bio list cbox entry




BAB 2
Sunday, 31 March 2013 | 0 comments


BAB 2



Banglo empat tingkat yang 80% diperbuat daripada kaca berkualiti tinggi itu kini tampak megah disimbahi cahaya lampu yang berada di kawasan taman bunga di perkarangan banglo. Ditambah pula dengan sinaran terang rembulan. Kolam ikan beserta air terjun mini buatan yang terletak di landskap luar banglo turut diletakkan lampu di dalamnya. Setiap malam, air di dalam kolam kelihatan berkilau seakan terdapat banyak mutiara di dasarnya. Banglo yang terletak gah di atas bukit, sering kali menjadi perhatian orang yang lalu-lalang. Mana tidaknya, kemegahannya sentiasa memukau mata-mata yang memandang. Meskipun dindingnya hampir keseluruhan kaca, namun ditutupi dengan langsir yang tebal bagi menghalang pandangan orang luar.



Banglo kaca milik Seven Anjells kini meriah dengan bunyi hilai tawa penghuninya yang memenuhi segenap ruang tamu. Ruang tamu yang agak luas itu dilengkapi dengan 4 buah penghawa dingin yang berjenama, 3 buah kipas syiling yang penuh dengan hiasan berlian yang berkilauan di sekitarnya. Tidak kurang juga 2 set Smart TV bersaiz 120 inci yang sudah tersedia lekat di dinding dan 2 set sofa diimport yang berkualiti tinggi.



Seven Anjells? Kumpulan tertutup ini amat unik. Jika dilihat dari segi komunikasi mereka, mereka tidak menggunakan nama samaran seperti yang biasa dibuat oleh kumpulan lain. Sebaliknya mereka menggunakan angka daripada nombor telefon.



Nombor telefon mereka telah ditempah khas untuk setiap ahli dengan semua nombor adalah sama kecuali dua angka bertuah pada akhir nombor mereka yang telah pun diprivasikan. Dua angka berbeza inilah yang mereka gunakan sebagai panggilan antara ahli. Dua angka akhir ini juga ditentukan melalui tarikh lahir. Siapa yang lahir awal mereka dapatlah angka yang awal-awal, begitulah sebaliknya. Mereka hanya memanggil nama sebenar di tempat awam.



Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang gadis muda yang sudah bersahabat sejak daripada bangku sekolah rendah lagi. Diketuai oleh seorang gadis muda yang nombor telefonnya berakhir dengan angka 90 (Anna Raudhah). Gadis ayu berlesung pipit ini paling terkenal dengan kedinginannya terhadap kaum Adam dan dialah yang menubuhkan kumpulan tertutup ini.



Semestinya dalam sesebuah kumpulan pasti ada ketua dan orang kanannya, itulah 91 (Hana Misuki) - gadis kacukan Melayu-Jepun yang aktif dalam sukan tenis hingga mendapat takhta Ratu Tenis. Jika dibandingkan dengan ketuanya, dia lebih sporting dengan yang lain.



92 (Elyana Ezwa) - seorang yang amat mementingkan penampilan diri. Namun, bab-bab mencari sudut rakaman cantik, serahkan sahaja kepadanya. Dia memang cukup pakar bermain dengan kamera.



Walaupun kumpulan ini terdiri daripada kaum Hawa, jangan sangka tiada yang meminati bola sepak, dia ialah 93 (Dyna Atasyha) - berbeza dengan yang lain kerana berperwatakan sedikit boyish serta gemar berfesyen rambut pendek.



94 (Irma Qaisyara) - sedikit unik daripada yang lain. Gadis riang itu mempunyai minat yang teramat dalam terhadap haiwan berdarah sejuk. Sering dipanggil dengan nickname, Jane - nama watak heroin dalam kartun The Lagend of Tarzan kerana minatnya terhadap semua haiwan.



Berbeza dengan 95 (Zawana Airisyah) - gadis yang selesa berambut panjang itu lebih bertanggungjawab,  lebih kemas dan lebih teliti orangnya berbanding dengan yang lain. Hasilnya, biliknya sentiasa kemas, dan cantik hatta barangnya tidak pernah disepahkan merata-rata.



Kalau yang tidak pandai berbohong pula dan mudah bertolak ansur, dialah 96 (Alyaa Emeline). Gadis lurus ini anak kacukan Melayu-Jerman. Sering 'dibuli' kerana rambutnya yang semula jadi bewarna kuning ala-ala mat salleh juga daripada faktor 'adik bongsu' bagi yang lain.



Semua ahli kumpulan ini cukup bertuah kerana masing-masing daripada keluarga berada yang tersohor. Ibu bapa mereka mempunyai syarikat sendiri. Bukan hanya sebuah syarikat yang berniaga secara kecil-kecilan, tetapi syarikat itu jika direnungkan dalam dunia perniagaan, namanya cukup megah malah dikenali di peringkat antarabangsa. Syarikat gergasilah, senang cerita.



Dan yang paling penting kaum Adam langsung tidak mengetahui kewujudan kumpulan unik ini. Tetapi nama Seven Anjells ini cukup terkenal dalam kalangan kaum Hawa kerana itulah tujuan penubuhan kumpulan ini yang mempunyai misinya tersendiri. Misi yang sangat sangat unik.

 He he he...



Ketujuh-tujuh mereka berkumpul secara tidak langsung di situ. 91 dan 94 sedang khusyuk dengan dunia mereka sendiri iaitu bermain PS 3 yang sudah tersedia pasang di salah sebuah skrin Smart TV bersaiz 120 inci itu.



Manakala di satu sudut yang lain, 93 asyik mendengar lagu kegemaranmenerusi headphone yang terpasang kemas di telinganya. 96 yang pakar akan hal-hal IT sedang sibuk bermain laptop rasmi milik Seven Anjells. Macam-macam perkara yang dibelek di dalam laptop itu. Yang mempunyai kata laluan mahupun tidak, mudah sahaja  dicerobohinya. Kadangkala dia tersenyum  sendirian. Mungkin geli hati melihat hasil pencerobohannya yang senantiasa berjaya. Senang cakap, hacker la dia ni.



90, 92 dan 95 pula sedang sibuk bercerita, bergosip dan berbual-bual di tengah-tengah ruang tamu di mana terdapat sofa-sofa turut ditempatkan di situ. Masing-masing bahagia dengan aktiviti mereka  yang tersendiri.



Hmm… sebelum aku lupa, aku nak ucapkan tahniah sebab lakonan kau dalam misi  mempermainkan Daniel a.k.a playboy top 10 dalam ranking kat KL ni teramatlah mantap,” puji 95 kepada 90 - gadis yang mengaku bakal isteri Danial. Ketua kumpulan Seven Anjells  itu hanya menerima pujian daripada 95 yang kelihatan bersungguh-sungguh dengan seulas senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya. Rasa bangga mula menusuk-nusuk tangkai hatinya.



Sesiapa aje pasti tertipu dengan lakonan minah ni. Ratu lakonanlah katakan.” Ujar 92 merujuk kepada 90. Ratu lakonan, itulah 'takhta' yang hanya layak untuk leader Seven Anjells itu. Ini kerana lakonannya lebih nampak real jika dibandingkan dengan yang lain.



Bukan ke semua ahli kumpulan Seven A kena pandai berlakon?” Sengaja soalan itu dilontarkan 90 juga sebagai balasan atas pujian 95 seketika tadi.



93 pun tak kurang hebat jugak. Tak pernah-pernah dalam misi yang lepas dia baca doa. Gimiknya bagus betullah minah tu. Terkejut jugak kitorang tadi. Nak terburai ketawa ni, tahu tak? Mukanya tak boleh blah langsung. Hmm… yang pasti, tak sia-sialah kita tempah kamera dari Europe ni.” ujar 92 pula sambil mengusap lembut teknologi dari bumi Eropah itu - itulah kamera khas yang hanya akan merakam semua misi kumpulan Seven Anjells.



Gambarnya cantik dan jelas pulak tu. Tapi sayang, watak perempuan semuanya dikaburkan kecuali watak lelaki aje,” sambungnya lagi pura-pura bernada sayu.



Ha'ah suara pun dikecilkan kecuali suara garau heronya,”  ujar 90 sedikit bangga dengan hasil kerja ahlinya, 92 dan 96 - yang sememangnya pakar IT.



Itulah specialnya kita. Sampai sekarang tak kantoi lagi siapa identiti 'heroin'nya.”  91 menyampuk. Dia baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah 92.



Eh, dah bosan main game ke?” tanya 92 kepada 91 turut juga 94 yang baru tiba. 91 mengangguk pantas.



Mestilah… dah bosan main sebab asyik menang aje,” Ujarnya bangga. Keningnya dijongketkan sebelah. 94 mencebik. Geramnya!!! Bangga-bangga pulak minah sorang ni.



Tengoklah tu, itulah gaya-gaya orang bila dah kalah,”  sindirnya pula. 94 menarik muka. Hmm.. bosan! Ujarnya di dalam hati.



Relakslah. Jangan gaduh-gaduh. Kang aku kasi gol dua-dua, baru tau.”  Ujar 93 seusai mengambil tempat di sebelah 96 yang masih leka bermain laptop beralaskan kusyen berbentuk hati berhampiran dengan yang lain. Ahli yang lain sudah tertawa kecil mendengar ucapan minah bola itu.



Selama ini, mereka tak pernah pun berpisah. Bertegang urat, jarang sangat. Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh sayang aje.



Suasana bertambah riuh pabila 'mak cik-mak cik rewang' berkumpul membuka sidang. Keadaan bertambah gamat apabila semua ingin membuka mulut bercerita. Habis tu, siapa pula yang mahu mendengarnya? Hmm...



Hah! Kau dah masukkan video tadi ke belum, 96?” tanya 90 dengan lantang bagi menarik perhatian semua. Soalan yang ditujukan khas buat 96 yang asyik bermain laptop itu menjurus kepada rakaman video tentang misi yang baru sahaja berjaya. 96 mengangkat pandangan tatkala terdengar namanya dipanggil. Memandang 90 dan yang lain dengan wajah yang jelas terpinga-pinga.



Kau dah masukkan rakaman tu ke belum?” Ulang gadis berlesung pipit itu.



Oh… sudah. Wait, wait. Let me see the respon first,” ujar 96 seraya jarinya menari pantas di atas papan kekunci komputer riba milik rasmi kumpulan itu.  Punat 'ENTER' ialah punat terakhir yang ditekan. Laman web sulit Seven Anjells kini terpampang jelas memenuhi seluruh skrin. Tetikus wireless discroll ke bawah. Pergi ke sudut-sudut tertentu.

           

Hmm… buat masa ni, video ni dah ada 13,789 followers. Hmm… sambutan yang agak  memberangsangkan. Better than before,” ujar 96. Terkaku semua yang ada mendengarkan jumlah  follower yang disebut seketika tadi. Mana tidaknya, rakaman tu baru  dimasukkan lebih kurang 3 jam yang lalu. 3 jam sahaja sudah melebihi 10 ribu. Apatah lagi kalau 1 minggu. Macam mana pula dengan 1 bulan?



Erm… macam mana pulak dengan ranking antara ahli? Buat masa sekarang, siapa top dan siapa last?” soalan yang dihamburkan oleh 92 jelas menarik minat yang lain. 96 menyelak sedikit rambutnya yang jatuh menutupi dahi lalu diselitkan ke celah telinga. Tangannya pantas  memainkan peranan. Tetikus itu digerakkan ke sana sini selari dengan anak panah kecil yang  terawang di ruang maya.



Misi yang telah berjaya dilaksanakan, fans kumpulan ni akan vote ahli-ahli kumpulan yang berlakon dalam rakaman itu. Walaupun hakikatnya mereka tidak mengetahui langsung identiti 'pelakon-pelakon' itu. Bergantung pada kehendak fans nak vote berapa untuk 'pelakon' itu, tengok kualiti jalan cerita, tengok jugak kualiti lakonannya macam mana. Ceh, dah macam nak jadi pelakon betullah pulak. Entahlah…



Bilangan star dan bilangan vote tidak sama kerana 1000 votes untuk 1 star. Star yang dapat akan ditambah dengan jumlah yang sebelum ini, tapi dalam bulan yang sama. Jumlah star bulan lepas-lepas zaman tok aki tu, takkan diguna pakai. Lepas tu, kiralah kedudukan bulanan, ada faham?



Err… First, 90. Star yang dikumpulkan ialah sebanyak 50,”  96 sempat melirikkan matanya ke arah 90. Ternyata tepat sangkaannya. Gadis berlesung pipit  itu sedang tersenyum megah.



Then 93. Jumlah star ialah 48. Third, 95 with 45 stars. Ranking keempat, 91. Jumlah star keseluruhan sebanyak 42. Next, 92. Star yang berjaya dikumpulkan ialah 40. Second last…” 96 terhenti. Penerangannya yang panjang lebar belum ternoktah itu membuatkan yang lain agak ternanti-nanti.



Err… 94. Total star is 37,” 96 mengeluh.



The last one is me, only 12.” Sambungnya lemah. Jarak antara 37 dan 12 sangat jauh. Apa yang nak dijawab sekiranya 90 bertanya. Sudah tentu gadis itu akan memandangnya seperti ahli yang tidak berpotensi langsung.



90 bingkas bangun. Terdengar rengusan kasarnya keluar melepasi kerongkong. Mukanya  kelihatan begitu tegang dan serius. Kakinya segera mengatur langkah pantas beredar dari situ. Moodnya kini sudah berubah seratus peratus.



Alyaa Emeline! Pergi pejabat Seven A. Sekarang!” Tanpa menoleh ke belakang, dia memberi arahan. Tegas lagaknya. Entah apalah nasib aku ni? Hati kecil 96 berbisik



Keluhan kasar terhembus keluar. Kedengaran berat sekali. 96 tunduk memandang lantai. Terasa bahunya disentuh lembut dari arah belakang. Dia menoleh lemah dan lambat. Senyuman kelat dihadiahkan buat semua yang ada. Yang lain hanya memandang simpati terhadapnya. Dia bersyukur kerana dianugerahkan teman-teman seperti mereka yang masih setia bersamanya hingga kini.



Kenapa boleh jadi macam ni? Jarak star yang kau dapat tu terlalu jauh bezanya. Kau ada masalah ke?” tanya 94 penuh prihatin. 96 masih membeku. Matanya berkaca.



Kalau kau ada masalah, ceritalah dekat kitorang. Maybe kau akan rasa tenang sikit,” ujar 92.



I don't know. I've tried my best but.. aku tak sehebat korang dalam melaksanakan misi. Setiap kali aku handle misi, mesti ada yang kurang. Aku pun tak tahu kenapa. Aku tak sepandai korang. Entah-entah, star yang aku dapat itu pun star kesian daripada fans. Kalau tak, confirm star aku, below 10.  Aku tak pandai nak mainkan hati orang lagi-lagi lelaki. Aku tak tahu kenapa susah sangat. So, kalau aku kena marah or whatever pun daripada 90, itu memang selayaknya untuk aku. Aku kena redha. Korang jangan risau, ea?”rintih 96 sayu. Dia bangun dari tempat duduknya. Senyuman manis dihadiahkan buat teman-temannya sekaligus membantutkan air matanya yang hampir melimpah tadi.



Destinasi yang harus dituju adalah pejabat Seven Anjells. Ahli yang lain hanya sekadar memerhati kelibat 96 yang menghilang di sebalik pintu. Mereka memandang sesama sendiri.



Apa lagi yang nak ditermenungkan tu? Jomlah follow,” arah 91. Mereka hanya mengangguk setuju. Langkah diatur pantas mengikut jejak 90 dan 96. Kini, ruang tamu ditinggal sepi.



 ***********

BILIK serba kaca yang terletak di hujung lorong di tingkat tiga itu dipandang sekilas daripada luar. Hmm… tak ada apa yang boleh dilihat.  Memang betullah apa yang dikatakan oleh 90 suatu ketika dahulu. 'Office Seven A is a privacy room'. Tak boleh masuk tanpa kebenarannya sebagai ketua kumpulan. Juga tak boleh masuk jika tanpa urusan.



Pintu kaca itu jika dilihat dari luar, hanya pantulan imej diri sendiri sahaja yang kelihatan. Seakan melihat wajah di cermin solek. Sekilas  pandang, ia hanyalah sebuah cermin biasa yang besar. Walhal, cermin besar yang dilihat itu merupakan sebuah pintu masuk ke pejabat itu.



Manusia di luar gagal mengecam imej di dalam malah bunyi pun tidak dapat didengari. Insan di dalam bilik itu pula boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku di luar. Sekali pandang, pintu kaca itu seakan lutsinar di pandangan.



96 masih kaku melihat gelagat rakan-rakannya di luar. Tiada segarit senyuman pun yang  bergayut di bibirnya kini. Suhu  dingin di bilik itu seakan mencucuk-cucuk tulang rusuknya. Dia  seboleh-bolehnya tidak mahu berlaga mata dengan 90 yang kini duduk berhadapan dengannya.



96, this is the last warning! Ingat! Lepas ni, kalau tak berjaya juga kau langsaikan syarat aku tadi, ucaplah selamat tinggal pada diorang semua. Aku akan keluarkan kau dari kumpulan ni without any doubt,” Amaran daripada 90 yang tegas nadanya itu membuatkan dia tersentak. Dia memandang gadis itu. Hanya anggukkan lemah saja yang mampu diberi sebagai respon.



Kau boleh keluar sekarang,”  Katanya tanpa secalit pun senyuman di wajah.



96 segera bangun dari sofa lembut yang terdapat di bilik itu. Dia melangkah lambat. Sesi  'kaunseling' sudah pun tamat. Tingkah 96 hanya diperhatikan oleh 90.



************

PINTU serba kaca itu ditolak lambat dari dalam. Sesusuk tubuh berjalan lesu keluar dari dalam  bilik 'soal siasat' itu. Ahli yang lain hanya memerhati tingkah 96 yang longlai berjalan terus  tanpa menghiraukan mereka yang berada di sekelilingnya. 93 menyentuh bahu 96 tetapi ditepis perlahan olehnya. Kini, mereka hanya mampu memandang kelibat itu menghilang disebalik  perabot-perabot di banglo ini.



95, pergilah pujuk dia. Korang kan rapat,” pinta 94. 95 yang baru tiba dengan memegang mug yang berserta air Milo panas di dalamnya hanya membatukan diri. Dia mula menyusun langkah beredar ke arah yang bertentangan dengan 96 tanpa sebarang kata.



Ish! Geramnya! Keras kepala betullah dia tu,” rungut 92 seusai 95 tidak kelihatan lagi di  pandangan.



Cool guys. Dia tahu apa nak buat,” ujar 91 ringkas membuatkan yang lain  terpinga-pinga.




*Gambar itu hanyalah untuk pembayang sahaja.. tp,, dlm pmikiran Ain,, mstilaa lbey cantik.. lgipun,, gmbar ni, x brapa nak kaca sgt.. anyway,, Ain ykin yg korang mesti ada imaginasi sndiri psal banglo kaca Se7en Anjells.. enjoy~*

Labels: