BAB 13
Sunday, 5 May 2013 | 0 comments
BAB 13
Langkahnya disusun rapi menuju ke suatu tempat. Mana-mana yang berselisih dengannya pasti teruja seketika.
“Wahh..” Hanya itu yang kedengaran terpacul keluar daripada mulut mata-mata yang memandang. Namun senyuman manis dibalas sebagai pengganti kata. Seketika dia bangga kerana dirinya menjadi perhatian.
Langkah yang diatur masih lagi rapi, namun terhenti takala seorang mahasiswa yang sarat membawa buku terjatuh di hadapannya kini. Dia sedikit terkejut namun wajahnya masih lagi kelihatan tenang.
“Maaf.” Ucap mahasiswa itu tulus lalu segera mengutip buku-buku yang sudah bersepah di atas tanah. Wanita muda itu turut membantu.
“Be careful next time.” Ujar wanita itu lembut seusai buku-buku tersebut dipunggut. Takala mata mereka bertemu, mahasiswa itu terkedu.
“See you again.” Ucap wanita itu mesra seraya kembali membuka langkah meninggalkan tempat itu.
Mahasiswa itu sudah kaku tanpa sebarang kata. Buku-buku yang berada dalam pegangannya kini terlepas semula. Namun kala ini dia sudah di alam kayangan, terpegun dengan kecantikan wanita itu. Wanita muda itu sempat menoleh ke belakang, tersenyum sebelum hilang memasuki perut sebuah bangunan.
Akhirnya, kaki yang menyarung high heel berjanama berhenti di hadapan sebuah bilik. Matanya kini tertacap pada siren merah yang tidak menyala betul-betul melekat pada dinding bahagian atas pintu bilik itu. Kening kirinya terjongket sedikit. Malas hendak serabutkan fikiran, pantas dipulas tombol pintu bilik itu.
Segera dia menghidupkan semua suis yang ada – air cond, lampu, kipas. Dia meletakkan briefcasenya di atas meja utama. Langkah diatur ke arah jendela. Tangannya menolak pantas langsir tebal yang menutupi cermin kaca itu. Sungguh jelas kelihatan keadaan di luar bangunan. Dia tersenyum puas dengan keadaan pejabatnya itu.
Kring!! Kring!!
Kring!! Kring!!
Matanya dialihkan ke arah punca bunyi itu. Ada dua buah telefon di atas meja dan monitor yang tersedia on. Setelah diamati, datangnya daripada telefon antik bewarna hitam. Kening kirinya sedikit terjongket. Lambat-lambat dia mengatur langkah ke arah meja kaca itu. Dia mengambil posisi yang selesa sebelum tangannya mengangkat ganggang telefon.
“Hello..” Suaranya dilunakkan sedikit.
“Welcome, Miss Nina Hamzah.” Sambut suara di hujung talian.
“Thanks. Siapa ni?” Tanya Nina Hamzah.
“Siapa saya itu tidak penting Miss Nina. Yang penting ialah saya nak awak dengar apa yang akan saya beritahu ni. Please take it serious. ” Nina Hamzah sekadar membisu. Sedikit berkerut dahi licinnya.
“Miss Nina, ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan. Listen carefully cause I just say it once.” Nina Hamzah kini masih lagi setia mendengar.
“Miss, hidup kita ni takkan pernah lari daripada peraturan. Samalah keadaannya di sini. As you know, this is a private university. When talk about private, maksudnya ada tuannya. Dan tuannya tu saja yang boleh buat peraturan. Am I right?” Nina Hamzah mengangguk sedikit seolah-olah empunya suara di hujung talian itu dapat melihatnya kini.
“First, Miss tak boleh masuk lambat ke kuliah. Bukan apa, takut Miss termakan gaji buta. But we will give three chances for this. Second, tak boleh buat sesuatu keputusan tanpa izin kami. Next, elakkan daripada rapat dengan lecture lain. Sebab kat sini kami gunakan prinsip ‘kau-kau dan aku-aku’ maksudnya hal masing-masing. Lastly, datang sini bukan untuk jadi model, tapi untuk mengajar. So, tak perlu rasanya nak pakai skirt, heel segala. Okey?” Nina Hamzah sudah tercengang. Tidak sangka pagi-pagi pada hari pertamanya sudah di‘orentasi’kan.
“Okey?” Ulang suara di hujung talian itu. Nina Hamzah sedikit teragak-agak untuk menerima semua peraturan yang tidak masuk akal itu.
“Hello?”
“Baiklah.” Jawab Nina Hamzah dengan berat hati.
“Good. Any question?” Tanya suara misteri itu.
“Siapa you all ni?” Laju sahaja soalan itu keluar daripada mulutnya. Sejujurnya itulah soalan pertama yang bermain di fikirannya sejak tadi. Ingin sangat dia mengetahui identiti empunya suara itu. Kedengaran suara itu tertawa sedikit namun Nina Hamzah masih lagi setia menanti jawapannya.
“You’ll know soon or maybe not.” Jawapan yang cukup mengecewakannya.
“By the way sebelum terlupa, kalau Miss Nina ada bagi assigment sediakan sekali full answer dan emailkan kepada kami.” Nina Hamzah tersenyum kecil. Teka-tekinya sedikit terjawab bahawa empunya suara itu pastinya pelajar universiti.
“Understand?” Nina Hamzah sekadar mengangguk. Kala ini pandangannya tertancap pada CCTV yang terletak di penjuru bilik. Dia yakin sekali yang tuan punya suara sedang memerhatikannya kala ini.
“Baiklah. Untuk pengetahuan Miss Nina, setiap kali telefon ini berdering, siren di luar bilik Miss akan menyala termasuklah sekarang. Semua orang akan tahu bahawa kami sedang call Miss, so takkan ada sesiapa yang akan ganggu Miss waktu itu. Dan.. telefon ini hanya berbunyi sekali sahaja sepanjang lecture tu mengajar di sini.”
“Kalau lebih daripada sekali?” Pintas Nina Hamzah. Sekali lagi suara misteri itu tertawa kecil.
“Elakkan ia berbunyi lebih daripada sekali.” Kata-kata seperti amaran itu jelas menyapa gegendang telinganya.
“Dan kalau Miss nak buat panggilan, gunakan telefon putih yang biasa tu. Jangan sekali-kali sentuh telefon antik ni. Lastly, saya nak nasihatkan agar balik on office time. Jangan berani-berani stay lama kat bilik tu sebab bilik tu pernah terbakar dulu dan ada yang terperangkap dalam kebakaran itu.” Nina Hamzah sudah kaku tidak terkata. Tegak bulu romanya mendengar segalanya.
“Hah, kalau ada apa-apa, jangan segan-segan untuk email kami, okey. Anyway, have a nice day and good luck!” beritahu suara di hujung talian. Segera panggilan diputuskan.
Titt!
Bunyi daripada monitor yang sedari tadi terpasang. Ada satu email yang masuk. Pantas discroll tetikus untuk melihat isi kandungan email itu. Apa yang dihantar di situ cumalah perkataan – ‘WELCOME & GOOD LUCK’. Nina Hamzah melihat ke arah coloumn email pengirim - abc123@hotmail.com, membuatnya sedikit hampa. Seketika ingatannya terimbau kembali cerita seram daripada suara misteri itu. Dia memerhatikan sekeliling sebelum cepat-cepat mengambil briefcasenya seraya keluar daripada bilik itu.
*****
BERDERAI tawa mereka-mereka yang ada setelah 90 meletakkan ganggang telefon. Namun sekuat mana pun tawa mereka, tetap takkan didengari dari luar. Ini kerana dinding bilik mesyuarat di bangunan SEVEN ANJELLS itu merupakan jenis yang kedap bunyi. Anna Raudhah (90) sekadar tersenyum puas. Bangga dengan hasil kerjanya.
“Kau ni tak baiklah Ann. Cerita nak real pulak tu. Sejak bila bilik tu burn?” Ujar 94 seraya kembali melepaskan tawanya. Mereka yang ada turut mengangguk dengan sisa tawa.
“Nampak tak muka kejung dia masa 90 cerita tadi?” Tanya 93 sambil menunding ke arah skrin yang jelas memaparkan keadaan bilik pejabat Nina Hamzah. Serentak mereka mengangguk.
“Korang rasa lecture baru tu boleh stay lama tak? Dengan cerita hantu Ann lagi.” Ujar 95 merujuk kepada Nina Hamzah sambil menyeka air mata yang terbit akibat ketawa berlebihan.
“Biasanya lecture muda ni seminggu dua aje dah surrender. Tapi tak tahu la Miss Nina tu.” Ujar 91 merujuk kepada pensyarah-pensyarah muda sebelum ini.
“Hot betul dia. Pagi tadi aku nampak semua student fokus dekat dia.” Ujar 92 dengan nada tidak puas hati.
“Kalau macam tu reputasi kita boleh jatuh.” Ujar 91 seraya melihat ke arah 90 yang masih merenung kosong skrin CCTV bilik pejabat Nina Hamzah.
“Kita tunggu dan lihat.” Pendek sahaja jawapan 90 seraya kembali melihat teman-temannya. Yang lain sekadar tersenyum. Faham benar apa yang dimaksudkan oleh ketua mereka itu.
“Eh, mana budak rambut kuning tu?” Tanya 94 merujuk kepada 96.
“Ha’ah la. Daripada pagi dia tak masuk bangunan ni.” Ujar 93 seraya menoleh sekeliling.
“Alah, dia terus ke taman la tu.. reading,” ujar 95 meredakan keadaan seraya melangkah pergi.
Yang lain sekadar mengangguk. Mereka faham benar dengan hobi gadis kacukan Jerman itu yang diisi pada waktu-waktu lapang begini. Berbeza pula dengan yang lain...
“Wana nak pergi mana?” Tanya 92 seraya berlari anak ke arah Zawana Airisyah (95) yang sudah tercegat di hadapan pintu utama.
“Bowling.” Ringkas sahaja jawapan 95.
“Nak ikut.” 92 dan 95 menapak serentak keluar dari bilik mesyuarat itu.
Sebenarnya pagi itu mereka tidak terlibat dengan mana-mana kelas atau kuliah sehinggalah ke tengah hari. Namun ahli-ahli Seven Anjells peduli apa kalau ada kelas pun, itu hak mereka untuk hadir atau tak. Lagipun ‘taiko’ universiti memang sudah di pihak mereka.
“Tunggu! Nak join sekali.” Jerit 93 seraya berlari pantas ke arah 92 dan 95.
“Kau pulak nak pegi mana, Jane?” Tanya 91 kepada 94 yang mula melangkah pergi.
“Kenapa? Nak ikut? Jomlah.”
“Ke mana?” Sedikit berkerut dahi licin 91.
“Lawat Igoo.” Balas 94 sambil tersenyum kecil. 91 sedikit tercengang lalu pantas menggeleng.
“Kau, tak keluar Ann?” Tanya 91. Kala ini pandangannya sudah dihalakan ke arah 90.
“Kejap lagilah.” Jawab 90 ringkas.
“Kalau macam tu aku pergi dulu, ya.” Ucap 91 seraya bingkas bangun untuk menapak pergi.
“Hanna, tiba-tiba aku terfikir yang one day Seven A akan berpecah. Berpecah kerana seorang lelaki.” Luah 90 tiba-tiba dengan nada serius. 91 terkaku, sangat terkejut dengan apa yang baru didengarnya.
“Jangan risau. Selagi kita semua berpegang pada prinsip Seven A, aku yakin perkara tu takkan berlaku.” Kenyataan 91 membuatkan Anna Raudhah (90) tersenyum seraya mengangguk sedikit. Senyuman itu dibalas oleh 91 lalu kembali meneruskan langkahnya.
Terima kasih kerana membaca. jangan lupa tinggalkan komen anda untuk sbarang pembaikan.
Labels: se7en anjells