bio list cbox entry




BAB 12
Saturday, 4 May 2013 | 0 comments


BAB  12



Semua ahli Seven Anjells di situ terdiam. Siapa lelaki itu? Yang paling gelisah tentulah 95. Takut rancangannya terbongkar. 90 yang menyamar menjadi pelanggan biasa, turut terdiam.



96 terpaku melihat insan yang menegurnya di saat hampir-hampir saja dia membuka mulut, memecahkan segala tembelang Ikhwan kepada seluruh pelanggan restoran yang eksklusif itu. Macam mana lelaki ni boleh hidup lagi ni? Hatinya risau. Ingatkan dah tak akan muncul lagi dalam hidup aku.



“Ha, betullah awak orangnya.” Ujar Asyraf setelah mereka selamat duduk di sebuah meja kosong. 96 hanya tersenyum sahaja seraya melihat sekilas misi yang sedang dijalankan walaupun cukup kecil di pandangan.



Asyraf  yang  peka dengan arah anak mata 96 turut menoleh ke arah pandangan yang sama. Gadis itu sedikit tersentak lalu cepat-cepat menarik tangan lelaki berkaca mata itu. Pantas Asyraf berpaling semula ke depan menghadap 96. Dia yang terkejut segera menarik lembut tangannya daripada pegangan 96. Mereka sekadar tersenyum.



“Awak buat apa dekat sini?” Soalan yang paling bodoh itulah yang ditanyakan Asyraf. Sebenarnya soalan itu sekadar ingin memecah kekekokkan antara mereka akibat insiden yang baru berlaku tadi.



“Tak sangka kita boleh jumpa lagi, kan? Saya tengah cuci tayar kereta api ni. Don’t you see?” 96 tersengih memerli. Memang aku tak sangka pun! Asyraf tertawa perlahan. Malu sebenarnya.



“Awak pula, buat apa dekat branded restaurant macam ni?” Soalan yang agak sinis kedengaran daripada 96. Senyuman terlakar di bibir Asyraf membuatkan muka tampannya bertambah-tambah tampan. Dahi 96  berkerut sedikit. Takkan budak kampung ni tak terasa kut?



“Saya tunggu kawan saya balik kerja. Dia part time dekat sini.” Ringkas saja jawapan daripada lelaki itu. 96 mengangguk faham. Mereka menikmati minuman yang dipesan. Sesekali gadis kacukan Jerman itu melihat sekilas zon ‘bahaya’ yang terletak jauh di belakang Asyraf yang duduk bertentangan dengannya.



“Nama awak siapa? Hari tu, tak sempat nak tanya.” Ujar Asyraf dengan ramah.



“Oh. I’m Alyaa Emeline. And you?” Balas 96 mesra. Lupa seketika perihal misinya. Agak formal pertemuan kali ini.

  

“Wah, unik nama awak. Saya Asyraf, Imann Asyraf. Selamat berkenalan.” Pantas Asyraf menghulurkan tangan untuk berjabat.



“Imann Asyraf... nama budak baik. Nice to meet you too.” Ujar 96 seraya mengangguk kecil. Huluran tersebut langsung tidak disambut oleh gadis berambut pure kuning itu. ‘DNA’ egois Seven Anjells kini mula aktif dalam dirinya. Lambat-lambat Asyraf menarik semula hulurannya. Dia sekadar tersengih kerana menahan malu.



Mula-mula agak kekok dan formal, kini sudah mula bergelak ketawa tak ingat dunia pulak! Cuma coverlah sikit. Hubungan mereka dua makhluk ni bertambah rapat sudah.




************************

SEORANG perempuan tak cukup kain datang menghampiri meja Ikhwan dan 95. Datang-datang terus saja menerpa ke arah Ikhwan. Duduk di sisi Ikhwan sambil memeluk lengan sasa lelaki itu. Langsung tidak perasan akan kehadiran 95 di hadapannya.



95 terkejut sedikit seraya mencebik. Minah sesat mana pulak ke ni? Pelakon tambahan ke?



Hubby, hubbby pergi mana? Penat tau baby tunggu dekat depan sana. Hubby ni suka bergurau macam ni dekat baby. Benci tau!” Mak aii! Grandpa aku yang dah bercinton 60 tahun dengan grandma tu pun, tak adalah nak berbaby-hubby segala ni. Loya tekak aku mendengarnya.


Gedik memang tak payah cakaplah. Ranking pertama kut. Eii... menjatuhkan maruah perempuanlah dia ni! Panas hati 95 melihat adegan di hadapan matanya.



Tangan Ikhwan mengusap lembut lengan tidak bertutup gadis di sebelahnya sambil menyatakan kata maaf. Seketika, 95 langsung tidak dihiraukan.



Dengan hati yang membara, 95 mengangkat telefon bimbit touch screennya lalu dilekapkan ke telinga.



“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hello. Hah, you dekat mana ni? What?! Hmm... tadi kata nak jemput I, sekarang tak jadi pulak. You ni, suka macam ni. Benci tau!” 95 mengajuk kembali apa yang dikatakan oleh gadis dihadapannya dengan suara agak lantang. Seketika, perhatian dua insan di hadapannya terganggu. Dua pasang mata itu melekat pada 95 yang hanya berwajah selamba sambil menurunkan telefon bimbitnya. He he he... ajaib betul telefon aku. Tak bunyi, tak ape, tiba-tiba jawab panggilan.



“Hei, you ni siapa pulak? Tiba-tiba wujud dekat sini.” Sergah perempuan ‘miskin’ yang tak mampu nak beli kain lebih itu.



“Bagus cara you menegur tu. Sedap untuk telinga gajah macam you mendengarnya. Hei, sorry sikit. Tak baik kacau orang tengah makan. Lain kali, nak masuk korum bagilah salam dulu. Youlah yang ganggu I dengan boyfriend I makan. Mungkin you ni salah meja kut. Or salah orang, maybe. Lain kali, kalau nak sergah, jangan lupa bagi salam. Tak adalah malu kemudian harinya, ya.” Sinis teguran 95 menyapa gegendang telinga perempuan itu. Kala ini matanya sudah menikam anak mata ‘pelakon tambahan’ itu.



Merah muka gadis itu dibuatnya. Sindiran 95 amat membakar hatinya. Dia merengus geram. Mahu saja ditampar wajah 95.



Boyfriend you, you kata?! What a nonsense thing?! Jangan nak perasanlah! You tu ha yang datang menyibuk, kacau boyfriend orang tak memasal. Kalau ya pun tak ada kerja, carilah kerja lain yang lebih berfaedah,” lancang kuning saja mulut itu berkata-kata. Berdesing seketika gegendang telinga 95. Matanya tidak berkelip mendegar tujahan gadis itu.



Isy, memang miskin betullah minah ni. Tak cukup duit nak beli kain lebih. Tak cukup duit nak insurankan mulut dia yang celupar itu. Gerutu hati 95. Muka tetap dikawal. Jangan nampakkan sangat kemarahan kau tu, nanti dia rasa dia dah menang. Jangan, jangan! 95 bingkas bangun.



Addif  Ikhwan hanya membisu saja. Tidak terdetik langsung di hatinya untuk mencelah. Biarlah... masalah orang  fomfuan... langsung dia tidak sedar topik yang sedang diperkata hangat adalah tentang dirinya.



“Selamat berkenalan. Saya Zawana Airisyah. Madu awak.” Senyuman manis dileretkan. Salam dihulur. Selamba saja ayat itu meluncur keluar dari mulutnya. He he he... ayat aci redah saja.



Terbeliak besar mata gadis itu. “Jangan terbeliak sangatlah, nanti terkeluar betul-betulkan dah susah nanti. Tak ada siapa nak tolong pungutkan,” 95 cuba berseloroh.



Gadis itu bingkas bangun. Dia merengus geram.



What?! Madu?! You?! How... how can be like that? Impossible!!!” Aduh mama... pekaklah telinga anakmu ini. Kening 95 sedikit berkerut. Nada suara gadis itu menjulang tinggi. Suasana di dalam restoran itu serta-merta menjadi senyap. Terkebil-kebil para pelanggan, terkejut mendengar tengkingan lantang gadis itu.



Merah padam muka berkulit putih itu. Mungkin geram dan tidak dapat menerima kenyataan. Matanya mencerlung tajam memandang Adiff Ikhwan yang sedang menghirup air. Wajah tidak bersalahnya dipamerkan. 95 kembali duduk.



It is true, Adiff Ikhwan?” Sayu soalan itu dilemparkan. Air jernih mula bergenang di benteng kelopak mata. Luruh hatinya.



Listen to me, Bella Isabila. Bell, I tak bermaksud nak buat macam ni pada you. But...” tergagap-gagap tutur Ikhwan.



But what?!” Dua gadis itu bergabung suara. 95 bangun. Dia pula yang panas hati. Eii... jantan ni! Buat kerja memang tak pernah nak serius. Eh, kenapa aku marah pulak ni? Ingat 95, ini cuma lakonan. Hati 95 bertelingkah sendiri. Dia sendiri tidak mengerti mengapa jadi begitu.



Kini, dua pasang mata itu memandang tepat wajah Ikhwan yang jelas terkulat-kulat jadinya. Di kala itu, seisi restoran sedang senyap, khusyuk melihat adegan mereka bertiga.



Ahli Seven Anjells hanya tersenyum. Kini semua ahli sedang seronok melihat adegan itu kecuali 90 yang sesekali mengerling ke arah 96 nun jauh di sana. Tajam betul penglihatannya. Kedudukan 96 yang agak jauh itupun, dia still boleh nampak.



“Siapa lelaki tadi, tu?” 92 bertanya dengan nada berbisik. Dia merujuk kepada Asyraf. Serentak, mereka hanya menjongketkan bahu.



“Ke Yaa tengah buat misi?” Tanya 94 pula perlahan. Bimbang jika suaranya termasuk sekali dalam rakaman itu. Kalau masuk pun akan di‘edit’ keluar.



“Takkanlah. Bukan latest yang ni?” Ujar 93 merujuk kepada misi yang sedang berlangsung kini.



She’s practice, guys.” Ujar 91 pula menyedapkan keadaan. Sejujurnya dia sendiri tidak pasti. Barulah yang lain mengangguk sedikit tanda faham. Seketika, ingatan 90 terimbau akan misi khas yang diberikan kepada 96. Senyuman terukir di bibirnya. Dah ada kemajuan... Perhatian mula dialihkan ke arah meja 95.



“Kenapa tu?” Asyraf turut memandang ke arah yang sama. Perbualan mereka yang rancak tadi, terus terganggu. Nada suaranya juga turut diperlahankan. Dua orang gadis sedang bergaduh sesama sendiri. Ada kalanya, lelaki yang turut bersama mereka pula menjadi mangsa amuk mereka. 96 menjongketkan bahu.



Air yang dipesan, dihirup sedikit. Hari ini, dia bermurah hati mahu membelanja Asyraf  minum di restoran mahal itu. Bukan belanja niat sebenar 96, tapi itu merupakan tanda maaf darinya. He he he...



“Biasalah tu, curang.” pendek saja hujah 96. Bukannya dia tidak tahu hal sebenar, tahu sangat... malah, lebih tahu daripada 95. Asyraf mengangguk kecil.



Pang!!!



Merah merona pipi Ikhwan. Tergamam semua yang berada di situ. Bella Isabila mula mengatur langkah meninggalkan ruang makan itu. Sayu mata Ikhwan memandang kelibat Bella yang semakin jauh. Dia memegang pipinya yang baru saja menjamah tangan gadis itu. Pandangannya pula berlaga dengan jelingan 95.



Ikhwan mula membuat muka sayunya. Meminta simpati agar 95 membela dirinya di hadapan orang ramai setelah dimalukan oleh wanita tadi.



Ingat aku kesianlah tengok muka kau yang tak hensem tu? Desis hati 95.



“Ini dari aku pulak!” Jerit 95.



Pang!!! Tanpa sempat Ikhwan mengucapkan kata maaf, sekali lagi pipinya menjadi tempat persinggahan bagi tangan kaum Hawa



Ikhwan mengusap lembut pipi kanannya. “Ini pulak dari kaum perempuan. Kau lelaki tak guna sebab dah permainkan hati kami.” Sekali lagi 95 menjerit nyaring.



Pang!!! Segera 95 berjalan laju mahu meninggalkan tempat itu. Namun dia kembali berpatah balik ke arah Ikhwan seperti teringatkan sesuatu.



“Lupa pulak. Thanks for the lunch.” Ujar 95 sopan lalu menumpahkan segelas jus epal ke atas kepala Ikhwan. Membulat mata Ikhwan akibat terkejut, dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku kini. Hari ini sahaja dia telah ditampar sebanyak tiga kali dan di‘mandi’kan dengan jus epal. Pantas 95 meninggalkan pentas lakonan setelah ‘kerja’nya selesai.



Ikhwan tertunduk sayu. Apa yang sedang berlaku ni? Hatinya bertanya sendiri. Dia sedang mempermainkan dan dalam masa yang sama dia juga sedang dipermainkan. Matanya dapat menangkap reaksi orang sekeliling melalui anak matanya. Muka innoncent cuba dipamerkan. Namun, rasa malu yang kian membuak mendorong dirinya meninggalkan restoran tersebut.



****************

BELLA Isabila menangis teresak-esak di tempat parkir kereta di restoran itu. Dia tidak dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh pencuri hatinya, Adiff  Ikhwan. Dia menangis semahu-mahunya, melepaskan segala perasaan yang terpendam di hati.



Ada tangan yang menyentuh lembut bahunya. Bella memalingkan mukanya, cuba melihat siapakah yang mahu mengganggunya tika ini.



95 tersenyum manis tatkala mata mereka berlaga.



“Sudahlah tu. Tak ada gunanya kita menangis untuk orang yang langsung tak memikirkan perasaan kita. Semuanya sia-sia. Baik kau simpan air mata kau untuk perkara yang lain. Ikhwan tu seorang playboy. Cuma, kita aje yang tak nampak, yang tertipu dengan lakonan dia. Biarlah dia rasa macam mana perasaan dimalukan dan dipermainkan.” 95 cuba menenangkan hati Bella yang kini dilanda ribut taufan. Tanpa dijangka Bella terus mendakap erat tubuh 95. Dia menangis semahu-mahunya di bahu gadis yang diangap sebagai perampas itu.



“Maafkan I sebab tuduh you yang bukan-bukan. I sepatutnya siasat dulu sebelum berkata apa-apa. Rupa-rupanya kita senasib. Adakah kaum kita ni hidup untuk dipermainkan?” Luahnya dalam sendu. 95 hanya diam sambil mengusap belakang Nabilah.



Lama juga mereka begitu. Silap-silap hari bulan orang yang lalu-lalang pandang serong pada mereka pula. Bella meleraikan pelukan. Dia tersenyum manis.



Friend?” Pintanya sambil menghulurkan tangan.



Friend.” Jawab 95 sepatah seraya menyambut mesra huluran tersebut.





******************

SIAPA lelaki tadi tu, 96?” Tanya 90 serius setibanya mereka di banglo kaca Seven Anjells. 96 hanya mendiamkan diri sahaja.



Takkan aku nak bagi tau pulak. Mampuslah kalau 90 tahu akulah penyebab Asyraf ceroboh masuk dalam bangunan Seven A hari tu. 96 bermonolog sendiri.



“96, siapa lelaki tadi tu? Rapat semacam aje.” 94 pula bertanya.



“Oh, dia tu budak yang aku tolong hari tu. Tiba-tiba pulak kitorang boleh terjumpa semula.” Jelas 96. Tak apa kan kalau bohong sikit? Bohong sunatlah katakan. He he he...



“Ooh...” ujar mereka serentak.



“Nasib baik ada minah gedik tu jadi back-up korang punya misi.” kata 91.



“Ha’ahlah. Siapa perempuan tadi tu, ek? Pelakon tambahan korang, ea?” Tanya 93. 95 hanya menjongketkan bahu.



“Oh, perempuan tu. Aku yang umpan dia untuk datang. Ada jugaklah aku siasat sikit pasal si Adiff tu. Ramai betul peminat dia and she’s one of them. So, aku pun umpanlah dia supaya datang.” beritahu 96.



You did great, girl!” Puji 92 lalu menyentuh lembut bahu 96 membuatkan gadis itu tersenyum bangga.



Thanks, kalau tak mesti misi tu gagal.” Tulus 95 meluahkan isi hatinya kepada teman seperlakonannya itu.



Yang lain sekadar mengangguk sebelum beredar untuk melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang mencari katil kala ini, 92 dan 95. Ada juga yang mahu mengisi perut, 91 dan 94. Tidak kurang juga yang masih bersantai di ruang tamu sambil menonton movie Inggeris kini, 90, 93 dan 96. Tiada seorang pun yang mahu mencetuskan perbualan. Mungkin masing-masing tiada mood untuk berbual. Sesekali, 96 mengerling ke arah 90 yang sedang leka menonton smart Tv itu.



Gentar juga dia jika 90 masih teringat wajah lelaki yang sudah ‘menghancurkan’ maruahnya, Iman Asyraf. Namun hakikatnya, insiden itu berlaku secara tidak sengaja. Kiranya Asyraf tak sengaja ‘menghancurkan’ maruah 90lah...




Kepada pembaca yang budiman. terima kasih kerana menyokong Se7en A.. jangan lupa komen dan follow blog ini.. tq.. ;)

Labels: