BAB 19
Monday, 16 December 2013 | 0 comments
Gadis ayu yang berpakaian cukup eligent bersama kekasihnya menarik perhatian mereka-mereka yang
ada. Boleh dikatakan sudah seperti bintang terkenal kerana setiap langkah
mereka menjadi tumpuan semua yang ada.
“Duduk sini boleh, sayang?”
Tanya si teruna kepada buah hatinya.
“Erm, sanalah.” Jawab si gadisnya lembut. Mereka jalan
beriringan ke arah sebuah meja kosong. Setibanya di situ, si jejaka menarik
sedikit kerusi untuk mempersilakan buah hatinya duduk. Si gadis sekadar
tersenyum lalu menerima ‘huluran’ itu. Seketika pasangan sejoli ini didatangi oleh seorang pelayan muda
yang lengkap beruniform membawa kad menu.
“You nak makan apa, sayang?” Tanya si jejaka mesra.
“Order ajelah. I akan
makan apa yang you makan.” Jawab si
gadis bernada manja.
“Kalau I makan racun?” Sempat si jejaka berseloroh.
“Mestilah I
akan makan sekali. Hidup I hanya
untuk you seorang.” Ujar si gadis
seraya tertawa kecil diikuti si jejaka. Kalau kau makan racun lagi bagus,
senang kerja aku. Lain pula kata hati kecil si gadis itu. Akhirnya si jejaka
memesan makanan yang tersedia dalam kad menu
tersebut. Sekejap sahaja pelayan itu pergi meninggalkan mereka.
“Thanks
sayang sebab sudi terima cinta I.”
Ujar si jejaka syahdu. Tangannya mula merayap mahu hinggap pada tangan kecil si
gadis. Namun sepantas itu juga si gadis mengelak. Si gadis sudah tersenyum
manis, pura-pura bahagia.
“I minta
maaf sebab selama ni I buta dengan
ketulusan cinta you.” Ujar si gadis
pula. Si jejaka sekadar tersenyum.
“You tahu,
tempat you dalam hati I takkan pernah berubah sampai
bila-bila. Sebab tu I rela tunggu
cinta you sampai mati pun.” Si jejaka
mula mengumpan dengan kata-kata manisnya.
Sekali lagi pasangannya sekadar tersenyum, pura-pura
terharu. Seketika ‘babak’ romantis mereka
tergendala tatkala pelayan restoran itu menghidangkan pesanan makanan dan
minuman mereka.
“Thanks handsome.”
Ujar si gadis kepada pelayan muda itu. Pelayan muda itu tergamam seketika.
Namun pantas disedarkan oleh jelingan maut si jejaka. Terkocoh-kocoh pelayan
muda itu kembali membuat kerjanya. Si gadis sekadar tertawa kecil.
“Waiter tu handsome?” Tanya si jejaka, pura-pura
sedang menikmati hidangan yang dipesan. Ada api cemburu dalam hatinya kini.
“Not bad la
tapi you tetap yang paling handsome dalam hidup I.” Serta-merta si jejaka meleretkan
senyuman. Malu pula pabila diusik sebegitu.
“You memang pandai ambil hati orang.” Ujar si jejaka tulus.
“Sepandai-pandai I
pun taklah sehebat you yang dapat
curi hati orang.” Sekali lagi senyuman manis meleret di bibir si jejaka.
Kembang semangkuk rasanya.
“Eh, makanlah. Nanti sejuk pulak makanannya.” Pelawa
si jejaka tatkala melihatkan buah hatinya sedari tadi sekadar merenungnya.
“It is called
love? Cuma dengan lihat wajah orang yang dicintai aje boleh kenyang.”
Hampir tersedak si jejaka mendengar pengakuan buah hatinya.
“Are you okay? I’m sorry. I
just...”
“I’m fine,
sayang. You buat cinta I pada you semakin dalam.” Pintas si jejaka. Si gadis ayu sudah tersenyum
simpul. Sempat jelingan manja dihadiahkan buat si jejaka.
“Ann, seriously..
I really love you.” Ucap si jejaka penuh syahdu. Ann? Ya! Dialah Anna
Raudhah, leader Seven Anjells.
“You ni buat
I malu tahu tak?” Ujar Anna Raudhah seraya
menampar lembut tangan sasa lelaki itu.
“I serius and
I’ve something for you.” Ujar si jejaka seraya mengeluarkan sesuatu
daripada poketnya.
“Wah!!” Hanya itu yang terpacul keluar daripada mulut
Anna Raudhah tatkala terpandangkan sebentuk cincin berlian yang berada kemas
dalam pegangan si jejaka. Tatkala ini sepasang mata sedang sibuk memerhatikan
kemesraan pasangan ‘sejoli’
itu di kejauhan. Sedikit pun pandangannya tidak berganjak daripada melihat meja
Anna Raudhah dengan kekasihnya itu.
“Tapi mana kotaknya?” Tanya
gadis itu sengaja memancing reaksi si jejaka.
“Err.. kotaknya I
tertinggal dekat rumah. Sorry sayang.
I hope you tak kisah.” Terang si
jejaka dengan nada gelisah. Anna Raudhah tertawa sedikit.
“Sikap tulus you
ni la yang buat I jatuh hati pada you, tahu tak?” Si jejaka kembali
mengawal air mukanya. Dia tersenyum bahagia. Mestilah aku kisah, mesti dah
berpuluh orang sarung cincin ni. Ingat aku tak tahu? Lain pula bisikan hati
kecil Ratu Lakonan itu.
“Boleh I sarungkan pada jari you?”
Tanya si jejaka, berlakon sopan dengan meminta izin.
“Lepas nilah. Kita makan dulu ye?” Ujar 90 cuba
berdalih. Jangan haraplah cincin murah tu nak disarungkan pada jari aku.
Katanya di dalam hati. Si jejaka sekadar mengangguk kecil seraya memasukkan
kembali cincin berlian itu ke dalam poketnya.
“Jemputlah makan.” Pelawa si jejaka yang sedang
berusaha mengawal air mukanya. Malu yang teramat dirasakan tatkala 90 menolak
pelawaannya tadi. Sempat 90 mengerling sekilas ke arah jejaka yang sedang sibuk
menjamah makanannya itu. Ini baru permulaan Helmi Iqbal. Lepas ni kau akan
kenal siapa aku! Bicaranya di dalam hati. Dia tersenyum sinis.
Di kejauhan, empunya sepasang mata itu akhirnya
mengangkat kaki seraya melangkah pergi. Matanya terasa hangat melihatkan
pasangan itu. Dadanya terasa mahu meletup melihatkan kemesraan mereka. Akhirnya
dia mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan restoran mewah itu dengan
dendam yang membara.
“MANA Ann dengan Yana?” Tanya 95
seraya duduk di atas kerusi yang tergantung itu.
“Entah. Aku rasa diorang tak datang universiti
langsung hari ni.” Ujar 93 pula. Mereka kini sedang berkumpul di ruang tamu.
Masing-masing baru sahaja melangkah masuk ke dalam banglo kaca itu.
“Kau tak tahu apa-apa ke, 91?” Tanya 94. Mereka yang
ada mula fokus kepada orang kanan Seven
Anjells itu. Namun gadis itu sekadar merenung kosong skrin Smart TV.
“Hana!” Panggil 94 lagi. Seketika fokus mereka
terganggu dengan bunyi deruan enjin kereta di luar rumah. Pantas 96 menapak ke
arah jendela.
“They’re home!” Ujar 96 separuh lantang.
“Hi girls!” Sapa 92 yang
pertama muncul di sebalik daun pintu utama diikuti oleh kelibat 90.
“Kenapa eligent
semacam aje baju korang ni?” Tanya 94
keliru. 90 dan 92 sekadar tersenyum. 90 memberikan isyarat kepada 92 sebelum
gadis itu menapak pantas ke arah skrin Smart
TV. Tangannya lincah memasang USB kecil di sana dan sini.
“Excuse me.”
Ucap 92 perlahan seraya merampas lembut remote
Smart TV yang berada dalam genggaman
lemah 91. Gadis kacukan Jepun itu sekadar membiarkan.
Mereka yang ada tercengang seketika tatkala sesuatu
mula terpampang jelas pada skrin televisyen.
“Kita putus!” Itulah kata
terakhir yang kedengaran keluar daripada rakaman itu.
“Apa ni, buat misi tak ajak
pun.” Ujar 94 bernada kecewa.
“Kenapa tak inform kitorang langsung?” Tanya 96.
“Patutlah sepanjang hari tak
nampak.” Sambung 95 pula.
“Untunglah kau 92 dapat tengok live.” Ujar 93 seraya menjeling sekilas ke arah gadis itu. 92
sekadar tersenyum.
“Sorry girls,
tapi aku cuma perlukan 92 untuk rakam semuanya.” Terang 90 bernada serba salah.
Bertambah lebarlah senyuman bangga 92. Namun yang lain sudah masam mencuka.
“Ni misi apa? Tak ada dapat aduan pun.” Ujar 96
kehairanan kerana dia selalu membuka laman rasmi mereka tetapi tiada aduan
terbaru daripada fans.
“Ni misi tak rasmilah. Ann
punya.” Terang 92.
“91, kau senyap aje. Kau tahu ke semua ni?” Tanya 93
mula memancing reaksi sahabatnya itu. Suasana sunyi seketika. 91 bangun seraya
menapak ke arah 90.
“Sorry girls but
I with them.” Terang 91 yang sudah berada di sisi 90. Serta-merta yang lain
tercengang.
“But how?” Tanya 96.
“Korang dah
lupa? Kan hari ni aku pun tak ada. Tapi habis misi aku terus join korang.
Ann dengan Yana pulak diorang pergi..”
“Shopping!” Serentak 90 dan 92 memintas keterangan gadis kacukan
Jepun itu.
“Alah, korang ni kejamlah.”
“Bencilah!”
“Jagalah korang lain kali.”
“Pergh, ni ke kawan?”
Itulah antara kata-kata ‘keramat’ yang ditujukan kepada gadis-gadis bernombor
serangkai itu.
“Sorrylah.
Jangan risau kitorang ada something special untuk korang.” Pujuk 92 seraya menapak ke arah 90 dan 91. Mereka yang
sedari tadi masam mencuka kini menunjukkan respon teruja.
“Really?”
Tanya 96 minta kepastian. Ketiga-tiga gadis itu sekadar tersenyum seraya
mengangguk hampir serentak.
“Something wrong.” Tutur
93 pula yang mula curiga.
“Betullah kitorang
tak tipu. Barangnya semua ada dalam bonet kereta Ann.” Ujar 91
bersungguh-sungguh. Lambat-lambat 93, 94, 95, dan 96 menapak keluar dari
banglo. Pandangan mereka tertancap pada kereta milik ketua Seven Anjells yang sudah berada di atas petak parkir.
“Bye, honey!” Serta-merta pintu utama banglo ditutup daripada dalam.
“Hey, apa ni?” Tanya 94 kebingungan. Masing-masing
sudah menyerbu untuk menolak daun pintu itu. Namun semuanya sia-sia kerana
pintu itu sudah dikunci daripada dalam.
“Aku dah agak ada yang tak
kena.” Ujar 93 bernada sesal.
“Hey girls!” Serta-merta pandangan mereka teralih pada punca suara
itu.
Terkebil-kebil mereka tatkala melihatkan keadaan tiga
sahabat mereka sudah siap menyarung
T-shirt ringkas dan berseluar track. Apa yang paling menarik perhatian
ialah mereka juga sudah menyarung baju hujan.
“Err, aku rasa tak sedap hatilah.” Ujar 95 tulus.
Pandangan mereka masih setia dengan kelibat tiga gadis yang berada tidak jauh
daripada mereka. Kelihatan 90 tersenyum manis menambahkan lagi curiga mereka.
“Water party!” Laung 92 seraya bertindak menyembur air daripada
getah paip kepada sahabat-sahabatnya.
Sepantas itu jugalah mereka bertempiaran lari
menyelamatkan diri daripada basah disembur air. 90 dan 91 juga turut bertindak
mengejar mereka yang lain dengan semburan pistol air. Pertarungan air menjadi
sengit pabila 93 berjaya merampas pistol air milik 91. Apalagi, balas dendamlah
jawabnya. Maka perkarangan rumah serta taman banglo kaca itu pun ‘dibersihkan’ secara tidak rasminya.
Labels: se7en anjells