SA, BAB 28
Friday, 20 December 2013 | 0 comments
90 membuka
cermin mata hitamnya. Dia mula melangkah keluar dari bangunan Seven Anjells. Langkah kaki
dipercepatkan lagi menuju ke arah petak parkir keretanya. Di kejauhan terserlah
kemegahan White Horse kesayangannya.
90 menghalakan
kunci keretanya ke arah kereta mewah tersebut. Kereta itu berbunyi menandakan
pintu tidak lagi berkunci kerana ia sudah dapat mengesan gelombang kunci
tersebut. Gadis itu membuka pintu bahagian pemandu. Sebaik sahaja punggungnya
mencecah permukaan kerusi, dahi gadis berlesung pipit itu berkerut sedikit. 90
keluar dari keretanya lalu menuju ke arah wipper
hadapan. Dia mengambil sepucuk surat yang diselitkan di situ.
To: Anna Raudhah Tan Sri Aliff
Dahi licinnya berkerut.
Seketika, dia memandang sekeliling. Sunyi. Pantas 90 kembali memboloskan diri ke
dalam keretanya. Surat bersampul hitam itu saling tak tumpah dengan surat yang
dia dapat tempoh hari. Perlahan-lahan dia membuka sampul surat itu bagi
merungkai segala persoalan yang timbul di benaknya kini. 90 membuka lipatan
kertas putih tersebut. Dia membaca apa yang tertulis di atas kertas tersebut.
...HATI INI BERDARAH
MELIHAT KEMESRAANMU DENGAN LELAKI LAIN, SAYANGKU...
Meremang bulu
roma 90 setelah membaca isi kandungan surat tersebut yang ditulis dengan warna
merah darah. Sekali lagi dia memandang sekeliling dengan riak wajah cemas. Nalurinya
merasakan bahawa ada orang sedang memerhatikannya kini. Tanpa menunggu lama,
enjin kereta dihidupkan. Kereta mewah itu pun meluncur laju meninggalkan
perkarangan bangunan tiga tingkat tersebut.
“MANA Ann ni? Tak
balik-balik lagi,” tanya 95 yang sedang menuju ke arah sahabat-sahabatnya yang
sedang ralit meonton Smart TV. Hubungan
mereka telah pulih seperti sedia kala sejak semalam. Betul apa yang mereka
selalu simpulkan perihal 90, mood
ketua mereka memang sukar untuk diduga.
“Alah, kejap lagi dia baliklah tu.”
Jawab 92 acuh tak acuh. 95 mula mengambil tempat di sebelah 91.
“Eh, 90. Tak nak join sini ke?” tanya 95 sebaik terpandangkan kelibat 90 yang melulu
ke arah tangga. Ahli yang lain turut memandang ke arah 90. 90 tersenyum
seadanya.
“Aku penatlah. Aku masuk bilik dulu,
ea.” 90 meminta diri sebelum terus naik ke tingkat atas.
Mereka berpandangan sesama sendiri
sebelum mengangkat bahu masing-masing.
91 diam berfikir. Dia dapat mengesan
sesuatu yang ganjil pada ketuanya. Akhirnya, dia kembali menumpukan perhatian
pada tayangan tersebut kerana buntu memikirkan jawapan.
RUANGAN makan banglo kaca kini agak gamat dengan hilai tawa penghuni-penghuninya.
Maklumlah, pabila PRRB telah membuka sidang, mana tak gamatnya suasana di meja
makan itu. Jangan tak tahu, atas kepetahan mereka berbicara, mereka secara
tidak langsung telah membina sebuah persatuan. Persatuan Rewang-Rewang Bersatu!
Makan malam kali ini dimasak oleh chef
yang ‘diimport’ dari Jepun dan
Jerman, Chef Hana Misuki dan Chef Alyaa Emeline!
“Korang, esok pergi Pavi, jom,” usul 95
setelah tamat satu topik dibincangkan.
“Jom! Kita tukar mood okey,” ujar 94 bersahaja.
“Aku on
aje. Pukul berapa?” tanya 92 pula.
“Hmm... pukul 9 malamlah,” jawab 90
selamba seraya memasukkan suapan lagi ke dalam mulutnya.
“Eh, bukan ke kita ada extra class pukul 8?” tanya 96 pula.
Sedikit berkerut dahinya.
“Tak apa. Kita skip aje.” Jawab 90. Yang lain sudah tersenyum mendengar jawapan
anak pemilik universiti itu.
“Beres.” Ujar 93 girang. Dia menyambung semula
suapan.
“91, esok tak payahlah bawak Brambus kau
tu pergi universiti. Naik White Horse
aku ajelah,” pinta 90 memaksudkan kereta milik 91, Brabus Tesla Roadster. Gadis
kacukan Jepun itu memandang ketuannya, lama.
“Boleh.” Jawab 91 sepatah sambil tersenyum
ke arah 90. Dalam hati, dia tertanya sendiri. Kenapa 90 mengajaknya kongsi
kereta? Bukankah selama ini dia lebih selesa berseorangan?
90
membelek fail-fail yang terdapat di atas
meja belajarnya. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 12 malam. Matanya masih
belum terasa mengantuk. Hasil uji kajinya yang sebelum ini disemak kembali.
Gambar-gambar hasil uji kajinya turut ditempatkan di dalam fail tersebut.
“Hmm... lepas ni nak combinekan apa lagi, ek?” 90 bertanya
sendirian. Dia menongkat dagu. Berfikir sesuatu yang baru.
“Kucing dengan... erm...” 90 berfikir
lagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Gadis itu mencapai telefon
bimbitnya yang terletak di sisi. Berkerut sedikit dahinya.
“Siapa pulak call ni? Diorang tak
tidur lagi ke?” tanya 90 sendirian yang memaksudkan ahli Seven Anjells yang lain. 90 memandang skrin telefon bimbitnya. Satu
nombor yang tidak dikenali tertera membuatkan dirinya bertambah curiga.
“Siapa ni? Mungkin diorang sengaja nak kenakan aku, agaknya.” 90 cuba berfikiran positif.
Dia akhirnya menjawab panggilan tersebut.
“Hello.” Sapa 90 perlahan. Tiada
sebarang sahutan di hujung talian. Sunyi.
“Hello?” semakin geram pula 90 jadinya.
Senyap sepi seketika.
Tegak bulu romanya tatkala hanya rengusan
nafas yang memanjang sahaja kedengaran di corong telefon. Tanpa menunggu lama, dia
terus memutuskan talian. Tergamam seketika dibuatnya. Siapa tu? Macam mana dia
boleh tahu nombor aku? Bukan ke aku dah privatekan?
Banyak lagi persoalan lain yang menyerbu di mindanya. Dia memandang sekeliling.
Terasa seakan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.
Tanpa berlengah, ketua Seven Anjells itu terus bangun lalu
menuju ke katil. Sengaja lampu utama bilik itu tidak dipadamkan. Gadis
berlesung pipit itu terus sahaja melelapkan mata walau hakikatnya mana mungkin
bisa dilelapkan.
PAGI itu, 90 tidak
banyak bersuara. Banyangan peristiwa malam tadi masih lagi melekat kukuh di
ingatan. Sarapan pagi ini tidaklah segamat makan malam kelmarin. Teman-temannya
turut perasan akan perubahan angin ketua mereka itu. Apa yang mereka boleh
simpulkan? Angkat bahu ajelah...
90, 91, 95 dan
96 mengambil keputusan untuk ke universiti pada pagi itu. 95 ingin menjenguk
galerinya yang terdapat di bangunan Seven
Anjells. 96 pula lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku
di Taman Flourina yang sememangnya berdekatan dengan bangunan Seven Anjells itu. Sementara gadis
kacukan Jepun itu pula mahu ke gelanggang
tenis. 90 ke mana lagi? Makmal misteri
dialah...
91 menuju ke
makmal 90 yang terletak di lorong kaca. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu,
dia terus menolak daun pintu tersebut. Keadaan di dalam makmal itu agak kelam
kerana hanya lampu yang terletak di meja utama 90 yang dipasang. Sedikit
terkejut 91 dibuatnya. 90 sedang duduk di sebuah kerusi yang membelakangkan 91.
Tubuhnya langsung tidak bergerak. 91 yang pelik segera mendekati ketuanya.
Bahu 90
ditolak lembut sekali gus menyedarkan gadis itu dari lamunannya yang panjang.
90 segera menghadiahkan senyuman seadanya kepada orang kanannya itu.
Senyumannya berbalas.
“Yo, mak cik! Dah siap ke ‘kerja’ kau
ni? Aku tengok asyik merenung masa hadapan aje.” Sapa 91 bagi menceriakan lagi
suasana. 90 bingkas bangun.
“Dahlah jom balik. Dah pukul 6 petang,
kan?” tanya 90 sekadar mahu memastikan. Mereka berdua beriringan keluar dari
bangunan tiga tingkat tersebut.
Telefon bimbit 90 berdering membuatkan
langkah mereka terhenti. Setelah meneliti apa yang terpapar di skrin, gadis itu
mengangkat panggilan. Sebelum itu, dia sempat memberi kunci keretanya pada 91
dengan mengisyaratkan supaya gadis kacukan Jepun itu menuggunya di sana. 91
tanpa berlengah terus menuruti arahan 90.
Pintu bahagian
pemandu dibuka. Segera tangannya menghidupkan enjin kereta tersebut. Mengaum
seketika Ferrari 458 Italia. 91 sekadar tersenyum. Dia memandang 90 yang tampak
leka berbual di talian.
Matanya
dialihkan pula memandang hadapan. Berkerut sedikit dahinya memandang sampul
surat hitam yang terselit di wipper
hadapan kereta itu. 91 keluar menuju ke arah cermin hadapan yang telah pun
digelapkan. Ya, memang ada sesuatu terselit di wipper kereta itu. Tangannya pantas mencapai sampul surat tersebut.
To: Anna Raudhah Tan Sri Aliff
Bertambah
berkerut dahi 91. Dia memandang 90 yang sedang berbual rancak di telefon. Siapa
yang bagi ni? Siap tulis nama ayah 90 lagi. Nak cari nahas ke apa? 91
melambai-lambaikan surat itu ke arah ketuanya. Gadis itu memandang seketika
sebelum dia mengangguk ke arah 91 tanpa mengesyaki apa-apa. Sejujurnya 90 tidak
perasan objek apa yang dilambaikan oleh 91 sebentar tadi.
91 memandang
sekilas surat yang berada di pegangannya. Sangkanya 90 membenarkannya untuk
membaca isi kandungan surat itu, sebab itulah dia mengangguk. 91 membuat
kesimpulan sendiri.
Pantas saja
tangannya membuka sampul surat berwarna hitam tersebut. Kertas putih yang dilipat
dua itu dibuka.
...KERANA KAU
HANYA MILIK AKU SEORANG SELAMANYA, SAYANG...
91 sudah tergamam
tanpa sebarang kata.
“Apa tu, Hana?” sapa 90 sebaik tiba di
situ. 91 terus memalingkan kepalanya, memandang ke arah 90. Dia terus
menghulurkan surat itu kepada 90.
“Surat ni untuk kau, Ann. Aku jumpa
dekat wipper kereta,” dengan dahi yan
berkerut, 90 mengambil dan membaca isi kandungannya sekali imbas. Dia terus
merenyukkan surat itu dengan senyuman manis mula terukir di bibir. Pantas
tangannya mencampakkan kertas itu ke tanah. 91 sekadar memerhati.
“Alah, mainan budak-budak. Don’t take serious. Dahlah jom pergi,”
90 tampak bersahaja meskipun di dalam hatinya sudah bergelora. 91 hanya diam.
Dia sepertinya dapat menghidu sesuatu yang ganjil.
“Siapa call tadi?” tanya 91 sekadar untuk mengetahui. 90 yang masih fokus
memandang jalan raya mengerling sekilas ke arah orang kanannya.
“93. Apalah diorang ni, dalam talian pun nak jugak gaduh,” beritahu 90 yang
sudah tersengih.
Berkerut sedikit dahi 91 memandang
sahabatnya yang sedang khusyuk memandu.
“Maksud kau?” tanya 91. 90 sekadar
tersenyum.
“Kau agak-agak, 93 selalu bergaduh
dengan siapa?” 90 mengangkat keningnya sebelah. 91 yang sudah dapat menangkap
maksud ketuanya sudah tersenyum.
“94lah tu. Diorang ni macam budak-budak,” jelas 91. Mereka berdua sudah
tersenyum mengenangkan keletah sahabat-sahabat mereka. Suasana kembali sunyi.
Masing-masing diam melayan perasaan.
Labels: se7en anjells