bio list cbox entry




BAB 11
Friday, 19 April 2013 | 0 comments


Restoran Itali


BAB  11

Senyuman manis bergayut mesra di bibir yang merah itu. Untuk kesekian kali dia memeriksa penampilan barunya di hadapan cermin yang besar itu. Dirinya tampak comel dengan mengenakan baju blaus ringkas berwarna ungu lembut dan dipadankan pula dengan skirt labuh berwarna putih. Ewah... puji diri sendirilah pulak!



Sesekali dia membetulkan sedikit rambut panjangnya yang diikat lepas ke belakang mencecah pinggang. Kali ini, dia mahu penampilannya nampak nerd tetapi jika sekali pandang, comel pulak rasanya. He he he... perasan sudah! Setelah yakin akan kekemasan yang tersarung ditubuhnya, dia mula mengorak langkah menuju ke ruang tamu. Jari runcingnya membetulkan sedikit kedudukan cermin mata full frame bersaiz sederhana besar berwarna hitam yang tersangkut kemas pada batang hidung mancungnya.



Pandangan yang tadinya asyik melekat di kaca televisyen beralih pula kepada sesusuk tubuh tinggi lampai yang bersandar di tepi pintu yang memisahkan ruang tamu dengan jalan ke ruangan lain di banglo kaca ini. Terlopong semua yang melihatnya.



“Tadaa!” 95 tersengih-sengih kerana berjaya menarik perhatian kawan berenamnya itu. Badannya dipusing-pusingkan mengikut gaya peragawati. Senyuman di bibir yang disapu sedikit lip gloss semakin melebar. Ini merupakan langkah awal bagi memulakan permainan seronok yang tidak lama lagi akan rancak bermain. Strategi yang mantap sudah disusun betul-betul dengan penuh teliti.



“95! Kau nampak cute sangat!” sapa 92 dengan wajah yang ceria. Beberapa anggukan kecil daripada kawan-kawannya yang lain membuatkan hatinya kembang semangkuk. Namun, dia tidak cepat melatah. Riak muka dikawal sebegitu rapi agar tampak profesional.



“Bukan cutelah! Tapi nerd, ” balas 95.



“Apa mimpi kau tiba-tiba teringin nak berfesyen macam ni?” 90 bertanya sekaligus menarik keluar dari segmen mari puji-memuji itu. Kang sampai malam nanti pun belum tentu habis segmen entah apa-apa ni. 95 memandang 90 dengan seulas senyuman kecil.



“Ini adalah permulaan... okeylah, aku gerak dulu,” hanya itu sahaja yang diucapkan. 95 melangkah pantas mendapatkan keretanya. Satu sahaja lokasi yang perlu ditujunya kini, universiti ‘mangsa’nya itu.



Semua tersenyum mendengar keterangan itu. Faham sudah maksud yang mahu disampaikan oleh 95. Bagus betul minah ni.




*************


DENGAN buku yang sarat di tangan, dia berjalan dengan tergesa-gesa. Namun, betullah bak kata iklan yang ditayangkan dekat televisyen tu, biar lambat asal selamat. Tengok sekarang, kan dah tak selamat lagi. Tubuh kecil 95 berlaga dengan sesusuk tubuh yang tegap menyebabkan 95 terduduk di lantai. Buku-buku pula bertaburan di sana sini. Cermin mata besar yang dipakainya sejak tadi pun tercampak entah ke mana.



“Maafkan saya,” suara garau itu menampar lembut gegendang telinga 95. Gadis itu masih tunduk dan sibuk mengemaskan semula buku-buku yang bertaburan di lantai. Lelaki yang menyarung baju-T berwarna putih itu yang sudah duduk bertinggung memungut kertas-kertas yang terdapat di situ. Tatkala tangan mereka tidak sengaja bersentuhan, seperti ada elektrik yang turut menjalar di segenap tubuhnya. 95 kaku.



Setelah selesai sesi kutip-mengutip ilmu yang tergolek di lantai, mereka berdua bangun. Dengan teragak-agak, 95 mengangkat muka memandang wajah lelaki itu. Hisy... kenapa aku jadi kejung semacam ni? Kenapa tak macam biasa? 95 mula memarahi dirinya sendiri.



Lelaki itu tetap diam merenung wajahnya. 95 yang mula rimas dengan panahan mata yang tak berapa nak tajam menusuk itu, lekas dia memakai cermin mata besarnya. 95 bertambah kaku tatkala tangan lelaki itu dengan selamba menanggalkan semula cermin mata yang tadinya tersangkut kemas di batang hidungnya.



“Awak sungguh cantik tanpa bingkai besar ni. So, it’s better kalau awak tak sorokkan kecantikkan itu dengan benda ni,” ujar lelaki itu lembut merujuk kepada cermin mata kepunyaan 95. Nak termuntah colour pelangi aku dengar ayat manis bak madu tiruan dia tu. Sekali lagi benak 95 berkata-kata. Senyuman plastik dihadiahkan.



Thanks,” ucapnya ringkas.



By the way, saya Ikhwan. Adiff Ikhwan,” Ikhwan menghulurkan tangan. Namun, tiada balasan daripada 95. Gadis itu hanya tersenyum. Lelaki itu menarik kembali huluran salam yang ingin diberikan. Sebenarnya itulah prinsip Seven Anjells – tidak akan sekali-kali menerima apa-apa pemberian hatta sekadar berjabat tangan dengan kaum Adam.



“Wana. Zawana Airisyah. Nice to meet you,” 95 memperkenalkan dirinya.



Nice to meet you too. Well, cantik nama awak. Macam orangnya. Awak mesti budak baru, kan? Saya tak pernah nampak pun sebelum ni,” Ikhwan meleretkan senyuman. Pergh! Senyuman membunuh tu! Nasib baik aku tahu yang kau tu playboy. Kalau tak, aku pun boleh jadi mangsa sekali, tahu tak?



“Okeylah, saya ada kelas ni. Mintak diri dululah, ya.” 95 meminta diri. Pantas dia memusingkan badannya. Membelakangi lelaki buaya darat itu. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, terdengar namanya dipanggil. Dia terus memaling memandang semula lelaki itu.



“Mana phone awak?” tanya lelaki itu tiba-tiba.



What?”



Phone... give me your phone,”



Dengan wajah yang masih blur, 95 memberikan phone touch screennya. Ikhwan menekan-nekan sesuatu yang 95 langsung tidak dapat memastikannya. Telefon bimbit itu dipulangkan kembali.



Call me later, ya!” dengan wajah yang masih terpinga-pinga, 95 memandang kelibat lelaki itu semakin menjauh. Pandangannya tumpah pula pada skrin telefon bimbitnya. Laa... nombor telefon mangkuk tingkat ni rupanya. 95 tersenyum puas. Fasa pertama sudah berjaya dilepasi.




**************


SUDAH masuk dua minggu misi yang dilaksanakan oleh 95 berjalan lancar. Hubungan mereka semakin akrab. Pada pandangan lelaki malang itulah, tapi pada 95 tak sama sekali. Ikhwan lelaki yang sangat sosial. Bukan sekali dua 95 nampak lelaki itu berdamping dengan perempuan lain. Tapi, berpuluh-puluh kali. Sampai naik juling mata dia tengok. Dia hanya memerhatikan perlakuan lelaki itu dari jarak jauh sahaja. Tanpa segan silu memeluk sana memeluk sini perempuan murahan yang langsung tak pernah cukup kain.



Sejak bergelar kekasih palsu Ikhwan ni, sedikit sebanyak hatinya tergores juga melihat tingkah Ikhwan yang semakin jauh tersasar. Meskipun dia tahu ini hanya untuk sementara, tapi siapa tak sakit hati dan sakit mata, kan? Namun dia masih dapat menahan geramnya sehingga kini. Segalanya akan dibongkar dan diluahkan pada waktunya kelak.



Tarikh tamat tempoh misi ini hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Aku kena bertindak segera! 95 mula berazam. Kenalah kau sekejap lagi, jantan dayus!



Telefon bimbitnya menjerit nyaring tanda panggilan diterima. Matanya melihat skrin telefon bimbitnya. Crocodile land . Perkataan itu yang tertera di skrin telefon bimbit. 95 tersenyum sinis.



“Hello,” 95 membuka bicara setelah talian telah pun disambungkan. Nada suara sengaja diperlahankan.



“Hello, honey,” suara garau itu jelas kedengaran.



You nak apa ni? I sekarang tengah ada kelaslah,” satu lagi pembohongan dicipta. 95 tersenyum sendiri. Kelas apanya? Dia kini sedang bahagia menghabiskan waktu yang memang untuk dibuang dengan bersenang-lenang di atas katil.



I miss you so much, honey.” perlahan sahaja ayat manis itu dituturkan.



Yes, I know, me too. But I miss you twice.” Balas 95. Hamek kau ayat jiwang aku!  Dia tersenyum kemudiannya. Kedengaran suara di hujung talian tertawa sedikit kerana terhibur. Kini keadaan bertukar sepi.  Tiada satu pun ayat yang meniti di bibir mereka.



“Err...” mereka berdua bersuara serentak. Tawa halus kedengaran terus menampar lembut gegendang telinga 95. Dia sekadar tersenyum. Terasa wajahnya hangat, malu sebenarnya dengan insiden tadi. Keadaan kembali sunyi.



You cakaplah dulu.” Kedua-duanya berkata serentak. Pecah lagi tawa Ikhwan sekali gus membuatkan 95 tertawa kecil.



“Err... jom dinner sama-sama.” Kali ini, kedua-duanya tertawa. Macam mana boleh sama aje ni? Ada link betullah.



“Okeylah, okeylah. You cakaplah dulu.” Ikhwan berkata.



95 tersenyum lagi. Tempat bagi berakhirnya semua pembohongan ini telah pun berlegar-legar di kotak fikirannya.




***********


SI cantik manis lagi gorgeous berjalan ala-ala model terbilang, beriringan dengan Ikhwan si crocodile land memasuki sebuah restoran Itali yang terkemuka di Kuala Lumpur. Itulah apa yang tertulis di dalam buku nota dan kini sedang diaplikasikannya. He he he... maklumlah. Sendiri tulis, sendiri baca. Jadi, tak salah rasanya kalau gantikan nama diri tu, terhiperbola sikit panggilannya, kan? Ahli Seven Anjells memang begini. Mereka suka masuk bakul kuih karipap, makan sendiri. Eh, ada kaitan ke? Abaikan...



Seterusnya, gadis rupawan idaman Malaya bersama kekasihnya, memilih tempat yang agak private lalu memesan makanan. Begitulah yang tercatit di dalam buku nota 95. Apa yang dirancang, semuanya berjalan dengan lancar buat sementara ini.



Tak berapa nak ketara sangat beza antara misi kali ini dengan misi yang lepas. Cuma berbeza pelakonnya saja. Bual punya bual, makan punya makan, 96 pun menapak masuk ke dalam scene.



Dua meja yang terletak bersebelahan menempatkan ahli-ahli Seven Anjells sedang ralit tengok pasangan itu. Memang jelas kelibat 96 semakin menghampiri meja sasaran. Kedudukan mereka menyebabkan 96 hanya dapat dilihat dari sudut sisi sahaja. Kini jaraknya dengan meja 95 sekadar 20 inci.



Sedang khusyuk melihat 96 menghampiri meja sasaran, tiba-tiba pandangan mereka dihalang oleh sesuatu.



Seorang lelaki yang membelakangi mereka, telah menghalang kamera Seven Anjells. Mereka yang ada cuba untuk melihat siapakah gerangan yang menjadi bendasing dalam rancangan ini.



“Eh, awak!”



96 memalingkan kepalanya mencari punca suara tersebut. Dia seolah-olah mengenali empunya suara itu namun dia sendiri pun kurang pasti. Tuan punya suara itu kini menghampirinya.



“Awak yang tolong saya hari tu, kan?” Bulat mata 96 mendengar pertanyaan lelaki berkaca mata itu. Serta-merta dia terimbau kembali waktu Asyraf meminta bantuannya untuk ke pejabat utama universiti. Tapi waktu tu dia ni nampak serabai sikit dengan beg besar macam kura-kura kat belakang. Sempat 96 mengkritik di dalam hati.



“Ha’ah. Awak buat apa kat sini? Jom kita minum kat sana.” Ucap 96 seraya memaut lengan kanan Asyraf. Tubuh tinggi yang tegap itu ditarik sedikit menuju ke satu arah. Asyraf sekadar menurut walaupun dia sedikit terpinga dengan kemesraan 96 yang mendadak. Namun dibiarkan sahaja kerana mungkin petemuan kali ini dapat membuka ruang untuknya mengenal gadis itu dengan lebih lanjut.



Sebenarnya sewaktu Asyraf menegurnya, anak mata 96 tertacap pada isyarat 90 yang menyuruhnya untuk pantas membawa Asyraf beredar dari situ. Mereka mengambil tempat duduk yang jauh daripada zon ‘bahaya’ di mana misi Seven Anjell sedang dijalankan.




*********


95 mula gelisah. Macam mana ni? Macam mana ni? Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang.



“Siapa perempuan tu?” 95 bertanya, buat-buat tidak tahu – merujuk kepada 96.



Ikhwan hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Mereka meneruskan sesi menjamu selera dengan dihiasi beberapa soalan tentang apa-apa saja.


Labels: