bio list cbox entry




BAB 14
Sunday, 5 May 2013 | 0 comments




BAB  14



Girls, sarapan dah siap! Cepatlah turun nanti kita lambat pulak pergi kelas.” beritahu 95 yang sudah pun berada di meja makan.



Coming...” Terdengar sahutan dari tingkat atas.



Kelihatan ahli-ahli Seven Anjells sedang menuruni anak tangga. Masing-masing kemas berpakaian cantik.



“Lambat betul bersiap. Kalah Tuan Puteri Zawana, tahu tak?” Ngomel 95 sambil membuka apron yang bercorak 7 A. Mereka hanya tersenyum.



“Alah, kalau datang lambat pun, nobody care, right?” ujar 94.



“Eh, assigment yang Sir Borhan bagi hari tu, korang dah siapkan?” tanya 96 seraya mengambil tempatnya di meja makan. Gadis-gadis itu pantas menggeleng.



“Ha’ah, dia tak emailkan pun full answer kat kita, kan?” Tanya 93 membuatkan yang lain mengangguk hampir serentak.



Sebenarnya email itu dicipta khas sekadar untuk memuatkan full answer semua assingment mereka. Dan kata laluan yang digunakan untuk email itu diketahui oleh mereka bertujuh. Oleh itu,  masing-masing bebas untuk log masuk pada bila-bila masa walau di mana sahaja. Eh, dah macam iklan pelembab rambut pulak...



“Nampaknya, ada yang nak kena second call ni.” Bicara 90 dengan nada serius membuatkan yang lain sekadar membisu. Suasana kini berubah sepi.



“Tak payah susah-susahlah. Kita mintak aje markah free daripada dia nanti, confirm dia bagi punya.” ujar 95.



“Betul tu. Mungkin dia lupa kut. Maklumlah kepala pun dah licin separuh.” Sokong 92 seraya membuatkan tawa yang lain pecah. Bergema seketika ruangan makan itu. Mereka kembali kepada mood gembira. Mereka bersarapan dengan penuh selera sekali sebagai bekalan tenaga untuk menempuh hari dengan lebih bersemangat.






PENSYARAH muda yang terkenal dengan gelaran Cik Wet’, singkatan bagi perkataan Mak Cik Cerewet’ menapak masuk ke dalam dewan kuliah. Seperti biasa, tanpa sebarang kerenah, dia memulakan pembelajarannya dengan aman. Bermula sahaja sesi kuliah, 90 mula menguap. Sekejap sahaja dia berubah kepada sleeping beauty sedangkan pelajar yang lain sibuk memerah otak menambah ilmu di dada.



Seketika kemudian, seorang pemuda masuk dengan terkocoh-kocoh. Dia kelihatan sedikit tercungap. Badannya sedikit membongkok sekaligus menyelindungkan wajahnya. Semua perhatian tertumpu kepada hamba Allah itu termasuk ahli-ahli Seven Anjells yang mengambil tempat di tingkat paling atas dewan.



Tempat itu memang sudah tetap untuk ahli kumpulan itu. Kerusinya juga lebih branded dan empuk berbanding yang lain. Student lain tidak pernah sekali-kali menjejakkan kaki ke tingkat paling atas itu apatah lagi duduk di tempat khas Seven Anjells kerana itu merupakan kawasan larangan bagi mereka.

                                                                     

“Hah! Kenapa kamu lambat? Saya tak pernah nampak kamu sebelum ni pun. Kamu budak baru ke? Kenapa lambat?! Baru masuk dah tunjuk belang! Apa nak jadi ni?!” Marah Cik Wet itu.



Asyraf kembali berdiri tegak. Aduh, kenapalah orang dekat universiti ni suka sangat menjerit? Gumam hati kecilnya.



“Wah, handsomenya..” terdengar beberapa bisikan daripada mahasiswi.



Handsomekan budak ni.” Pandangan ahli-ahli Seven Anjells kini tertumpu kepada 92 sambil menjengilkan mata. Pantas gadis itu menekup mulutnya seraya menggeleng.



“Mana boleh puji lelaki. Kalau Ann dengar, teruk kau kena. Untung-untung dia tengah tidur,”  Bisik 94 yang duduk bersebelahan 92.



Sorry,” 92  hanya tersengih kepada yang lain. Pandangan mereka kembali teralih ke hadapan dewan kuliah.



Sleeping beauty terjaga dari lenanya. Bunyi bising membuatkan tidurnya sedikit terganggu. Dalam keadaan mamai, dia melihat apa yang terjadi di bawah sana. Membulat matanya tatkala terpandangkan sesusuk tubuh yang amat dikenali. Mana mungkin dia lupa wajah lelaki pertama yang telah menjatuhkan maruahnya.



“Err...saya...” Asyraf mahu membuka mulut. Namun...



“Kau?!!!” Semua yang berada di dalam dewan kuliah itu terkejut. Suara lantang 90 membuatkan semua tumpuan beralih ke arah gadis yang sudah berdiri itu. Semua ahli Seven Anjells  tergamam. Malu juga rasanya pabila mata-mata yang ada kini sedang tertumpu kepada mereka.



“Takkanlah lelaki tu orangnya. Muka innocent je.” 95 berbisik sendirian.



Asyraf memandang ke arah punca suara tersebut. Ehh, perempuan ni lagi. Hatinya berkata, serta-merta kejadian yang berlaku di dalam bangunan besar kelmarin kembali menyerbu ingatannya.



90 menuruni satu per satu anak tangga. Semua mata turut menyoroti tindakannya. Dia menghampiri Asyraf.



Ada perasaan gerun terbit di hati Asyraf. Macam mana ni? Macam mana ni? Aku ingatkan dia ni tak akan muncul dalam hidup aku lagi. Tapi keyataannya...



Kau... ” Belum sempat 90 menghabiskan ayatnya, Asyraf telah membuka langkah seribu.



Bye, kesurupan!” Jelas kedengaran suara Asyraf walaupun orangnya sudah tidak kelihatan.



Tersentap 90 tatkala mendengar bait bicara lelaki yang telah membawa malang’ dalam hidupnya itu. Hakikatnya, gelaran untuk gadis itu langsung tidak pernah terfikir dek akal. Apa yang terlintas, itulah yang diucapnya. Asyraf, Asyraf... tempah maut betullah dia ni.



Kesurupan?  Dia dah puas hidup ke? Desis hati 90. Telinganya dapat menangkap tawa kecil di sekililing.



Shut up!!!” Jeritan 90 membuatkan semua orang di dalam kuliah itu kembali senyap. Dia memberi jelingan kepada pensyarah muda itu lantas keluar daripada dewan kuliah. Ahli Seven Anjells yang lain terkulat-kulat mengemas barang mereka. Mereka bangun dan turut keluar daripada dewan kuliah itu. Barang 90 turut dibawa sekali. Mereka yang ada sekadar mampu perhatikan sahaja termasuklah pensyarah muda itu.






AHLI  Seven Anjells hanya mampu menggeleng takala melihat akan ‘kerasukkan’ 90. Perkara ini pernah terjadi sama seperti peristiwa yang lalu di mana ketika itu maruah 90 dicalarkan oleh lelaki yang sama.



“Argh!!!” bergegar seketika bangunan tiga tingkat SEVEN ANJELLS itu. Mereka kini berada di ruang tamu bangunan. Tindakan spontan, masing-masing menutup telinga. 93 apalagi, terus saja memakai headphonenya, pura-pura mendengar lagu. Malas nak mendengar amukan ketua kumpulan Seven Anjells itu.



Mereka hanya mampu menggeleng. Sejak belakangan ni, kerja mereka tak habis-habis menggeleng. Hmm...



Damn!!” Jerit 90 lagi tanda tidak puas hati. Haish... apalah nak jadi dengan leader aku ni. Sempat 92 bermonolog sendiri.



“Yaa! Buka portal student, sekarang! Cari identiti budak kampung tu.” Arah 90 dengan emosinya yang tidak stabil. Pantas 96 membuka komputer peribadi milik Seven Anjells lalu membuat apa yang disuruh.



Kecut perut juga apabila mendengar amarah 90. Dia mencari identiti lelaki yang kini telah menjadi kawannya secara rahsia.



“90, kau tau ke nama lelaki tu?” Tanya 96 meminta kepastian membuatkan gadis iu terdiam.



“Aku...aku tak tahu,” Dia mengeluh dengan nada yang mendatar.



“96, selongkar ajelah. Kau kan pandai hack semua ni.” 94 pula menyampuk. 96 hanya tersenyum hambar. Ingat senang ke? Gumamnya sendirian.



Tangannya lincah bekerja. Klik sana, klik sini. Taip sini, taip sana.



“Jumpa tak?” Tanya 95 pula setelah lama mendiamkan diri. 96 hanya menjongketkan bahunya.



“Tak tahulah. Aku dah try tapi tak jumpa jugak.” ujar 96 hampa. Dia sendiri buntu. Bukannya dia tak tahu nama penuh si Asyraf tu, tapi dia kesiankan lelaki kampung itu. Lelaki itu langsung tidak bersalah apa-apa.



“Biar aku cuba pulak.” Ujar 92 seraya mengambil tempat di sebelah 96. Gadis kacukan Jerman itu sekadar membiarkan laptop Seven Anjells diambil oleh 92.



Pantas sahaja jemari 92 menari-nari di atas papan kekunci. Pandangan 96 tidak lekang melihat skrin laptop itu. Hatinya berdebar teramat sekiranya 92 yang turut pakar IT itu berjaya menjumpai data perihal Asyraf. Seketika kemudian, kedengaran 92 mengeluh berat.



How?” Tanya yang lain sudah tidak sabar menunggu. Gelengan kecil 92 membuatkan mereka mengeluh hampa. Tahulah bahawa 92 juga telah gagal. Perlahan-lahan laptop itu diserah semula kepada 96.



96 turut pura-pura berasa hampa. Sempat dia mengerling sekilas ke arah 90 yang sedang memandang keluar jendela. Dia semakin tertekan. Antara kasih pada seorang kawan ataupun kasih pada seorang kawan. Eh, bukan sama aje ke? Apa-apalah... apa yang pasti, 96 serba salah sesangat.



“Macam mana ni, Ann?” Tanya 91 mendekati 90. Pandangan yang lain turut tertumpu ke arah 90. Masing-masing berdebar untuk menunggu kata putus ketua Seven Anjells itu.



Tatkala ini, jari runcing 96 perlahan-lahan menekan punat papan kekunci. Bimbang jika ada yang perasan dengan tindakannya. Dia menaip Imann Asyraf dalam keadaan yang serba-salah. Punat ENTER’ ditekannya perlahan. Penuh debar dia menanti. Dan hasilnya...



NO RECORD WAS FOUND’.



Eh..? 96 terkebil-kebil sendirian.


Labels: