BAB 18
Monday, 16 December 2013 | 0 comments
90 berjalan diiringi oleh 91 dan
93 menuju ke suatu tempat. Pelajar-pelajar yang berada di kaki lima bangunan
tersebut serta-merta memberi laluan kepada mereka.
“Tepi, tepi..tuan puteri nak lalu,”
Bisikan-bisikan sebegitu sering kali didengari tatkala sesiapa sahaja di
kalangan ahli Seven Anjells yang
lalu. Sebenarnya ahli Seven Anjells
digelar Puteri Tujuh Beradik (PTB) oleh student
lain di universiti itu. Malangnya, tiada siapa yang tahu bahawa PTB itu
merupakan ahli-ahli kumpulan Seven
Anjells.
Raut wajah 90, 91 dan 93 hanya tegang tanpa segarit senyuman, langsung
tidak menunjukkan riak bangga mahupun teruja. Namun langkah mereka terhenti
mengejut pabila ada yang menghalang laluan mereka. 90 mencebik.
Seorang lelaki tinggi lampai, kemas memakai kemeja putih bercorak polca dot dengan mengenakan reben besar
bewarna merah sehingga mencecah dagunya. Rambut di sisir sangat kemas. Mana tak
kemasnya kalau rambut belah tengah, kan? Beserta cermin mata bingkai hitam yang
tersangat besar, jenis untuk budak skemalah senang cerita. Lelaki itu tersenyum
takala memandang 90 hingga menampakkan barisan giginya yang putih bersinar.
“Dia ni lagi,” bisik 90
“Hai, Anna. Saya ada sesuatu untuk awak.” Kata budak nerd itu sedikit gagap. Sejambak bunga ros merah dihulurkan kepada
90.
ASYRAF berjalan agak tergesa-gesa menuju ke dewan kuliah. Dari kejauhan, dia
pelik melihat pelajar-pelajar lain yang senyap dan sedang berkerumun seakan ada
sesuatu yang berlaku. Kelajuan kakinya dikendurkan. Dia berjalan perlahan dan
menghampiri kawasan itu. Cuba untuk melihat sekaligus mengetahui punca
tersebut.
Rector turun ke? Hatinya membuat tekaan rambang.
Matanya yang biru dapat menangkap imej tiga orang gadis dan seorang lelaki
yang sedang berdiri berhadapan. Jarak yang memisahkan cumalah lebih kurang 5
meter sahaja. Lelaki itu kelihatannya sedang memberi jambangan bunga kepada
gadis yang berada di tengah-tangah. Dia mengecilkan sedikit matanya. Cuba
mengamati wajah manusia-manusia tersebut. Macam familiar aje diorang ni. Hatinya berbisik lagi.
“Kesurupan?” Asyraf agak terperanjat. Pelajar yang
berdekatan dengannya sedikit terganggu.
“Maaf,” pohon Asyraf perlahan. Matanya terus difokuskan ke arah 90 kembali.
Siapa lelaki skema tu? Hati Asyraf bertanya lagi.
90 terdiam agak lama. Dia menjeling sinis ke arah budak nerd yang sentiasa dengan muka
mengharapnya. Senyuman sinis meleret di bibirnya yang merah.
Perlahan-lahan tangan 90 menerima huluran jambangan bunga ros itu. Semua
yang melihat perkara tak diduga itu terkejut besar termasuklah 91, 93 serta
lelaki nerd itu sendiri.
Pelajar-pelajar sudah berbisik sesama sendiri. Perkara luar biasa berlaku
seketika tadi. Mana mungkin gadis paling hot
menerima pemberian orang lain ditambah pula dengan 90 yang memang terkenal
dengan sikap dinginnya terhadap semua lelaki.
Lelaki nerd itu sudah gembira
tidak terkata. Asyraf hanya terkebil-kebil sendiri, langsung tidak faham akan
apa yang berlaku. Dahi licinnya berkerut melihat reaksi semua orang.
Dengan penuh angkuh, 90 melangkah pergi namun semua mata yang ada masih
setia mengekori langkah gadis itu. Sejujurnya mereka masih tidak percaya dengan
apa yang berlaku sebentar tadi. Langkah leader Seven Anjell itu segera dituruti oleh dua orang sahabatnya. Lelaki nerd itu sudah tersenyum bangga, melebar
hingga ke tengkuk. Macam manalah tu..
Baru beberapa langkah, 90 berhenti mendadak menyebabkan 91 dan 93 juga
turut berhenti mengejut. Dia masih lagi memegang jambangan bunga ros itu.
Walaupun membelakangkan semua, namun dia tahu gerak-gerinya kini masih lagi
diperhatikan oleh mereka.
Dia menoleh ke belakang. Ternyata
sangkaannya tepat. Dengan senyuman yang sinis, matanya tertancap pada lelaki
skema itu. Kening kirinya dijongketkan sedikit. Pandangannya pula beralih pada
tong sampah besi yang berada di sebelahnya kini.
Dengan sekuat hati, 90 mencampakkan jambangan bunga itu ke arah tong besi
tersebut. Beberapa helaian kelopak bunga ros itu gugur akibat lontaran kuat
tersebut sehinggakan tong besi itu sendiri sedikit teralih daripada kedudukan
asalnya.
Seusai itu satu jelingan tajam sebagai tanda amaran dihadiahkan kepada
pemberi jambangan itu. 91 dan 93 sekadar meleretkan senyuman sinis. Mereka
faham benar dengan perangai gadis dingin itu. Lambat-lambat 90 menapak pergi
dituruti oleh teman-temannya. Semua yang ada terkejut besar melihat adegan itu
seraya mentertawakan lelaki nerd
tersebut.
“Kau ingat kau siapa?”
“Sudahlah...”
“Jangan perasanlah...”
“Mimpi ajelah...”
“Pergi baliklah wei. Buat
malu aje..”
Begitulah ayat-ayat yang dilemparkan buat si nerd itu oleh mereka di sekeliling. Akibat tidak tertahan menaggung
malu, dia terus beredar tanpa sedikit
pun menoleh ke belakang. Takala ini ‘penonton-penonton’ tadi sudah mula
bersurai.
Asyraf yang terkejut besar akan tindakan drastik 90 segera pergi mendapatkan
jambangan bunga yang tidak ‘berdosa’ itu. Dahsyatnya perempuan ni. Pantas
tangannya mencapai jambangan bunga yang kelihatan sedikit hancur.
“Eh, ada kad.” Sempat Asyraf membaca kad yang terdapat
pada jambangan tersebut.
To: Anna Raudhah, my true love...
Itulah apa yang tertulis di dalam kad kecil tersebut. Tanpa sedikit pun
mempertikaikannya, Asyraf terus menapak untuk mendapatkan 90. Mujur sahaja
gadis-gadis itu belum jauh jaraknya dengan dia. Oleh itu, Asyraf hanya membuka
langkah besar untuk mendapatkan mereka.
“Aa... An.. Arr.. Raudhah! Raudhah!”
Laung Asyraf. Hanya nama kedua itu sahaja yang berjaya dirakam dalam memorinya.
Alahai Asyraf....
90 sedikit pun tidak menoleh kerana dia langsung tidak perasan akan namanya
dipanggil. Langsung tidak terlintas dek fikiran akan ada yang berani memanggil
nama yang paling dibencinya, Raudhah.
Segera Asyraf memintas laluan tiga gadis itu. Serentak tiga gadis itu
berhenti mengejut. Membulat mata 90, terkejut besar tatkala melihat lelaki yang
paling diwanted dalam hidupnya
memintas laluan mereka bertiga kini.
“Eh, tengok tu belum habislah.” Ujar salah seorang daripada ‘penonton’
tadi. Serta-merta kawasan yang tadinya hampir lekang kini dipenuhi kembali
dengan kerumunan mahasiswa dan mahasiswi universiti itu. Biasalah apa sahaja
yang melibatkan budak hot, pasti aje
jadi tumpuan semua.
“Assalamualaikum!!!” Lantang Asyraf bersuara. Mereka yang ada kembali
menjadi pemerhati setia.
Pantas Asyraf mencampakkan jambangan bunga itu ke arah 90. Spontan,
jambangan itu berada di tangan 90 kini. Dia terkebil-kebil, tidak percaya akan
tindakan berani Asyraf.
“Raudhah, Raudhah. Hmm... Tak payahlah nak berlagak sangat jadi manusia.
Jangan nak kufur nikmat sangat, campak sana campak sini pemberian orang. Dahlah
tak berterima kasih, tak hargai pulak tu! Tak belajar sivik ke?! Sayangnya,
hati kau tak secantik muka kau. Akhlak kau tak seindah nama kau.” Sindir Asyraf
sebelum lelaki itu lekas-lekas menapak pergi.
Ketiga-tiga gadis itu sudah terkedu. Kedengaran bisikan-bisikan liar
daripada ‘penonton-penonton’ yang telah menyaksikan adegan itu. Orang kanan Seven Anjell menoleh ke arah punca
bisikan itu lalu menghadiahkan jelingan tajam sebagai tanda amaran. Seketika
mereka yang ada kembali senyap lalu segera bersurai.
Melihatkan kekakuan 90, 93 menapak sedikit kebelakang lalu mencuit bahu 91
sambil memuncungkan mulutnya ke arah
ketuanya itu. Seram rasanya mahu melihat air muka 90 kala ini apatah
lagi mahu menegurnya.
“Err, Ann?” Akhirnya 91 mendapat keberanian untuk bersuara. Namun tidak
pula dia berani melihat wajah gadis berlesung pipit itu.
“Budak kampung!!!! Damn you!!”
Sumpah 90 lantang menyebabkan mereka-mereka yang lalu-lalang berhenti seketika.
Tumpuan kembali terarah kepada mereka bertiga. Seperti kerasukan, dia merobek
jambangan ros merah yang sedari tadi berada dalam pegangannya. Dicampaknya
jambangan itu ke tanah lalu dipijaknya penuh amarah.
Mereka-mereka yang memerhatikan ahli Seven
Anjells segera meneruskan langkah. Tidak sanggup rasanya menahan rasa gerun
yang telah menguasai jiwa pabila melihatkan keadaan 90 yang seperti kerasukan
itu.
Belum cukup dengan itu, 90 menyeret jambangan yang sudah hancur itu
menggunakan kaki kanannya ke arah tong sampah besi tadi. Akhirnya jambangan
bunga itu kembali ke tempat asalnya, sebelah tong sampah besi. Dada 90 kini
berombak kencang menahan marah. Pantas dia membuka langkah untuk meninggalkan
tempat itu.
Hakikatnya, tirai matanya mula terasa hangat dengan kehadiran mutiara
jernih. Perasaannya kini sedih bercampur geram. 91 dan 93 yang masih kaku
dengan tindakan 90 sekadar berpandangan sesama mereka. Tidak pula terdetik di
hati mahu mengejar ketua mereka itu.
“Kau nampak tak mata budak kampung tu tadi?” Tanya 93
memecah sunyi.
“Warna biru.” Ringkas sahaja jawapan 91. Gadis berambut panajng itu
menganggukkan sedikit. Keadaan kembali sunyi. Sejujurnya mereka juga rasa
tertampar dengan kata-kata Asyraf.
*ade pmbetulan.. klau dekat P2U, 90, 91 dgn 95.. tapi, yg sbenarnya dgn 93.. sorry yer atas kekeliruan,...
*ade pmbetulan.. klau dekat P2U, 90, 91 dgn 95.. tapi, yg sbenarnya dgn 93.. sorry yer atas kekeliruan,...
Labels: se7en anjells