuta tuli dengan
penuh emosi. 90 yang terpinga-pinga segera menggeleng pantas.
“Tipu!”
tuduhnya lagi.
“Hei, cubalah
kau fikir sikit. Kalau aku yang culik Igoo, takkanlah malam-malam macam ni
jugak aku call engkau suruh ambik
balik cicak besar yang dah ceroboh lab
aku ni? Tentulah aku boleh buat sendiri! Ni, aku nak touch dia pun dah geli-geleman seluruh badan. Apatah lagi nak angkat dia, masukkan
dalam plastik and then buang dalam
tong sampah. Eee… tolonglah. Aku ada banyak lagi kerja lain yang perlukan
perhatian aku dan nak dibuat selain benda leceh macam tu, okey. Tu ha, tanyalah
cicak kau tu! Siapa yang salah? Aku atau dia? Iguana tu yang ceroboh makmal aku
dan makan whiskers buatan aku. Penat-penat
aku buat untuk bagi tikus uji kaji aku makan, dia pulak yang melantak. Kan dah
menggelupur kat situ,” 94 terdiam mendengar keterangan rakannya itu. Dia segera
bangkit dan menghampiri 90.
“Aku… aku
mintak maaf. Habis tu, Igoo ni macam mana? Dia hidup lagi ke ni?” Tanyanya
dengan juraian air mata.
“Dahlah. Jom
aku bawak kau pergi klinik haiwan. Jom, sekarang! Dah, jangan nangis lagi,”
pujuk 90.
“Ada ke klinik
haiwan yang buka waktu macam ni? Dah pukul 11:30 malam dah ni,” 94 mengeluh.
“Alah… cari
sampai ada! Kalau tak ada jugak, ada-adakan aje!” kata 90 penuh bersemangat
sambil menarik lengan 94. Mereka pergi meninggalkan bangunan Seven Anjells serta kawasan universiti lalu segera menuju ke
bandar.
*Terima kasih kerana sudi mmbaca.. untk makluman, novel ini juga tersiar di lman web penulisan2u... korng boleh taip seven anjells.. jgn lupa baca.. mhon kerjasma.. Tq.
Labels: se7en anjells