SA - BAB 36
Friday, 12 September 2014 | 0 comments
Assalamualaikum.. haha.. sorry sorry sorry..!! sangadd lama dah tak masukkan chpter SA... Terima kasih sgt2 pd sesiapa sahaja yang masih sabar menunggu dan menunggu.. seriously sayang korang sangatsangat!! >,<.. okey.. harap still x lupa pada flow cerita SA lha ye.. enjoy!! =D
BAB 36
90 menapak
masuk ke dalam kamar 96 setelah mendapat keizinan daripada sahabatnya itu. Dia
menghampiri sofa sebelum menghenyakkan punggungnya di sofa empuk itu. 96
tersenyum ke arah ketuanya. Dia menutup majalah yang berada kemas di tangan
lalu diletakkan kembali di atas meja kecil yang terletak di sisinya.
“Ada apa? Ceritalah.” Ujarnya seakan
sudah mengagak pasti ada sesuatu yang hendak dibicarakan oleh ketuanya.
Pandangan gadis berlesung pipit yang sengaja dibuang ke serata arah itu mula
difokuskan pada gadis berambut kuning itu.
“Err... aku... aku ingat nak buat BBQ weekend ni,” 90 memulakan cerita.
“Lusa?” Tanya 96 sedikit terjongket
keningnya.
“Eh, tak. Weekend ni.” 90 menidakkan kenyataan anak buahnya.
“Lusalah, kan?” Gadis berambut kuning
itu memastikan. Berkerut sedikit dahinya.
“Eh, ha’ah... lusa,” 90 tersenyum
sumbing. 96 sekadar meleretkan senyuman. Apa kena dengan ketua aku ni? Gugup
semacam aje...
“Habis tu, kenapa?” Tanya gadis kacukan
Jerman itu lembut.
“Err... aku... aku nak buat BBQ, tapi
dengan… budak kampung tu sekali.” Beritahu 90 perlahan. Pandangannya jatuh pada
permaidani tebal yang dipijaknya.
“What?!”
96 memandang ketuanya tanpa berkelip. Terkejut benar dengan keputusan 90 yang
tak pernah terlintas dek fikirannya malah sesiapa pun. Langsung tidak percaya
dengan apa yang dicakapkan oleh gadis itu.
“Kau nak jemput Asyraf datang sekali?
Kau demam ke apa, Ann?”
“Eh, tak. Aku tak demam. I’m serious!”
“Really?”
96 memandang ketuanya meminta kepastian.
“Of
course!” Jawab 90 penuh yakin. Seboleh-bolehnya dia cuba untuk meyakinkan
96.
“Habis tu, kau nak aku buat apa?” Tanya
gadis kacukan Jerman itu.
“Erm... aku nak kau jemput budak tu. Aku
nak dia datang sekali weekend ni.”
Jelas 90.
“Kenapa tiba-tiba kau berubah, Ann?
Bukan ke kau anti dengan lelaki? Kau jangan rancang sesuatu untuk kenakan Asyraf
pulak. Dia tak salah apa-apa pun.” Perasaan ragu-ragu mula timbul di hati 96. Gadis
berlesung pipit itu sekadar meleretkan senyuman hingga menampakkan lesung
pipitnya yang dalam itu. Terserlah kecantikannya.
“Jangan risaulah. Aku buat semua ni
sebagai tanda minta maaf aje. Tak ada niat lain pun,” tutur 90 tulus. 96
merenung ke dalam anak mata ketuanya sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.
Tidak dinafikan, masih ada rasa curiga di hatinya dengan rencana ini.
“Okey. Nanti aku cakapkan.” 96 akhirnya
memberi kata putus. 90 mengangguk sedikit lalu bangkit sebelum diikuti oleh
gadis berambut kuning itu. Mereka menapak ke arah pintu. 96 sekadar memandang
ke arah kelibat ketuanya yang kian menghilang.
95 menerpa
ke arah 96 yang baru sahaja mahu menutup pintu bilik. Gadis berambut panjang
itu memandang ke arah temannya dengan penuh tanda tanya. Sementara 96 hanya
meleretkan senyuman.
“Apa yang Ann cakap pada kau tadi?” Tanya
95, agak perlahan nadanya.
“Dia nak buat BBQ weekend ni.” Jawab
96 ringkas.
“Ooh. Okey.” Itu sahaja yang keluar
daripada mulut 95. Dia mula menapak menuju ke biliknya semula.
“Dan...” Gadis yang menyarung baju tidur
berwarna biru lembut itu memalingkan wajah memandang sahabatnya itu. Sedikit
terjongket kening kanannya.
“Dia nak jemput Asyraf datang sekali,”
beritahu 96 tanpa berselindung.
“Apa?!”
SUASANA waktu
malam di perkarangan belakang banglo kaca meriah dengan suara merdu dan sumbang
daripada penghuninya. Masing-masing sibuk dengan tugas yang diberi untuk
menyempurnakan malam BBQ mereka. 91 dan 95 diberi tugas untuk menyediakan bahan-bahan
yang akan dipanggang. 96 sibuk menyediakan dessert.
90 dan 92 sedang leka menyediakan jus istimewa. Sementara itu...
“Bunga tu letak dekat situ la…” 94 sudah
bercekak pinggang. Arahan itu dibiarkan berlalu oleh 93. Kalau headphone yang sebesar alam sudah dipasang
ditelinga, mana mungkin arahan itu dapat didengarinya. Tetap juga pasu bunga
kecil di tangan diletakkan di tempat yang bertentangan dengan selera 94.
Belum sempat pasu itu selamat
diletakkan, 94 sudah merampasnya. “Bukan dekat sini la….” Gadis itu merungut,
namun adakah ianya dapat didengari oleh gadis berambut pendek itu? 93 yang blur mula bertindak merampas semula pasu
itu tetapi masih dalam pegangan kuat 94. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Kini berlakulah pertarungan ‘tarik tali’ yang sengit.
Namun pertarungan yang tiada penghujung
itu segera dileraikan oleh 92. Gadis itu merampas kuat pasu bunga yang menjadi
‘rebutan’ sahabat-sahabatnya. Dua pasang mata itu kini tertumpu ke arah 92.
“Girls,
jangan gaduh. Tempat dia dekat sini.” 92 merapatkan pasu kaca itu ke dadanya
lalu menghidu keharuman bunga itu. Dia tersenyum manis ke arah teman-temannya.
“Apa?” Tanya 93 sambil menanggalkan headphonenya yang berwarna ungu itu.
“Bunga yang cantik, untuk orang yang
cantik.” Ujar gadis itu seraya tertawa kecil. 94 sudah mencebik sementara 93
memasang kembali headphone ke
telinganya.
Ding dong… Ding dong…
“Eh, special
guest kita dah sampai!” Jerit 94 teruja. 92 sudah tersenyum lebar. Dua
gadis itu mula berlari masuk ke dalam banglo diikuti oleh 93 yang langsung
tidak tahu situasi sebenar. Mereka mahu melihat siapakah gerangan tetamu
istimewa yang telah diberitahu oleh 95. Ini kerana mereka langsung tidak tahu
siapakah empunya badan yang bertuah itu kerana dapat join makan malam bersama Se7en
Anjells. Teruja gitu…
Namun serta merta larian mereka terhenti
tatkala terlihat wajah Asyraf terpampang jelas pada skrin kecil yang disambung
terus daripada CCTV di luar pagar utama. Masing-masing sudah kehilangan kata.
95 yang baru sahaja tiba dengan selambanya menekan suisbagi membuka pintu pagar
utama seraya melangkah pergi.
“Eh, itu si mata biru, kan? Aku tak
salah tengok, kan?” Tanya 93 yang sudah menanggalkan headphonenya. Dua sahabatnya itu mengiyakannya. Mereka menapak ke
jendela. Jelas di pandangan, Asyraf selamat memarkir motosikalnya di tempat
yang disediakan.
“Asy!” Asyraf segera melangkah ke arah
punca suara itu.
“Siapa nama dia tadi?” Tanya 93 dengan
nada berbisik.
“Ashhh…” serentak 92 dan 94 menjawab.
“Ishh… apa ni? Menyemburlah!” Ujar 93
seraya mengelap pipinya.
“Dah kau tanya, kitorang jawablah.” Tingkas 94 tidak puas hati.
“Dah, jomlah kita keluar!” Ajak 92 yang
mula melangkah diikuti oleh dua sahabatnya itu. Setibanya di muka pintu, sekali
lagi langkah mereka terhenti pabila 91 menerpa masuk dengan tergesa-gesa. Jelas
riak cuak dan cemas di wajahnya yang seperti orang Jepun itu.
“Korang tahu siapa guest kita?”
Tanya 91 dengan riak wajah yang terkejut besar. Dengan tenang mereka bertiga
menjawab…
“Ashhh…”
“Hei, apa ni? Menyemburlah!” marah orang
kanan Se7en Anjells itu. Ketiga-tiga
gadis itu ketawa kecil sebelum menapak pergi.
“Itulah nama si mata biru tu.” Beritahu 94
sebelum meneruskan langkah.
“Siapa yang jemput dia? Takkan la 96? Berani
betul dia ni.” Ujar 91 perlahan.
“Aku yang suruh 96 jemput budak kampung
tu.” Terang satu suara dari arah belakangnya. 91 memandang punca suara itu.
Terbuntang matanya memandang pemilik suara itu.
“Kau Ann? Bukan ke kau tak suka lelaki?
Lagi-lagi budak tu. Macam mana kau boleh senang-senang percaya pada dia?” Tanya
91 bingung. 90 sekadar tersenyum kecil. Kelihatan kedua-dua lesung pipitnya.
“Entah. Maybe disebabkan Zoro suka dia.” Jawab ketua Se7en Anjells itu selamba. Berkerut dahi 91. Zoro suka ke? Suka?
Betul ke? Entahlah… hanya Zoro yang dapat ‘menjawabnya’.
“Zoro?” 90 sekadar mengangguk dan
tersenyum.
“Ooh.. okey.” 91 mula menapak ke luar.
Namun, langkahnya terhenti seketika. Dia memandang 90 yang masih berdiri di
posisinya.
“Anyway
Ann, nama dia bukan budak kampung tapi, Ashhh…” 91 mengajuk cara kawannya yang
tiga orang itu seraya tergelak kecil. Gadis kacukan Jepun itu mula mengatur
langkah ke arah tapak BBQ.
Berkerut sedikit dahi 90. Gadis itu
sekadar terkebil-kebil sendirian. Ashhh…?
“Jomlah, Ann. Semua orang tengah tunggu
kau.” Muncul pula 96 lantas menarik lembut lengan ketuanya. 90 yang masih
kebingungan sekadar menurut. Mereka kini tiba di tapak BBQ itu. Kelihatan semua
orang kini sudah mengambil tempat masing-masing. Setibanya 90 dan 96 di situ,
masing-masing mula menumpahkan pandangan ke arah dua gadis itu. Merona merah
wajah 90 menahan malu pabila dirinya menjadi tumpuan.
“Err, jemput makan.” Pelawa 90 kekok
tatkala dirinya masih menjadi tumpuan yang lain walaupun dia kini sudah pun
mengambil tempat. Ahli Se7en Anjells yang
lain mula berpandangan sesama sendiri. Terasa kekok pula keadaannya pabila ada
orang asing turut serta dalam jamuan kecil-kecilan ini. Akhirnya semua mata
tertumpu kepada 96. Gadis kacukan Jerman itu sedikit tepinga sebelum dia
mengerti akan makna pandangan itu.
“Okey semua. Kita enjoy dulu makan malam ni and
then kita main game.” Berkerut
semua dahi yang ada? Game apa pulak
yang budak Jerman ni nak main? Bisik hati kecil 93. Namun masing-masing kini
mula menikmati BBQ yang sedang dipanggang dengan begitu selera sekali.
“Yaa, kita nak main game apa ni?” Tanya 95 ingin tahu. Kini rata-rata antara mereka
sudah selesai menjamu selera, daripada makan menu utama hinggalah ke pencuci
mulut. Namun ada juga yang masih membasahkan tekak dengan air minuman.
“Kita main game kenalkan diri, nak tak?” Cadang 94 teruja. Lebar benar
senyumannya.
“Wei Jane, tu bukan game la tapi ice-breaking.
Tak pernah orang jadikan benda tu game.”
Terang 93 selamba. 94 mencebik. Yang lain sudah tertawa kecil.
“Eleh, at least aku cadangkan jugak. Daripada kau?”
“Bola sepak!” Ujar 93 lantang. Ada
senyuman terbit di wajah mereka yang ada.
“Excuse
me? Game macam tu tak sesuai dengan I,
okey?” Celah 92 pula. Kini tapak BBQ yang sedari tadi sunyi dan kekok bertukar
meriah dengan tawa penghuninya.
“Dah la korang ni. Baik kita tanya
pendapat special guest kita.” Cadang 95
pula. Kini semua pandangan fokus kepada Asyraf. Terkebil-kecil lelaki berkaca
mata itu.
“Err.. kita main game...game... ha! Botol beracun.” Ujarnya. Sebenarnya tak ada satu
pun permainan yang terlintas di minda waktu itu tetapi ilham muncul tatkala matanya
tertancap pada sebuah botol kaca kosong yang tidak berdosa. Ahli Se7en Anjells mula berpandangan sesama
mereka.
“Peliknya nama game tu.” Ujar 91 separuh berbisik.
“Err, macam mana main game tu, Asy?” Tanya 96 perlahan.
“Senang aje. Pusingkan botol kaca ni, then tengok muncungnya berhenti pada siapa.
Contohnya dia berhenti pada Alyaa, saya tanya dia beberapa soalan dan setiap
soalan dia kena jawab dengan pantas. Kalau lambat, saya denda dia!” Terang
Asyraf bersungguh-sugguh sambil menunjukkan sedikit demo.
“How,
girls?” Tanya 96 setelah yang lain agak lama membisu.
“It’s
sound fun!” Ujar 94 girang.
“Bolehlah, aku join.” Tambah 93 pula.
“Me
too!” Ujar 95 pula. Kini masing-masing mula berminat akan permainan baru
rekaan Asyraf itu kecuali...
“Ann?” Tanya 96.
“Okay,
I’ll join it.” Putus gadis berlesung
pipit itu.
“Kalau macam tu, kita start sekarang.” Ujar 92 seraya
mengambil botol kaca yang kosong itu. Tindakannya terus sahaja mendapat
perhatian daripada yang lain.
“Eh, kenapa kau yang mula dulu? Mana
adil!” Bantah 94 tidak puas hati.
“Sebab orang cantik kena start dulu.” Jawab 92 selamba seraya
tertawa kecil.
“Ah, tak ada.. tak ada. Kita undi dulu.
Lattalilat..” Cadang 94 seraya merampas botol kaca kosong daripada pegangan 92.
Maka, sebulat suara bersetuju untuk mengundi giliran terlebih dahulu. Hai, tak
matang sungguh! Dan hasilnya...
“Wek, kan aku dah cakap orang cantik
kena mulakan dulu.” Ujar 92 bangga seraya merampas kembali botol kaca yang
kosong itu. 94 sudah kehilangan kata. Dia memandang sayu tangan yang digunakan
untuk mengundi tadi. Tangan itulah yang membuatnya kalah dengan 92 serta dengan
semua orang. Kesian, salah sendiri, tangan yang jadi mangsa. Alahai...
Masing-masing fokus memandang ke arah
muncung botol kaca yang sedang berputar itu. Berdebar rasanya untuk melihat
siapa mangsa pertama game ini. Kini
muncung botol kaca itu berhenti betul-betul di hadapan...
“Yeay!!” Jerit 92 girang tatkala
mengetahui siapa mangsanya. Semua mata tertumpu kepada Asyraf. Lelaki berkaca
mata itu kebingungan. Padahal game ni
dia sendiri yang cadangkan. Alahai Asyraf...
“Soalan pantas bermula sekarang.” Ujar
96 memulakan permainan.
“Nama?”
“Imann Asyraf.”
“Umur?”
“25,”
“You
suka I?”
“Su.. ha?”
“Time
out!” Ujar 92 lantang seraya tertawa. Kelihatan Asyraf sudah terpinga
begitu juga dengan yang lain.
“Hei, soalan macam tu pun boleh, ke?”
Tanya 91 kehairanan.
“Bolehlah. Asalkan soalan, kan?” 92
membela dirinya.
“Dah, dah. Cepat Yana kau nak denda apa
dekat dia ni?” Tanya 95.
“Dendanya ialah... Imann Asyraf kena
tukar tempat duduk dengan Jane! Sini duduk sebelah I.” 92 mengutarakan ‘denda’nya dengan girang. Masing-masing sudah
kehilangan kata namun permintaan itu dituruti juga oleh Asyraf. 94 sudah
mencebik. Ni siapa yang kena denda sebenarnya? Aku ke si mata biru tu? Gumamnya
sendirian.
Permainan diteruskan lagi dengan giliran
peserta yang kedua. Dialah...
“Pusingkanlah betul-betul. Main bola
pandai, tapi pusingkan botol pun kekok.” Marah 94 melihatkan botol kaca itu
hanya berjaya melakukan tiga pusingan lemah. 93 sekadar tersengih.
“Dah last
tu diam ajelah. Tak puas hati, ke?” Sakat gadis berambut pendek itu. Sekali
lagi 94 mencebik. Dan mangsa yang kedua ialah Asyraf, sekali lagi.
“Mula!” Ujar 96 lantang.
“Siapa kau?”
“Imann Asyraf.”
“Asal mana?”
“UK. I
mean Ulu Klang”
“Minat bola sepak? Sokong mana?”
“Minat. Chelsea.” 93 tersenyum sumbing.
Musuh ketatku rupanya. Bisik hatinya.
“Selain tu?”
“Harimau Malaya.”
“Lulus!”
“Ha? Lulus? Soalan apa tu?” Tanya Asyraf
blur. Melihatkan 93 yang sudah
tertawa girang menambahkan kehairanannya. Eh, takkan la orang yang tanya aku,
boleh jadi gila? Teruk ke jawapan aku? Tanya Asyraf sendirian.
“Congrat!
Kau diterima!” Ujar gadis berambut pendek itu seusai tawanya. Asyraf yang masih
kebingungan sekadar mengangguk. Permainan itu kini diteruskan dengan giliran
peserta yang seterusnya, 91.
“Mula!”
“Nama?”
“Alyaa Emeline.”
“Asal?”
“Berlin, Germany.”
“Do
you likes him?” Tanya 91 merujuk kepada Asyraf. Semua mata sudah fokus mahu
mendengar jawapan daripada gadis berambut kuning itu. 96 terkedu. Tidak pernah
disangka soalan seperti itu akan diutarakan.
“Kenapa kau tak tanya pada aku? Aku suka
dia!” Celah 92 dengan tiba-tiba. Semua yang ada sudah tertawa.
“Tak boleh! Dia satu team dengan aku. Selamanya Harimau
Malaya!” Ujar 93 pula.
“Haish.. bilalah giliran aku ni?” Bebel
94 bernada malas. Kini suasana bertukar kecoh pabila semua mula membuka mulut.
96 sudah tersenyum kelat. Tiada siapa yang menyedari perubahan air muka gadis
kacukan Jerman itu. Dan berharap memang tiada siapa. Namun masih ada sepasang mata yang menyedari perubahan
itu.
**Sorry lha.. entry agk berserabut.. dah terlupa plak camne nak edit.. hehe..
Labels: se7en anjells