bio list cbox entry




SA, BAB 27
Friday, 20 December 2013 | 0 comments




ROY


“Jane! Cepat sikitlah.” terkial-kial 94 menutup pintu bilik 92. Kakinya melangkah pantas ke arah kumpulan kecil yang telah pun duduk bersimpuh di atas permaidani import di dalam bilik 92. Sebaik saja dia hendak mengambil tempat di sebelah 93, pantas ada suara yang mencelah.

Offside. Kau kena pergi sana,” tegak saja telunjuk 93 menunding ke arah sisi 95 yang agak luas. 94 mencebik namun dia menurut sahaja.

“Kau lambat. Dapat yellow card,” tegas suara 93. Mereka yang lain sudah ketawa kecil. 94 memandang geram sahabatnya itu.

“93, kalau kau balik bilik nanti, terserempak dengan Froggie, jangan menjerit pulak ea. Belakangan ni, dia asyik hilang aje. Puas aku cari satu bilik tapi tak jumpa. Manalah tahu kalau dia dah selamat tidur atas katil kau. Maklumlah, katak aku yang seekor tu memang suka merayau. Bilik kau kan depan bilik aku aje,” kata 94 dengan wajah bersahaja. Berubah pucat wajah gadis yang amat geli dengan binatang tersebut. Serta-merta meletus tawa yang lain.

“Sudahlah tu korang. Kita ada masalah sekarang ni tahu tak?” jelas 91 yang masih dengan sisa tawanya. Perlahan-lahan deraian tawa yang tadi menggamatkan suasana kian reda.

“Sekarang macam mana? Rancangan kita pasal si mata biru tu dah kantoi. Ann dah tahu semuanya. Habislah kita. Apa nak buat sekarang ni?” 91 memulakan perbincangan. Jelas kelihatan anggukan daripada teman-temannya.

“Entahlah. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Dia nampak moody aje dengan kita,” 92 menyokong.

“Pagi tadi pun dia tak turun sarapan.” Tambah 95.

“Lagi satu, kamera kita pada dia, kan?” tanya 94 meminta kepastian. Yang lain mengangguk hampir serentak. Kamera yang merakam segala perancangan mereka kini berada di tangan ketua Seven Anjells. Mereka sengaja tidak menggunakan kamera khas Seven Anjells untuk menyembunyikan rencana itu daripada pengetahuan 90 dan 96. Namun kini segalanya sia-sia kerana 90 sudah mengetahui semuanya.

Kini tiada seorang pun yang berani menegur 90. Masing-masing sudah kecut perut. Sejak kejadian di mall milik bapa 94, 90 mula menarik muka. Tiada siapa yang berani menyentuh perihal kamera tersebut atau apa-apa sekalipun. Biarlah 90 dalam keadaan begitu untuk seketika ini.

“Eh, tapi korang sure ke yang 90 marahkan kita?” tiba-tiba 93 bertanya.

“Entahlah. Aku rasa ya kut sebab muka dia masam aje waktu bertembung dengan aku. Senyum pun tak nak,” beritahu 92.

“Eh, tapi muka dia bukan ke selalu macam tu? Itu kan riak wajah rasmi dia,” 91 pula memberitahu perihal ketua mereka. Keadaan kembali senyap. Mereka diam memikirkan kenyataan orang kanan kumpulan Seven Anjells itu. Betullah tu...


90 menghenyakkan punggungnya di sofa yang tersedia ada di dalam kamarnya. Kamera jenama Nikon berada kemas dipegangannya. Dia membelek isi dalam kamera tersebut.

“Banyaknya gambar budak kampung ni.” rungut 90 sendirian. Semuanya gambar Asyraf yang ditangkap secara curi. Pelbagai reaksi lelaki itu diambil dari pelbagai sudut.

Tangan 90 terhenti pada satu gambar. Gambar yang menunjukkan reaksi Asyraf sedang tersenyum manis memandang seorang perempuan tua. Kelihatan wajah Asyraf agak besar, mungkin diambil berhampiran dengannya. Terpana seketika 90 memandang ketampanan Asyraf.

Handsomenya dia ni,” tanpa disedari, ayat itu terluncur keluar dari mulut 90. Dahinya berkerut serta-merta.

“Eh, mata dia biru ke?” 90 memerhatikan gambar itu lebih teliti. Takut itu semua hanya perasaannya sahaja. Dahinya bertambah berkerut.

“Eh, memang birulah!” 90 sedikit teruja dengan fakta itu.

“Maju jugak budak kampung ni,” desisnya perlahan. 90 tersenyum sendiri. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya yang dalam.

90 kembali membelek gambar yang seterusnya. Terpampang gambar Asyraf yang cuak, terlanggar seorang gadis bertopi. Banyak juga gambar yang diambil pada waktu itu. Wajah Asyraf yang sudah blur tatkala terpandangkan sebuah telefon bimbit di atas lantai.

“Eh, itu handphone yang aku heret masuk longkang hari tu? Laa... ingatkan dia punya,” 90 membuat kesimpulan sendiri.

Setelah selesai melihat kesemua gambar, 90 beralih pula ke bahagian video. Hanya ada satu sahaja video yang dirakamkan oleh kawan-kawannya. 90 begitu khusyuk menonton video tersebut.

Korang buat apa ni?” suaranya kedengaran jelas sekaligus menyebabkan suara Asyraf tidak begitu jelas kedengaran.

“Diamlah. Nanti dia perasan,” jelas kedengaran suara 94. 90 sudah tersengih melihat rakaman tersebut.

“Apalah diorang ni. Tak mengaku aku yang diorang ni ahli kumpulan Seven A,” ujar 90 seraya tertawa kecil.

“Siapa?” suara 90 kedengaran lagi.

“Ish, si mata biru tulah.” kedengaran 94 sedikit merengus. Kali ni 90 sudah ketawa besar melihat rakaman itu. Khusyuk betul 94 ni sampai tak perasankan kehadiran dirinya tempoh hari.

“Jane, diamlah. Nanti suara kau masuk dalam rakaman.” Kedengaran suara 92 pula memarahi 94. 90 yang sedang ketawa menepuk dahinya.

“Apalah si 92 ni. Dia takut suara Jane masuk rakaman, tapi suara dia pun kuat jugak. Tak ke sama aje namanya tu,” bebel 90 sendirian dengan tawanya yang masih bersisa. Dia kembali meneliti ‘hasil kerja’ anak buahnya.


96 berjalan mundar-mandir di hadapan kamar 90. Dia memegang kemas telefon bimbitnya menggunakan kedua-dua belah tangan. Wajahnya tampak risau.

“Nak bagitahu ke tak nak? Nak bagitahu ke tak nak ni?” gadis berbaju tidur merah jambu itu menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal.

Macam mana ni? Nak bagitahu ke tak nak? Nak bagitahu ke tak nak?” berkerut dahi 96 yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

Pintu bilik dikuak dari dalam. 96 yang sedang bermundar-mandir tersentak. Hampir sahaja tubuhnya terlanggar dengan tubuh 90.

90?” 90 yang terpandangkan 96 terus menarik tangan gadis itu lantas dibawa masuk ke dalam kamarnya. 96 yang kebingungan hanya menurut sahaja rentak gadis itu. Mereka telah duduk di sofa empuk yang terdapat di bilik yang luas itu.

90, aku...” 96 rasa, sudah tiba masanya untuk berterus terang perihal hubungan persahabatannya dengan Asyraf. Biarlah ketuanya tahu daripada mulutnya bukan daripada sumber kedua yang ditotok tambah.  Namun, gadis berambut kuning tulen itu tidak sempat untuk berbicara lanjut kerana telah dipintas oleh 90.

96, cuba terangkan pada aku apa yang korang cuba buat ni?” tanya 90 pantas seraya menghulurkan kamera itu kepada 96. 96 yang masih bingung terus mengambil huluran kamera ketuanya itu.

96 khusyuk melihat rakaman tersebut.

90, mana kau dapat rakaman ni?” cemas 96 bertanya. Apa yang diorang cuba buat pada Asy? Tanya hati kecilnya. 90 memandang pelik gadis kacukan Jerman itu.

Eh, bukan ke...” 90 terhenti. Dia mula mencurigai sesuatu.

Tak ada apa-apalah, Yaa.” Kata 90 perlahan. Pantas dia mengambil semula kamera itu.

Err... 90, I want to tell you something.” Ujar 96. 90 sudah mengangkat keningnya sambil tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipitnya.

Mana handphone kau?” tanya 96. 90 yang terkebil-kebil terus memberi telefon bimbit yang diimport khas dari Eropah itu kepada sahabatnya. 96 mengambil huluran tersebut lalu menekan  sesuatu di atas skrin. Setelah siap, dia mengembalikan kembali telefon bimbit itu kepada tuannya.

Nah, itu phone number playboy yang selalu kacau aku. Aku rasa, aku tak boleh handle yang ini cause I’ve other,” jelas 96 sebaik melihat kerutan di dahi 90.

Ooh...” itu sahaja yang mampu diungkapkan 90.

Nama dia Roy. Aku bagi kau cause I think, you’ll need it one day,” beritahu 96 sebelum bangun lalu menuju ke muka pintu. 90 hanya menuruti ‘adik bongsu’nya.

Okeylah Ann. Aku masuk tidur dulu. Good night and sweet dream, ya.” Kata 96.

You too.” Balas 90 sambil tersenyum manis. Dia melangkah masuk ke biliknya semula. Pintu bilik di tutup.

Gadis berlesung pipit itu menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk bersaiz King tersebut. Dia memandang kosong siling yang penuh dengan hiasan bintang-bintang serta planet.

“Hmm... Yaa macam tak tahu apa-apa pasal ni aje,” bisiknya sendirian sambil meletakkan kedua belah tangannya yang putih gebu itu di belakang kepala. Gadis itu terdiam sebentar memikirkan sesuatu.

“Baru aku perasan. Hari tu, dia tak ada dekat situ. Kenapa dia tak ada, ea?” 90 kembali terdiam. Dia kembali memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang mencurigakannya.

“Kalau diorang buat misi, kenapa Yaa tak tahu? Kalau aku, maybe sebab aku bencikan budak kampung tu. Maybe diorang nak balaskan dendam aku pada lelaki tu. Tapi... kalau Yaa pulak, kenapa ea? Kenapa dia tak join sekali?” dahi licin itu berkerut.

Something wrong. Diorang macam nak sembunyikan sesuatu aje. Aku kena siasat perkara ni,” putus 90. Dia kembali tersenyum. Tiba-tiba senyumannya mati.

Tapi, macam mana ea?” 90 menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal. Alahai...

Labels: