BAB 17
Monday, 16 December 2013 | 0 comments
“90, kau ada
misi baru ke?” Tanya 93 memecah kesunyian di meja makan.
Semenjak,
kemunculan Asyraf dalam sejarah hidup kumpulan Seven Anjells, sejak itulah hidup mereka semakin huru-hara. Mereka
juga terkadang mendapat tempias amarah 90 yang tiada kesudahan itu. Maka,
secara rasminya, bertambah sunyilah ‘istana’ kaca Seven Anjells kerana masing-masing mati mood untuk berbual. Siapa yang tak bengang kalau hari-hari dengar
orang mengamuk?
“Hmm... ada.
Tapi, ini bukan misi rasmi pun. Misi kali ni aku sendiri yang handle untuk lelaki yang aku anti,” Tutur
90 perlahan.
Mereka yang
lain memandang sesama sendiri dengan satu kerutan yang masing-masing memang
sudah sedia maklum. Eh, bukan ke kau anti dengan semua lelaki? Itulah
sebenarnya yang hendak mereka utarakan.
“Mana kau
tahu?” tanya 90 kemudiannya.
“Tak adalah.
Hari tu, aku ada ternampak satu album. Penuh dengan gambar lelaki siap dengan
maklumat diorang sekali. Alih-alih, album tu hak milik kau. Itu yang pelik
semacam.” Jelas 93 sambil mengunyah makanan.
“Betul tu,” 95
pula menyokong.
“Habis tu, kau
perlukan camera-girl tak?” tanya 92
yang diamanahkan bahagian kamera.
90 berhenti
mengunyah, agak lama. Dia kemudiannya tersenyum kecil lalu meneruskan
kunyahannya. Mereka yang lain tetap sabar menunggu. Akhirnya 90 mengangguk
kecil membuatkan ahli-ahli Seven Anjells
sudah tersenyum lega melihat perubahan positif 90 yang dulunya lebih suka
menyendiri.
“AKU kesian
betullah tengok mamat tu. Cakap sorang-sorang. Mana taknya, itu hah! Ratu
lakonan kita tu senyap semacam aje. Confirm
dia dekat dreamland sekarang ni,”
bebel 95 dengan nada berbisik bagi memastikan suaranya tidak didengari oleh
pelanggan lain.
Yang lain
sekadar meleretkan senyuman kecil mendengarkan bebelan 95. Mata mereka sesekali
mencuri pandang ke arah meja 90 dan lelaki yang bersama dengannya.
“Kau ni, macam
tak kenal aje dengan minah sorang tu.
Manalah dia minat sangat dengan benda-benda macam ni. Kau tengoklah tu, lelaki
tu tak habis-habis bercakap. Dia pulak, tongkat dagu, senyuman plastik
dikekalkan macam iklan gigi and then, pakai sunglasses. Apa lagi yang dia tengah buat melainkan tidur?” Jelas
94 yang duduk berhampiran dengan 95. Ahli yang lain hanya tersenyum kecil.
Betul sesangatlah
apa yang dicakapkan 94 tu. 90 itu walaupun sedang menjalankan misi, dia still boleh tidur. Dia tak pernah
bersungguh-sungguh dalam menjalankan misi, apatah lagi misi tak rasmi macam ni.
Jangan haraplah... tapi, kalau dia jalankan misi, semuanya gempak. Sebab
itulah, diorang sentiasa respect dia
sebagai leader dan diberi ‘takhta’ Ratu
Lakonan.
“My dad ada syarikat pelancongan biasa
aje dekat Aus. Alah, Kangroo Tourism
tu. Abang saya pulak, dia biasa-biasa aje. Just
have a grand hotel in Dubai. My sis,
dia kahwin dengan orang kerabat. So,
senanglah hidup dia sekarang ni. Erm, apa kata kita pergi shopping sama-sama weekend
ni. Hmm? Tak apa. Saya akan tanggung semuanya. Setakat berpuluh-puluh ribu, I don’t mind.” Bebel lelaki itu panjang
lebar.
“Hmm...”
perlahan suara 90 kedengaran.
Keluhan
dilepaskan oleh ahli-ahli Seven Anjells.
Sesekali mereka menghirup minuman yang dipesan.
“Seorang
bangga diri yang seorang lagi sudah selamat jumpa puteranya. Molek sangatlah
tu.” Ulas 93.
“Daddy dia penat-penat cari duit.
Senang-senang aje dia joli. Nampak sangat ke‘playboy’annya.” Cebik 96.
“Sesiapa aje
sanggup habiskan duit untuk 90. Budak hotlah
katakan.” Ujar 92 bernada cemburu tapi sedikit saja. Namun pantas disinggul
oleh 93.
“Kau pun hot jugak.” Kata 93.
“Tapi dia hottest.” Tingkas 92 tidak mahu mengalah
seraya menjeling ke arah 93. Segera pertelingkahan kecil itu dileraikan oleh 91
dengan memberi isyarat senyap sambil membulatkan matanya yang sepet itu.
“Kecoh pulak
minah Jepun ni.” Gumam 93. Pantas 91 menjeling ke arah empunya suara membuatkan
93 kembali membisu.
“Ishh, dia
keluarkan pedang samurai nanti.” Sakat 95 pula. Masing-masing hanya tersenyum.
Mereka faham sangat dengan sikap orang kanan Seven Anjells yang susah makan hati dengan usikan orang itu.
Deringan
telefon membuatkan sleeping beauty
terjaga dari lenanya. Ahli-ahli yang lain kembali fokus kepada pasangan itu.
Deringan itu juga membuatkan lelaki yang rancak bermegah turut berhenti berbicara.
“Jawablah. Maybe important.”
Ujar lelaki itu memberi ruang kepada 90. Sebenarnya dia berasa agak malu kerana
mereka kini menjadi tumpuan dan jelingan pelanggan yang lain. Dengan malas 90
mengeluarkan telefon bimbit touch screen daripada
tas tangannnya. Sejujurnya dia masih mahu melayar bahtera di lautan mimpi.
“Hello.” Jawab 90 malas. Lelaki di
hadapannya itu masih setia menanti sambil menghirup sedikit minuman yang
dipesan.
“Jantan tak
guna!” Sumpah Anna Raudhah seraya menampar kuat meja makan. Bermulalah lakonan
mantap Ratu Lakonan itu. Sekali lagi meja itu mendapat tumpuan semua yang ada.
Kala ini panggilan sudah pun diputuskan.
“Eh, kenapa
ni?” Bisik lelaki itu yang sudah terpinga-pinga.
“Kau memang
jantan dayus! Dah rosakkan anak dara orang, senang-senang aje lepas tangan.” Tengking
90 yang sudah tegak berdiri seraya menanggalkan sunglassesnya. Matanya kini sudah membutang, menikam anak mata
lelaki itu. Kedengaran mereka di sekeliling sudah mula berbisik.
“Hei, apa kau
cakap ni?” Tanya lelaki itu gelabah.
“Oh, buat-buat
tak tahu. Lebih 10 perempuan yang kau dah rosakkan. Kau ni manusia jenis apa,
hah? Dan sekarang kau belagak teruna pulak dengan aku.” Lantang 90 mengeluarkan
hujah.
“I.. I’m not..”
“Not what? Kau tahu tak
perempuan-perempuan yang rosak kat luar sana gara-gara kau tu, tengah menderita
sekarang? ” Pintas gadis ayu itu dengan serius.
“What?” Tanya lelaki itu perlahan. Jelas
kelihatan kerut di dahinya.
“Kalau kau nak
tahu siapa yang call tadi. Dia mak
anak kau! Sekarang ni dia kena buang family,
ada kau peduli? Tak kan? Yang kau tahu cuma mainkan perempuan.” Lelaki itu
sudah tercengang tanpa sebarang kata.
Keadaan kini
berubah semakin gimik pabila tapak tangan kanan Ratu Lakonan Seven Anjells sudah melekat pada pipi
licin lelaki itu. Kulit putih lelaki itu jelas menampakkan kesan
kemerah-merahan. Belum sempat dia
memalingkan wajah menghadap 90, kini dia dikejutkan lagi dengan cecair melekit
di atas kepalanya. Rupa-rupanya gadis itu telah pun me‘mandi’kannya
dengan mushroom soup. Membulat mata
lelaki itu, terkedu dengan tindakan drastik 90.
“Cukuplah aku
mangsa terakhir kau. Hope dunia tahu
siapa sebenarnya Izwan Haiqal.” Ujar 90 lantang seraya pusing untuk menapak
keluar.
“Hei
perempuan!” Serta merta langkahnya terhenti. Ternyata Izwan Haiqal tidak mahu
mengalah. Ahli-ahli Seven Anjells sudah
tergamam. Mereka langsung tidak menyangka lelaki itu akan ‘melawan’
balik.
“Kau ingat
kau..” Belum sempat Izwan Haiqal menghabisi ayatnya, satu tumbukan padu melekat
di perutnya. Akhirnya dia tumbang ke belakang, menggerang kesakitan. Serentak
tepukan gemuruh kedengaran di segenap ruang. Lambat-lambat 90 merapati Izwan
Haiqal yang sudah menggereng di lantai .
“Jangan cuba-cuba
cari pasal dengan Seven A.” Perlahan
sahaja tuturnya namun jelas kedengaran dalam riuh tepukan membuatkan lelaki itu
membulatkan mata.
“Dan ini untuk
mereka-mereka yang kau dah permainkan.” Ujar leader Seven Anjells itu dengan lantang seraya minuman yang dipesan
kini menyiram wajah tampan Izwan Haiqal. Semakin kuat tepukan dan sorakan
mereka-mereka yang ada. 90 tersenyum bangga seraya melangkah keluar.
“She’s great. So great.” Hanya itu yang
terpacul keluar daripada mulut ahli-ahli yang lain. Sejujurnya mereka sendiri tidak menyangka tindakan berani 90. Namun
masing-masing sekadar mengangguk kecil mengiyakan, tersenyum bangga dengan
hasil kerja ketua kumpulan itu. Kamera khas yang merakam segalanya kini telah
pun dioffkan.
“Ada budak nak
nanggis.” Bisik 95 kepada yang lain.
Serentak
mereka melihat ke arah Izwan Haiqal yang sedang berusaha untuk bangun. Tanpa
berfikir panjang, Izwan Haiqal meletakkan sejumlah wang sebelum membuka langkah
untuk meninggalkan restoran mewah itu. Sakit yang dialaminya tidak dihiraukan
jika dibandingkan dengan malunya kala ini.
SEKALI lagi banglo
kaca Seven Anjells gempar dengan tawa
penghuni-penghuninya. Mereka kini sedang bersantai di kolam renang yang
terletak di bumbung banglo.
“Kesian aku
tengok muka lelaki tu. Pucat lesi!” Luah 94 tulus.
“Yang paling
gempak bila Ann tuang mushroom soup tu.
Eee, mesti melekit.” Ujar 92 dengan muka yang berkerut. Tak dapat rasanya
membayangkan sup cendawan yang pekat berada di kepala. Apalah rasanya...
“Ditambah
pulak dengan tumbukan padu dia. Memang gempak la!” Sambung 93 pula.
“Masa first bukan main excited aku tengok lelaki tu cerita. Lastly, menanggis.” Ujar 95 pula. Yang lain kembali menyambung tawa
mereka.
“Yang aku
pelik tu lelaki tu tak tanya ke kenapa kau pakai sunglasses dalam restoran?” Tanya 94 membuatkan yang lain turut
mengangguk kerana pelik. Siapa yang tak pelik dan curiga kalau ada orang makan
di dalam restoran pun pakai kaca mata hitam..?
“Mestilah ada.
Aku jawab aku...”
“Sakit mata!”
Serentak ahli-ahli yang lain memintas ayat 90 seraya melepaskan tawa. Memang
itulah alasan tetap ketua mereka setiap kali menjalankan misi dengan berkaca
mata hitam. Gadis itu sekadar tersenyum sumbing. Dah tahu tanya lagi. Desis
hati kecilnya.
“Eh, siapa
pelakon tambahan yang call kau masa
tu, Ann?” Tanya 91. Mereka kini mengalihkan pandangan ke arah 90. Menanti
keterangan gadis itu.
“Takkan
betul-betul perempuan simpanan dia?” Duga 96. Yang lain sekadar tersengih, mana
mungkin 90 mengambil serius dalam menjalankan misi. 90 mengangguk sedikit
membuatkan mereka terkedu.
“What? Biar betul?” Serentak mereka
bersuara. Namun 90 masih lagi dengan muka seriusnya, tetap mengangguk
mengiyakan. Ahli-ahli Seven Anjells
sudah berpandangan sesama sendiri. Mereka betul-betul terkejut. Seketika tawa Ratu
Lakonan itu berderai.
“Gotch ya! Itu alarmlah. Tak ada kerja aku nak search
siapa gf-gf dia.” Terang 90 dengan
sisa tawanya. Tadi korang kenakan aku kan, nah sekarang hamik balik! Sempat dia menyumpah sahabat-sahabatnya di dalam hati.
“Dah agak
dah.” Keluh 95. Mereka faham sangat dengan sikap 90 yang tidak pernah sesekali
buat homework sebelum menjalankan
misi.
“Licik betul minah ni. Dia handle sorang je pun dah terlebih gempak.” Tulus 93 berbisik
sendirian.
Yang lain
sekadar menggeleng kecil. Hatta mereka sendiri mudah percaya apa yang dikatakan
oleh 90 apatah lagi mangsanya. Ini kerana mukanya sentiasa serius dan
bersungguh-sungguh ketika berbohong. Ratu lakonanlah katakan...
Labels: se7en anjells