bio list cbox entry




SA - BAB 37
Friday, 12 September 2014 | 0 comments



no pictures. sorry.

BAB 37



TERASA pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, sudah hampir sebulan mereka mengenali Asyraf. Kewujudan lelaki itu benar-benar dapat diterima baik oleh ahli-ahli yang lain termasuk 90. Dengan kemunculan Asyraf, sedikit sebanyak juga telah berjaya membuktikan bahwa lelaki tak adalah semuanya sama.
Asyraf mengorak langkah menuju ke arah sangkar gergasi. Perlahan-lahan pintu sangkar itu dibuka seraya dia melangkah masuk ke dalamnya. Asyraf meleretkan senyuman. Lelaki itu mengambil tempat di sebuah kerusi yang turut disediakan di situ.
Seperti biasa, lelaki itu menyarung sarung tangan tebal di tangan kirinya. Setelah itu, dia mengeluarkan roti gandum dari dalam begnya. Matanya yang biru itu melilau memandang ke pepohonan yang hidup subur. Dia masih meneruskan pencariannya sebelum pandangannya melekat ke arah sesuatu. Lelaki itu mengukir senyuman.
“Zoro! Come here!” dengan satu kali panggilan, Zoro terbang ke arah Asyraf. Perlahan-lahan burung itu hinggap di lengan kiri Asyraf. Lelaki itu tersenyum manis sambil mengusap jambul merah milik Zoro. Jangan tak tahu, ada satu fakta yang anda perlu tahu. Ianya penting! Pertama kali dalam sejarah, Zoro berbaik dengan manusia selain tuan kesayangannya, Anna Raudhah!
Asyraf mengoyak sedikit roti gandum lalu diberikan kepada Zoro. Zoro sudah mengepak tanda gembira. Cebisan seterusnya diberi hinggalah habis dua keping roti gandum dimakan Zoro.
“Zoro, hari ni tuan kau tak dapat nak lawat kau. Dia ada hal. Dia mintak maaf. Lain kali dia bawak kau jalan-jalan.” Beritahu Asyraf sambil mengusap lembut jambul Zoro. Burung itu sekadar diam merenung tanah yang dihampar rumput hijau. Persoalannya di sini, Zoro faham ke? Kalau mengikutkan respon burung tu, macam dia faham. Tapi, entahlah...
“Okeylah, Zoro. I need to go.” Asyraf mula bangkit. Automatik Zoro membuka sayapnya lalu terbang. Burung itu sekadar hinggap di dahan sebatang pokok yang rendang. Matanya masih memerhatikan Asyraf. Lelaki berkaca mata itu sudah berkemas untuk pergi.
See you next time, Zoro!” laung Asyraf sebelum melangkah keluar.
Asyraf menutup pintu pagar itu. Dia mengemaskan lagi fail yang berada di pegangan sebelum menoleh ke arah padang milik 92.
“Asyraf!” Asyraf menapak beberapa langkah ke belakang. Terkejut dengan sergahan itu. 94  yang berada betul-betul di hadapan lelaki itu sekadar tersengih.
“Apa awak buat dekat sini?” Tanya 94 ceria. Asyraf sekadar melakarkan senyuman kecil.
“Lawat Zoro,” ringkas sahaja jawapan Asyraf. Gadis itu mengangguk tanda faham.
“Ann ada dekat dalam?” tanya 94 sambil meninjau sedikit ke dalam sangkar. Lelaki itu menggeleng. Gadis itu menghampiri Asyraf.
“Jom kita pergi minum.” Ajak 94 dengan wajah yang seperti biasa, ceria sepanjang masa. Dah macam iklan la pulak. Asyraf mengangguk sebelum mereka berdua meninggalkan kawasan itu.


“ERR... boleh saya tanya sesuatu?” pinta Asyraf sambil membetulkan sedikit cermin matanya. Kening 94 terjongket, gadis itu masih tersenyum. Air mashed chocolate sejuk itu dihirupnya perlahan.
“Macam mana Zoro tu dijumpai?” Tiba-tiba ingatan lelaki itu terkenang pada Zoro, burung kacukan Helang - Kakak Tua.
“Dijumpai? Dia bukan dijumpailah, Asy. Hidupnya si Zoro tu sebab Ann.” Beritahu 94 memulakan cerita. Berkerut sedikit dahi lelaki itu. 94 sudah tergelak kecil.
“Ann la yang cipta si Zoro tu.” Jelas gadis itu. Sesekali mereka menghirup air minuman yang dipesan.
“Cipta? Manusia mana boleh mencipta benda-benda hidup.” Asyraf semakin bingung.
“Err... maksud Ara, Ann la yang kacukkan gen burung kakak tua dengan gen burung helang. Erm... macam mana nak cakap ea? Gitu-gitu la...” kening 94 turut berkerut. Macam mana nak terangkan, ea? Dia pun bingung nak menerangkan projek temannya yang satu itu.


GADIS berlesung pipit itu pulang ke banglo dengan wajah yang masam mencuka. Dia mengambil tempat di sebelah kawan-kawannya yang sedang asyik menonton movie di Smart TV 120 inci. Sesekali kedengaran keluhan kasarnya terhembus keluar. 91 yang perasan akan perubahan mood ketuanya itu pantas memandang wajah 90.
What’s wrong?” tanya orang kanan Se7en Anjells itu membuatkan fokus yang lain sedikit terganggu. Mereka mengalihkan pendangan memandang ketua mereka yang sudah berwajah cemberut itu. 90 menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal.
“Aku punya eksperimen kali ni gagal.” Beritahu Anna Raudhah (90). Berkerut dahi yang lain mendengar apa yang diucapkan oleh gadis kecil molek itu.
“Gagal? Bukan ke sebelum ni memang selalu gagal?” 95 bertanya pelik. Gadis berlesung pipit itu menggeleng.
“Mana ada eksperimen sebelum ni gagal. Sebelum ni berjaya aje, tau! Tak pernah gagal macam ni!” Ujar 90 dengan nada yang sedikit merungut. Mukanya benar-benar masam mencuka.
Serious? Tak pernah gagal sebelum ni?” Tanya 92 seakan tidak percaya. Mereka sudah berpandangan sesame sendiri.
“Aku tengok, semua haiwan eksperimen engkau tu tak pernah pun hidup. Berjaya apa bendanya tu?” Sambung 93 pula.
“Kalau hasil akhirnya mati, itu tandanya eksperimen aku berjaya! Kalau dia hidup, it’s mean I’m failed!” Terang 90 dengan bersungguh-sungguh.
What?!” Bergema seketika banglo kaca itu dengan gabungan suara daripada enam orang gadis. Masing-masing sudah ternganga tidak percaya.
“Eksperimen apa yang gagal tu?” tanya 92, ingin tahu. 90 sekadar merenung lantai sebelum keluhan berat dihempaskan.
“Helang kacuk parrot.” Ringkas sahaja jawapannya.
Sound amazing! Can I see it tomorrow?” Tanya 94 tiba-tiba. 96 turut mengangguk.


ASYRAF sudah tercengang kehilangan kata mendengar cerita 94. Matanya tidak berkelip memandang gadis happy go lucky di hadapannya yang sememangnya hanya tahu senyum, senyum dan senyum sahaja.
“Kalau haiwan tu mati maksudnya berjaya? Pelik.” Luah Asyraf. 94 sekadar menjongketkan bahu. Tangannya bermain-main dengan sudu kecil yang ada di dalam cawan airnya.
Then?” Tanya Asyraf ingin tahu kisah selanjutnya.
“Keesokkannya saya dengan Ara pergi tengok burung kacukan tu.” Pandangan mereka beralih kepada punca suara itu yang mula mengambil tempat di sebelah 94. 96 sekadar tersenyum.
“Kau dari mana? Tiba-tiba aje muncul.” Tanya 94.
Library.” Jawab gadis kacukan Jerman itu sepatah. Kini mereka mula menyambung kisah ‘silam’ Zoro.


“WAH, comelnya!” Ruangan tamu banglo kaca itu kini menjadi tumpuan penghuninya. Masing-masing sibuk menyentuh seekor anak burung sebesar penumbuk yang diletakkan di dalam bakul yang dialas dengan kain baldu putih.
“Ann, kau bela la dia. Kesian dia. Kecik lagi, comel pulak tu.” Ujar 92 simpati kepada anak burung yang sudah kematian ibu itu. Sempat dia mengerling sekilas ke arah 90 yang sedang lepak di atas sofa.
“Betul Ann. Tak baik kau buang anak yatim piatu ni.” Tambah 91 pula dan disokong sepenuhnya oleh yang lain. Ketua Se7en Anjells itu masih lagi membisu.
“Kalau kau tak nak, biar kami yang bela dia.” Cadang 94 pula. Yang lain sudah membisu.
“Err, kami? Sorry, but I don’t think so.” Tolak 93. Mereka yang lain turut mengangguk setuju. 94 sudah menarik muka masam.
“Tak apelah biar aku dengan 94 yang bela. How, Ann?” Putus 96 pula. Akhirnya 90 bersetuju untuk membiarkan burung kacukan itu untuk hidup lebih lama di bawah jagaan sahabat-sahabatnya.


“HABIS, macam mana boleh Raudhah yang bela pulak?” Tanya Asyraf tidak sabar. 94 dan 96 sekadar tersenyum seraya menikmati minuman mereka. Pandangan mula beralih pada lelaki bermata biru di hadapan mereka kala ini.
“Masa tu lebih kurang sebulan kami jaga dia. Badan Zoro tu cepat aje besar. Usia baru sebulan dah pandai terbang. Tapi masa tu nama dia bukan Zoro.” Terang 96. Berkerut dahi licin Asyraf. Pandangannya dialihkan kepada 94 meminta jawapan.
“Nama dia...”


“LIZZY!” Panggil 94. Sekejap sahaja kelibat burung kacukan itu sudah kelihatan. Gadis kacukan Jerman itu mengusap lembut jambul merah Zoro.
“96, esok aku nak bawak Lizzy balik banglo.” 94 mengutarakan hasratnya kepada 96 yang sedang leka memberi Zoro makan. Lama gadis berambut kuning itu membisu tanpa respon.
“Yaa!”
“Kenapa? Biarlah dia dekat sini. Lagipun dekat sini dia bebas terbang. Nanti dekat banglo kena kurung dalam sangkar aje. Bosan la dia nanti.” 96 mengutarakan pendapatnya. Dia kembali tersenyum memandang burung kacukan itu.
“Kalau macam tu kita carikan dia kawan.” Cadang 92 pula yang muncul tiba-tiba.
“Hmm, it’s sound good. What do you think, Yaa?” Tanya 94.
“Tapi Lizzy kan kacukan. Takut dia kena buli dengan burung tu pulak. Mesti dalam dunia diorang Lizzy ni dianggap pelik. Kesian la dia.” Luah 96. Hakikatnya dia masih tidak mahu bawa burung kacukan itu dibawa pulang, takut dia ‘melepas’ merata-rata. Risau juga sekiranya 95 naik angin dengan persekitaran yang sebegitu nanti.
It’s gonna be fine.” Ujar 94 yakin. Akhirnya 96 terpaksa akur dengan permintaan sahabatnya itu. Lambat-lambat dia mengangguk dengan berat hati. Well, dia terpaksa terima hakikat yang 94 lebih arif tentang dunia haiwan berbandingnya.


“LEPAS tu.. lepas tu?” Tanya lelaki bermata biru itu teruja. Kedua-dua gadis itu sudah berpandangan.
“Rileks la, Asy. Apa yang nak dikejarkan sangat?” Tanya 96 pelik.
Sorry, excited.” Jawab Asyraf sepatah seraya tersenyum kelat. Malu akan sikapnya sendiri. 94 sudah tertawa kecil.
“Asyraf, cerita ni pendek aje sebenarnya. Tapi...” Sengaja 94 tidak menghabiskan ayatnya. Dia mengerling gadis berambut kuning di sebelahnya.
“Asy tu yang dari tadi asyik mencelah!” Sambung 96 pura-pura geram. Sekali lagi Asyraf tersenyum sumbing seraya menggosok belakang kepalanya.
“Okeylah. Sampai mana tadi? Ha! Beberapa hari si Lizzy tu dah dekat banglo dia tak pernah buat perangai langsung. Dia memang baik. Ikut cakap, kalau waktu makan tu memang excited la nak bagi dia makan. Hinggalah bila dua ekor parrot dari Eropah yang kami order pun sampai.” 94 menyambung ceritanya.


“YANG bulu warna hijau-kuning tu namanya Greeny. Yang warna merah-putih tu pulak namanya Sweety.” Cadang 92 sambil menunjuk ke arah dua ekor anak burung kakak tua yang di kurung di dalam sangkar.
“Nama apa tu? Buruk betul!” Marah 94.
“Dah, jangan gaduh. Yang hijau-kuning tu nama dia Baddrol dan yang merah-putih pulak nama dia Mat Yo. Selesai!” Sampuk 93 dari jauh. Masing-masing mula mempertikaikan cadangan demi cadangan yang diberikan. Kini mereka sedang bertegang urat untuk memberi nama yang sesuai untuk kawan baru Zoro.
We’re home!”
“Eh, Lizzy dah balik!” Beritahu 92 ceria tatkala terpandangkan 94 dan 96 yang baru pulang daripada bersiar-siar bersama Zoro.
“Kenalkan, kawan baru Lizzy dah sampai!” Ujar 91 sambil menunding ke arah sangkar yang dihuni oleh dua ekor anak burung kakak tua. 94 dan 96 mendekati sangkar itu. Zoro sudah pun dimasukkan ke dalam sangkar khasnya.
“Ala... comelnya!” 96 mengusap perlahan jambul burung kakak tua yang berwarna hijau-kuning itu. 94 mengangkat sangkar dua ekor burung kakak tua itu mendekati sangkar khas Zoro. Dia kemudiannya memasukkan dua ekor anak burung itu ke dalam sangkar khas yang didiami Zoro. Burung kacukan itu sekadar menjeling sahaja.
“Jangan nakal-nakal tau you all!” Sempat lagi 92 berpesan pada tiga ekor burung di dalam sangkar berwarna emas itu.


“ASYRAF, are you… with us?” Tanya 94 aneh melihat Asyraf yang hanya tekun mendengar tanpa mencelah. Aneh pula perangainya. Asyraf yang baru tersedar pantas mengangguk laju.
Are you, okay?” Tanya 96 pula. Sekali lagi lelaki bercermin mata itu mengangguk laju. Dah macam burung belatuk da…
“Okey, kita sambung balik. Baru semalaman kami kawankan diorang, keesokkannya…”


“APA dah jadi ni?!” Tanya 95 terkejut sekaligus menarik perhatian 91 dan 94 yang turut berada berdekatan. Masing-masing sudah kehilangan kata tatkala melihat dua ekor burung yang semalamnya bertenggek riang kini sudah terkulai tidak bermaya.
Pantas 94 membuka pintu sangkar. Dikeluarkan dua ekor anak burung yang sudah tidak sedarkan diri. Gadis riang itu memeriksa dua ekor burung tersebut sebelum mengesahkan bahawa dua burung kecil itu sudah mati.
Girls, sarapan kita hari ni adalah roti gandum. Makanan paling berkhasiat. Bagus untuk badan, kulit yang cantik, sihat…” dalam pada 92 sedang sibuk ‘mempromosi’ roti gandumnya, Zoro terbang keluar melalui pintu sangkar yang terbuka luas.
“Aaa!!! Dia curi roti aku! Tangkap dia!” Suara lantang 92 menarik perhatian yang lain. Kini pandangan mereka tertancap pada seekor burung yang sedang terbang tinggi dengan sekeping roti gandum kemas di cengkamannya.
Masing-masing cuba menangkap burung yang lincah itu. Namun, hasilnya hampa. Semua barang sudah jatuh bersepah merata-rata. Mana tidaknya, burung yang hendak ditangkap itu mempunyai kelajuan seperti helang. Memang berbezalah dengan kudrat manusia.
93 yang sedari tadi menjamu selera hanya memerlukan sebelah tangan untuk menangkap kaki Zoro yang melintasinya. Memang malanglah nasib Zoro tu kalau si minah bola ni dapat dia. Silap hari bulan, dia jadikan binatang tu bolanya!
Kini barulah yang lain mampu menarik nafas lega. Di saat inilah, tepukan memenuhi setiap ruang. Mata mereka tertancap pada sesusuk tubuh yang mula melangkah menuruni anak tangga. Bertambah bingung dibuatnya pabila gadis itu tertawa umpama nenek sihir.
“Aku suka dia! Aku suka dia! Dia macam aku.” Ujar 90 sambil menapak ke arah mereka semua. Tepukannya sudah reda.
“Apa yang samanya?” Tanya 92 perlahan.
“Kau tengoklah perangai si Lizzy ni macam mana. Dia aje dah boleh buat kita semua kucar-kacir.” Bisik 95. Gadis berambut panjang itu sudah mencebik. Huru-hara!
“Aku rasa burung dua ekor tu mati sebab kena belasah dengan Lizzy. Sama la garangnya dengan Ann.” Tambah 94.
“Alyaa! Aku nak ambik alih penjagaan burung ni. Dan…” saat itu, burung kacukan itu sudah terlepas daripada pegangan 93. Dan dia memilih sendiri tuannya dengan hinggap di bahu 90.
“Aku namakan dia, Zoro sebab mata dia sama macam mata aku.” Ujar gadis itu seraya tertawa besar. Tak ubah seperti ketua lanun. Seketika gadis itu terbatuk.
“Oh, aku belum minum air lagi.” 90 pun melangkah ke dapur bersama dengan burung yang masih setia hinggap di bahunya. Yang lain sudah berpandangan sesama sendiri.
“Apa kaitan mata dia dengan nama Zoro?” Tanya 92.
“Entah.” Jawab yang lain serentak.


“OOO…” Asyraf mengangguk sedikit tanda faham. Dua gadis itu hanya melakarkan senyuman seraya menghirup air yang dipesan. Suasana sepi seketika di saat masing-masing leka melayani perasaan sendiri.
“96! Apa cerita misi kau tu?” Tanya 93 yang muncul dengan tiba-tiba. Membulat mata 95 yang mengekori 93 tatkala terpandangkan Asyraf turut berada di situ.
“Misi?” sampuk Asyraf. Semua yang berada di situ sudah kehilangan kata. Masing-masing hanya mengerling sesama mereka. Memang ada jugak yang mati kena cekik ni nanti. Masing-masing sudah membuat isyarat mata, memandang gadis berambut pendek itu.

Labels: