BAB 9
Sunday, 7 April 2013 | 0 comments
![]() |
Antara ruang yang terdapat dalam bangunan Seven Anjells |
BAB 9
BERDEKAH 96 ketawa.
Menitis air matanya dek kerana ketawa yang berlebihan. Apa la. Siapa yang tak
kenal dengan si Zoro tu? Si burung kacukan yang pelik. Helang plus parrot.
Pelik, kan? Sama pelik dengan tuan dia, 90. Aku pun pernah jugak kena patuk bertalu-talu
dengan si Zoro hari tu. Sakitlah jugak. Seminggu baru sembuh. 96 mula
mengingati kisah ‘nightmare’nya
tatkala dia mahu memberi ikan di kolam makan. Tak sangka, Zoro boleh ada pulak
dekat taman waktu tu. Ni mesti kes nak curi-curi makan ikan dalam kolam tu.
Ingat aku tak tahu ke? Taktik lapuklah Zoro ni...
“Agak-agak
jauh tak pejabat utama dari sini?” tanya lelaki itu sekaligus menlenyapkan scene ‘nightmare’ 96.
“Lebih kurang two hour,” ringkas saja jawapan 96.
Lelaki itu kelihatan terkejut.
“Lamanya! Jauh
betul! Besarnya universiti ni!” 96 hanya tersenyum. Dia sudah dapat menjangka reaksi
lelaki tersebut.
“Saya boleh
tunjukkan awak short cutnya,” buku di tangannya ditutup. 96 berdiri.
“Jom,” 96 mula
membuka langkah. Lelaki di belakangnya segera mengikut jejak 96 yang berada di
hadapan.
JAUH juga
perjalanan mereka berdua. Belok sana, belok sini. Belok kiri, belok kanan.
Kini, dua pasang kaki itu terpacak betul-betul di hadapan sebuah bangunan yang
tinggi. Bangunan ni, lain sikit ciri-ciri dia, lebih menarik, lebih cantik
kalau nak dibandingkan dengan blok-blok yang lain. Mereka berdua menghampiri
pintu utama bangunan itu yang sentiasa tertutup. Bersebelahan dengan pintu
utama, terdapat alat pengesan cap jari bagi membuka pintu tersebut. Seperti
biasa, 96 meletakkan ibu jarinya di atas skrin kecil itu. Ada cahaya kecil
menusuk ke anak matanya. Mesin itu kini sedang mengesan identiti penginap
bangunan itu melalui cap jari dan scan
anak mata. 96 hanya membiarkan. Asyraf hanya melihat saja.
“Alat pengesan
identiti untuk student universiti ni.” Terang 96 kepada lelaki berkaca mata
yang sudah sarat dengan persoalan di mindanya itu. Asyraf mengangguk sedikit
tanda faham.
Pintu utama
terbuka secara automatik. Baru sahaja dua makhluk itu mahu membuka langkah,
tiba-tiba telefon bimbit 96 menjerit nyaring membuatkan langkah mereka
terhenti. Pantas dijawab panggilan yang
masuk itu. Agak lama perbualannya di talian. Asyraf yang berada di depan 96,
turut menoleh ke belakang.
Selepas talian
dimatikan, dia menghampiri Asyraf.
“Err... saya
tak boleh temankan awaklah. Ada emergency
call. So, saya cuma dapat bagitahu aje okey,” ujar 96. Muka lelaki itu agak
terkejut.
“Okey, first awak masuk. Terus sampai jumpa
ruang tamu. Lepas tu, belok kanan. Straight
sampai nampak kolam air pancut. Turn left
then go forward until you see the lift. Don’t ever enter it. Just straight away
and again turn left. Jalan lagi sikit, kira-kira 20 tapak. Lepas
tu, belok kanan. Awak akan jumpa lorong, yang dindingnya seratus peratus kaca.
Masuk aje lorong tu, terus lari. Terus pecut. Don’t ever ever to look anywhere. Even pandang depan pun tak boleh. Just tunduk, pejam mata and...
run. Run for your life!” beritahu 96 bersungguh-sungguh. Semakin bertambah
kerutan di dahi Asyraf. Hisy, lelaki ni. Dah tak sabar-sabar nak jadi tua ke?
Hati 96 berbisik.
“Kenapa pulak
kena macam tu?” Asyraf bertanya pelik.
“Sebab, pernah
terjadi kes pembunuhan kejam dekat lorong tu. A lady was kill by her boyfriend. Dia diperkosa sepuluh kali sebelum
dibunuh tanpa belas kasihan. Kulitnya disiat-siat. Dengar cerita, teman
lelakinya tu memang ada masalah mental. Lepas disiat, rambut dan seluruh
bahagian kepala, dibakar. Badannya pulak, dicincang menjadi cebisan kecil.
Kemudian, cebisan-cebisan itu, dimasukkan ke dalam plastik sampah. Until now, pihak polis belum berjaya
mencari bahagian kepala perempuan tu yang terpisah dari badannya. Kepalanya
dipercayai ditanam di kawasan tu. What I
told you before is for your own safety, understand? Hantu tu belum pernah
mencederakan manusia lagi. Kalau setakat dengar orang nangis ke, benda
dipotong-potong ke, bunyi letupan kecil ke, it’s
normal, okey. Okeylah. I need to go.
Good luck.” tanpa menunggu sebarang respon daripada lelaki itu, 96 terus
berlalu.
“Aa...” 96 sudah
jauh meninggalkan. Asyraf mengeluh. Dia memeluk kejap tubuhnya. Rasa seram
sejuk mula menyelubungi dirinya. Dengan lafaz Basmallah, dia melangkah masuk.
Mengikut betul-betul arahan yang diberikan oleh 96.
Terbeliak mata
Asyraf yang biru itu tatkala melangkah masuk
ke dalam bangunan besar tersebut. Mak aii... ni bangunan apa ni? Five stars hotel ke? Hatinya bertanya
sendiri. Dia tergamam ketika melihat isi dalam bangunan itu. Sungguh cantik,
sungguh eligent. Macam rumah
President. Hilang terus rasa takut dan seram sejuknya tadi.
Kakinya setia
melangkah walaupun matanya sibuk menilai, melihat keunikkan isi dalam bangunan
itu. Semua barang-barang yang berada di situ, kelihatan sungguh mahal harganya.
Tanpa sedar, dia telah sampai di ruang tamu.
Seperti apa
yang disuruh 96, dia membelok ke kanan. Arahan yang diucap 96, masih segar di
kotak ingatannya. Jalan sana, jalan sini, akhirnya sampai juga Asyraf di
hadapan lorong puaka itu.
Kini, kakinya
betul-betul terpacak di antara sempadan lorong puaka itu dengan tempat dia
berdiri. Asyraf menarik nafas dalam-dalam. Bersedia untuk bermarathon sekali lagi. Here we go. Olahragawan sekolah telah
tiba! Dia mula membuka langkah seluas-luasnya. Memejam mata dan tunduk seperti
apa yang disuruh oleh 96.
90 yang masih
menyarung kemas suit berwarna putih
ala-ala doktor itu keluar dari makmalnya. Keluhan halus keluar daripada
mulutnya. Beberapai helai kertas, hasil uji kajinya, digenggam kemas. Dia mahu
ke bilik yang bertentangan dengan makmalnya untuk mengambil bahan-bahan kimia
yang telah tersimpan kemas di dalam bilik tersebut. Dia yang sedang sibuk
membelek kertas di tangan terdengar derapan kaki yang laju melangkah. Segera
dia menoleh untuk melihat punca bunyi yang semakin menghampiri.
Asyraf yang
baru mencelikkan matanya terkejut. Malangnya, dia tidak sempat menekan ‘brek’. Satu pelanggaran kuat berlaku.
Kertas-kertas ditangan 90 terlepas dan kemudiannya melayang ke serata arah.
Asyraf cuba mencapai tangan 90 yang terkapai-kapai hampir jatuh. Malangnya, graviti
bumi lebih memihak kepada 90.
Kedebuk!!!
Dah macam
bunyi nangka busuk jatuh ke bumi. Punggung 90 akhirnya mencium lantai bangunan
SEVEN ANJELLS!
“Hantu!”
Asyraf terjerit kecil. Matanya terpejam rapat. Dia takut untuk melihat apa yang
telah dilanggarnya tadi. Tatkala terdengar rengusan kecil 90, perlahan-lahan
Asyraf membuka mata. Laa... bukan hantu rupanya. Cantiknya perempuan ni! Hati
Asyraf sempat memuji.
Asyraf yang
masih terpinga-pinga melihat 90 duduk di lantai, hanya mampu menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal dan tersengih umpama kerang ‘wangi’ terlebih vitamin.
Ingatkan bangunan ni tak ada orang. Ku pikirkan hantu tadi.
90 menjeling
tajam. Muka cantik macam ni, dia panggil aku hantu? Mukanya yang putih melepak
kini tampak kemerah-merahan menahan marah. Volcano
dah nak meletup!
“Maaf,” begitu
mudah perkataan ‘maaf’ bagi Asyraf. Senang aje dia cakap. Dia segera membantu
90 berdiri. Huluran tangannya di tepis kasar oleh 90. 90 bingkas bangun dengan
rengusan kasar.
“Penceroboh!!!” jerit 90 lantang. Macam nak
runtuh bangunan ni dibuatnya. Cermin-cermin yang berada di sekitarnya boleh
jadi retak dibuatnya. Nasib baik berkualiti tinggi. Larva panas dah keluar!
Ahli Seven Anjells yang lain, yang
sedang sibuk dengan aktiviti mereka, lekas-lekas keluar tatkala terdengarkan
jeritan lantang daripada ketua mereka.
“Kenapa tu?”
Asyraf dapat mendengar banyak suara yang mengajukan soalan yang sama. Suara
yang dia sendiri tidak dapat mengenalpasti tuannya. Mukanya tampak gelabah. Apa
aje yang aku dah buat kali ni? Hatinya berkata risau. Asyraf yakin bahawa
pemilik-pemilik suara yang lain itu pasti akan ke mari. Apalagi, CABUT!!!
Asyraf lekas membuka langkah seribu.
“Betullah kata
perempuan tu, jangan pandang belakang, depan, kiri atau kanan. Jangan
terserempak dengan sesiapa. Kalau tak… macam nilah jadinya.” Sambil berlari
kencang, sempat dia berleter pada dirinya. Langkahnya mati serta-merta. Eh? Ada
dua jalan? Arah mana satu ni? Kiri atau kanan? Mana satu jalan untuk keluar?
Nak patah balik? Memang
taklah… macam mana ni? What should I do?
Dia menggaru-garu kepalanya. Argh! Buntu!
‘Lebih afdhal pergi kanan,’ hatinya
memberi cadangan.
‘Afdhal tak afdhal. Mana tahu kiri ke
jalannya. Habislah kau,’ suara dalamannya meningkah. Argh! Susah betul aku nak
buat keputusan. Hah! Aku tahu.
“A…S…Y…” jari Asyraf bergerak kanan ke
kiri selari dengan setiap huruf yang dieja satu persatu.
“R…A…”
“Hoi!” terdengar satu sergahan dari
arah belakang. Beberapa kelibat kelihatan tetapi jarak mereka masih
jauh memisahkan. Asyraf yang terkejut segera berlari ke lorong kanan. Dia hanya
membuat keputusan secara serkap jarang.
“Mama… Papa… Asy sayang mama dan papa.”
Larian masih diteruskan. Matanya bersinar bahagia tatkala melihat pintu keluar.
Dengan perasaan yang bahagia plus
teruja, dia mengencangkan lariannya.
“Lihatlah, dunia aku yang punya!” Laungnya
setelah sinar matahari memancari wajahnya yang putih bersih. Tanpa menoleh
kebelakang, dia meneruskan langkah menuju ke destinasi yang seterusnya.
Labels: se7en anjells