SA, BAB 30
Tuesday, 24 December 2013 | 0 comments
![]() |
Golden Gun |
“Selamat datang Anna Raudhah Tan Sri
Aliff.” Sapa satu suara sebaik kaki 90 melangkah masuk ke dalam gudang itu.
Kelihatan hanya cahaya dari beberapa batang lilin di atas meja sahaja yang
menerangi bangunan lama yang gelap-gelita itu. 90 menelan liur tatkala memerhatikan
sekeliling. Terasa badannya ditolak dari arah belakang menyuruhnya menapak ke
depan.
Muncul sesusuk tubuh entah dari ceruk
mana. 90 disuruh duduk di atas kerusi baldu, berdekatan dengan meja itu. Lelaki
yang tinggi lampai itu mula menghampirinya.
“Hai, sayang.” Sapa lelaki itu yang kini
sedang berdiri betul-betul di hadapan 90. Tangan yang mahu mengusap pipi gadis
pujaan hatinya ditepis kasar oleh 90.
“Siapa kau?!” Suara lantang 90 memenuhi
setiap ruangan. Lelaki itu sudah ketawa besar.
“Takkan you tak kenal I, Ann? Ilah manusia yang you selalu malukan depan orang ramai tu!” katanya dengan nada yang
semakin tinggi.
90 terdiam berfikir. Siapa pulak mamat muka
handsome ni? Ramai yang aku buat
macam tu. Yang mana satu, ea?
“Still
tak dapat tangkap lagi? Ilah...”
lelaki itu sedang melakukan sesuatu. Dia menyisir rambutnya, belah tengah.
“Nerd?”
perkataan itulah yang terluncur keluar dari mulut 90. Kini, yang sedang
berhadapan dengannya ialah budak nerd
yang selalu dia perlekehkan itu. 90 tergamam. Elok-elok muka tu O.K, terus K.O.
sempat lagi hati kecilnya berbisik.
“Nope,
sayang. Bukan! Nama I bukan Nerd tapi nama I, Hairy.” Hairy menghulurkan tangannya. Namun hulurannya tidak
bersambut. Dia mendekatkan mukanya, hampir dengan muka 90.
Berkerut dahinya yang licin itu.
“Eh, kenapa ni sayang? Siapa yang buat
ni? Sampai hati dia!” Hairy memegang dagu 90 lalu mendongakkan sedikit kepala
90. Dia terlihat ada darah yang sudah hampir kering di hujung bibir gadis itu.
Sekali lagi 90 menepis kasar tangan itu.
“Dia! Dia yang buat semua ni!” tegak
saja telunjuk 90 menunjuk ke arah ‘bodyguard’
yang melempangnya tadi. Hairy melihat ke arah apa yang ditujukan oleh pujaan
hatinya.
Hairy merengus geram seraya melangkah laju
ke arah lelaki yang melempang buah hatinya itu. Dia mengeluarkan sepucuk pistol
berwarna emas yang tersisip di pinggang. Dia mengacukan pistol itu tepat ke
dada kiri pengawalnya.
“Maafkan saya, Tuan Muda. Maafkan saya,
Tuan Muda.” Rayu bodyguard itu cuak.
Kini dia sudah melutut minta dilepaskan.
“Eh, berdiri. Jangan melutut macam ni.”
Ujar Hairy lembut. Lambat-lambat lelaki berbadan sasa itu kembali berdiri.
“Kau nampak pintu tu?” Tanya Hairy
seraya menunding ke arah pintu utama gudang yang kini dikawal oleh dua orang bodyguardnya yang lain. Lelaki berbadan
sasa itu menoleh ke arah tundingan tuannya. Pantas dia mengangguk.
“Nam...pak, Tuan Muda.” Ujarnya gagap.
Sempat dia mengerling ke arah pistol yang masih berada dalam gengaman Hairy.
“Aku kira sampai 3, pastikan kau dah
melangkah keluar dari pintu tu. Kalau tak...” Ujar Hairy seraya membelek-belek
pistol emasnya.
“Satu..”
“Tuan Muda..”
“Dua..” Sepantas itu juga lelaki
berbadan sasa tersebut berlari ke arah pintu yang dimaksudkan. Namun, sampai
sahaja di hadapan pintu, dia ditangkap oleh dua orang bodyguard yang mengawal pintu utama itu.
“Tiga..” Terkejut besar dibuatnya tatkala
satu suara halus berbisik betul-betul di telinganya. Pantas dia menoleh ke arah
punca suara itu. Membulat matanya tatkala terpandangkan Hairy yang sudah pun
berada di sisinya kini. Entah bila lelaki tinggi lampai itu mengekorinya langsung
tidak disedari. Hairy sudah ketawa besar melihat riak muka cemas bodyguardnya itu. 90 sekadar memerhati
daripada jauh. Timbul pula penyesalan kerana dia membuatkan lelaki berbadan
tegap itu dihukum.
“Tadi kau lempang pipi dia tu, sebelah
kanan ke kiri?” tanya Hairy lembut sambil muncung pistol merayap di setiap sudut
wajah bodyguardnya itu. Dia tersenyum
sinis.
“Ka...kanan, Tuan Muda.” Jawabnya gagap.
Matanya dipejamkan. Rasa mahu luruh jantung tatkala terasa muncung pistol itu
kini berhenti pada kelopak mata kanannya. Lelaki itu sudah menelan liurnya.
“Kanan, eh? So, kena balas dekat kanan jugaklah, kan?” tanyanya masih lagi dengan
senyuman sinis. Jarinya perlahan-lahan mula menekan picu pistol tersebut.
“Eh, wait!” Halang satu suara membuatkan hasratnya terhenti.
ASYRAF menghentikan
motor Honda Wave Dash 110 RSRnya di bahu jalan. Jelas di ruang penglihatannya,
sebuah banglo kaca tersergam indah di atas bukit sana. Dia menyisir sedikit rambutnya
menggunakan jari setelah helmet
ditanggalkan. Seketika kemudian sebuah kereta putih melintasinya. Angin yang
kuat daripada kelajuan kereta tersebut membuatkan badannya sedikit ke hadapan.
“Fuyyo! Tesla Roadster tu! Tak ada
dekat Malaysi...” angin yang kuat menyapa lagi tubuh Asyraf dari arah belakang.
Sebuah lagi kereta berwarna putih melintasinya.
“Wah! Koenigsegg! Hebat!” Asyraf begitu
teruja dengan sebuah lagi kereta yang baru saja melintasinya. Tiga lagi kereta sport berwarna putih melintasinya – Marussia
B1, McLaren Mp4– 12c dan Ronn Scorpion.
Mulut Asyraf sudah ternganga. Dia
langsung tidak menyangka pada malam itu, dia dapat melihat semua kereta mewah jenama
antarabangsa dalam waktu yang sama.
Kelihatan
kereta sport juga berwarna putih yang
baru sahaja mahu melintasi Asyraf, memperlahankan kelajuannya. Cermin kereta
diturunkan.
“Apa yang Asy buat tu? Cepat! Ann dalam
bahaya!” gesa 96 sebelum menaikkan semula cermin tingkapnya. Asyraf
tergesa-gesa menghidupkan enjin motor sebelum dia menambahkan lagi kelajuan
motornya bagi menyaingi kelajuan Lotus Elise 2015 milik 96. Persoalannya kini,
mampu ke?
Dia memecut sehabis mungkin. Namun,
tetap juga dikira ketinggalan. Namun, harapan Asyraf tidak padam begitu sahaja.
Dia meningkatkan lagi kelajuan motornya sehinggalah...
“Err, Yaa... boleh U-turn balik, tak? Tolong, Asy. Tayar motor meletup la.” Beritahu
Asyraf lirih di dalam talian. Segera talian diputuskan. Sempat lagi lelaki
bermata biru itu termenung mengenangkan nasib sebelum Lotus Elise 2015 berhenti
bersebelahan dengannya. Cermin tingkap diturunkan.
“Laa... macam mana boleh tayar meletup
pulak ni? Dahlah, Asy. Apa lagi yang nak ditermenungkan tu? Cepat naik.” Arah
96 lembut seraya tersenyum ke arah Asyraf. Senyumannya dibalas. Dalam hati,
Asyraf melonjak riang dapat naik kereta sport
dengan percuma. Bukan senang nak dapat. Sekali seumur hidup kot!
“JANGAN tembak dia!” 90 menghampiri mereka semua. Hairy memandang gadis
yang kian menghampiri mereka.
“Biar saya yang buat sendiri.” Putus
ketua Seven Anjells itu. Lelaki
tinggi lampai itu menghulurkan pistol emas di tangannya kepada 90. Gadis itu
menggeleng.
“Tak. Aku tak perlukan ni. Aku cuma nak
fight dengan dia.” Putus 90 tegas. Bodyguard itu sedikit lega mendengar
keputusan yang diambil 90. Mereka maju ke tengah ‘gelanggang’.
“Kalau hebat, cubalah sentuh rambut
aku.” Sinis 90 memerli.
“Perempuan lemah.” Bisik lelaki itu
namun masih lagi jelas kedengaran di telinga 90.
90 memasang kekudanya begitu juga
dengan lelaki berbadan sasa di hadapannya. Sebaik sahaja perkataan ‘Mula’
dilaungkan, lelaki itu mara ke hadapan dengan tumbukan padu digempalkan di
tangan kanannya. 90 hanya tegak berdiri di tempatnya. Dia tersenyum mengejek,
memandang sahaja langkah laju lelaki itu.
“Hmm... gopoh,” bisiknya seraya menepis
kuat tangan kanan lelaki itu yang hampir sahaja menyentuh hidungnya. 90 sempat
mengerling ke arah tangan kiri lelaki itu yang juga mahu membuat serangan curi dari
arah bawah. Pantas sahaja tubuh kecil molek itu mengelak.
Bertali arus
serangan dilakukan oleh bodyguard Hairy
sementara 90 sekadar mengelak sahaja. Buat ke berapa kalinya, lelaki itu hanya
menumbuk dan menendang angin. Pergerakan 90 yang begitu tangkas itu membuatkan
dia sukar untuk menyerang gadis itu. Jangkaannya bahawa gadis itu lemah meleset
sama sekali.
Kali ini, 90
fikir sudah tiba masanya untuk dia pula yang menyerang. Dia melayangkan flying kick yang padu tepat ke dada kiri
lelaki itu. Tubuh lawannya terdorong ke belakang.
Jelas riak
marah di wajah lelaki itu. 90 hanya tersenyum mengejek. Dengan kesakitan yang
masih terasa, dia mara ke arah 90. Gadis itu hanya mengelak buat beberapa kali
sebelum membuat serang balas semula.
Kali ini, 90
menghadiahkan double flying kick buat
lawannya. Gadis berlesung pipit itu berlari pantas ke arah lawannya yang hampir
tumbang. Tangan kanan lelaki itu dipulas sebelum dia menumbuk di bahagian dada.
Lelaki itu sudah mengerang kesakitan. 90 menapak beberapa langkah ke belakang.
Sekali lagi dia
tersenyum. Bodyguard berbadan sasa tersebut
mula berlari ke arah gadis bertubuh kecil molek itu. Dia menendang ke arah 90
namun seperti yang dijangka, dia hanya menendang angin. 90 yang mengelak
sedikit terus menangkap pergelangan kaki musuhnya. Sekali lagi dia memulas
bahagian itu. Lawannya itu sudah terjerit kecil sambil melompat-lompat sedikit
mahu manyeimbangkan badan. 90 melepaskan pegangannya. Sepantas itu jugalah dia
melayangkan dirinya lalu melepaskan sepakan padu tepat ke muka orang suruhan
Hairy tersebut.
Lelaki itu
tersungkur ke lantai. Sebaik sahaja dia mahu bangkit, 90 terus melakukan smack down ke atas lelaki tersebut. Dia
sudah tidak berdaya lagi mahu bertarung memandangkan kesakitan yang terasa bisanya
dan kudratnya yang sudah dilumpuhkan oleh ketua Seven Anjells itu.
*Dann... inilah penutup Seven Anjells untuk tahun 2013.. sbarang penyambungan akan dbuat pd tahun 2014... insya Allah.. tp,, klo aq rajin nk smbung jugakk.. aq msokkan.. tp,, tengok laa mcm mna.. sibukk akhir2 nie dgn persiapan skola.. oklaa.. ad rezeki,, jumpa lagi..
*Dann... inilah penutup Seven Anjells untuk tahun 2013.. sbarang penyambungan akan dbuat pd tahun 2014... insya Allah.. tp,, klo aq rajin nk smbung jugakk.. aq msokkan.. tp,, tengok laa mcm mna.. sibukk akhir2 nie dgn persiapan skola.. oklaa.. ad rezeki,, jumpa lagi..
Labels: se7en anjells