bio list cbox entry




Mr. Kanda? - 1
Sunday, 29 December 2013 | 0 comments





BAB 1

IRDINA mengheret perlahan bagasi biru putihnya. Matanya melilau memandang ke serata arah. Keluhan kecil terhembus keluar. Macam mana nak cari Kak Dihah kalau orang ramai macam ni? Getus hatinya. Sudah lama dia berdiri tegak di tengah-tengah kesesakan manusia itu. Dah macam nak nyanyi lagu Negaraku pulak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melepaskan lelah di salah satu kerusi yang telah disediakan di lapangan terbang itu.

            “Mana Kak Dihah ni?” perlahan sahaja bisiknya. Irdina mengerling ke arah kanannya. Seorang lelaki berkaca mata hitam duduk bersandar sambil berpeluk tubuh. Tidur barangkali. Sekali lagi Irdina mengerling ke arah lelaki itu. Hmm... macam orang korporat. Berdasarkan pemerhatiannya, gadis itu membuat keputusan sendiri. Pakai kot hitam, berkulit putih, baju kemeja ungu gelap, tali leher warna ungu lembut, seluar slack hitam, kasut kulit...

            Lelaki itu berdehem sedikit sekaligus mematikan anganannya. Kepala Irdina yang sedikit menyenget ke kanan kembali tegak memandang hadapan. Mukanya berubah kemerahan. Eh? Bukan dia tidur ke? Berkerut sedikit dahi gadis itu. Alamak! Entah-entah dia tak tidur! Irdina mengengsot sedikit ke kiri. Menjauhkan lagi kedudukannya dengan lelaki itu yang sememangnya sudah sedia jauh. Dia membuang pandangan ke hadapan. Berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

            “Saya tahu saya handsome, rasanya tak payahlah nak tengok sampai macam tu sekali,” suara garau lelaki itu kedengaran. Serta-merta Irdina 'membatukkan' dirinya sendiri. Ya Allah, perasannya lelaki ni! Irdina sekadar mencebik. Terasa meluat pula dirinya bertemu orang sebegini.

            “By the way, awak nak ke mana?” tanya lelaki itu tanpa sedikit pun mengubah posisinya. Hanya mereka berdua sahaja yang duduk di kerusi panjang itu. Seorang di kiri, seorang di kanan.
           
            “Saya nak ke Kuala,” terbeliak mata Irdina. Kenapa senang-senang aje aku nak bagitahu dekat lelaki perasan ni? Okey, stop sampai kuala aje. Gadis itu berdehem sedikit sekaligus membetulkan sedikit posisi kedudukannya.

            “Oh, orang kuala rupanya. Patutlah,” perlahan sahaja pertuturan lelaki itu, namun cukup bagi gadis di sebelahnya untuk mendengar.

            Kurang asam jawa betullah lelaki ni, getus hati gadis itu. Ayat macam nak menyindir aje. Kau tak sedar ke yang kau pun sekarang dekat kuala jugak? Irdina terasa mahu sahaja mencekik lelaki di sebelahnya. Mana kakak aku ni? Dah berjanggut aku tunggu dekat sini. Irdina menggosok sedikit dagunya.

            “Deen!” berderai semua khayalannya. Pantas gadis itu menoleh ke arah punca suara tersebut. Senyuman terukir mesra di bibir nipisnya. Irdina bangun lalu menghampiri kakaknya yang satu itu.

            “Apa Deen-Deen?” Irdina membesarkan matanya. Serta-merta satu tumbukan lembut singgah di bahu kiri kakaknya.

            “Suka hati aje panggil macam tu. Apasal lambat? Ingat kan nak suruh Dina balik naik teksi,” Irdina menyalami kakaknya.

            “Akak ni kan doktor yang berdedikasi, ada emergency tadi. Dahlah, angkat barang-barang kau tu. Jom balik,” Madihah sudah dua tapak meninggalkan adiknya, namun langkahnya mati tatkala perasan yang Irdina langsung tidak berganjak. Gadis itu tersenyum penuh makna.
           
         “Apa senyum-senyum? Nak makan penumbuk ke?” Madihah sudah menunjukkan buku limanya. Senyuman misteri gadis itu masih tidak kendur. Madihah sudah mencekak pinggangnya.

            “Hei, angkatlah barang-barang kau tu sendiri, cik adik oi!”

            “Alah, mana cik abang Kak Dihah? Suruhlah dia,” Irdina sudah tersengih macam kerang busuk. Terbuntang mata Madihah mendengar perintah adiknya. Pantas cubitan hinggap di lengan Irdina.

            “Amboi-amboi, pemalasnya budak ni. Suami akak pergi outstation. Hish... macam mana nak jadi doktor kalau pemalas macam ni? Nanti obesiti baru tau!” Tanpa mempedulikan keadaan Irdina, laju sahaja langkah Madihah meninggalkan adik perempuannya itu. Terkial-kial Irdina mengangkat segala harta karunnya. Sebenarnya, tak adalah banyak sangat sebab dia sudah mengirimkan selebihnya pulang sewaktu ibu bapanya datang pada majlis konvokesyennya dulu.

            Setelah siap barang-barang dimasukkan ke dalam bonet kereta, kedua-dua mereka pun masuk ke dalam perut kereta Suzuki Swift bewarna putih sebelum kenderaan itu pun meluncur laju meninggalkan Lapangan Terbang KLIA.

            “Akak, mana Hani?” tanya Irdina merujuk kepada anak sulong Madihah, Izwanna Mahani. Madihah sekadar mengerling ke arah adiknya sebelum fokusnya ditumpukan terhadap pemanduannya.

            “Dekat rumah ummi, abi.” Tenang sahaja jawapan yang diberikan. Irdina kembali membuang pandangannya ke luar.

            “Mana Irfan?” tanyanya lagi merujuk kepada adik mereka yang bongsu, Muhammad Irfan Marsyhad.

            “Dekat rumah,”

            “Rumah mana?”

            “Haishh... rumah abi dengan ummilah,”

            “Oh... ummi dengan abi ada dekat rumah ke?” Irdina sengaja mahu berbasa-basi dengan kakaknya yang seorang itu. Dia menyimpan senyumannya tatkala melihat respon Madihah yang sudah berwajah cemberut.

            “Iyelah Dina, oi! Takkanlah dekat hotel pulak!” Madihah sudah merengus. Apa punya soalanlah.

            “Manalah tahu...”

            “Akak...” sekali lagi Irdina mahu bertanya atau lebih kepada mengajak kakaknya berbual.

            “Ish, Dina ni! Cubalah kunci sikit mulut tu! Kalau nak membebel, dekat rumah nanti!” tegas Madihah bersuara kerana malas hendak melayan adiknya. Bukan apa, perkara yang ditanya nanti, semua jawapan yang dia sendiri sudah tahu.
           
            “Apalah, garang betul.” Bisiknya perlahan.  


“ASSALAMUALAIKUM!” Salam suci itu dijawab mesra oleh seluruh penghuni di dalam rumah itu. Irdina dan Madihah mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah. Pantas sahaja mereka menyalami abi dan ummi yang sudah terpacak di hadapan pintu utama.

            “Dina sihat?” tanya ummi lembut. Dikucupnya penuh kasih dahi anaknya itu.

            “SIHAT sangat, Ummi.” Belum sempat Irdina menjawab pertanyaan umminya, Madihah sudah tolong menjawabkannya terlebih dahulu. sengaja perkataan 'sihat' itu ditekankan. Irdina buat-buat batuk.

            “Tak, tak, ummi. Irdina rasa sakit bila dekat dengan dia. Agak-agaknya, Kak Dihah ni pembawa virus kot,” Irdina pantas sahaja lari masuk ke dalam rumah. Madihah sudah menjengilkan matanya. Memang nak makan kasut betul adik aku ni.

            “Wah, semua orang ada.” Ujar Irdina teruja. Gadis itu menyalami semua yang ada – anak kedua dalam keluarga, Muhammad Irsyad Marwan dan anak yang bongsu, Muhammad Irfan Marsyhad. Sebelum gadis itu melabuhkan punggungnya, terlebih dahulu dia menyalami kakak iparnya, Azwa Sofina.

            “Hey, my niece-niece. Come here,” Irdina memanggil dua orang anak saudaranya yang sedang ralit bermain. Suka hati aku aje nak rosakkan grammar. Marah teacher nanti. Sempat lagi hatinya membebel.

            Irdina menghulurkan coklat pada Izwanna Mahani, anak kepada Madihah dan Khaulah Sofeerah, anak sulong abangnya. Tersenyum mesra dua orang kanak-kanak itu sekaligus membuatkan Irdina turut tersenyum.

            “Kak Dina tak rindu Jordan ke?” tanya Irfan memulakan perbualan. Tika itu, semua sudah berada di ruang tamu. Irdina sekadar tersengih.

            “Faan, kalau kau nak tahu, kau pergi duduk sana 6 tahun.” Irdina tidak menjawab pertanyaan adiknya. Takkanlah aku nak cakap macam mana menonggengnya aku sebab sedih, tak nak balik! Ofcourse, never! Irdina berdehem sedikit.

            “Alah, kalau akak rindu, akak pergi aje ke sana. Kan banyak money supplier dekat sini,” sambil tersengih, Irdina menjeling ke arah Madihah, Marwan dan seterusnya ibu bapanya.

            “Apa jeling-jeling? Banyak cantik muka kau,” serentak Madihah dan Marwan berkata. Berderai tawa Irdina diikuti dengan yang lain.

            “Terima kasih, terima kasih. Muka Dina memang cantik,” Irdina sekali lagi berseloroh.

            “Eleh, tak payahlah kedekut sangat. I tak heran dengan duit you all semua ni. Lagipun, nanti Dina dah kerja, dah ada duit sendirilah,” ujar gadis itu kemudiannya.

            “Kau nak kerja apanya?” sedikit terjongket kening Madihah memandang adik perempuannya yang satu itu.

            “Ermm... I’m a medical student. So, ofcourse Dina nak kerja doktor. Itu pun tak tahu ke?” Irdina memegang dagunya. Dia meleretkan senyuman tatkala terbayangkan wajahnya ketika menyarung kot putih.

            “Kau tak sesuai jadi doktor. Kau lebih sesuai jadi ahli gusti aje,” selamba sahaja pertuturan Madihah sekaligus membuatkan senyuman Irdina mati. What?! Meletus tawa yang lain.
           
            “Hey, ahli gus...”

          “Dah, dah, dah. Okey, stop.” Marwan menyampuk sekaligus memotong kata-kata Irdina. Gadis itu sudah menarik muka. Tak patut betullah Kak Dihah ni!

            “Hah, alang-alang kita dah berkumpul ramai-ramai ni, apa kata kita pergi holiday weekend ni?” cadang abi setelah sekian lama membisu. Jelas riak teruja di raut wajah Irdina. Gadis itu memang suka bila diajak berjalan-jalan.

            “Holiday? Nak!” dialah yang paling awal menyatakan tanda setuju. Yang lain sekadar mengangguk dan tersenyum.

            “Nak ke mana? Cameron? Melaka? Zoo? Port Dickson? Kelantan? Terengganu?” laju sahaja pertanyaan Irdina. Abi dan ummi sekadar tersenyum melihat keletah anaknya yang sudah enam tahun tidak pulang ke Malaysia itu.

            “Hah! Wan tahu! Kita pergi taman rama-rama nak?” cadang Marwan sambil matanya meleret ke arah Irdina. Serta-merta senyuman gadis itu mati. Berubah riak wajahnya.

            “Eii... tak mahulah. Buat apa aje pergi situ. Bosanlah asyik tengok rama-rama aje. Kan ummi, kan?” Irdina sudah memeluk lengan ummi. Terserlah senyuman di raut wajah yang berusia itu. Gadis itu sekadar buat muka sepuluh sennya. Sudah tentu dia akan menolak sekeras-kerasnya kerana dia amat takutkan serangga itu. Itu adalah satu fakta dan semua ahli keluarganya sudah sedia mengetahui. Berderai tawa yang lain.

            “Hmm... apa kata kita rancang benda lain? Macam buat barbeque ke...” cadang Irdina pula cuba lari dari topik yang dibangkitkan tadi.

            “Hmm... betul jugak. Kita rancang benda lainlah. Kita rancang pasal majlis perkahwinan Irdina pulak,” beritahu abi kemudiannya. Berkerut dahi Irdina mendengarnya.

            “Apa ni abi? Bila masa Irdina nak kahwin?” tanya gadis itu, cuba meminta kepastian. Abi sekadar tersenyum.

            “Laa... bukan ke Irdina cakap dengan abi yang Dina akan kahwin lepas...”

            “Huarghh! Ngantuklah pulak. Sekarang dah pukul berapa, ye? Hah? 11 malam, dah? Err.. Dina naik dulu lah, ya? Nak rehat.” Secepat itu juga kelibat Irdina sudah lesap. Enam pasang mata itu sudah terkebil-kebil. Aik? Cepatnya hilang. Abi dan ummi hanya mampu menggeleng sahaja.

Labels: