bio list cbox entry




BAB 6
Tuesday, 2 April 2013 | 0 comments


Ferrari 458 Italia (90)

Brabus Tesla Roadster (91)

Marussia B1 (92)

Koenigsegg Agera R (93)


Ronn Scorpion (94) *warna putih sudah kehabisan stok*
McLaren Mp14-2C (95)

Lotus Elise 2015 (96)
BAB  6

Lewat pagi itu, mereka baru tiba di banglo semula. Kedua-duanya lelah dan tampak begitu kepenatan. Seharian mereka tidak merehatkan mata. Igoo dibawa pulang dengan keadaan yang sudah cergas selepas diberi rawatan. 90 dan 94 terbaring kepenatan di atas sofa di ruang tamu.



Ahli yang lain aneh melihat keadaan mereka. Mereka yang baru sahaja sarapan pagi segera menerpa ke ruang tamu. Mujurlah hari ini hari Ahad. Tiada kelas yang perlu dihadiri. Igoo terkurung di dalam akuarium kaca yang terletak berhampiran dengan tuannya yang telah pun lena dibuai mimpi.



“Igoo?” Tanya 92 yang terkejut melihat kehadiran iguana milik 94 itu.

           

“Macam mana boleh jumpa semula?” Tanya 95 pula.

           

Diorang ini kenapa?” begitu banyak persoalan yang menyerbu minda mereka. Namun, apakan daya kerana yang mampu menjawab semua soalan mereka hanyalah dua insan yang sedang lena dibuai mimpi nan indah itu.





94 tersedar daripada tidurnya. Suasana agak riuh setelah kawan-kawannya perasan akan dirinya yang baru sahaja terjaga daripada tidur. Tumpuan asal di kaca televisyen, segera dialihkan kepada 94.



Good morning!” sapa mereka sengaja memerli. 94 mencebik. Ceh, sengaja nak perli aku! Apa punya kawan, daa.

           

“Sekarang dah pukul berapa?” tanyanya. Hasrat di hati, tidak mahu melayan perlian teman-temannya itu.

           

“Erm… pukul 9:00 malam. Kenapa kau bangun? Pergi tidurlah.” Mereka masih belum berhenti memerli 94. 91lah yang paling giat menyakat 94 kala ini.

           

“Hei, korang pernah makan kaki saiz enam tak, hah?” kata 94, geram.

           

“Sekarang dah nak pukul 12 tengah harilah, Jane.” 96 menyampuk. Memberitahu fakta yang benar. 94 mengangguk beberapa kali. Nasib baiklah dalam group ni ada ahli yang sejujur 96. Kalau tak, sampai ke malamlah aku kena sakat.

           

“Aku laparlah…” ujar 94 sambil mengusap-usap perutnya yang sememangnya kosong belum diisi.

           

“Ha’ah. Betul tu, kitorang pun lapar jugak. Kitorang belum masak apa-apa lagi untuk makan tengahari ni,” 93 pula memberitahu.

           

“Ha! Apa kata kalau kita pergi makan tengahari dekat restoran bapak aku?” 95 memberi cadangan. Kawan-kawannya yang lain segera mengangguk.

           

“Boleh juga. Dah lama kita tak lawat Uncle Airish, kan? Rindulah pulak…” kata 92, berseloroh. 95 hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya itu.

           

“Sekejaplah, aku call papa. Korang pergilah bersiap dulu. 94, kau kejutkan Ann tu. Takkanlah nak tinggalkan dia sendirian dekat rumah ni?” Arahan 95 disambut baik oleh ahli yang lain. Masing-masing segera berlalu meninggalkan ruang tamu itu manakala 94 pula berusaha mengejutkan 90 daripada lenanya yang panjang.



Mujurlah gadis berlesung pipit itu mudah dikejutkan. Dengan keadaan yang masih mamai, dia mendengar penjelasan 94 lalu beredar ke kamarnya untuk bersiap-siap mengisi perut. 95 mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon bapanya yang merupakan pengurus besar Setia Kasih Restaurant.



Hi, daddy,” sapanya setelah yakin talian telah disambungkan.



“Ya, Wana sayang,” salam itu dijawab mesra oleh Tan Sri Airish.



“Papa apa khabar? Sihat? Mama macam mana?” Tanya 95 ramah.



Walaupun dia antara salah seorang yang terlibat dalam kegiatan mempermainkan hati seorang lelaki dan dikenali seorang yang memang licik, namun 95 yang itu bukanlah seperti yang aslinya, ramah mesra, sopan santun dan lemah lembut. Begitu juga dengan ahli yang lain. Senang cakap, semua ahli Seven Anjells tidaklah bersifat kejam, garang dan menakutkan seperti yang dihebohkan dalam laman sulit mereka. Mereka yang berselindung di sebalik nama Seven Anjells yang begitu disegani sebenarnya baik, ramah mesra, sopan santun dan banyak lagi. Ala-ala gadis melayu terlajak akhir, gitu.



Mereka takkan sekali-kali mempamerkan sikap sebenar itu pada orang luar. Itulah yang tertulis dalam prinsip kumpulan ini. Insan-insan yang mengetahui perangai mereka yang sebenar cumalah keluarga dan ahli yang lain sahaja. Ini merupakan salah satu rahsia besar mereka.



Fine, sayang. Ada apa Wana call papa ni? Macam ada something aje,”



“Hehe…Pa ni, macam tak faham-faham aje. Wana nak tempah ruang makan VIP, boleh?” Zawana Airisyah atau 95 mengemukakan hasratnya.



“Bilik VIP semua dah kena tempahlah, sayang. Wana nak makan sini ke? Kalau VVIP ada kosong lagi. Wana nak tak? Nanti papa reservekan. Khas untuk puteri papa yang sorang ni, okey?” 95 kelihatan lebih bersemangat. Wah, kalau papa yang tawarkan sendiri, haram ditolak ni. Wajib, wajib terima.

           

“Eh, tak susahkan papa ke? Tak payahlah sampai nak bagi bilik VVIP lagi. Wana telefon bukannya nak bagi papa susah pun. Ramai lagi costumer lain yang nak tempah bilik tu nanti. Wana tak nak papa rugi sebab anak papa yang mengada-ngada ni,” kata 95 lirih. Babak ‘drama king’nya sudah bermula.



“Eh, tak adalah. Mana ada Wana susahkan papa. Ajak semua makan kat restoran papa ni. Lama papa tak jumpa diorang. Tak apelah. Papa tak kisah pun. Lagipun, business papa makin maju sekarang. So, disebabkan kemajuan yang papa dan mama dapat ni, kira papa belanja kamu bertujuh makan sini, okey?” ujar Tan Sri Airish meyakinkan anaknya. 95 tersenyum. Yes, berjaya! Hooray!



Thank you, papa! Saaayang papa! Okeylah, Wana nak pergi bersiap dulu. Bye.” Talian dimatikan. 95 segera menuju ke kamar tidurnya dan bersiap-siap untuk keluar makan tengahari.





FERRARI 458 Italia yang berwarna putih, kepunyaan 90 menyusuli kereta 95, McLaren Mp4 -12c memarkir kenderaan mereka di tempat parkir khas untuk tetamu VIP sahaja. Diikuti pula dengan Brabus Tesla Roadster yang dipandu oleh 91, Lotus Elise 2015 berwarna putih kepunyaan 96, Ronn Scorpion yang sedang dipandu oleh 94 dan 92 bersama kereta kesayangannya, Marussia B1 berwarna putih. Senang kata, semua kereta ahli kumpulan Seven Anjells berwarna putih kerana itulah warna rasmi kumpulan itu.



Tatkala keenam-enam mereka sudah keluar dari perut kereta, Koenigsegg Agera R pun tiba. 93 keluar terkocoh-kocoh mengejar rakan-rakannya yang lain yang sudah pun jauh meninggalkannya sendirian.



Korang! Tunggulah!” Ujarnya separuh menjerit. Mana taknya, yang lain semuanya dah ada dekat dalam lif. Sekali picit punat lif tu, confirm pintu lif tutup and babai… 93 mengencangkan lariannya. Tercungap-cungap dia mengambil nafas setibanya dia di dalam lif kaca yang tampak eksklusif itu.



“Kejam betul!” gerutunya.



Kitorang ni tak kejam, Dyna. Cuma jahat aje. Itupun sikit. Tadi ingatkan nak tunggu kau, tapi kaki ni tak nak brek Pulak. Maklumlah, auto brek. Brek bila perlu aje.” balas 90 selamba. Segera ditekan punat bernombor 9. Sememangnya aras 9 merupakan ruang makan untuk VVIP.



Restoran ini mempunyai 10 tingkat keseluruhannya. Tingkat 1 hingga 3 merupakan ruang makan yang tetap eksklusif gayanya namun untuk orang kebiasaan. Jika mahu membuat tempahan meja bertaraf sederhana, maka tingkat 4 dan 5 ialah tempatnya. Aras 6, 7 dan 8 merupakan ruang makan VIP yang kebiasaannya akan penuh dengan tempahan. Bilik-bilik VVIP pula tersedia di tingkat 9. Suasananya sepi dan tenang daripada keriuhan manusia. Manakala pejabat-pejabat pula dibina di tingkat yang teratas, 10.  



Pintu lif terbuka. Terpampang jelas ruang utama restoran lapan bintang itu. Kelihatan sungguh mewah. Ketujuh-tujuh mereka pun melangkah keluar. 95 segera menuju ke kaunter utama disusuli oleh kawan-kawannya.



“Selamat datang Cik Zawana,” pekerja di situ menyambut 95 dengan ramah dan penuh rasa hormat. 95 hanya tersenyum manis membalas sapaan mereka.



“Papa ada bagi tahu apa-apa tak?” Tanyanya tanpa mahu melengahkan masa.



“Ada. Tan Sri suruh saya tunjukkan Cik Zawana bilik VVIP yang dah dikhaskan untuk cik. Mari, saya tunjukkan.” Wanita muda yang lengkap menyarung uniform pekerja itu pantas keluar dari ruangan kaunter. Segera dia memandu perjalanan tujuh sekawan itu. Pintu bilik dikuak perlahan. Terpampang jelas isi dalamnya.



“Jemput masuk,” ujar wanita itu seraya menapak ke arah mini touch screen bersaiz 20 inci, melekat kemas pada dinding yang terletak di sebelah akuarium.



“Tak apa, nanti kami order sendiri. Thanks for the service,” ujar 95 bagi menghalang perbuatan pelayan itu. Wanita muda itu mengangguk lalu membonggokkan sedikit kepala seraya berlalu pergi. Walaupun restoran ini restoran bertaraf dunia, namun mereka tetap menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi mereka.



Seperti biasa, mereka masuk namun tak segera duduk di meja makan utama yang bersaiz besar berbentuk bujur itu. Masing-masing membuat hal sendiri. Segala kemudahan telah sempurna disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.



90 dan 91 seperti biasa, duduk di sofa sederhana besar lalu menonton televisyen sebesar 80 inci yang turut disediakan di situ. 93 sedang leka memandang kesibukan kota yang terasa kecil di pandangan mata menerusi cermin berkualiti tinggi yang dijadikan sebagai dinding buat bilik itu memandangkan bilik itu kedudukannya adalah yang paling hujung.



96 pula asyik melihat akuarium gergasi yang dijadikan sebagai pemisah antara bilik makan mereka dengan bilik makan sebelah. Pelbagai kehidupan laut terdapat di dalam akuarium besar itu. 92 sibuk melayari internet menggunakan Ipad berjenama yang telah disediakan di atas sebuah meja kecil yang terletak bersebelahan dengan dinding cermin. Permaidani mahal yang diimport menambahkan lagi kemewahan bilik itu selain gambar-gambar yang tergantung kemas di dinding dan beberapa lagi perhiasan lain.

           

Masing-masing yang kelihatan menyibukkan diri membuatkan 95 mengeluh sedikit. Dia akhirnya menapak ke arah mini touch screen bersaiz 20 inci itu. Jari telunjukya diseret ke atas bawah dan adakala ke kiri dan ke kanan. Sejurus kemudian, terpampang senarai menu makanan yang disediakan.



Girls, order.” pinta 95. Suasana sepi tanpa sahutan. Tiada seorang pun yang mengendahkannnya.



Girls, order.” sekali lagi 95 mengulanginya sambil melihat respon rakan-rakannya. Namun masing-masing tetap buat tidak endah. 95 medengus geram. Isy, malas betul nak buka mulut!

           

Nak tak nak, 95 pun menyentuh beberapa senarai makanan kegemaran setiap ahli beserta pencuci mulut serta air minuman. Akhir sekali dia menyentuh ikon yang tertera perkataan ‘SEND’ untuk mengantar pesanan mereka. Ahli lain menyimpan senyum. Sayang kau, 95!



“Hmm… apa cerita semalam? Aku rasa korang tak balik kut semalam. 90, kalau ye pun nak tidur situ ajaklah kitorang semua terus. Mana adil kalau ajak Jane dengan Igoo aje.” ujar 92 pura-pura merajuk setelah dia selamat duduk di atas sofa bersebelahan dengan ketuanya. Yang lain hanya tertawa kecil.



Jangan tak tahu, ahli Seven Anjells ni memang pandai dalam bermain kata. Budak sastera ‘terbaik’lah katakan. Mereka memang hebat. Hebat dalam ‘mencantikkan’ bahasa, ayat dan semestinya sebuah cerita yang telah sedia cantik. Hebat, kan? Hebatlah juga tu namanya. Dia orang memang expert bab-bab macam ni.

           

“Aduh, macam mana boleh kantoi pulak yang aku memang kempunan giler nak tidur dekat bangunan tu? Kantoi, kantoi… tak adalah. Semalam, aku nak ambil barang dekat lab. Lepas tu, aku pun lawatlah satu bangunan tu. Kebetulan, aku terserempak dengan Igoo yang tengah bersiar-siar jugak dekat situ. Aku tegurlah dia. Cikgu aku ajar, kalau kita terserempak sesama makhluk Allah, kan elok kalau kita bertegur sapa. So, aku pun cakap. Assalamualaikum, Igoo! Handsome kau hari ni. Alone aje ke?” sambil membuat gaya yang mantap, 90 menceritakan semula kisah ‘benar’nya itu. Perbualan antara dua kawan itu telah menarik perhatian yang lain. Mereka juga turut memasang telinga untuk mendengar cerita gadis berlesung pipit itu. Ada tawa kecil kedengaran daripada ahli yang lain.



“Aku tak sangka, dia balas pulak sapaan aku tu. Merinding terus bulu tengkok aku. Bukan setakat bulu tengkok aje, bulu roma, bulu kaki malah bulu mata aku pun tak nak kalah. Nak jugak berdiri tegak gaya nak menyanyi lagu Negaraku, gitu. Yang aku peliknya, sepatutnya aku yang pengsan tak sedarkan diri sebab takut dan pelik, tapi Igoo pulak yang terbaring tak sedarkan diri. Pelik betul aku! Kalau manusia berkata-kata tu sesuatu yang luar biasa ke? Then aku call minah hutan ni. Mencicit terus dia datang. Ni lagi satu yang aku tak faham. Dia ni, jumpa Igoo nangis, Igoo hilang pun menangis. Lepas tu, aku pulak yang kena tuduh. Selama ni, aku yang culik Igoolah, apalah. Entah! Aku pun tak ingat sangat skrip minah tu malam tadi. Susah jugak nak kejutkan Igoo yang entahkan pengsan entahkan mati. Simbah air satu baldi pun tak jalan. So, kitorang pun pergilah klinik haiwan. Malam tu, nasib kitorang memang sadis yang teramat. Semua klinik haiwan seluruh Kuala Lumpur ni tutup, cuti bersalin. Kitorang dah search internet dan tengok klinik mana yang ‘still alive’ lagi. Malangnya, semua klinik seluruh Malaysia tutup. Maklumlah, dah hampir pukul 1:00 pagi. Manalah ada klinik yang bukak waktu-waktu macam tu, kan? So, kitorang pun bersepakat untuk fly ke negara yang tengah siang pada waktu macam ni. Apa lagi, naik pesawat peribadi 94, terus terbang. Nasib minah hutan ni tahu bawak flight. Tak payahlah aku susah-susah nak beli tiket. Korang nak tahu tak kitorang pergi negara mana? Kitorang pergi negara… negara… negara mana, ea? Aku lupalah. Apa-apalah nama negara tu. Tak ingat,” kening 94 berkerut. Mak cik sorang ni, pandai-pandai tokok tambah cerita aje.



“Ann, tak baik menokok tambah cerita. Mana ada kita pergi negara yang tengah siang time tu. Jauh sangat tu kawan! Kita pergi negara dekat-dekat sini aje yang belum sampai midnight,” 94 menyampuk, menceritakan kisah yang sebetulnya walaupun sikit. 90 hanya tersengih muka tak bersalah. Dia menyambung lagi ceritanya setelah ‘iklan’ sudah pun tamat.



“Hah, itulah yang aku nak cakap tadi! Pastu doktor pun cakap, yang Igoo ni cuma pengsan. Lepas cicak tu diberi rawatan, kitorang terus balik. The end. Gempak tak cerita aku?”  panjang lebar 90 bercerita. Dah tahu ceritanya terserlah ‘kebenarannya’ tu pun, dia tetap excited bercerita. Semua orang senyap. Tak ada satu benda pun yang berbunyi. Televisyen pun sudah lama dimatikan.

           

Tepukan bertalu-talu menarik perhatian mereka. Pantas mereka menoleh ke arah sumber bunyi itu.



“Wah, hebat cerita kamu, Ann! Real sungguh.” Ujar Tan Sri Airish dengan sisa tawanya. Wajah 90 sudah merona merah. Entah bila lelaki separuh abad itu mendengar ceritanya langsung tidak disedarinya. Ha, kan dah malu!



“Papa dah lama sampai?” Tanya 95 seraya mengucup kedua-dua belah pipi Tan Sri Airish.



“Baru aje. Sorry la kalau uncle kacau mood kamu semua.” Ujar Tan Sri Airish sesal tatkala semua ahli Seven Anjells itu sudah senyap tanpa sebarang kata.



“Eh, taklah uncle. Kitorang memang tak ada buat apa-apa pun dari tadi. Uncle tak mengganggu pun sebenarnya.” Kata 96 tulus.



“Baguslah kalau macam tu. Uncle datang, cuma nak jenguk kamu semua aje. Dah lama kita tak jumpa. Okeylah, Wana papa ada kerja sikit. Papa pergi dulu, ye? Kamu semua makanlah banyak-banyak. Uncle belanja!” Ujar Tan Sri Airish seraya kelibatnya hilang dibalik pintu. Mereka bertujuh mengangguk hampir serentak.



“Okey, kat mana kita tadi? Ha! Gempak tak cerita aku?” Tanya 90 memulakan bicara.



Krikk.. krikk..



Anak mata 90 dapat menangkap senyuman yang cuba disembunyikan 91 yang duduk di sebelahnya. Haish… minah ni sembunyik-sembunyikkan pula senyuman dia yang tak berapa nak menawan tu.



“Wei, korang ni dah kenapa? Dah besar pun nak main ‘patung-patung’ lagi, ke?” sekali lagi soalan dilemparkan. Namun, soalan itu melayang ditiup angin pengdingin hawa.

           

Krikk.. krikk..



“97, kalau kau nak ketawa, ketawa ajelah. Kang takut pulak waktu tak mengizinkan lepas ni. Tak pasal-pasal kempunan.” Ujar 90.

           

“Ann, mana ada 97 dalam group ni?” Tanya 92 dengan wajah blurnya. 90 tersenyum.

           

“92, kau tersingkir. Dalam permainan ni, aku sorang aje yang boleh cakap. Korang tak boleh dan aku kena buat korang bercakap. Faham?” Terang ketua Seven Anjells itu. Dia dapat menangkap anggukan kecil daripada 95.

           

“Ha? Aku manalah tahu yang korang tengah main game. Tadi, semua orang senyap. So, aku pun senyap jugaklah. Mana aci macam ni!” 92 yang tidak tahu langsung mula membela nasib dirinya yang tak terbela itu.



“Okeylah, kita mula balik semula. Nanti, semua orang tak boleh bercakap kecuali aku sorang aje, okey. Sampai makanan sampai nanti, okey. Tak ada hadiah pun. Saja-saja aje,” 90 memberi penerangan.



“Okey, satu, dua, mula!” Keadaan sunyi.



 Otak 90 ligat mencari idea. Hah! 90 berdiri. Menghadap sekalian rakyat jelata yang sedang duduk memandangnya. Ewah… terasa diri berharga pulak. He he he



“Aa…” baru saja 90 mahu memulakan bicara, pintu masuk dikuak dari luar. Pekerja-pekerja restoran lapan bintang itu pun masuk lalu menghidangkan makanan-makanan yang dipesan dengan tekunnya. 90 merengus geram. Kawannya yang lain hanya menyimpan senyum. Gadis yang hanya berbaju-T lengan panjang itu kembali duduk. Belum cakap apa-apa lagi, dah dicop kalah. Haisy… nasib badan.



Have a good day,” ujar pekerja itu sebelum beredar. Serentak itu, keenam-enam mereka bergegas ke meja makan utama. 90 masih duduk merenung nasib.



“90! Sudah-sudahlah tu merenung nasib kau yang begitu sadis kami menengoknya. Meh sini, makan-makan,” ajak 93 bernada girang. 90 mencebik. Tahulah korang menang! Terdengar gelak tawa teman-temannya, dia juga turut tersenyum. Bangkit menuju ke meja makan. Perut pun start dah menyanyi lagu rock ni…


* Terima kasih kerana sudi membaca... jngn lupa tinggalkan komen skali spaya Ain bley mmbuat sbarang pmbaikan... =]*

Labels: