bio list cbox entry




SA, BAB 22
Tuesday, 17 December 2013 | 0 comments


Se7en Anjells




Asyraf mencampakkan telefon bimbit ke atas katil bujangnya. Dia kemudiannya turut merebahkan badan ke atas katil itu. Masuk ini, sudah sepuluh kali mesej misteri diterimanya.

Sudahlah hari ini badannya tidak berapa sihat, dia didatangi pula berbagai-bagai mesej jiwang. Aduh, azab apa pulaklah kali ni? Asyraf bermonolog. Dia memegang dahinya. Panas. Itulah suhu badannya kini.

Kedengaran telefon bimbitnya bergetar lagi. Mesej terbaru sudah tiba. Asyraf menggagahkan jua tangannya untuk mencapai telefon bimbit yang terletak berdekatan dengannya. Mesej yang baru masuk itu dibaca.

Sayang... jomlah kita keluar. Dah lama kita tak jumpa. I miss you soo much, baby. Jom kita keluar dating tempat biasa, ya? Hmm? I bosanlah. Muah! Kiss from me, your lovely sweetheart.

Dahi Asyraf berkerut.

“Bila masa pula aku ada girlfriend ni?” Asyraf bertanya sendirian.

“Apa masalah perempuan ni dengan aku?” Asyraf bertanya geram. Dia mula meramas kasar rambutnya. Pening akan demamnya pun belum sihat, ditambah pula dengan mesej liar yang menambahkan kekusutan di kepalanya.

Telefon bimbitnya dicapai semula. Asyraf mula mendail nombor yang tidak sudah-sudah mengganggu ketenteraman hidupnya.


KELIMA-LIMA gadis itu teruja tatkala nama Mata Biru’ tertera di skrin. Bagi mereka, Asyraf telah memberi respon yang baik setelah banyak mesej dihantar. Mereka percaya bahawa Asyraf tetap akan tumpas dengan kata-kata dan ucapan manis. Dengan seulas senyuman sinis, 91 mengangkat panggilan itu.

“Hel...” belum sempat 91 menghabiskan ucapannya, pantas dipintas oleh suara di hujung talian.

“Hei, Assalamualaikum!” sergah Asyraf kasar. 91 yang terkejut pantas bertindak menekan punat pembesar suara.

“Boleh saya tahu ni siapa? Ada saya buat apa-apa masalah dengan awak ke? Berhentilah kacau saya! Apa masalah awak dengan saya, hah? Untuk pengetahuan awak, saya tak ada teman wanita! Jadi, awak tak payahlah berlagak macam kita ni pasangan kekasih, okey. Saya tak tahu apa masalah awak tapi satu aje yang saya mohon...  jangan kacau saya. Okeylah, mungkin saya tak kenal awak. Tapi, boleh jadi jugak awak kenal saya. Saya mintak maaf kalau saya ada buat apa-apa kesalahan pada awak. Saya merayu pada awak, saya memohon pada awak. Janganlah kacau saya. Sekarang saya tengah ada masalah. Badan saya pun tak berapa nak sihat. Kalau awak saudara seIslam saya, saya tak mintak lebih. Hormatlah sikit. Tolong jangan ganggu saya. Itu aje. Okey, Assalamualaikum,” Asyraf pantas mematikan talian.

“Tutt, tutt...” talian sudah tidak disambungkan lagi.

Terkebil-kebil mereka yang mendengarnya. Mujur bilik karaoke di tingkat tiga banglo itu kedap bunyi, tiadalah kedengaran suara lantang Asyraf itu hingga ke luar.

Mereka berasa sangat tertampar dengan bait ucapan Asyraf yang sememangnya kedengaran  tidak bernada menengking. Masing-masing sudah mati kata. Jangkaan mereka akan respon lelaki itu, meleset sama sekali.

“Dia merayu pada kita supaya jangan ganggu dia, kan?” tanya 92 meminta kepastian.

“Yup. Mungkin dia tengah ada masalah, kut.” beritahu 94.

Or waktu ni, mungkin dia tengah dating dengan girlfriend dia?” 93 pula membuat tekaan.

Guys, bukan ke tadi dia kata badan dia tak berapa nak sihat? Korang ni... tak baik tau buat tuduhan melulu.” sanggah 95 pula.

“Tuduhan apanya pulak ni, 95? Kita sekarang ni tengah berurusan dengan playboy. Alasan macam tu dah biasa, okey.” jelas 91.

“Tapi, aku tak yakin Mata Biru ni sama macam pb-pb yang lain. Dia ni berbeza sikitlah.” beritahu 95 akan rasa ragu yang telah lama hinggap di ruangan hatinya. Hujahnya disokong pula dengan anggukan beberapa temannya.

“Betul tu. Aku pun rasa macam tu. Tengok cara dia layan kita tadi, macam spesies manusia yang tak berapa nak layan perempuan. Tengok gaya dia, macam budak baik. Tapi...” ucapan 92 tiba-tiba terputus. Dia terdiam sejenak.

“Bukan ke semua lelaki, perangainya sama aje? Hanya nakkan keseronokkan dan kepuasan?” 92 bertanya. Dia keliru. Kata-katanya membuatkan teman-temannya berfikir seketika.

91 memetik jarinya sambil menumbuk perlahan tapak tangannya. Tanda idea yang teramatlah bernas sudah tiba. Kelakuannya menarik perhatian yang lain yang juga tidak berapa matang itu. Masing-masing menumpahkan perhatian sepenuhnya kepada orang kanan Seven Anjells itu.

“Aku rasa, kita perlu sedarkan Mata Biru ni!” ujarnya penuh semangat. Berkerut seribu dahi yang lain. Apa pulaklah agenda si samurai ni?

“Sedarkan?” tanya 95 aneh.

“Yup, sedarkan!” begitu bersemangat 91 memberitahu.

“Dia kan lelaki. Lelaki bukan ke semuanya sama? Selalu berfoya-foya, sukakan keseronokkan dan nakkan kepuasan? Mamat ni still tak sedar lagi tentang semua tu. That’s why kita kena sedarkan dia! Biar dia jadi sama macam lelaki kat luar sana.” terang 91 dengan semangat yang berkobar-kobar. Ahli yang lain turut mengangguk, setuju dengan cadangan 91.

“Betul tu. Kita kena sedarkan dia!” sokong 93.

“Ha’ah, sedarkan!” sahut yang lain dengan bersemangat waja setinggi gunung.

“Tapi, macam mana?” soal 94 blur membuatkan yang lain terdiam. Sejenak mereka berfikir. Hmm...

“Hah! Aku ada idea!” bersemangat sekali 92.


ASYRAF menghembuskan nafas lega. Sudah lebih kurang dua jam, mesej itu tidak lagi menghantui hidupnya. Baru sahaja dia berhajat untuk melelapkan mata buat seketika, telefon bimbitnya berdering. Asyraf mengeluh. Apa lagi...?

Dengan malas, dia mencapai telefon bimbitnya lantas mengangkat panggilan tersebut tanpa langung memandang nama si pemanggil.

“Assalamualaikum,” sapa Asyraf malas.

“Waalaikumussalam. Hai, Asy. Asy dekat mana sekarang? Tak nampak pun dekat kuliah.” sapaan suara lembut itu menampar perlahan gegendang telinga Asyraf. Senyuman terukir di bibir Asyraf serta-merta.

“Hai, Alyaa. Hari ni saya tak berapa nak sihatlah. That’s why saya tak datang kuliah hari ni,” jawab Asyraf.

“Ooh, patutlah. Penat saya tunggu tadi. Kenapa tak inform saya?” tanya 96 dengan nada yang seakan merajuk. Kedengaran tawa perlahan Asyraf.

Sorry, sorry. Tadi badan saya panas sangat. Tapi sekarang ni, Alhamdulillah... dah okey sikit. Kalau dulu, nak bangun pun payah. Tapi, saya baru nak rehat sikit, ada mesej liar masuk. Itu yang tak sempat nak inform awak tu. Kepala saya berat sangat. Ditambah pulak mesej jiwang yang entah dari siapa. Asyik kacau saya aje,” luah Asyraf. 96 hanya diam mendengar. Berkerut dahi gadis itu tatkala mendengar perihal Asyraf dikacau oleh mesej jiwang. Ingatannya serta-merta terkenangkan kawan berlimanya itu. Takkanlah...

“Asy, awak kena kacau?” tanya 96 meminta kepastian.

“Betul. Saya kena kacau dengan satu nombor yang saya langsung tak kenal. Banyak kali dia hantar mesej pelik-pelik. Dalam mesej tu, dia cakap yang dia tu teman wanita sayalah, nak ajak datinglah. Macam-macam yang dia hantar.” beritahu Asyraf tanpa sedikit pun berselindung. Kedengaran 96 mengeluh berat.

“Kenapa Alyaa?” tanya Asyraf, pelik.

“Awak tahu tak siapa yang kacau awak tu?” Asyraf menggeleng seakan 96 boleh melihat responnya kini.

“Itu.. Seven Anjells.” ucap 96 ringkas sekaligus membongkarkan rahsia terbesar mereka. Dahi Asyraf berkerut. Namun tidak pula dia tergerak untuk bertanyakan apa-apa.

“Mesti awak tak pernah dengar nama ni, kan?” duga 96.

“Tak,” Asyraf membalas pendek.

“Yang saya tahu, Seven Anjells ni satu kumpulan tertutup. Ahli kumpulan dia ada tujuh orang kesemuanya. Kumpulan ni cukup terkenal tapi tak ada seorang pun yang tahu identiti ahli-ahlinya. Diorang akan aim lelaki yang diorang anti dengan buat misi pada lelaki malang tu,” beritahu 96 sedikit tentang perihal kumpulannya sendiri, Seven Anjells.

“Habis tu, saya ni dah kena aimlah? Dan kenapa pulak diorang anti saya? Bukannya saya kenal diorang siapa.” tanya Asyraf ragu-ragu.

“Entahlah, Asy. Itu saya tak tahu. Eh, Asy! Saya terlupa pulak yang saya kena pergi suatu tempat. Dah terlambat pulak. Ini semua awak punya pasallah ni!” ujar 96 dengan nada gurauan.

“Eh, saya pulak yang kena.” 96 tertawa perlahan diikuti oleh Asyraf.

“Okeylah, Asy. Take care. Jangan lupa makan ubat, ya! Semoga cepat sembuh. Okey, bye!” ucap 96 sebelum mematikan talian.

Asyraf yang sedari tadi duduk bersila di atas katil kembali merebahkan badannya. Dia termenung memandang siling biliknya.

Haish... Alyaa, Alyaa. Perangai awak ni tak ubah macam Aisyha. Sya, sorry abang tinggalkan Aisyha.  Nanti kalau abang rajin, abang balik, okey.” Asyraf berkata sendirian sambil mata masih setia menatap siling. Ingatannya kembali menggamit kenangan bersama keluarga.

Seven Anjells,” perkataan itu spontan meluncur keluar dari mulut Asyraf. Asyraf tersenyum sinis.

“Menarik! Hmm... siapalah ahlinya.” Pantas Asyraf memegang kepalanya. Terasa berdenyut kepalanya. Keningnya berkerut menahan sakit. Terasa semakin menjadi-jadi pula denyutan itu. Dengan kedua-dua belah tangan yang masih setia memegang kepala, akhirnya dia terlena dalam keperitan jua dalam sepotong ayat yang masih tergantung.

Labels: