BAB 4
Tuesday, 2 April 2013 | 0 comments
![]() |
| Igoo waktu zaman muda |
Hari-hari yang dilalui sangat memenatkan. Jadualnya
sarat dengan 'kelas tambahan' yang diadakan oleh ahli Seven Anjells yang lain khas untuknya. 91 dan 94 mengajar cara
untuk berlakon. 92 dan 93 pula mengambil alih dalam bidang 'bahasa'. Manakala
95 pula, kaunselor yang diberi tugas untuk meniup kembali semangat 96 yang
sememangnya pudar.
“Apa?! Kelas
lakonan hari ni 5 jam?!” tanya 96 tidak percaya. Terdengar suara orang
mengiyakan di hujung talian. Gadis kacukan Jerman itu terduduk keletihan. Dia
mengemaskan genggaman telefon bimbit berjenama Apple itu.
“Lamanya!”
“Kau nak 5 jam
ke 7? Pilih yang mana satu?” tanya 94 tegas.
“Five, five!” pantas dia menjawab.
“Bagus. Kali
ni, kelas dibuat dekat Taman Florina. Sharp
9:00 pagi, dah ada dekat sana, okey.” pantas 94 mematikan talian.
Terpinga-pinga 96 dibuatnya. Taman Flourina? 9:00 pagi? Sekilas dia memandang
jam yang tergantung di dinding. 7:50 pagi.
96 menghempaskan keluhan berat. Sebenarnya dia baru
sahaja pulang dari Putrajaya dan sekarang terpaksa dikejarkan ke universiti
pula. Nak rehat sekejap pun tak boleh. Ingat aku ni bola tenis ke apa? Dia merengus
perlahan.
“Tidur sekejap
pun best, ni!” cadangnya sendirian.
Bantal lembut yang terletak berhampiran dengannya diraih lantas mendaratkan
kepalanya di atas bantal tersebut. Kelopak matanya terasa berat. Semakin lama
semakin terkatup.
****************
“WAKE UP!!!” Nak pecah
gegendang telinga 96 mendengar jeritan lantang itu.
Terbuka luas matanya. Dia segera memandang
sekeliling. Terkebil-kebil dia mencari dari arah manakah 'ngauman raksasa' itu
muncul. Anak matanya dapat menangkap imej sesusuk tubuh yang amat dikenalinya
berdiri tegak di hadapannya. 91 hanya tersengih manakala 96 pula mencebik. Dia
meraup mukanya untuk seketika.
“Nasib baiklah
roh aku sempat masuk dalam jasad. Kalau tak sempat, masuk seksyen 302lah kau
jawabnya,”
“Sudah-sudahlah
tu. Mencotcet yang bukan-bukan aje. Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?”
Jari runcing milik gadis kacukan Jepun itu dihalakan ke arah jam dinding yang
tergantung rapi. Terbeliak mata 96 tatkala melihat angka yang tertera pada jam
itu.
“Tak payah nak
terbeliak sangat. Cepat siap! 94 dah laaama tunggu kau dekat taman,” ujar 91
ringkas sebelum berlalu pergi. Sengaja perkataan 'lama' itu dipanjangkan
nadanya.
“Dah pukul 10:00
pagi? Patutlah dia terjerit-jerit macam orang gila,” Dia menggeleng-gelengkan
kepala lantas bangun daripada pembaringan. Bersiap untuk ke universiti. 'Singa
betina' tengah tunggu aku datang! Harap-harap dia tak telan akulah. Aku belum
kahwin lagi.
****************
TAMAN Flourina yang terletak di dalam kawasan
universiti merupakan salah satu taman yang tercantik di universiti itu. Pokok
yang rendang hidup subur memayungi manusia yang sedang leka berteduh daripada
sinaran matahari. Di sekitar situ pula, terdapat sebuah tasik buatan manusia
yang luas. Angin juga bertiup sepoi-sepoi bahasa Jerman. He he he...
96 melangkah perlahan-lahan mencari kelibat 94.
Berjalan terjongket-jongket seakan pencuri yang tak bertauliah lagaknya. Dia
memandang kiri dan kanan. Rentak pergerakannya sengaja dibuat secara slow motion. Kiri. Kanan. Dia terus
melangkah. Kiri dan kanan. Kanan dan kiri. Mencari di sebalik batang pokok yang
sebesar 3 pemeluk. Tiada. Berkerut sedikit dahinya.
“Yo!!!” Suara
dari arah belakang menjerit kuat. Betul-betul hampir bunyinya. Mana taknya,
sebelah cuping telinga aje, ni ha... Bahu 96 sedikit terangkat dek menerima
kejutan itu. Dia mengurut perlahan dadanya. Huh!
“Isy, Jane!
Terkejut aku. Dahlah jantung aku macam nak terkeluar bila Hana menjerit dekat
telinga aku tadi. Ni kau pulak yang tolong sambung kerja 'mulia' dia.” Gadis
berambut kuning itu melabuhkan punggungnya di atas hamparan rumput yang
menghijau. Tenang rasanya!
“Eh, cepatlah!
Kita pergi studio Seven A. Cepat!
Dahlah skip satu jam,” 94 menarik-narik lengan sahabatnya supaya bangkit.
Dengan malas, 96 bangun.
“Yelah, yelah! Fine!” dia menghentak-hentakkan kaki
gaya budak kecil memprotes. 94 terus mengikat longgar seutas tali di leher
jinjang temannya itu lalu menarik perlahan tali itu. Gayanya tak ubah macam
orang tengah bawak pet dia jalan-jalan. 96 yang tersentak dengan tindakan 94
turut terikut dengan pergerakan gadis itu.
“Meow, meow!
Cepat jalan, cepat jalan,”
“Jane, apa ni?
Malulah! Muka cantik macam ni disuruh pakai benda pelik ni. Macam orang tawanan
tahu tak? Kang aku buat benda bukan-bukan biar kasi malu sikit kau punya muka
yang tak berapa nak lawa tu, baru kau tahu siapa Alyaa Emeline,” 96 seakan
mengugut.
Sememangnya jika mereka berada di tempat awam, nama
sebenar mereka yang akan menjadi kata ganti nama diri. Ewahh… dah macam belajar
subjek Bahasa Melayulah pulak. Entahlah, sebenarnya mereka main panggil ikut
suka hati saja apa yang terlintas di fikiran.
“Kau jangan
bising boleh tak? Tak payah malu! Paling-paling orang tengok pelik aje, bukan
apa pun. Kau senyum ajelah dekat diorang. Apa susah!”
“Wei, kalau ya
pun, kasiklah yang logik sikit! Nanti pembaca tak faham sebab penulis tak
berapa reti nak huraikan adegan kali ni, tahu tak?” sekali lagi gadis kacukan
Jerman itu membebel. Namun, 94 hanya buat tidak tahu saja.
“Jane! Kau
ingat aku ni apa? Igoo kau ke?” tanya 96 yang tidak puas hati diperlakukan
sebegitu. Dia merujuk kepada haiwan peliharaan 94, Igoo iaitu seekor iguana.
“Betullah...”
“Apa yang
betulnya?”
“Dah lama aku
tak tengok Igoo. Apa kata kita pergi lawat dia sekejap, nak?” tanya 94 sambil
tangannya masih setia menarik tali tersebut.
Membulat mata 96 mendengar cadangan sahabatnya itu.
Tengok Igoo? Lawat cicak besar tu? Eee... tak nak! Gilo ko apo? Cukuplah hari
tu dia hinggap dekat atas kepala aku. Euu... gelinya! 96 membuat reaksi
geli-geleman di belakang 94 sementara gadis riang itu masih tetap meneruskan
langkah sambil menyanyi kecil. Begitu juga dengan ‘haiwan
peliharaannya’. Tetap berjalan. Iyalahkan, kalau dah kena tarik, nak buat macam
mana? Mati kena jerutlah kalau tak jalan sekali.
“Err...Ara,”
panggil 96, perlahan.
“Hmm?” tanpa
menoleh ke belakang, 94 memberi respon.
“Err... tak
payahlah lawat Igoo kau yang comel teramat tu. Kan aku datang sini untuk
memantapkan lakonan aku. Korang jugak yang nak tengok lakonan aku super best
tahap mega, kan? Kalau macam tu, baik kita terus pergi studio aje,” 96 cuba
menolak cadangan 94 secara baik. Langkah 94 terhenti. 96 juga turut mematikan
langkah. Eh, kenapa ni? Dia terasa ke? Gadis kacukan Jerman itu masih
terpinga-pinga dengan tindakan drastik sahabatnya.
“Tapi
masalahnya...”
“Apa yang
masalahnya?” Dia masih terpinga-pinga.
“Masalahnya...
kita dah sampai!” 94 melonjak riang.
“What the...monkey?!” seakan tidak percaya. Dah sampai? Biar betul!
Matanya masih terkelip-kelip. Argh! Malangnya nasib aku! Cicak besar, kita
memang ada jodohlah.
“Jom masuk!” 94
terus menarik tali di tangannya sekaligus menarik 96 mengikut rentaknya. Mereka
berdua masuk ke perut bangunan yang tertera tulisan berbahasa Jerman ‘Geliebt’ yang
bermaksud tercinta.
************
BANGUNAN yang
sederhana besar itu amat sunyi suasana di dalamnya. Tali di leher 96 telah pun
dileraikan ikatannya tanda merdekalah seorang hamba Allah ini. Suasana di dalam
bangunan itu tidak ubah seperti Hutan Hujan Tropika. Tumbuhan hidup meliar ke
sana ke mari. Hidup melingkar memanjat tiang-tiang yang telah sedia ada.
Masuk sahaja ke dalam bangunan ini, terserlah di
hadapan mereka tunggul kayu yang agak besar. Seekor belalang sebesar dua jari
berada di atas tunggul tersebut seakan menanti kedatangan tuannya. 94 tersenyum
ke arah binatang tersebut.
“Hai, Grosspy! Sihat?” tegur 94 ramah sebelum
berlalu pergi. Berkerut dahi 96 mendengarnya. Binatang tu boleh faham ke? Desis
hatinya.
Tumbuhan bergayut di pepohonan yang besar di dalam
bangunan ini atau lebih tepat dipanggil zoo mini. Gadis riang itu pernah
memberitahu apa yang terdapat di dalam bangunan kesayangannya kepada ahli yang
lain. Masih jelas ayatnya di dalam
ingatan mereka.
“Aku nak buat
pengumuman ni. Aku dengan berbesar hatinya nak jemput korang pergi ke rumah
para belaan aku. Dalam bangunan tu ada lebih daripada 30 jenis speisis haiwan.
Jemput, jemput.”
Langkah kaki 94 terhenti diikuti 96. ‘Adik bongsu’ Seven Anjells yang kebingungan itu sekadar mediamkan
diri. 94 sudah bertinggung di lantai. Dia mengambil seekor lintah bulan yang
berada di lantai bangunan itu.
“Elly, macam
mana kau boleh terlepas pulak ni?” tanya gadis itu sambil meneruskan semula
perjalanan mereka. 96 hanya diam.
Mereka tiba di sebuah akuarium agak besar yang di
dalamnya terdapat berpuluh-puluh lintah bulan yang lain. 94 memasukkan lintah
bulan di tangannya itu ke dalam akuarium tersebut.
adis itu bingkas bangun.
“Hah, jangan
nakal-nakal tau! Sekejap lagi Uncle
Jo bagi makan, okey.” Beritahu 94 kepada haiwan-haiwan yang tidak bertulang
itu.
“Eh, Leni!
Jangan panjatlah!” marah 94 tatkala melihat seekor lintah bulan memanjat
dinding akuarium itu. Dahi 96 berkerut. Boleh dibezakan ke ini siapa dan ini
pulak siapa dalam berpuluh-puluh ni? Rupanya sama aje. Banyak persoalan yang
timbul di benaknya. Mereka meneruskan perjalanan.
“Igoo! Oh,
Igoo!” 94 melaung-laung memanggil nama seekor iguana belaannya. 96 hanya
membuntuti 94. Rasa seram sejuk menyelimuti benaknya mengalahkan masuk rumah
hantu. Siapa yang tak seram masuk bangunan yang tak ubah macam hutan ni. 94 seoranglah…
“Igoo...”
sekali lagi 94 memanggil.
“Haish... pelik
betul cicak hijau ni. Bukan ke kalau sekali kau panggil, mencicit dia datang?”
96 semakin hairan dengan situasi kini. 94 hanya menjongketkan bahu tanda tidak
tahu. Langkah masih diteruskan.
“Tidur,
agaknya?” 96 meneka.
“Tak... tak
mungkin. Igoo takkan tidur pada waktu macam ni. Sekarang ni waktu 'riadah' dia,”
Berkerut dahi gadis kacukan Jerman itu. Riadah? Cicak
pun ada riadah ke? Wah, maju betul!
“Green lizard! Green lizard! Where are you?!” 94 pantas
menyiku temannya itu.
“Amboi...
sesedap rasa seluruh jiwa raga kau aje nak panggil dia cicak! Dia bukan
cicaklah, dia iguana.”
“Hmm... apa kata
kita berpecah?” 94 mencadangkan idea ‘bernasnya’ kepada 96.
“Berpecah?!
Nanti bukannya Igoo yang aku jumpa, tapi ular anaconda pulak. Bukannya aku
boleh percaya sangat dengan bangunan yang macam hutan belukar ni. Macam-macam
yang aku jumpa nanti,” tanpa mempedulikan terus bebelan 96 yang senantiasa
berprasangka buruk tentang bangunan kesayangnnya itu, dia terus berjalan.
“Eh, Jane
tunggu aku!” 94 hanya senyap dan meneruskan pencariannya.
96 memegang baju 94 dari belakang. Takut benar dia
melihat sekeliling. Mana tidaknya, sebelah kanannya jelas kelihatan sekumpulan
ikan pirana di dalam sebuah akuarium besar. Walaupun dia sudah sedia maklum
bahawa kaca akuarium itu berkualiti tinggi, namun rasa takut di dalam diri
tetap juga tidak dapat dihilangkan. Bersebelahan dengan akuarium tersebut,
terdapat lima ekor buaya yang berada di dalam sangkar besar. Tak lemah pulak
jantung kalau melihatnya?
Di sebelah kiri pula, terdapat tiga ekor ular yang
sebesar lengan lelaki dewasa, elok terletak di dalam akuarium. Bersebelahan
dengan ular, ditempatkan pula beberapa ekor katak juga terletak di dalam
akuarium. Bagus betullah kepala otak si 94 ni, ular tu banyak betul menahan
nafsu. Dapat tengok aje katak dekat sebelah tu melompat-lompat dengan
bahagianya. Benak 96 berbicara.
96 melemparkan senyuman kepada seorang pekerja yang
sedang memberi makan kepada belut gergasi belaan majikannya. Senyumannya
berbalas.
Terdapat juga tupai tanah, siamang serta tarangtula
dan banyak lagi speisis yang 96 tidak dapat nak kenal pasti. Alahai...
Langkah 94 terhenti. 96 juga turut terhenti. Kenapa
ni? Mata 94 hanya fokus pada satu arah saja. Anak mata 96 turut menyoroti arah
tersebut. 96 tergamam.
“Eh, tu bukan
ke... reben yang Igoo pakai?” tanya 96. Pantas 94 mengambil reben bewarna merah
jambu lembut yang comel itu. Dia menangis tersedu-sedan. 96 yang panik terus
mendekati 94 lalu cuba untuk menenangkannya.
“Igoo... dah
hilang,” dalam sendu, 94 berkata.
“Eh, tak
mungkinlah,” 96 masih berusaha untuk memujuk 94. 94 mengangkat jari telunjuknya
lalu menunding ke suatu arah. 96 memandang ke arah tersebut. Melopong mulutnya.
Pintu belakang bangunan terbuka. Confirm
cicak ni lari. Curang betullah cicak hijau sekor ni!
“Dahlah. Jom kita
keluar. Fikirkan ikhtiar untuk cari Igoo. Janganlah nangis lagi,” 96 memujuk sahabatnya
yang masih mengalirkan air mata. Dia
memeluk lembut bahu temannya itu.
*************
“APA?! Igoo hilang?! Biar betul!” Kelima-lima mereka
berkata serentak. Terkebil-kebil lima pasang mata itu. Hadoi... pekaklah
telinga kesayangan aku ni jawabnya. Sempat hati 96 berbisik. Semuanya menelan
liur.
“Syy... nanti
94 bangun. Kesianlah dekat dia,” 96 mengingatkan. Masing-masing sedang
me-mikirkan perkara yang bukan-bukan boleh berlaku atas kehilangan haiwan yang
paling menggelikan mereka itu.
“So, Igoo
terlepas daripada sangkar dialah ni?” Tanya 93.
“Mestilah.
Kalau tak, bukan hilang namanya tu, kak oi!” Ujar 90 lalu menoleh sekilas ke
arah 93.
“Harap-harap
dia tak ada bawah katil akulah sekarang ni,” 91 berdoa. Takut!
“Moga-moga dia
tak duduk atas katil aku nanti. Aku tak nak... seram!” Luah 92.
“Semoga Igoo
cepat dijumpailah,” mereka berdoa memohon pengharapan. Bukan apa, takut
sebenarnya kalau-kalau Igoo merayau pergi ke banglo kaca. Itu saja yang mereka
takutkan. Cicak besar macam itu siapa yang tak takut? 94 je.
*Terima kasih kerana sudi membaca. jgn lupa tinggalkan komen anda sekali.. =)
Labels: se7en anjells






