bio list cbox entry




SA - BAB 34
Sunday, 19 January 2014 | 0 comments





Enjoy ye awak-awak.. saya dah nak balik ostel lagi.. nnty blik umah,, baru sya upload lagi.. maybe minggu depan or dua minggu lagi?? entah laa.. gomenn.. =/ ..

Sorry.. lebih kurang macam ni laa.. susah laa wei nk carik gmbar yg mmg dikehendaki..


“Pagi yang cerah, Zoro!” 90 tersenyum sambil menyarung tangan kirinya dengan sarung tangan khas. Tanpa disuruh, burung itu terus terbang lalu hinggap di atas tangan kiri 90. Gadis itu tersenyum lebar. Dia mengupah haiwan itu dengan sedikit makanan burung. Zoro sudah mengepak tanda gembira.

“Zoro, jom tengok dunia luar!” ajak 90 seraya menapak ke pintu utama sangkar itu. Tidak lupa juga roti gandum kegemaran Zoro turut dibawa bersama.

90 melangkah keluar lalu menuju ke padang milik 92. Sesekali tangannya mengusap lembut jambul Zoro. Setibanya di padang yang menghijau itu, seperti biasa, Zoro disuruh terbang. Zoro yang langsung tidak banyak karenah hanya mengikut arahan tuannya. Apa yang penting hanyalah roti gandum kegemarannya!

90 perlahan-lahan merendahkan badannya hampir mencecah rerumput nan hijau.

Go, Zoro! Go!” 90 melompat sedikit seiring dengan Zoro yang sudah melebarkan sayapnya terbang tinggi di udara. 90 tersenyum lebar. Seketika senyumannya mati.

“Aduh! Cuaca tengah baik, perut aku pulak yang tak baik.” 90 memegang perutnya yang terasa memulas. Berkerut sedikit dahinya menahan sakit. 90 memandang ke arah Zoro yang sedang leka bermain angin. 90 sudah tidak kisah! Dia perlu pergi ke tandas dengan segera. Pantas sahaja kakinya membuka langkah meninggalkan padang tersebut.

Zoro yang perasan tuannya sudah hilang, segera bertenggek di atas dahan sebatang pokok yang terletak berdekatan dengan sangkarnya. Dengan mata yang tajam itu dia sekadar merenung ke langit. Entah apalah yang binatang ni renungkan...


ASYRAF mengambil tempat di salah satu kerusi batu panjang yang terdapat di sepanjang padang yang hijau ini. Asyraf menghalakan pandangannya ke arah padang di hadapan matanya. Cantik! Macam padang luar negara. Macam padang rumput yang ada lembu dekat New Zealand tu. Sempat Asyraf memuji di dalam hati.

Asyraf menoleh ke belakang pula. Jelas di layar penglihatannya, sebuah taman bunga yang disangkarkan keseluruhannya. Macam sangkar gergasi. Desis hati Asyraf. Memang sangkar gergasi pun Asyraf oii...

Sekilas dia memandang jam tangannya pula. “Mana Alyaa ni?” bisiknya kemudian.

Asyraf mengeluarkan roti gandum kegemarannya yang sentiasa di bawa bersama. Dia mengeluarkan sekeping lalu dikunyah perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Asyraf mengelamun seketika. Habis sahaja sekeping dimakan, Asyraf mengambil lagi. Matanya langsung tidak berganjak daripada terus-terusan memerhatikan padang yang menghijau itu.

Seketika dia berhenti mengunyah. Telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu yang kedengaran dekat dengannya. Asyraf memandang ke arah kiri, di situlah dia meletakkan beg beserta roti gandumnya. Hakikatnya Asyraf sedikit terkejut dengan kehadiran Zoro di situ tetapi dia bijak mengawal reaksi mukanya.

“Kau?” tanya Asyraf kepada burung itu seakan haiwan itu mampu memahami butir bicaranya.

Zoro merenungnya kemudian beralih pula pada roti gandum di sisi Asyraf. Setelah itu haiwan itu merenung Asyraf kembali. Kemudian, pandangannya jatuh pula pada roti gandum milik Asyraf. Dia kembali memandang lelaki berkaca mata itu.

“Apa?” tanya Asyraf dengan sedikit kasar. Kembali terimbau memori silam. Burung itu tidak menyahut sebalikya terus-terusan merenung Asyraf.

“Kau nak ni ke?” Asyraf mengangkat plastik roti itu. Seakan memahami, Zoro menyahutnya dengan mengepakkan kedua belah sayapnya. Perasaan simpati menusuk hati Asyraf. Namun lelaki itu tetap mempertahankan egonya.

“Nah! Aku bagi kau satu aje. Lepas tu, tak boleh lagi.” Ujar Asyraf kepada burung pelik di hadapannya. Pelik tapi cantik. Itulah satu hakikat yang Asyraf perlu akur.

Asyraf mengeluarkan sekeping roti gandum itu. Dia menolak perlahan roti gandum itu ke arah Zoro. Zoro terus mendapatkan makanan kegemarannya. Perlahan-lahan dia mengoyakkan roti itu menggunakan cakarnya. Ianya masih boleh dikoyakkan tetapi agak lambat. Kasihan pula Asyraf melihat burung itu yang seakan bersusah payah untuk makan roti tersebut.

Wait. Meh sini aku tolong koyakkan.” Pantas Asyraf menghalang burung itu meneruskan usahanya. Perlahan-lahan Asyraf menarik kembali roti yang sudah terkoyak sedikit itu. Zoro hanya memerhati. Asyraf mengoyakkan sedikit kepingan roti itu lantas dihulurkan ke Zoro. Burung itu terus menikmati makanan kegemarannya. Begitulah berikutnya.


90 memperlahankan lariannya menuju ke arah padang 92. Dia terpandangkan seorang lelaki yang duduk membelakanginya sedang memberi makan kepada... Zoro?!

90 berhenti menapak. Dia mengambil keputusan sekadar memerhati dari jauh. Tak jauh lagi pun sebenarnya. Lebih kurang sepuluh meter aje...

Siapa lelaki tu? Nampak caring gila. Setahu aku, mana ada student yang berani dekat dengan Zoro tu. Diorang nampak mesra sangat. Siap bagi Zoro makan lagi. Hati 90 berbisik. Hakikatnya...

“Dah! Itu aje. Pergi balik sana.” Asyraf sengaja mengusik burung itu walaupun roti masih lagi berbaki di tangan. Burung itu merenung ke dalam anak mata Asyraf.

“Apa?” Asyraf tidak mahu mengalah. Akhirnya dia tersenyum.

“Nah!” sedikit kasar pemberian Asyraf. Macam tak ikhlas.

“Sudah!” kata Asyraf lagi. Roti yang bersisa sedikit lagi ditangan sengaja tidak dibagi. Zoro kembali merenung ke dalam anak mata Asyraf. Lelaki itu menyimpan senyum.

“Nah. Itu yang terakhir.” Kata Asyraf lalu menghulurkan cebisan yang terakhir kepada Zoro.


AKHIRNYA 90 mengambil keputusan untuk menegur mereka. Itulah lelaki pertama yang berani dekat dengan Zoro. Sengaja 90 mahu melihat wajah lelaki yang berani itu. Sarung tangan khas di tangan kirinya diperkemaskan lagi.

90 berdehem. Serentak Asyraf dan Zoro memandang ke arah punca suara itu. Terbeliak mata mereka tatkala pandangan dua insan ini bertembung.

“Budak kampung?”

“Raudhah kesurupan?!”

Zoro terus membuka sayap, terbang ke arah tuannya. Seperti sudah tahu, Zoro bertenggek di atas lengan kiri gadis itu.

“Apa kau buat dekat sini?” serentak mereka bertanya. Suasana sepi seketika. Asyraf membuang pandang ke arah padang rumput di hadapannya. 90 berdehem beberapa kali. Perlahan-lahan kakinya menapak mengambil tempat di kerusi batu panjang yang diduduki Asyraf. 90 duduk di hujung sana manakala Asyraf duduk di hujung sini dan yang memisahkan mereka hanyalah beg Asyraf yang tampak tidak berisi dan sedikit fail.

Masing-masing tampak kekok. Asyraf terus-terusan memandang rumput yang menghijau manakala 90 asyik melayan Zoro. Sesekali lelaki bermata biru itu mengerling ke arah gadis di sebelahnya. Asyraf terkesima seketika tatkala terpandangkan senyuman 90 yang sedang mengusap lembut kepala Zoro. Terserlah kedua belah lesung pipitnya. Cantik!

“Erm... thanks cause dah bagi Zoro makan. Err... roti tu perlu dibayar balik ke?” tanya 90 langsung tidak memandang Asyraf. Tiada lagi nada tinggi dan bahasa yang kurang sopan yang selalu didengari Asyraf.

“Ooh... tak apa, saya tak kisah.” Ringkas sahaja jawapan Asyraf. Tu haiwan peliharaan dia ke? Nama dia Zoro ke? Nama garang macam perangai jugak. Tapi, cantik. Bisik Asyraf dalam hati. Serta-merta ingatannya terkenangkan ucapan 96 tatkala pertama kali mereka berjumpa.

“Zoro!”

“Zoro?”

“Ya, Zoro!”

“Siapa tu?”

“Itu, haiwan peliharaan kawan saya.” Asyraf berfikir mengenai kata-kata 96 suatu ketika dahulu. Kawan? Kawan dia? Asyraf blur. Alahai...

“Hmm... thanks once again sebab tolong aku hari tu.” 90 kembali bersuara setelah sekian lama membisu. Eii... apesal dengan aku ni? Berterima kasih dengan lelaki? Jatuhlah martabat aku. Aduh... kenapa tak terfikir  pulak ni? 90 sudah berperang dengan perasaannya sendiri. Sudahlah! Ingat boleh sedut balik ke apa yang dah dicakap? Mujur aje tak ada sesiapa dekat sini. Kata benaknya kemudian.

“Ooh... hari tu. Hmm... tak apa, tak kisah pun.” Perlahan Asyraf berkata.

“Err... Alyaa ada bagi handphone pada awak tak?” tiba-tiba Asyraf bertanya. 90 hanya mengerling sekilas ke arah lelaki bermata biru itu.

“Hmm... ada,” sepatah sahaja jawapannya.

“Cantik model tu. Jenama dia tak pernah pulak dengar. Jenama baru ke?” Asyraf sekadar berbasa-basi dengan gadis di sisinya agar tidak nampak begitu kekok.

“Ha’ah. Jenama dia memang tak ada dekat sini. Diimport khas dari Eropah. Biasalah, jenama mahal, terkenal dalam kalangan orang kaya aje.” Sempat 90 memerli Asyraf. Lelaki itu sekadar meleretkan senyuman. Pelik juga 90 melihatnya. Tak terasa ke? Dia tidak pula mahu bertanya perihal bateri telefon bimbitnya. Dia menidakkan dengan pelbagai kemungkinan lain yang boleh berlaku.


96 berhenti melangkah. Dia mengukirkan senyuman tatkala terpandang Asyraf dan 90 sedang duduk di sebuah kerusi yang sama! Macam ada harapan. Desis hatinya. 96 mengambil keputusan untuk berlalu pergi. Malas untuk kacau daun.

Dia memalingkan badan seraya mengeluarkan telefon bimbitnya. Jemarinya pantas menekan sesuatu di atas skrin nipis itu. Ikon ‘SEND’ disentuh. Senyuman manis terukir di bibir sebelum kakinya melangkah pergi.

Perbualan mereka terhenti seketika tatkala telefon bimbit Asyraf  berbunyi tanda mesej diterima masuk. Asyraf mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluarnya. 90 sempat lagi mengerling pada telefon bimbit lelaki itu. Gadis itu tersenyum sinis. Telefon bimbit Asyraf hanya bisa membuat panggilan dan menghantar mesej. Berjenama murah. Huh! Teknologi kuno. Bisik hati kecil 90.

Asy! Sorry Alyaa tak dapat datang. Ada hal penting.

Asyraf sedikit mengeluh. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Lelaki itu sekadar memandang kosong padang rumput di hadapannya. Kedua belah tangan digenggam lemah. Asyraf termenung seketika. Dia menoleh ke arah Zoro sekilas. Kemudian, pandangannya jatuh pula pada gadis itu. 90 nampak sedang leka memberi Zoro makan makanan kegemarannya.

“Burung pelik ni haiwan peliharaan awak, ea?” Tanya Asyraf berbasa-basi. Aduh! Kenapalah aku tanya soalan yang memang dah tahu jawapannya. Marah hatinya. 90 mengerling sekilas ke arah Asyraf sebelum mengiyakan kenyataan itu.

“Burung ni unik, macam kacukan. Awak jumpa dekat mana?” 90 berhenti mengusap jambul merah kepunyaan Zoro. Lambat-lambat dia memalingkan wajah memandang Asyraf. Entah kenapa jantung Asyraf mula berdenyut kencang tatkala mata mereka bertaut. Serta-merta lelaki berkaca mata itu memalingkan wajah ke arah lain. Wajahnya sudah terasa hangat, menahan malu.

Excuse me? Jumpa? Aku yang cipta!” Tegas 90 dengan nada yang sedikit tinggi.

Are you Creater?”

Pardon?” Tanya 90 keliru. Namun kelihatannya Asyraf sudah mula berkemas untuk beredar. Asyraf mula bangun daripada duduknya. 90 sekadar memerhati. Tidak terniat di hatinya untuk menghalang lelaki itu pergi.

“Okeylah Cik Raudhah, saya minta diri dulu. Panjang umur kita jumpa lagi. And seronok berbual dengan awak.” Ujar Asyraf tulus seraya tersenyum manis. 90 terpana seketika. Namun pantas dia mengalihkan pandangan ke arah Zoro, menyembunyikan debaran di hati kala ini. Asyraf mula menapak pergi. Namun baru sahaja beberapa tapak, langkahnya mati.

By the way, saya ada satu soalan.” Tanya Asyraf yang sudah pun berada di posisi duduknya yang asal. Kening kiri 90 terjongket sedikit.

“Apa dia?” Tanya gadis itu sambil matanya masih setia memandang Zoro. Kala ini nadanya lebih lembut berbanding tadi.

“Kenapa awak dingin sangat pada lelaki?” Tanya Asyraf tanpa berkias. Sebab lelaki semua sama! Pantas hati 90 menjawab. Namun jawapan seperti itu pastinya akan dibidas oleh Asyraf dengan menyatakan bahawa tanggapannya itu salah sama sekali.

“Emm, sebab… kemesraan aku cuma untuk suami aku aje.” Ujar 90 yang mula meleretkan senyuman. Padan muka kau! Hatinya melonjak gembira. Sangkanya Asyraf tidak akan mampu membidas jawapan kukuh seperti itu.

“Akulah suami kau.” Laju sahaja kenyataan itu meluncur keluar daripada mulut Asyraf. Pantas 90 memalingkan wajahnya menghadap lelaki berkaca mata itu. Dia sudah tercengang kehilangan kata. Asyraf pula masih berwajah selamba, bangun daripada duduknya.

“Bye. See you!” Ujarnya seraya menapak pergi. 90 yang masih tergamam sekadar memerhatikan kelibat lelaki itu mula hilang dari pandangan. Terasa wajahnya mula hangat menahan malu. Dia kembali memandang Zoro. Namun burung kacukan itu sekadar menjeling tajam ke arah tuannya, jeles lah tu!

“Eh? Apa yang aku cakap tadi?” Bisik Asyraf perlahan seraya cuba mengingati sesuatu. Terbuntang matanya tatkala dia kembali mengingati segalanya. Serta-merta wajahnya merona merah. Dia melajukan langkahnya menjauhi kawasan itu.   


*sayonn semua!*

Labels: