bio list cbox entry




BAB 20
Monday, 16 December 2013 | 0 comments




“Asy, awak pernah dengar satu cerita tak?” Tanya 96. Asyraf yang berada di hadapannya mengerutkan dahi. Kini, mereka duduk bersantai di kerusi batu yang terdapat di Taman Flourina

“Erm... saya memang pernah dengar cerita. Tapi, tak taulah dalam berpuluh-puluh cerita yang saya pernah dengar tu, termasuk ke tak dengan cerita awak tu,” Asyraf ketawa perlahan. 96 hanya tersenyum sumbing sahaja. Dia baru tersedar yang dia telah tersalah cakap.

“Hmm... tapi, tak taulah kalau saya tak pernah dengar lagi. Maklumlah, cerita orang Melayu dengan cerita orang Jerman, mana sama. So, awak cerita ajelah. Saya sedia mendengar.” usik Asyraf sambil tersenyum. 96 yang mulanya menjeling geram, kembali tersenyum. Mungkin sebelum ini, dia tidak pernah bergaul dengan lelaki serapat ini. Kali ini, dia berpeluang untuk itu. Hanya rasa bahagia yang ada di dalam hatinya kini dan rasa senang sekali tatkala bersama  Asyraf.

“Erm, sebelum tu. Asy, awak pernah sound perempuan ke selama dekat universiti ni?” Tanya gadis kacukan Jerman itu. Baru dia teringat akan kejadian 3 hari lepas yang diceritakan oleh 93 – saksi kejadian.

“Hmm...” Asyraf menongkat dagu. Dia termenung seketika.

“Rasanya pernah. Dua tiga kali jugaklah. Tak silap saya, perempuan yang sama. Sejak belakangan ni, saya asyik terserempak aje dengan dia,” Asyraf memulakan bicara. 96 hanya fokus memandang Asyraf.

“Kenapa awak sound dia? Dia buat salah apa?” Laju sahaja 96 menyoal seperti seorang inspektor. Dia ingin tahu lebih lanjut daripada mulut lelaki itu sendiri walaupun sudah mengetahuinya.

“Hmm... entahlah. Macam mana saya tak sound dia. Perangai dia tu teruk sangat. Harap muka aje cantik. Sayangnya, perangai dia tu tak setanding dengan kecantikan dia.” Luah Asyraf  dengan nada yang kesal. Sejujurnya, dia sendiri rasa terkilan akan hakikat itu. Mana taknya, luaran 90 memang sudah tampak sempurna cuma sikapnya yang egois telah mencacatkan semua itu.

“Awak benci dia ke?” 96 memberanikan diri untuk bertanya lagi.

“Saya tak adalah sampai benci dan tak adalah nak membenci dia. Iyalah, kita ni siapa nak membenci orang? Bukannya perfect pun. Cuma saya terkilan aje. Taulah dia tu hot, ramai peminat. Tapi tak payahlah berlagak sangat. Hormatlah orang sikit! Sudah tu, dia pernah mengaku universiti ni bapak dia yang punya. Saya tak faham betullah perangai perempuan tu. Teruk dia tu, lain dari yang lain.” ucap Asyraf bersungguh-sungguh. Dia terkenang akan kejadian di hadapan kolam air pancut di universiti itu. Saat itu, 90 mengaku bahawa universiti ini milik bapanya kerana terlalu marah dengan lelaki berkaca mata yang baginya tidak faham bahasa itu. 96 yang mendengar keterangan Asyraf, ketawa perlahan. Universiti ni memang bapak dia yang punya pun, Asyraf oii. Bisik hati 96.

“Awak tak tahu perangai sebenar dia. Dekat luar aje kita nampak teruk macam tu tapi hakikatnya lain,” ujar 96, membela 90 secara tidak langsung. Asyraf hanya diam. Sedikit perasaan curiga terbit di dalam hatinya.

“Alyaa, awak kenal dia ke?” Tanya Asyraf curiga. Sedikit berkerut dahinya.

“Hah? Apa awak cakap, Asy?” 96 cuak.

“Tak... saya tanya tadi, awak kenal ke perempuan yang saya maksudkan tu?” ulang Asyraf. Kala ini matanya yang terselindung di balik kaca mata merenung ke dalam anak mata 96 membuatkan gadis itu berasa kurang selesa. Pantas sahaja anak matanya dihalakan ke arah lain.

“Perempuan yang mana?” 96 buat-buat bingung sambil menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal.

“Perempuan yang tadilah.”

“Yang mana satu? Eh, entah-entah kita bercakap pasal orang yang berlainan tak? Saya cakap pasal perempuan yang berambut panjang paras pinggang hari tu,” bohong 96.

“Alah, yang...”

“Hah! Bukan ke tadi saya nak ceritakan awak sesuatu? Dah melencong ke tempat lain pulak kita,” 96 pura-pura ketawa. Dia memulakan cerita yang pada mulanya mahu dikongsikan bersama Asyraf.


91, 93 dan 94 keluar dari bangunan SEVEN ANJELLS dengan niat untuk mengambil angin di taman. Terasa bosan berada di dalam bangunan konkrit tiga tingkat itu. Malas pula untuk pulang ke banglo. Maka, mereka pun mengambil keputusan untuk pergi mengambil angin di Taman Flourina yang terletak tidak jauh dari bangunan mereka. Taman itu sememangnya menenangkan tambahan pula kedudukannya terletak di depan tasik. Di kejauhan, jelas kelihatan hamparan padang rumput import milik 92 yang terletak di seberang sana.

95 baru sahaja bertolak ke bandar, membeli makanan untuk dijamu beramai-ramai ketika mengambil udara segar di taman.

“Eh, mana yang lain, hah?” Tanya 93 dengan kaki yang masih setia melangkah. Dia merujuk kepada Anna Raudhah (90), Elyana Ezzwa (92) dan Alyaa Emeline (96).

“Ha’ah. Dah lama kita tak berkumpul sama-sama waktu petang macam ni. Ann dengan Yaa asyik tak ada aje kat banglo,” ujar 94.

“Hmm... betul tu. Aku rasa, Ann ada dekat makmal dia sekarang ni kut. Dia kan suka lepaskan perasaan dekat dalam makmal tu. Tuang sana, tuang sini, campurkan yang sana, campurkan yang sini, pastu meletup. Itu aje yang dia tahu. Lepas tu buat hipotesis entah apa-apa.” Bebel 91 panjang lebar.

“Yana pulak, maybe dia dengan Holla sekarang. Kesian jugak kuda hitam tu, bosan asyik duduk dalam kandang aje. Mungkin minah tu tengah bawak kuda dia jalan-jalan kut. Untunglah ada kuda. Boleh tunggang bila-bila masa aje.” ujar 94 sambil terus melangkah.

“Aik? Bunyi semacam aje. Kenapa, tak best ke bela Igoo? Kan best... kalau lapar, boleh masak. Berguna jugak, kan...” 93 sengaja menyakat 94. Pantas 94 menghadiahkan sebuah jelingan maut buat kawannya itu. Namun, sedikit pun dia tidak terasa akan usikan 93 itu.

“Habis tu, Yaa pulak ke mana?” 91 cuba menukar topik.

“Entah. Pergi gedung buku dia, agaknya,” balas 93. Mereka bertiga meneruskan langkah sehingga tiba di taman yang penuh dengan pokok rendang.

Mata masing-masing melilau mencari tempat duduk kosong di taman itu. Pandangan 94 melekat pada seorang perempuan berambut kuning dan seorang lelaki sedang berbual mesra berhampiran dengan mereka. Dia tidak dapat mengecam wajah gadis tersebut kerana gadis itu duduk di kerusi batu yang membelakangi mereka.

“Err... Dyna,” panggil 94. Dyna Atasyha (93) tidak perasan akan namanya dipanggil kerana dia sedang leka mendengar lagu melalui headphone berwarna ungu - warna kegemarannya.

“Dyna!” 94 memandang tajam ke arah 93 yang sedikit terinjut-injut mendengar lagu kegemarannya. Suara 94 yang sedikit lantang membuatkan kekhusyukkannya berkecai serta menarik perhatian 91. Mana tak lantangnya, suara bukannya sedap pun, menjerit tepi telinga orang pulak! Desis hati 93.

93 menjeling ke arah 94. Raut wajah tidak puas hati dipamerkan.

“Apa? Nak makan bola sebijik ke?” tanya 93.

“Eh, dalam universiti ni, Yaa sorang aje kan yang berambut kuning?” tanya 94 meminta kepastian.

“Agaknyalah. Kenapa?” beritahu 93 malas.

“Tu, macam Yaa aje,” beritahu 94 sambil menuding jari ke arah sesuatu tempat.

“Mana?” tanya 91 dan 93 serentak. Mereka meninjau-ninjau ke arah tundingan 94.  

“Ha’ahlah, itukan dress yang dia pakai hari ni.” beritahu 91 penuh yakin.

“Tapi, dia dengan siapa tu? Nampak rapat betul. Abang dia dah balik ke?” tanya 93 yang masih lagi tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki yang kemas memakai topi.

“Jom pastikan.” ajak 94 melulu.

“Pastikan?” tanya 91. Berkerut dahinya tidak faham dengan agenda yang direka oleh 94.

“Tegurlah. Haish, memang  pure dari negara Samurai betullah dia ni. Itu pun tak faham. Perlu ke dibicarakan dalam bahasa ibundamu?” Tanya 93 yang sengaja menyakat 91 sambil tersenyum nakal.

91 merengus geram seraya menapak pergi meninggalkan dua sahabatnya yang sudah galak mentertawakannya. Langkah 91 dituruti perlahan oleh 93 dan 94.

“Hah, berbezakan cerita dari penglipurlara yang diimport dari Germany dengan penglipurlara dari Tanah Melayu?” Tanya 96. Dia ketawa perlahan diikuti pula oleh Asyraf.

Bahagia rasanya bergelak tawa di kawasan yang aman dengan segala pencemaran – pencemaran udara (merokok), pencemaran alam sekitar (buang sampah merata-rata), dan pencemaran bunyi malah tempat itu juga jarang dilalu oleh manusia.  Asyraf  dan 96 langsung tidak perasan bahawa ada orang sedang menapak ke arah mereka.

“Err... Alyaa Emeline?” Sapa seseorang dari arah belakang.

96 sedikit tersentak dengan teguran itu. Serta-merta tawa mereka mati. Teragak-agak, dia menoleh ke arah punca suara tersebut. 91, 93 dan 94 agak terkejut. Benar sangkaan mereka.

“Yaa?” 94 tidak percaya.

96 sekadar tersenyum sumbing seraya mengerling sekilas ke arah Asyraf. Tiga gadis itu mengerling ke arah Asyraf. Kenal benar mereka akan lelaki yang mengharu-birukan hidup ketua mereka kini.

Namun Asyraf  masih tetap berlagak tenang. Dia tahu bahawa dirinya sedang diperhatikan kini. Oleh itu, segera Asyraf meminta izin untuk pergi. Mata-mata yang ada masih menyoroti langkah Asyraf hingga kelibat lelaki itu hilang di pandangan. Kini masing-masing kembali mengalihkan pandangan ke arah ‘adik bongsu’ mereka itu. 91 menjongketkan kening ke arah 96, minta kepastian.


“Holla! How are you?” 92 menapak masuk ke dalam kandang kuda kesayangannya. Dia mengusap lembut kepala kuda hitam itu. Haiwan itu mengibaskan ekor tanda gembira akan kehadiran tuannya. 92 tersenyum manis.

“Jom, Holla. Kita panaskan badan,” ajak 92 lembut. Topi keselamatan yang tadinya dipegang kemas, mula disarung ke kepala. Razif membukakan pintu penghadang kandang itu. Holla menapak ke arah tuannya.

Razif mula membantu anak majikannya yang telah lengkap memakai sut khas untuk menunggang, memanjat belakang Holla.

Thanks, uncle.” ucap 92.

Good boy. Go, go, go. Yeehah!” ujar 92 lalu mengibas tali yang tersisip kemas di leher kuda hitam kesayangannya sebagai arahan untuk bergerak.

Puas beberapa kali Holla dan 92 bermain di padang itu. Sesekali, 92 membawa Holla melompat melepasi palang-palang yang telah disediakan.

92 yang masih lagi menunggang Holla, mengarahkan kuda itu untuk pulang ke kandang. Untuk berehat sebentar melepaskan lelah. Kuda itu seperti biasa, berlari ke arah kandangnya. Tiba-tiba, lariannya yang agak laju itu berhenti mendadak. Dua kaki hadapannya di angkat tanda tidak mahu lagi meneruskan larian. Terkejut 92 dengan tindakan mengejut haiwan itu. Dia hampir terjatuh kerana kedudukannya yang kurang stabil. 92 terpinga-pinga dengan keadaan Holla.

Why, Holla?” tanya 92 seakan haiwan itu mampu memahami butir bicaranya. 92 mengusap perlahan kepala kudanya. Kuda itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mata 92 terlekat pula ke arah sesuatu yang melintas di hadapannya dan Holla.  Sesuatu berwarna putih yang laju menerbangkan dirinya. Megah mengembangkan sayapnya membelah angin di situ. 92 masih lagi fokus memerhatikan ‘tetamu’ itu. ‘Tetamu’ itu mula bertenggek di sebatang dahan yang terdapat pada sebatang pokok yang agak tinggi di situ.

92 melompat turun ke tanah. Perlahan-lahan dia memimpin kudanya ke arah kandang besar itu. 92 menanggalkan segala kelengkapan keselamatan lalu berjalan menuju ke kerusi batu yang terletak berdekatan dengan ‘sangkar gergasi’ 90. Gadis itu dengan raut wajah yang tenang, dia duduk di kerusi batu yang terletak di bawah pohon yang rendang betul-betul menghadap pokok ‘tetamu’ itu.

Lambat-lambat dia mengeluarkan telefon bimbit touch screennya seraya mendail nombor seseorang.

“Kenapa?” Tanya suara di hujung talian pabila panggilan berjaya disambungkan.

“Datang padang aku kejap.” Tutur 92 ringkas sambil pandangannya masih setia hinggap pada hamba Allah yang bertenggek di atas dahan itu.

“Ada apa?” Tanya suara di hujung talian itu lagi dengan nada malas.

“Datang ajelah, kalau tak kau sendiri yang menyesal.” Ujar 92 dengan nada seolah mengugut. Kedengaran suara itu mengeluh sedikit.

Fine. Give me 5 minutes.” Akhirnya empunya suara itu terpaksa akur jua.

By the way jangan lupa bawak sarung tangan khas kau.” sempat 92 berpesan.

For what?

For your safety! Bawak ajelah, banyak soal pulak.” Segera talian diputuskan.

Apehal  kau, Zoro? Tak puas hati dengan aku ke? Jeling-jeling, renung-renung. Kang aku panggang kau, tak memasal aje nanti. Untung-untung kau punya tuan tu leader aku. Kalau setakat minah hutan tu ke, minah bola ke, ninja ke... am I care?” 92 membebel sendiri. Zoro merenung angkuh ke arah 92. 92 membalasnya dengan satu jelingan tajam.

Tidak lama kemudian, muncul 90 yang sudah siap bersarung tangan tiba di tempat 92.

Straight to the point. Kau nak apa?” Pantas 90 bertanya setibanya dia di situ. Sebenarnya tadi dia sedang sibuk membuat eksperimen baru di makmalnya. Huh, betullah jangkaan yang lain. Namun kini masanya terpaksa pula diluangkan untuk ahlinya.

“Itu, hah! Kau ada tetamu. Dah ada yang rindu dengan tuan dia.” ujar 92 berkias bicara. Ketua Seven Anjells itu sekadar menjongketkan sedikit kening kirinya.

“Itu! Darling, honey, sweetheart, intan payung kesuma dewi kau dah balik,”  92 memberitahu sambil memuncungkan bibirnya ke arah sebatang pokok. Pandangan 90 menyoroti pandangan 92.

“Zoro?” 90 seakan tidak percaya. Bibirnya mula tersenyum. 92 hanya tersenyum sambil menganggukkan sedikit kepalanya.

“Zoro!” jelas riak gembira di raut wajah 90. Segera dia berlari anak menuju ke arah pokok dimana burung kacukan itu sedang bertenggek di dahannya.

“Zoro! Come here boy!” panggil 90 riang. Namun tiada sebarang tindak balas daripada burung dingin itu.

“Oh ya roti gandum!” Ujar 90 seolah-olah mengingati sesuatu. Pantas dia membuka langkah seribu ke arah sangkar gergasinya untuk mengambil sesuatu.

“Teruk betul. Nak kena upah dulu baru buat kerja.” Keluh 92 sambil menggelengkan sedikit kepalanya.

Seketika kemudian tuan burung kacukan itu tiba dengan membawa beberapa keping roti gandum. Dadanya sedikit berombak mencari’ oksigen.

“Zoro!” Laung 90 dengan nafas yang masih tidak stabil sambil menggoyangkan sedikit kepingan roti di tangan kanannya yang tidak bersarung.

Zoro mula mengepak. Dia terbang meluncur laju ke arah tuannya. Namun, sebaik menghampiri 90, kelajuannya dikendurkan. Perlahan-lahan, dia bertenggek di atas tangan kiri 90 yang telah siap bersarung tangan. Pantas gadis itu memberikan ganjaran kepadanya iaitu roti gandum. 92 yang masih duduk di kerusi itu hanya tersenyum memandang adegan dua makhluk itu. 90 mengusap-usap badan Zoro sambil tersenyum manis.

Good boy,” ujar 90 sambil memberikan lagi roti gandum kepada Zoro. Bersemangat benar Zoro memakan makanan kegemarannya itu.

92 bangun. Menapak menghampiri 90. Sesekali dia menjeling ke arah burung putih berjambul merah itu. Jelingannya berbalas. Sifat Zoro saling tidak tumpah seperti tuannya. Sentiasa mahu menang!

“Ann... aku rasa, mungkin hari tu si Zoro ni merajuk agaknya. Mungkin sebab engkau jarang jenguk dia, bawak dia jalan-jalan. Sebab itulah dia lari rumah’.” Beritahu 92 perlahan. 90 berhenti mengusap badan Zoro. Dia menoleh ke arah sahabatnya itu.

“Hmm... aku pun rasa macam tu jugak. Sebelum Zoro hilang, aku rasa aku cuma jenguk dia beberapa kali aje. Selebihnya aku habiskan masa dekat lab.” 90 mengakui tekaan 92 itu. Tak habis-habis dengan eksperimen dia. Sempat 92 mengomel di dalam hati.

Sorry ye, Zoro.” Pandangannya kini teralih kepada haiwan kesayangannya itu. Lupa seketika masalah yang melanda dunianya.

*malazz nk baca smpai habis.. kalau ade typo kerr tahape hape yg salah kerr.. gomenn ea.. =D

Labels: