bio list cbox entry




Berselawatlah!
Monday, 30 December 2013 | 0 comments





Assalamualaikum... mehh sini aku nak kongsi ilmu sikit dgn korang semua.. aku dapat ni daripada Habib Saggaf,, ulama' indonesia,, jua keturunan baginda SAW.. insyaAllah..


Kalau nak semua urusan dipermudahkan, selawatlah ke atas Nabi sebanyak 400 kali selepas solat Isyak...

khafiatnya,, segala urusan korang akan dipermudahkan seperti ada pokok duit dekat depan rumah.. insyAllah.. segala yg berlaku atas khendakNya.. anyway, amalkannya selalu..

tapi,, korang jgn pulak amalkan benda ni semata-mata untk ini.. mak aku cakap,, dalam beramal,, manusia ada tiga jenis..

Pertama --> orang yang beramal semata-mata untuk memperoleh kebaikan amalannya. means,, mcm korang amalkan benda ni,, dann berharap dengan faedahnya.. maka,, dia hanya akan peroleh faedahnya itu, di dunia sahaja..

Kedua --> orang yang beramal semata-mata hendakkan pahala daripada amal ibadatnya. orang macam ni, memang rugi.. ketika di hari akhirat esok, Allah ada menyuruh seorang hambaNya untuk masuk ke syurga..
"Wahai manusia, masuklah engkau ke dalam syurgaKu dengan rahmatKu," manusia itu enggan kerana dia tak nak masuk ke syurga dengan rahmat Allah.. tapi, dia nak masuk ke syurga dengan pahala-pahala amal ibadatnya. maka Allah pun berfirman, "Mintalah pahala daripada amal ibadatmu.. nescaya Engkau tidak akan peroleh apa-apa.." betullah, kan? amal ibadat kita tak boleh bagi kita pahala pun,, yang berkuasa hanyalah Allah..

Ketiga --> orang yang beramal kerana Allah. orang ini menyerahkan seluruh jiwanya kepada Allah.. dia langsung tidak meminta apa-apa.. baik faedah amalannya,, mahupun pahala,, baginya, itu adalah urusan Allah yang tidak perlu dimasuk campur.. hanya Ikhlas sahaja.. orang yang macam ni la, yg mendapat ganjaran syurga.. =)

aku hope korang amalkannya.. ikhlas kerana Allah Ta'ala.. ilmu ini boleh disebarkan.. insyaAllah berguna..
Selamat Beramal.. =)