bio list cbox entry




SA - BAB 33
Sunday, 19 January 2014 | 0 comments






Hidup mereka bertambah sunyi sejak peristiwa tempoh hari. Mana tidaknya, 90 sudah dua hari berkurung diri di dalam kamarnya. Yang lain pula tidak banyak bicara. Masing-masing sudah mati mood untuk membuat aktiviti bersama. Mereka sibuk dengan dunia sendiri. 96 pula setibanya dia di banglo kaca hari tu, dia tidak banyak bersuara. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang dijawab. Sepuluh yang ditanya, sepatah jualah yang dijawabnya. Berpatah-patah yang ditanya, namun tetap sepatah jugalah jawapannya. Ber... haisy, berapa banyak daa... Hidup mereka menjadi huru-hara begini semuanya angkara seorang insan yang bernama Imann Asyraf!

91 menapak perlahan menuruni anak tangga. Jelas di pandangan, kawan-kawannya sedang duduk bersantai di hadapan kaca televisyen. Tidak semua yang berada di situ kerana kelibat 90 tidak pula kelihatan manakala 96 pula sedang khusyuk membaca novel di atas kerusi tergantung. Tanpa banyak bicara, gadis bermata sepet itu menghampiri kawan-kawannya yang sedang leka menonton Smart Tv 160 inci.

Fokus mereka sedikit terganggu kerana telinga masing-masing dapat menangkap bunyi plastik.
Masing-masing mengalihkan perhatian memandang punca bunyi tersebut. 90 memandang mereka semua dan tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya. Sedikit pelik mereka melihat perangai 90. Jelas di layar penglihatan mereka terdapat aneka makanan yang dibawa gadis itu.

“Ann?” berkerut sedikit dahi mereka.

“Eh, biasanya, kalau makanan free, laju aje datang ke mari. Ini lain pulak, berkerut macam asam kecut tu apahal? Dah tak sabar nak tua ke?” sapa 90 bersahaja. Jelas riak ceria di raut wajahnya. Masing-masing sudah tersenyum lebar.

“Laut dah tenang!” 94 menjerit kegirangan. Laju sahaja langkah mereka mendekati ketua Seven Anjells itu. 90 hanya tersenyum.

“Meh sini, meh sini. Aku memang suka buat amal hari-hari minggu macam ni. Iyalahkan, besar pahalanya bagi makan anak-anak kurang kasih sayang ni.” 90 berseloroh. Pantas pahanya ditampar kuat oleh 92. Dia mengadoi dengan sisa tawanya. Yang lain hanya menjeling tajam ke arah ketua mereka. Mulut tak pernah berinsurans!

“Eh, betul, what?” 90 mempertahankan dirinya walaupun sudah terang lagi disuluh spotlight yang dia memang bersalah dalam hal ini.

“Banyaklah kau punya betul!” ujar 93 bernada geram. Hakikatnya, mereka memang tidak terasa.

“Betullah apa yang aku cakap. Kurang kasih sayang daripada seorang ketua yang sangat berdedikasi, bertangungjawab, rupawan, ayu, cun, cantik, ba...”

“Sudah-sudahlah tu, 90. Kalau mood kau baik, baik jugaklah bahasa kau, yerk. Memuji diri sendiri tak habis-habis,” pintas 95 dengan mulut yang penuh dengan kek aiskrim. Yang lain sudah tergelak kecil. 90 hanya tersenyum lebar. Dia memandang sekeliling. Pandangannya jatuh pula pada seseorang yang sedang duduk di atas kerusi gantung yang berwarna ungu gelap itu. Langsung tidak berganjak daripada duduknya. Masih lagi khusyuk dengan dunia bacaannya. Spontan, keluhan halus terhembus.

“Makan, makan. Jangan tak makan.” Pelawa 90 sebelum dia beredar meninggalkan meja kaca itu. Kakinya melangkah menuju ke arah 96. Tingkahnya hanya dikerling oleh ahli yang lain sebelum masing-masing sibuk melantak.

90 duduk di atas sebuah lagi kerusi gantung di sisi 96. Gadis itu hanya senyap. Pandangan mata masih lagi dihalakan ke arah novel yang dipegang kemas. 90 memandang 96.

“96, tak sudi ke nak makan apa yang aku beli tu?” tanya 90 perlahan. Dia tahu gadis itu mendengar.

“Kau marahkan aku lagi ke? Okeylah, I’m sorry.” Ujar 90 lagi. Dia sanggup merendahkan egonya semata-mata mahu  persahabatannya pulih semula. Gadis berambut kuning itu menghela nafas berat. Dia kemudiannya menutup buku yang kemas dipegangannya. Cermin matanya ditanggalkan. Gadis kacukan Jerman itu membalas pandangan sahabatnya.

“Kau sebenarnya tak buat salah pun 90. Kau hanyalah mangsa keadaan. Aku yang salah. Aku yang patut minta maaf. I’m so sorry, Ann.” 96 menggenggam erat tangan sahabatnya. Air hangat mula bergenang di alis mata. 90 tersenyum.

“Apa ni? Hari ni kita patut happy-happy aje. Mana boleh nangis. Kau tak penat ke? Dahlah. Simpan aje air mata kau tu untuk perkara lain. Aku dah maafkan kaulah. Dah lama. Kita kan...”

“Kawan!!!” sambung kelima-lima yang lain. Tatkala 90 dan 96 memandang ke arah punca suara itu, terasa muka masing-masing comot di sapu krim kek yang dibeli 90. Terkejut mereka dibuatnya. Pandangan jatuh pula pada 93 dan 91 yang berada berdekatan dengan mereka. Jelas kelihatan tangan mereka penuh bersalut krim kek. Tawa kuat kedengaran sedang mentertawakan 90 dan 96. Masing-masing berpandangan sesama sendiri sebelum mereka mengangkat punggung mengejar yang lain.

“Jaga korang!” masing-masing sudah bertempiaran lari. Mereka tidak sempat untuk naik ke atas kerana 90 sudah berada di hadapan tangga dengan krim kek penuh ditangan.

Bertambah gamat apabila 95 kini berada di pihak 90 dan 96. Mereka sudah dikepung. Maka berlakulah ‘Cream Party’ di dalam banglo kaca itu. Calit sana, calit sini. Tahu-tahu muka masing-masing penuh dengan krim kek kecuali...

“Aah! Jangan sapu dekat muka aku! Nanti tumbuh jerawat! Tak nak!” dia semakin menapak ke belakang. Keenam-enam makhluk itu kian mendekatinya dengan reksi muka yang amat menakutkan. Guess who? 92!

Masing-masing sudah tersenyum. Tangan masih penuh dengan krim kek.

“Sapulah dekat muka korang sendiri!” bebelnya lagi. Kakinya masih setia menapak ke belakang sehingga dia sudah tidak boleh mengundur lagi. Tubuhnya sudah rapat ke dinding.

“Alah, 92. Esok-esok kau pergilah rawatan muka ke apa ke... duit kan bukan masalah bagi kau. Relakslah.” Ujar 93 selamba. 92 semakin tidak keruan.

“90! Kau dah dekat belakang dia tu, kau peganglah dia!” tegak saja jari telunjuk 94 menunjuk ke arah belakang 92. Pantas 92 menoleh ke belakang. Dinding! Itu yang dia nampak. Dia telah ditipu. Tatkala dia memalingkan kepalanya ke hadapan...

“Jangan!”

“Dah selamat, dah.” Ujar 95. 92 menggigit bibir. Pantas kakinya mengorak langkah mengejar teman-temannya yang sudah bertempiaran lari.


SESEORANG mengetuk pintu bilik tatkala dia sedang jauh mengelamun. 90 memandang sekilas pintu biliknya.

“Masuklah!” katanya agak kuat.

Daun pintu dikuak. 96 melangkah ke bilik itu dengan penuh tertib. Sebuah kotak hadiah sederhana kecil bergambar teddy bear dikemaskan lagi pegangannya. 90 sekadar memerhati gadis itu hinggalah 96 menghenyakkan punggungnya di atas sofa mewah yang terdapat di situ. Timbul pelbagai persoalan di minda ketua Seven Anjells tatkala terpandangkan kotak sederhana kecil itu.

90 menapak menghampiri 96 sebelum mengambil tempat bertentangan dengan gadis berbaju tidur merah jambu itu. Kotak hadiah itu diletakkan di atas meja kecil di hadapannya.

“90, this is for you,” 96 memulakan bicara. Berkerut sedikit dahi gadis berlesung pipit itu. Perlahan-lahan tangannya mencapai kotak tersebut. 90 membuka kotak hadiah itu. Sedikit terperanjat dia tatkala melihat isi kandungannya.

Handphone aku,” dia membelek-belek telefon bimbit yang sudah dikeluarkan daripada kotak tersebut. Berkerut dahinya.

“Bukan ke dah kena campak ke luar handphone ni?” 90 langsung tidak menyangka yang telefon bimbitnya yang berwarna putih itu akan kembali semula ke tangannya. 96 mengangguk.

Handphone kau ni, Asyraf yang jumpa.” Beritahu 96 tanpa selindung. 90 terdiam.

“Dia minta tolong aku suruh pulangkan pada kau.” Sambung gadis berambut kuning itu. 90 hanya merenung kosong telefon bimbit itu.

“Err, Ann. Aku balik dululah.” 96 lekas-lekas meminta diri. Gadis berambut kuning itu bingkas bangun lalu menapak ke pintu. 90 mengekori 96 sehingga pintu.

Nite,” ujar 96. Pantas kakinya mengorak langkah. Gadis berbaju tidur merah jambu itu berhenti menapak pabila kedengaran namanya dipanggil. Dia memalingkan kepalanya memandang 90.

“Err... thanks for this. Nite!” 90 melambai-lambaikan telefon bimbitnya. 96 tersenyum seraya mengangguk. Dia mula berjalan menuju ke bilik tidurnya.

90 menutup pintu bilik. Kakinya melangkah ke arah meja belajarnya. Dia menghidupkan suis pengecas bateri telefon bimbitnya. Hajat di hati hendak mengecas bateri telefon bimbitnya namun hasilnya, kerutan di dahi.

“Eh, bateri dah full!” ujar 90 pelik. Seingatnya, sebelum telefon bimbit ini dicampak ke luar, ianya sudah kehabisan bateri. Dia melangkah ke arah katil dengan telefon bimbit itu masih setia di tangan. Terbatal sudah niatnya.

90 menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk itu. Fikirannya kini sarat dengan soalan. Telefon bimbit berwarna putih itu dibelek. Langsung tiada kesan calar. Sebenarnya 90 tidak berapa terkejut dengan fakta ini kerana dia percaya telefon bimbit keluaran Eropah itu tidak akan pecah kerana cover phone itu daripada kulit buaya yang asli.

Yang pelik lagi memeningkan kepalanya ini adalah bateri telefon bimbitnya yang sudah penuh. Itu yang memelikkannya. Takkan budak kampung tu yang tolong caskan kut? Fikirnya. Pantas dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak. Tak mungkin.” Spontan ayat itu diucap.

“Benda mahal macam ni, mana dia mampu.” 90 menidakkan lagi.

Anyway, macam mana budak kampung tu boleh bagi dekat Yaa, ea? Diorang tu rapat ke?” ujar 90 sendirian. Dahinya berkerut. Akhirnya, hanya keluhan berat yang dihembuskan. Langsung tidak berjaya memikirkan jawapan bagi setiap soalan di midanya.

Labels: