bio list cbox entry




SA, BAB 25
Tuesday, 17 December 2013 | 0 comments



Model Tak Ada Raga (Imann Asyraf punya ada raga)




Honda Wave Dash 110 RSR berwarna oren-hitam membelok masuk ke perkarangan universiti. Handle motor dibelokkan ke kiri dan ke kanan mengikut arah jalan. Akhirnya kenderaan bertayar dua itu berhenti di atas petak parkir yang disediakan. Asyraf menanggalkan helmetnya. Dia membetulkan sedikit rambutnya di cermin sisi motor.

Tatkala berasa puas akan penampilannya, dia segera mengambil fail dan menggendong beg galas. Lelaki itu mula mengatur langkah ke arah suatu tempat. Tiba di persimpangan, failnya terlepas daripada pegangan. Matanya tertancap pula pada sesusuk tubuh kecil molek yang sudah jatuh ke lantai. Aku ni keras macam tembok ke? Semua yang langgar aku mesti jatuh. Sempat hati kecilnya berbisik.

Sorry.” Ujar gadis itu seraya mengutip buku-bukunya yang sudah bersepah di atas lantai. Asyraf yang terpinga turut membantu gadis itu. Sempat dia mencuri pandang ke arah wajah empunya suara itu. Namun hampa. Wajah gadis itu sedikit pun tidak dapat dilihat kerana terlindung di sebalik topinya.

“Maaf. Saya pergi dulu. Saya dah lambat ni. Thanks.” Sepantas itu juga gadis itu pergi meninggalkan Asyraf yang masih kebingungan. Namun matanya masih setia menyoroti langkah gadis itu hingga dia hilang dari pandangan.

Asyraf masih lagi kaku membisu. Sejujurnya dia masih kebingungan dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Semuanya berlaku begitu pantas sehinggakan dia tidak dapat melihat langsung wajah gadis bertopi yang sentiasa menundukkan wajah itu.

Malas hendak serabutkan fikiran, dia segera memungut failnya yang sedari tadi berada di atas lantai. Namun tindakannya mati tatkala terpandangkan telefon bimbit bewarna pink-putih yang berada berdekatan dengan failnya. Dahi licin Asyraf berkerut sedikit. Lambat-lambat dia mencapai telefon bimbit itu seraya membeleknya. Hatinya berteka-teki, mindanya cuba mengingat sesuatu. Lama, barulah matanya membulat seolah-olah baru tersedar dari mimpi. Alahai Asyraf...

“Ni perempuan tu punya.” Bisiknya perlahan. Spontan kakinya melangkah laju ke arah laluan gadis bertopi itu. Namun hasilnya hampa! Kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan lagi. Asyraf mengeluh lagi, apa yang patut dilakukannya kini? Hatinya menyoal.

Asyraf mengerling sekilas ke arah jam tangannya. Membulat matanya. Terkocoh-kocoh dia memungut failnya seraya membuka langkah seribu ke suatu arah.

Tatkala kelajuan langkah kakinya melebihi ‘had laju’, matanya kini tertancap pada sesusuk tubuh yang melintasi laluannya.

“Ke tepi!!” Ujarnya lantang untuk menarik perhatian orang tersebut. Namun apakan daya pabila sudah terlebih ‘had laju’, pastinya tidak sempat untuk menekan ‘brek’. Hasilnya...

Kedebukk!!

Sekali lagi lantai universiti itu menjadi tempat akhir punggung penghuninya. Perlahan-lahan Asyraf mengangkat semula kelopak matanya. Seperti biasa, Asyraf masih terkaku berdiri tegak di tempatnya. Memang sah badan aku ni keras macam tembok. Bicara hatinya. Pandangannya beralih pula pada empunya badan yang dilanggarnya tadi apabila terdengarkan gadis itu merengus kasar.

“Raudhah kesurupan!” Bisik Asyraf sendirian. Membutang matanya tatkala melihat wajah gadis itu. Haish, kenapalah aku asyik terserempak aje dengan dia ni? Lepas ni mesti dia menjerit lagi macam kesurupan. Ngomel hati kecil Asyraf.

“Budak kampung!!!” Jerit 90 sepenuh hatinya. Mata-mata yang memerhatikan langsung tidak dihiraukan. Asyraf pula apa lagi, cabut!! Bertambah panas hati 90 tatkala melihatkan Asyraf yang pergi meninggalkannya dalam keadaan begitu. At least hulurkanlah tangan untuk tolong walaupun aku akan tepis huluran tu. Ni tidak, cabut gitu aje. Sempat 90 mengkritik dalam hati.

Matanya kini tertancap pada sebuah telefon bimbit berwarna pink putih yang berada di atas lantai. Jaga kau budak kampung. Sempat dia menabur dendam di dalam hati. Pantas sahaja kakinya menyeret telefon bimbit itu masuk ke dalam longkang.

“Rasakan!” Sumpah 90 seraya tersenyum puas.


“FASA pertama, selesai.”  Ujar 92 sambil menunjukkan cap jempol’ kepada mereka lain. Ahli Seven Anjells yang ada kecuali 90 dan 96 sekadar meleretkan senyuman. 92 mula menapak ke arah kumpulan kecil itu. Dia mengambil tempat di sebelah 95. 94 turut melangkah ke arah kumpulan itu dengan sebuah kamera yang masih berada di genggaman.

“Serius dia tak nampak muka kau?” Tanya 91 meminta kepastian. 92 mengangguk seraya membuka topinya.

How do you know?” Tanya 93 pula.

“Alah guys, kalau dia nampak muka aku pun bukannya dia kenal siapa aku.” Ujar 92.

“Maksudnya?” Tanya 95 pula kebingungan.

“Maksudnya si mata biru tu belum pernah terserempak 92 dalam geng kita. So, confirm dia tak akan syak apa-apa.” Terang 91. Kelihatan yang lain mengangguk sedikit tanda faham.

“Gambar semua dah dapat. Baik punya. What’s next?” Tanya 94 sudah tidak sabar.

“Malam ni kita akan bertindak!” Ujar 91.

How?” Tanya 95 pula pelik. Masing-masing mengalihkan pandangan ke arah gadis berambut panjang itu.

What?” Tanya 95 bertambah bingung.

“95, macam ni perancangan kita. Mula-mula kita bagi fake hanphone pada si mata biru tu. Then kita telefon dia, kononnya kita tertinggal handset tu masa langgar dia. Kita ajak jumpa untuk dapatkan handphone tu semula. And...”

“Masa tulah kita rakam segalanya! Idea aku semua ni.” Pintas 92 sedikit lantang suaranya. Dia sudah tersenyum bangga. 91 mencebik. Ada sahaja yang mahu memintas tugasnya. 95 mengangguk faham.

“95, kau rapat dengan Yaa, kan? Jangan sesekali beritahu dia semua ni. I’m warning you.” Ujar 93 tiba-tiba berubah serius.

“Kalau aku beritahu juga?” Sengaja 95 mempermainkan sahabatnya itu.

“Aku bagi kad merah. Kau tak boleh join lagi rancangan kitorang ni. Terus kena buang padang!” Tutur 93 bersungguh-sungguh. Yang lain menghamburkan tawa masing-masing. 93 sedikit terpinga.

“Aku serius!” Ujarnya dengan nada yang sedikit tinggi. Apalagi makin kuatlah tawa mereka yang ada. Bertambah bingung 93 dibuatnya.

“Dyna, kalau kau cakap serius mana pun tetap lawak bagi kitorang. Tak habis-habis dengan dunia bola sepak kau tu. Mana tak terbahak dibuatnya?” Tanya 92 dengan sisa tawanya. 93 mencebik. Malas hendak melayan karenah teman-temannya, dia menapak pergi seraya memasang headphone ke telinganya.


ASYRAF merebahkan badan di atas katil bujangnya. Matanya sengaja dipejamkan untuk merehatkan badan. Namun sekejap sahaja dia kembali celik tatkala teringat akan sesuatu. Pantas dia duduk seraya menyelongkar beg galas yang berada di sisinya. Asyraf menarik nafas lega. Dia mengeluarkan telefon bimbit berwarna pink-putih daripada beg itu. Dia membersihkan sedikit telefon bimbit yang sudah tercalar itu.

“Kejam betul si Raudhah kesurupan tu.” Ngomel Asyraf sendirian. Sebenarnya siang tadi dia sempat melihat segalanya yang 90 lakukan ke atas teknologi moden itu. Setelah itu, Asyraf kembali memungutnya kerana rasa tanggungjawab untuk memulangkan telefon bimbit itu kepada tuannya masih menebal di dalam diri.

Asyraf kembali membelek-belek telefon bimbit itu. Perasaan ingin tahu tentang kandungan dalam telefon bimbit itu kini sedang membuak-buak. Jarinya mula menekan beberapa punat. Skrinnya mula menyala namun Asyraf berasa hampa.

“Ceh, siap berpassword segala.” Marahnya. Silap oranglah kalau nak main password-password ni. Ujar hati kecilnya.

Hakikatnya, Asyraf merupakan seorang yang terlebih celik            IT. Jadi untuk merungkai kata laluan seseorang merupakan hal kecil baginya. Namun seketika kelakuannya terhenti. Dia menatap lama skrin kosong telefon bimbit itu.

“Kesian pulak dekat tuannya kalau aku dah selongkar handphone ni.” Asyraf berbisik sendirian. Akal waras mula menguasai tindakannya.

“Ah biarlah. Baik aku pergi mandi.” Telefon bimbit yang sedari tadi berada kemas dalam pegangannya kini sudah diletakkan di atas meja. Dia akhirnya menapak ke arah kamar mandi untuk membersihkan diri.

Trut!!
Trut!!

Serta-merta langkahnya mati. Telinganya menangkap bunyi sesuatu. Pantas dia menoleh. Membutang matanya tatkala menyedari bunyi itu datangnya daripada telefon bimbit berwarna pink-putih itu. Pantas kakinya melangkah ke arah punca bunyi itu. Asyraf merenung skrin telefon itu, lama. Sedikit berkerut dahinya kerana tiada nombor yang terpapar pada ruangan skrin. Lambat-lambat jarinya menekan butang bertanda ‘ANSWER’.

“Hello, Assalamualaikum.” Tutur Asyraf perlahan, penuh berhati-hati.

“Hello. Ni siapa ya?” Semakin berkerut dahi licin Asyraf. Eh, dia yang telefon, tanya aku siapa pulak. Marah hatinya.

“Ni siapa pulak?” Tanya Asyraf dengan nada yang sedikit tegas.

“Maaf, tapi saya tuan punya handphone ni. Boleh saya tahu ni siapa?” Terang suara di hujung talian.

“Oh, tuan punya handphone ni rupanya. Saya, orang yang awak langgar siang tadi.” Ujar Asyraf tulus. Perlu ke cakap gadis itu yang melanggarnya? Alahai Asyraf lurus betul...

“Oh, awak lelaki tu ye? Sorry sangat-sangat. Saya memang cuai.” Ujar suara itu bernada kesal.

“Eh, tak apa. Saya tak apa-apa pun. Kan awak yang jatuh. Pelik betul saya. Siapa aje yang langgar saya atau saya langgar dia mesti orang tu yang jatuh.” Ujar Asyraf panjang lebar seraya menghamburkan tawanya. Entah apa yang dibanggakan.

So macam mana ye?” Tanya gadis di hujung talian.

“Macam mana apa?” Tanya Asyraf kebingungan.

How can I get my handphone back?”

“Ha? Oh ya. Erm, awak ambil dekat officelah. Saya tinggalkan dekat sana nanti.” Cadang Asyraf.

“Eh, tak payah. Tak payah susah-susah hantar dekat sana. Erm, macam mana kalau kita jumpa?” Cadang gadis itu pula. Asyraf terdiam memikirkan cadangan itu.

How?” Tanya suara di hujung talian setelah mendapati Asyraf membisu agak lama.

“Ha? Er.. sure. Bila, dekat mana, pukul berapa?” Tanya Asyraf gelabah. Sejujurnya hatinya melonjak ingin melihat wajah empunya suara itu.

“Kalau macam tu, how about tomorrow? Dekat Palace mall. Dalam pukul 2?” Tanya gadis itu minta persetujuan.

“Esok?” Asyraf memikirkan perancangannya minggu ini. Alamak! Esok dah janji nak teman Alyaa pergi gedung buku dia.

“Kalau dekat universiti aje, boleh tak?” Tanya Asyraf pula.

Why? Esokkan hari Sabtu. Awak ada program lain ke? Bukan apa kalau boleh saya nak handphone tu secepatnya. Sebab susah kalau saya nak call parents dekat kampung. Ini pun pinjam handphone  kawan.” Terang gadis itu bernada sayu.

“Oh, okeylah kalau macam tu. Jumpa esok, bye.” Talian kini diputuskan. Asyraf mengeluh sedikit. Dia menapak ke arah meja belajar seraya mengambil telefon bimbitnya. Jarinya menari-nari di atas punat telefon. Dia mendail nombor seseorang. Sekejap sahaja talian sudah di sambungkan.

“Hello, Assalamualaikum. Alyaa, sorry Asy tak dapat teman esok. Ada urgent last minutes. Sorry ya. Okey, bye.” Segera talian diputuskan. Asyraf kembali menapak ke arah kamar mandi sambil benaknya sarat dengan seribu satu persoalan yang hanya akan terjawab esok.


Labels: