bio list cbox entry




SE7EN ANJELLS (SA) - BAB 40
Friday, 22 January 2016 | 0 comments




BAB 40

93 mengeluarkan sebuah kotak hadiah besar yang bergambar teddy bear memeluk sebiji bola sepak dari dalam almari bajunya. Senyuman terukir sebaik dia telah duduk di birai katil. Jam tangan berwarna ungu di tangannya yang putih melepak dikerling sekilas.
Sudah jam 11:30 malam.
Senyuman di bibir semakin melebar. Pantas tangannya membuka kotak hadiah yang besar itu. Terdapat banyak kad di dalamnya. Kad yang terdiri daripada pelbagai corak, warna dan saiz.
93 membelek satu persatu kad hari lahirnya yang sudah bertimbun itu. Mana tidaknya, kad itu sudah mula dijadikan koleksi sejak usianya mencecah 13 tahun. Gadis itu membuka sekeping kad yang agak menarik perhatiannya. Dia mula membaca isi dalam kad tersebut.
Dyna, darling ku..
Happy birthday! Semoga dapat prince charming cepat-cepat. By the way, jangan lebih kaya daripada kau, ye. Hope you’ll  get all you wish. Love you! Friend always ever and forever.
p/s : Buat betul-betul PMR ni.
~Daripada si cantik Elyana Ezzwa~
93 meleretkan senyuman. Kad itu kini sudah berusia 8 tahun namun masih kekal cantik corak seninya. Matanya tertancap pula pada sekeping kad bewarna pink - putih yang lebih besar saiznya. Dia membuka kad itu untuk membaca isinya.
Dyna Atasyha (93),
Happy birthday yang ke 20. May Allah bless you. Sorry sebab aku cuma bagi teddy bear tu aje. Anyway, sayang kau selamanya. Se7en A always forever, never ending. 
                                                                                                                          Alyaa Emeline (96)
93 mengerling sekilas teddy bear berwarna pink sebesar manusia yang diletakkan di atas katil. Itulah pemberian 96 semasa ulang tahun kelahirannya yang ke 20. Dia kembali menyelongkar ‘khazanah-khazanah’ lama untuk mengimbau kenangan. 93 kini membuka satu kad buatan tangan yang hanya mengenakan tema hitam dan ungu.
Yo anak buahku! Bwahahahha (proud for a moment)
Aku tak nak wish ayat biasa yang kau selalu dengar. Ayat ni aku fikir 7 hari 7 malam, mandi air hujan, minum iodin, tidur berdiri baru dapat. Dengan berbesar hati, I wish you...
SELAMAT MENGHAMPIRI KEMATIAN.
That’s all. Enjoy your life. Se7en Anjells always forever, never ending.
                                                                                                                              Sleeping Beauty
“Erk..?” Tergamam seketika 93 setelah membaca isi kad yang baru berusia 1 tahun itu. Namun dia sekadar menggeleng kecil. Itulah ketuanya yang perwatakannya sukar diramal. Sometimes childish, sometimes matured, and sometimes undefine. 93 masih lagi tidak jemu untuk membaca kad-kad yang lain. Dia mengambil pula sekeping kad bewarna hijau yang mempunyai gambar katak.
Minah bola!
Kau jangan nak berlagak besar sangat dengan aku sebab beza kita cuma 2 bulan aje. Jadi tak payah la nak perasan sangat, ye. Aku pun tak terkecuali nak wish kau..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
Hadiahnya ada depan bilik kau. Aku terbangkan khas dari Tokyo untuk sahabat aku seorang ni. Hehehe...   
                                                                                                                                              JANE
Sedikit berkerut dahi licin 93 tatkala teringatkan pemberian 94 pada ulang tahun kelahirannya yang ke 18. Pabila daun pintu dikuak, bergegar seketika banglo kaca itu dengan jeritan nyaringnya. Bayangkanlah siapa yang tak terkejut kalau sepuluh ekor lintah bulan yang sudah pun berada dalam akuarium mini di hadapan mata kini. Seingatnya, hayat binatang tidak bertulang itu cuma dua minggu sahaja. Maklumlah ‘mereka’ tak tahan dengan perubahan cuaca.
Kad seterusnya dibuka. Kad yang sudah berusia itu tampak menarik kerana pabila ia dibuka, gambar dua orang perempuan lidi sedang berpegangan tangan tertonjol keluar. 93 tersenyum kecil. Sekeping kertas terjatuh dari dalam kad itu. Gadis itu mengambilnya dengan senyuman semakin lebar. Isi kandungan kad tersebut dibaca.
Dyna Atasyha. Moshi moshi!
Tanjoubi Omedetou... T
Harap kau enjoy dengan hadiah yang aku beri, okey. Okeylah! Thats all. Se7en Anjells never, never, neveeeer...... ending!
       Hana Misuki (91)
93 tersenyum. Kertas yang berada di pengangannya dilihat. Itu adalah tiket perlawan bola sepak Malaysia bertemu Manchester United pada 2 tahun yang lalu. Namun, 93 mengambil keputusan untuk melihat perlawanan itu di banglo kaca. Dia memaksa kawan-kawannya untuk turut menonton bersama di skrin gergasi di studio Se7en Anjells.
Sekeping lagi kad diambil. 93 tidak pernah jemu membaca kad itu atas faktor kad tersebut, sungguh menarik coraknya. Corak yang ringkas, bertulis Friend Forever dalam tulisan yang cantik dan di bawahnya, terdapat tujuh perempuan lidi sedang tersenyum manis. 93 turut tersenyum.
Dyna Atasyha!
Happy birthday to you. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Enjoy-enjoy jugak. Jangan lupa baca buku! SPM candidate, okey. Buat yang terbaik untuk Additional Math, okey. I know you can do it! Okeylah... be the best among the best, okay!
           Zawana Airisya yang comel!
Senyuman manis masih setia menghiasi bibirnya. Seingatnya keputusan SPM untuk Matematik Tambahan yang digeruni itu berjaya diperoleh A. Sementara ahli yang lain mendapat keputusan yang perfect, straight A+! Namun dia langsung tidak terkilan akan keputusannya itu bahkan dia masih bersyukur kerana subjek yang lain dia memperoleh A+.
Pembacaan 93 berhenti seketika. Dia melihat ke arah jam di tangan. Jarum jam kini hampir menunjukkan angka 12. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik.
“10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1..!” 93 mula mengira detik ke angka 12 sambil menunding telunjuknya ke arah muka pintu. Masih sunyi keadaan di luar. Selalunya waktu inilah biliknya akan diserbu oleh mereka yang lain. Macam rumah terbuka hari raya.
“5..4..3..2..sa..” Ulangnya lagi.
“5..4..3..2..sa..tu,” Lama gadis berambut pendek itu merenung kosong pintu biliknya. Akhirnya dia pasrah. Mungkin mereka sedang merancang sesuatu depan bilik aku sekarang ni. 93 cuba berfikiran positif. Dia kembali mengambil satu lagi kad dalam simpanannya. Usai membaca, dia mengambil pula yang lain. Begitulah selanjutnya sehingga matanya mula terasa berat lantas dia tertidur ‘berbantal-pelukkan’ kad-kad yang dikeluarkan tadi.


KETUKAN yang bertalu-talu di daun pintu bilik ditambah pula namanya dipanggil berkali-kali memaksanya untuk membuka kelopak mata. Seketika ketukan dan panggilan itu lenyap. Namun masih kedengaran sayup-sayup ketukan dan panggilan nama mangsa yang lain pula. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjenguk keluar. Dengan malas dia turun daripada katilnya seraya menapak lambat ke arah pintu.
“Ohayo (selamat pagi), Hana!” Sapa 93 yang sudah pun tercegat di muka pintu biliknya. 91 terundur beberapa tapak ke belakang dengan terjahan itu. Dibulatkan matanya yang sepet itu tanda geram. 93 tertawa kecil seraya kembali menyambung ‘kerja amal’nya dengan membuat bising untuk mengejutkan yang lain. 91 sekadar menggeleng sebelum lambat-lambat dia menapak masuk ke dalam biliknya untuk turun ke ruangan makan.
“Apa mimpi minah tu?” Tanya 95 yang muncul tiba-tiba dari arah belakang 91. Sekali lagi gadis kacukan Jepun itu membulatkan matanya. Pagi ini sahaja jantungnya hampir luruh sebanyak dua kali dengan sergahan sahabat-sahabatnya. 95 sekadar tersengih seraya menapak pergi ke arah dapur. Seketika kemudian, seorang demi seorang ahli Se7en Anjells menuruni anak tangga seraya mengambil tempat di meja makan. Orang yang terakhir tiba ialah...
“Aku nak tidur lagilah...” Rengek 94 perlahan. Tubuhnya ditolak lembut oleh 93 ke arah meja makan.
“Siapa yang masak semua ni?” Tanya 95 terkejut dengan semua masakan yang sudah siap terhidang. 93 mula menuangkan sup ke dalam setiap mangkuk mereka yang sudah diisi dengan bahan-bahan soto di dalamnya. Air minuman juga turut dituangkan oleh 93. Akhir sekali barulah dia mengambil tempat duduknya.
“Eh, makanlah.” Pelawa 93 setelah perasan semua mata tertumpu kepadanya. Barulah masing-masing mula menikmati sarapan itu.
“Mana 90?” Tanya 96 memecah sunyi. Mereka yang lain mula memerhatikan sekeliling. Barulah mereka menyedari ketiadaan 90 pada pagi itu.
“Dia keluar jumpa Aunty Izma.” Terang 93 kerana dialah orang yang paling awal bangun pada hari itu. Masing-masing hanya mengangguk seraya mula menjamu selera.
“Geng, jom keluar.” Ajak 93 girang, memulakan perbualan. Namun hasilnya, sepi tanpa respon. Masing-masing sibuk menumpukan perhatian pada sarapan.
“ Geng!”
“Yang lain okey, kan?” Tanya 93 sambil memerhatikan ahli lain yang sedang sibuk menjamu selera.
“Aku dah janji dengan Holla.” 92 memberi alasan.
“Aku nak pergi mencari ilham untuk melukis la.” Sambung 95 pula.
“Hana?” 91 sudah tersedak. Kala ini semua mata tertumpu ke arah orang kanan Se7en Anjells itu.
“Err...”
“Ops! Aku dah tempah minah Jepun ni hari ni. Ada kerja sikit nak buat.” Terang 94. 93 mengeluh perlahan.
“Yaa?” Kala ini tumpuannya beralih ke arah 96.
“Err, sorry Dyna. Aku... aku nak kena pergi gedung. Ada stok baru sampai. Sorry, ea.” 93 kembali menjamu selera. Suasana kini berubah tegang dan sepi.
“Eh, jomlah 91. Nanti tergendala pulak kerja kita.” Pantas 94 bingkas bangun seraya menarik lembut lengan 91 yang sedang menjamu hidangan itu. Gadis bermata sepet itu sekadar menurut walaupun raut mukanya jelas kelihatan terpinga-pinga. Tingkah dua gadis itu dipandang leh mata-mata yang ada.    
“Aku dah kenyang!” Ujar 92 seraya mengikut langkah dua orang sahabatnya yang sedang menaiki anak tangga.
“Aku pun.” Ujar 95 pula. Dia turut menapak pantas menaiki anak tangga diikuti oleh 96. Sekejap sahaja ruangan makan yang penuh dengan penghuninya kini sunyi. Hanya 93 yang masih setia di situ.
“Kenapa semua orang sibuk hari ni? Hari ni kan hari Ahad. Alyaa pun, buku dia lebih penting daripada aku. Diorang memang betul-betul dah lupakan hari ni.” Bisik 93 sendirian. Seketika ingatannya terimbau pada keadaan malam tadi. Sebenarnya malam tadi dia terjaga pukul 2, namun ternyata biliknya masih tiada tanda-tanda ‘diserbu’ oleh yang lain.
93 kembali menjamu selera walaupun hakikatnya seleranya sudah mati pabila terpandangkan meja makan itu yang kini sudah kosong. Lambat-lambat dia mengunyah makanan sambil termenung kosong. Dia begitu terasa dengan sikap kawan-kawannya. 93 bingkas bangun. Perlahan-lahan dia mengemas meja itu. Jelas masakannya tidak habis dimakan. Gadis berambut pendek itu sekadar mengerling sayu mangkuk sup yang masih lagi berbaki separuh.

SUASANA banglo itu sungguh sunyi. Waktu sudah berganjak ke tengah hari namun kelibat sahabat-sahabatnya belum lagi kelihatan. 93 menapak perlahan ke arah jendela kaca. Dia memandang ke arah petak parkir yang tersedia di kawasan perkarangan banglo. Hanya keretanya sahaja yang berada di situ.
93 berjalan menuju ke arah ruang tamu. Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Suis televisyen dihidupkan. 93 memandang kosong cerita yang disiarkan. Hakikatnya, fikirannya menerawang jauh. Gadis itu memeluk bantal berbentuk hati yang terdapat di situ.
“Manalah diorang ni. Kenapa tak balik-balik lagi? Tak nak lunch dekat sini ke? Lefon banyak kali tapi tak angkat-angkat,” Dyna Atasyha (93) sekadar bertanya sendirian. Akibat bosan, dia menutup suis televisyen seraya kakinya perlahan-lahan menapak menaiki tangga.
Pintu bilik karaoke dikuak lambat. Semua suis dihidupkan. 93 berjalan ke arah tengah-tengah bilik kedap bunyi itu. Dia mengemaskan lagi mikrofon di pegangannya. Gadis itu menghembuskan nafasnya perlahan sebelum bibir itu lambat-lambat mengukir senyuman hambar. Muzik sudah mula bernyanyi.
“Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to...” matanya sudah bergenang. Muzik masih terus berbunyi. 93 memegang kejap mikrofon berwarna emas itu. Dia sudah tertunduk menahan sebak.
“Dyna... happy birthday to you...” akhirnya dia menghabiskan juga serangkap lagu itu. Muzik piano yang bermain di skrin 90 inci itu dihayati. 93 sudah terduduk di atas lantai beralaskan permaidani yang tebal. Dia seboleh-bolehnya cuba menahan sebak di dada.
Trutt... trutt...
Telefon bimbitnya berdering. 93 mengeluarkan telefon bimbit itu dari dalam poket seluarnya. Nama yang tertera dilihat. Perlahan-lahan panggilan itu dijawab.
“Hello,” nada suara cuba dikawal sebaik mungkin.
“Hello, sayang. Apa khabar princess mama sorang ni?” Tanya suara di hujung talian dengan ceria. 93 tersenyum hambar.
“Fine, mama. Mama dekat mana ni? Papa mana?” Tanya 93 berbasa-basi.
“Mama kena teman papa. Dia ada meeting dengan pengurus syarikat SJ-79. So, kami dekat Sweden sekarang. Dalam dua minggu lagi, baru balik Malaysia. Dyna, mama dan papa nak ucapkan selamat hari lahir dekat Dyna. Happy birthday to you, darling. Dah besar anak mama ni. Jangan nakal-nakal tau. Mama dengan papa dah terbangkan present Dyna. Tak lama lagi, sampailah tu.” Tutur suara di hujung talian dengan ramah. 93 tersenyum mendengar ucapan mamanya. Sudah lama dua wajah itu tidak ditatap. Papanya selalu sibuk. Maklumlah, pengurus besar sebuah syarikat pengangkutan udara.
“Dyna tengah buat apa tu? Bising semacam aje. Kawan-kawan Dyna ada sekali ke? Mama ganggu ke?” Tanya wanita di hujung talian setelah agak lama 93 tidak bersuara. Bunyi bising? Pantas gadis itu menoleh ke arah skrin 90 inci itu. Muzik lagu yang tadinya dipasang masih lagi bermain. 93 tersenyum sedikit.
“Kitorang tengah buat birthday party la, mama. Mama ni kacau aje. Dyna tak sabar nak tunggu hadiah mama. Nak bezakan hadiah mama dengan hadiah daripada kawan-kawan Dyna. Mana yang lebih mahal.” 93 sengaja menceriakan suaranya. Terdengar ketawa kecil di hujung talian.
“Eh, eh. Orang cakap betul, ketawa pulak.” Bicara 93 seakan tidak puas hati.
“Suka hati Dynalah. Okeylah, mama tak nak ganggu party you all. Take care, sayang. Bye.” ujar wanita separuh abad itu sebelum talian diputuskan.
93 sudah menekup mulutnya. Cuba menahan sebak yang semakin menggila. Telefon bimbitnya sudah diletakkan di sisi. Perlahan-lahan mutiara hangat jatuh membasahi pipi.
           “Sorry, mama. Dyna dah bohong mama. Tak ada pun birthday party. Hal lain lebih penting bagi diorang daripada kawan sendiri. Tak ada seorang pun yang ingat birthday Dyna,” tutur 93 lirih dalam sendu. Perlahan-lahan dia menyeka air matanya yang sudah gugur melencuni pipinya. Dirinya terasa terbuang.



 
Karaoke Room di Banglo Kaca


 #ENJOY~
#JANGAN LUPA TENGOK LIST ENTRY UNTUK BACA ENTRY2 TERBARU



Labels:

SE7EN ANJELLS (SA) - BAB 39
Friday, 15 January 2016 | 0 comments




BAB  39

“KAU boleh buat, Yaa. Nilah masanya kau buktikan pada kitorang.” Ujar 94 semangat. 96  mengangguk. Dia memandang satu persatu sahabatnya yang tanpa penat memberikan semangat padanya. Dah macam nak turun berperang pulak gayanya.
     “Jangan risau, kami ada.” Tambah 92 pula.
     “Yaa, aku harap kau masih ingat kata-kata aku. Pastikan above 30.” Ujar 90 serius. Dia memaksudkan ‘perjanjian’ mereka tiga bulan yang lalu. 96 sekali lagi mengangguk penuh bersemangat.
     “Pergilah. Kami tetap di sini, sokong kau.” Ujar 91 pula. Gadis kacukan Jerman itu berjalan lambat meninggalkan sahabat-sahabatnya. Debaran di dadanya semakin kencang tatkala melihatkan kelibat belakang seseorang di kejauhan. Sesekali dia menoleh ke belakang, kini ahli yang lain sudah tiada di situ. Masing-masing sudah berpecah seolah-olah tidak mengenali sesama mereka.
     “Rileks Alyaa Emeline. You can do it.” Bisiknya sendirian, meniup semangat untuk dirinya sendiri. 
     “Of course I can!” Gadis kacukan Jerman itu menarik nafas dalam-dalam.
Langkahnya mati pabila jarak yang memisahkan dia dengan ‘temannya’ itu cuma 5 meter sahaja. Gadis berambut kuning itu membetulkan sedikit rambut dan dressnya sebelum berdehem kuat. Lelaki yang sedari tadi leka memandang hadapan segera menoleh ke arah punca suara itu. Senyuman manis terlakar di bibir masing-masing tatkala pandangan mereka bertemu.
     “Sorry, I’m late. Dah lama tunggu?” Tanya 96.
     “Eh, taklah. You dah lama sampai?” Tanya lelaki itu dengan senyuman pembunuhnya. Gadis itu menggeleng. Keadaan sepi seketika. Masing-masing sekadar membalas senyum.
     “Oh ya. This is for you.” Ujar lelaki itu seraya menghulurkan sekuntum mawar merah kepada 96.
     “So sweet. Thanks!” Lelaki itu sudah tersenyum simpul tatkala melihat respon 96.
     “Jom.”
     “Ha? Ke mana?” Tanya lelaki itu bingung.
     “Date.” Pendek sahaja jawapan gadis kacukan itu seraya mula melangkah pergi. Mereka berjalan beriringan masuk ke pintu gerbang taman bunga. Sengaja tempat itu dipilihnya untuk mengubah ‘mood’ misi Se7en Anjells yang selama ini hanya dijalankan di dalam restoran mewah. Siapa pulak lelaki ni? Mestilah mangsa Se7en Anjells. Walaupun diorang sudah berbaik dengan Asyraf, tapi misi tetap misi, okey?
     “Kita nak ke mana dulu?” Tanya lelaki itu. Namun lelaki kurus tinggi itu cukup terkejut tatkala 96 mula memaut lengannya. Gadis itu sekadar mengukirkan senyuman manis.
     “Sana.” Ujar 96 seraya menunding ke arah taman bunga tulip. Memang indah pemandangan padang yang penuh ditumbuhi dengan bunga tulip yang berbagai warna. Sungguh mempersonakan!
     “Kita duduk sana.” Akhirnya dua pasangan ‘kekasih’ itu mengambil tempat di bangku panjang yang disediakan setelah penat berjalan.
     “Awak dah penat? Kita minum dekat kafe tu, nak?” pelawa ‘pasangan’ 96.
     “Ha? Kejap lagilah. Saya nak tengok bunga-bunga ni lagi.” Tolak gadis berambut kuning itu lembut. Hakikatnya dia mahu menghantar isyarat kepada yang lain untuk berkumpul di kafe tersebut kerana pembongkaran akan bermula di situ. Akhirnya tempat makan juga pilihan di hati. Alahai…
     “Okey, jom.” Ajak 96 secara tiba-tiba menarik lengan ‘kekasihnya’ untuk bangun. Lelaki yang sudah terpinga itu sekadar menurut. Gadis kacukan Jerman itu menyimpan senyum kerana dia baru sahaja mendapat isyarat daripada yang lain bahawa mereka telah pun berada di kafe yang dimaksudkan.
Setibanya di kafe tersebut, lelaki itu mula mencari tempat kosong sebaliknya 96 pula sibuk mencari meja yang sudah ‘direservekan’ oleh sahabat-sahabatnya.
     “Ha, sana!” Tunding gadis berambut kuning itu tatkala anak matanya menangkap isyarat 91. Akhirnya ‘pasangan sejoli’ itu mengambil tempat yang seperti biasa berdekatan dengan kamera khas Se7en Anjells berada. Seketika pasangan ‘kekasih’ itu hanyut dalam dunia mereka.
     “Papa... papa.” Muncul seorang budak lelaki berusia 6 tahun menerpa ke arah ‘pasangan’ 96. Terkebil-kebil lelaki itu dibuatnya. ‘Adik bongsu’ Se7en Anjells itu pula mula mengaplikasikan ‘ilmu kakak-kakaknya’.
     “Anak awak ke, Iqram?” Tanya 96 pura-pura terkejut.
     “Ha? Tak. Saya langsung tak kenal budak ni.” Terang Rizqi Iqram gelabah.
     “Papa.. saya nak ais krim!” Budak lelaki itu mula menangis pabila Rizqi Iqram tidak mahu melayannya. Kini semua mata tertumpu pada meja 96 dan pasangannya.
     “Kalau bukan anak you, habis anak siapa?” Muncul satu suara lantang. Serta-merta pandangan mereka yang ada tertumpu pada seorang perempuan yang sedang sarat mengandung 7 bulan lagaknya. Perempuan itu mula mendekati meja mereka.
     “Siapa ni?” Tanya 96. Pantas Rizqi Iqram menggeleng.
     “What? You dah tak kenal I? Honey, I ni wife you, tahu tak?” Jelas perempuan itu. Hehehe.. Sebenarnya dialah 95. Membulat mata Iqram Rizqi mendengar pengakuan gadis itu. Pandangannya beralih pada 96 yang sudah berwajah sebal.
     “Bu.. bukan! Serius saya tak kenal siapa diorang. Alyaa, trust me.” Rayu Rizqi Iqram gagap. 96 sudah terkedu. Seketika hati wanitanya bersimpati dengan ‘nasib’ lelaki itu.
     “Hey perempuan, you tak tahu malu ke rampas husband orang?” Lantang 95 bersuara sekaligus menyedarkan sahabatnya itu. Serta-merta 96 bangkit daripada duduknya.
     “Alyaa..” Panggil Rizqi Iqram sayu.
     “Dah jelas semuanya sekarang, Iqram. Pergilah balik ke keluarga awak.” Tutur gadis berambut kuning itu perlahan namun cukup tegas. Gadis itu mula menapak pergi. Membulat mata 95 melihatkan 96 yang mula pergi meninggalkannya. Yaa, macam tu aje ke? Hatinya bertanya.
     “Ha! Betul tu perempuan. Baik kau balik! Jangan nak menggatal lagi dengan husband orang.” Ujar 95 lantang membuatkan langkah sahabatnya itu mati.
     “Kau diam!!” Serta-merta kafe itu digemparkan dengan tamparan kuat Rizqi Iqram pada pipi 95. Gadis yang ‘berbadan dua’ itu terjatuh ke lantai.
Suasana kini bertambah kecoh pabila tangisan budak lelaki yang semakin kuat dan pelanggan lain yang mula bertindak membela 95. Ahli-ahli Se7en Anjells yang lain juga mahu untuk bertindak tapi pantas dihalang oleh ketua mereka. Perlahan-lahan mereka kembali duduk. Kini Rizqi Iqram sudah lemah dibelasah dengan ‘pelakon-pelakon tambahan’ di kafe itu.
96 menapak perlahan ke arah lelaki itu. Belum sempat dia bertindak, 95 terlebih dahulu menampar kuat pipi ‘suaminya’ berkali-kali.
     “Damn you! Berani kau sentuh muka aku dengan tangan kotor kau tu. Dasar kaki perempuan!” Sumpah gadis itu penuh amarah.
     “Sabar puan.” Ujar 96 lembut menenangkan sahabatnya itu.
     “Ceraikan I!” Ujar 95 lantang.
     “Aku langsung tak kenal kau, perempuan.” Ujar Rizqi Iqram lemah.
     “Tengok tu! Dah teruk macam ni pun masih tak nak mengaku salah.” Marah salah seorang pelanggan yang ada.
     “Bebaskan puan ni!” Kata mereka yang lain mula sepakat memaksa lelaki itu melafazkan juga ‘talaknya’.
     “Aku harap tak akan ada perempuan bodoh yang nak pada kau lepas ni!” Marah 95 seraya membawa budak lelaki itu pergi.
     “Alyaa..” Bangun lelaki itu dengan bersusah payah. Dia memandang sayu wajah pasangannya. Gadis kacukan Jerman itu sekadar membisu. Matanya menyoroti langkah kaki sahabatnya itu. Kini, rasa sedih lebih menggunung di pihak 95 hingga dia sudah kering hati untuk berasa kesian dengan lelaki itu.
     “Sakit?” Tanya 96 sinis. Lelaki itu mengangguk lemah.
     “Tapi lagi sakit hati perempuan yang kau dah permainkan!” Ujar 96 lantang dengan air mata yang sudah bergenang di kelopak matanya. Tersentak Rizqi Iqram dibuatnya.
     “Mana ada? You’re the only one I have.” Bela lelaki itu terhadap dirinya.
     “Enough!” Seraya itu juga sekali lagi tamparan kuat dihadiahkan buat pipi licin Rizqi Iqram. Lelaki itu mengerang kesakitan.
     “Eleh, daripada tadi kena belasah tak merengek pun. Ni baru kena lempang sikit dengan perempuan dah nangis.” Ujar 93 selamba. Seketika meja ahli Se7en Anjells menjadi tumpuan yang lain sebelum mereka mengiyakan. 94 menyiku 93 sementara 91 memandangnya dengan soalan ‘dah puas hidup ke?’. Gadis berambut pendek itu sekadar tersengih.
Air mata sudah membasahi pipi gebu gadis berambut kuning itu. Dia mengangkat tinggi tangannya. Berhajat untuk melempang lelaki itu lagi sekali. Perlahan-lahan tangannya ditarik semula.
     “Saya tak sangka awak macam ni, Iqram. Saya betul-betul tak sangka. Saya benci lelaki yang pukul perempuan. Saya benci awak! Saya benci awak!!” Air matanya sudah melencuni pipinya. Sedikit pun tidak diseka.
     “Hope dunia lepas ni tahu Rizqi Iqram, player bermulut manis yang bermata keranjang!” Ujar 96 seraya menuangkan jus minumannya tepat di atas kepala ‘kekasihnya’. Kedengaran lelaki itu mengaduh sakit kerana luka di mukanya terkena dengan siraman jus lemon. 96 tersenyum puas lantas menapak pergi.

“JANE, cepat!” Panggil 95.
     “I’m coming!” Laung 94 seraya melangkah turun satu persatu anak tangga.
Kini masing-masing sudah berkumpul di ruang tamu. Mereka berdebar untuk melihat ranking dan kumpulan star yang berjaya diperoleh. Seperti biasa mereka akan memeriksa prestasi masing-masing dalam bulan itu di setiap hujung bulan. Membulat mata masing-masing tatkala melihat apa yang sudah terpampang pada skrin Smart TV sebesar 120 inci itu.
     “Pertama 90 dengan 89 stars. Second, 92 dengan 85 stars. Third, 91 dengan total star 78. Next, 95 dengan 71. 92 dengan 66. Second last…” 96 membaca satu persatu walaupun yang lain dapat melihat semuanya. Tingginya star yang lain untuk bulan ni. Habislah aku kali ni. Bisik hatinya.
     “94 dengan 63. And me…” Berdebar semua orang menanti keputusan daripada usaha mereka selama 3 bulan ‘menyekolahkan’ sahabat mereka yang satu itu. Lambat-lambat tetikus tanpa wayar itu discroll ke bawah. Dan hasilnya…
     “Yaa, congrat!!” Ujar 94 separuh menjerit seraya memeluk temannya itu. 96 masih lagi kaku memandang skrin. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kini seorang demi seorang mula mengucapkan tahniah kepada gadis kacukan Jerman itu.
     “Hey girl, you did great!” Kata 93 tulus menyedarkan lamunan sahabatnya itu. 96 sekadar meleretkan senyuman. Namun pandangannya kini tertancap pada 90 yang sedang menghampirinya. Ketua Se7en Anjells itu berdiri betul-betul di hadapannya kini. Tiada segaris senyuman mahupun ucapan tahniah terzahir daripada mulut gadis berlesung pipit itu. Suasana bertukar sepi seketika.
     “Dalam masa tiga bulan... you’ve got 60 stars. It’s... awesome!” Ujar 90 lantas memeluk anak buahnya itu. 96 yang terpinga membalas pelukan ketuanya. Rupa-rupanya ketua Se7en Anjells itu melepaskan sedu di bahunya. Yang lain sudah terpinga-pinga melihatkan keadaan itu.
     “90, kenapa ni?” Tanya 96 lantas meleraikan pelukannya. Kelihatan wajah sahabatnya itu sudah merona merah dengan juraian mutiara hangat yang menuruni pipinya.
     “A..aku takut. Aku takut kehilangan kau. Aku...aku tak nak kehilangan seorang pun daripada korang. Aku sayangkan Se7en A dan...korang semua.” Kata 90 dalam sedu.
     “Sweety, don’t cry.” Ujar 92 seraya memeluk ketuanya daripada belakang. Dia pula yang beremosi.
     “Ann, hanya mati sahaja yang memisahkan kita.” Kata 96 tenang.
     “Betul tu. Kau dah lupa ke slogan kita?” Tanya 95 pula.
     “Se7en Anjells always forever, never ending!” Serentak mereka berenam bersuara. Gadis berlesung pipit itu sudah tersenyum.
     “Ha! Macam itulah. Hari ni kita kena sambut kejayaan 96. So, tak nak nangis-nangis. Kena senyum-senyum, okey?” Ujar 94 riang seraya memeluk bahu 93 yang berada di sebelahnya.
     “Excuse me? Did I know you?” Tanya gadis berambut pendek itu sambil memandang 94 atas bawah. Ada riak jengkel di raut wajahnya.
     “Ops! Sorry Sir. Tapi ni rumah perempuan. I think you’ve gotten a wrong place.” Sakat 94 seraya tersenyum nakal. Dia sudah pun melepaskan pelukan tadi.
     “What? Sir? Hello Mrs Tarzan, are you talking to me?” Tanya 93 geram. 94 menjelirkan lidahnya.
     “Hey, come on. Korang berdua dah puas hidup, ke?” Tanya 91 seraya merangkul kedua-dua leher sahabatnya itu. Matanya yang sepet itu sengaja dibulatkan sebagai tanda amaran. Serta-merta tawa yang lain meletus.
     “Hana, mata kau tu memang dah tak boleh nak besar. Berhenti la buat macam tu. It’s worst.” Luah 92. Berdekah ahli yang lain dibuatnya jika dilayankan ‘budak-budak’ ni.
     “Dah-dah jom bersiap. Kita pergi makan dekat Setia Kasih Restaurant, amacam?” 95 mengutarakan pendapatnya. Mukanya betul-betul macam nak mempromosikan restoran bertaraf dunia milik bapanya itu.
     “Jom!” serentak mereka bersuara sebelum mereka mula ke kamar masing-masing untuk bersiap. Se7en Anjells... Ya! Hanya maut yang boleh memisahkan mereka.


Alyaa Emeline with her floral maxi dress





Banglo S.A - Interior
 



Banglo S.A -Interior

Labels: