bio list cbox entry




SA, BAB 26
Friday, 20 December 2013 | 0 comments




Palace Mall

Palace Mall


“Mana 90?” tanya 92 sambil menapak perlahan menuruni anak tangga. Dia mengambil tempat duduknya yang telah ditetapkan di meja makan. Sedikit terganggu tumpuan ahli lain yang turut berada di meja makan itu.

“92, makan,” pelawa 95 sambil menghulurkan mangkuk besar berisi nasi goreng. 92  menyambut huluran itu dengan seulas senyuman.

“Hei, girls. Aku tanya korang ni. Mana 90? Pagi-pagi lagi dah tak nampak muka.” 92 sekali lagi mengulangi pertanyaannya.

“92, macamlah kau baru kenal 90 tu semalam. Sendiri fikirlah,” jawab 93. Yang lain hanya mengangguk perlahan.

“Tepuk dada tanya selera.” sambung 94 pula sambil tersenyum.

“Si 90 tu awal-awal lagi dia dah pergi lab. Tak tahulah apa yang nak dikejarkan sangat.” ujar 91 menerangkan sedikit perihal ketuanya itu.

“Pagi-pagi macam ni?” tanya 92 minta kepastian. Yang lain sekadar mengangguk.

Girls, korang tak ada aktiviti apa-apa ke hari ni? Hari ni kan hari Sabtu.” 94 pula bertanya. Sempat dia mengerling ke arah 96 yang nampak khusyuk menjamu selera. Mereka yang lain juga turut memandang 96.

96 yang menyedari akan dirinya yang kini menjadi perhatian segera mengangkat pandangan.

What?” tanyanya.

“Tak, aku tanya yang korang tak ada apa-apa aktiviti ke hari ni?” 94 mengulangi pertanyaannya.

“Habis tu, kenapa semua pandang aku? Something wrong with me?” tanya 96 pelik dengan kelakuan rakan-rakan sekumpulannya itu. 92 dan 93 tertawa kecil. Entah apa yang digelakkan pun mereka tidak pasti.

“Tak adalah. Bukan ke kau selalu keluar?” Tanya 95 cuba untuk membetulkan keadaan. Dahi licin 96 sedikit berkerut.

“Habis korang tak keluar ke hari ni?” Tanya 96 pula. Serentak mereka tertawa kecil seraya berpandangan sesama mereka.

Kitorang ada projek hari ni.” Jawab 93 selamba. Serta-merta mereka yang lain fokus ke arah 93 yang sedang tekun menjamu selera.

“Projek?” Semakin berkerut dahi licin gadis kacukan Jerman itu. Pandangannya beralih kepada semua yang ada.

“Ala projek hujung minggulah. Macam kau tak tahu. Sleep!” Terang 92 seraya tertawa. 91 pula merenung 93 yang baru perasan akan keterlanjuran bicaranya. Si mata sepet itu merenung ke arah 93 penuh makna. Isyarat mata yang menyatakan, ‘dah puas hidup ke?’.

“Kau tak ke mana-mana ke, Yaa?” Tanya 94 mengubah topik.

“Lepas breakfast ni aku nak pergi gedung. Ada stok buku baru sampai.” Terang 96 sambil kembali menjamu selera. Serentak yang lain mengangguk. Sempat mereka berpandangan sesama mereka seraya tersenyum kecil. Semuanya dalam perancangan!


JARUM jam di dinding menghampiri angka 1. 90 mula mengemas barangan uji kajinya. Dia membawa bahan-bahan kimia itu ke bilik sebelah, tempat penyimpanan segala bahan kimia, serta bahan-bahan yang lain juga.

Setelah siap mengemas apa yang patut, 90 pun menanggalkan kot putihnya lalu menapak keluar menelusuri lorong kaca tersebut. Fikirannya kini lebih tertumpu ke arah temu janjinya bersama teman yang istimewa. 90 tersenyum sedikit menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

Kakinya melangkah pantas menuju ke kereta Ferrari 458 Italia. Dengan pantas dia menghidupkan enjin kereta. Sekejap sahaja kereta itu sudah meluncur laju menuju ke suatu tempat.

90 memarkir cermat keretanya di tempat parkir yang telah disediakan khas untuknya. Pantas kakinya berjalan keluar menuju ke sangkar gergasi yang menempatkan Zoro. 90 membuka pintu pagar dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

“Zoro!” jerit 90 girang. Gadis itu menghampiri kerusi kayu yang berukiran cantik yang terdapat di dalam sangkar gergasi tersebut. Dia duduk sambil menyarung sarung tangan khas. Pandangannya melilau mencari kelibat Zoro. Akhirnya, senyuman 90 semakin melebar.

Zoro, come here.” panggil 90 lembut.

Zoro melebarkan sayapnya. Dia terbang ke arah 90 lalu mendarat di tangan tuannya yang telah pun siap bersarung tangan.

Good boy.” 90 mengupah sedikit dedak kepada teman yang tersangat istimewanya itu. Zoro mengepakkan sayapnya tanda gembira. Bertambah gembira dia tatkala 90 mengusap kepalanya yang berjambul itu. 90 menjenguk sedikit ke luar. Redup.

“Zoro, jom keluar.” ajak 90 seraya bangun daripada duduknya. Dia menghampiri sebuah kotak yang terletak di atas meja.

90 mengeluarkan topi berserta dengan cermin mata hitamnya. Maklumlah, dia juga harus menjaga kulitnya dikala matahari sedang berada tegak di atas kepala meskipun cuaca sedang redup.

90 menghampiri kotak yang menyimpan makanan Zoro. Dia perlu membawa sekali makanan kegemaran burung kacukan itu, roti gandum. Dia meneliti isi kotak simpanan itu. Tidak pula kelihatan roti gandum di dalamnya.

90 mengeluh perlahan. Dia memandang sayu ke arah Zoro yang masih setia bertenggek di atas lengannya.

Sorry, Zoro. Roti gandum dah habislah.” beritahu 90 perlahan. Zoro hanya memandang sayu ke arah tuannya. Burung kacukan itu membuat muka simpatinya seakan faham akan percakapan 90.

Sorry, Zoro. Kita keluar petang nanti ajelah.” 90 kembali melabuhkan punggungnya di kerusi yang diperbuat daripada kayu asli itu. Zoro terbang ke arah sebatang pokok yang terdapat di dalam sangkar itu. Pantas dia bertenggek di dahan pokok tersebut. Binatang itu hanya mengerling sekilas ke arah tuannya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Seakan merajuk.

“Zoro, sorry.” ucap 90 sambil menanggalkan sarung tangan khas.

Dia menuju ke keretanya. Huh, kesian Zoro. Keluhnya. Seketika perutnya berbunyi minta diisi. Baru dia teringat bahawa sejak pagi lagi dia belum mengalas perutnya. Pantas enjin kereta dihidupkan. White Horse akhirnya meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.


ASYRAF tercari-cari kelibat seseorang di dalam restoran makanan segera yang besar itu. Seseorang yang langsung tidak dikenalinya. Asyraf menggaru kepalanya yang tidak gatal. Akhirnya dia mengambil tempat di sebuah meja kosong yang terdapat di bahagian tengah restoran tersebut.

Bosan menunggu, Asyraf membelek seketika handphone pink-putih yang berada kemas di tangannya. Tidak tahu apa yang hendak dibuat, Asyraf menimbang-nimbang telefon bimbit itu seakan permainannya sewaktu kecil. Asyraf yang kebosanan langsung tidak terfikir akan impak yang akan berlaku sekiranya telefon bimbit itu tidak berjaya disambut. Alahai, Asyraf... Asyraf.

Tiba-tiba telefon bimbit yang sudah selamat disambut itu berdering sekali gus mengejutkannya. Hampir sahaja telefon bimbit itu terlepas dek kerana terkejut. Pantas lelaki bermata biru itu menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum,” pantas saja Asyraf memberi salam.

“Hello,” sapa suara di hujung talian, langsung tidak menghiraukan salam Asyraf.

“Assalamualaikum!” ulang  Asyraf  bernada tegas. Empunya suara di hujung talian terdiam, agak lama.

“Waalaikumussalam. Awak dekat mana? Saya dah sampai depan Palace  mall ni.” beritahu suara di hujung talian.

“Oh, saya ada dekat BF Restaurant. Awak masuk aje dalam ni. Saya duduk dekat meja nombor 7.” beritahu Asyraf serba ringkas.

“Okey, nanti saya sampai. Bye.” talian diputuskan. Dahi Asyraf sedikit berkerut. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, tapi dia tidak begitu pasti tentangnya.

Seketika kemudian, seorang gadis bertopi mendekatinya. Ini ke orangnya? Hati Asyraf berbisik sendirian. Tapi macam lain aje... dia mula mencurigai sesuatu. Hari tu macam kurus tapi ni lebar semacam aje. Asyraf memandang gadis itu atas bawah.

“Erm...” belum sempat Asyraf menghabiskan ayatnya, gadis itu pantas menarik kerusi seraya duduk. Tergamam seketika Asyraf dibuatnya. Tidak berkelip mata Asyraf memandang tindakan drastik gadis bertopi itu. Gadis itu pantas membuka topi yang menutupi hampir keseluran wajahnya. Inilah jawapan bagi kekusutan Asyraf. Detik inilah yang bakal menyaksikan misteri siapa gadis bertopi itu.

“Ak...”

“Awak Imann Asyraf, kan? Oh my God, saya betul-betul tak sangka dapat jumpa awak. Saya rasa bertuah sangat sebab dipilih untuk keluar dengan awak. Kalau awak nak tahu, awak ni famous giler dekat U. Ramai yang nak berkenalan dengan awak termasuk saya. Cuma kitorang tak berani nak tegur awak sebab awak asyik dengan PTB tu aje. Saya..”

“PTB?” Sampuk Asyraf. Sedikit berkerut dahi licinnya.

“Puteri Tujuh Beradik! Oh, saya betul-betul rasa macam mimpi bila awak ada depan mata sekarang. Saya paling suka dengan mata awak. Menggoda sangat! Awak tahu tak, mata biru awak nilah yang buat kitorang tergila-gilakan Imann Asyraf.” Cerita gadis berbadan besar itu dengan bersungguh-sungguh.

“Siapa pulak tu?” Bisik Asyraf bingung. Sejak bila aku berkawan dengan Tuan Puteri pulak ni? Desis hatinya.

“Ah, terima kasih.” Sesekali Asyraf menyampuk tatkala dirinya mendapat pujian. Namun dia masih menjadi pendengar setia yang tidak langsung mengalihkan pandangan ke arah lain. Sebenarnya, dia masih lagi terkejut dengan kemesraan mendadak gadis berisi di hadapannya itu.

“Eh, kejap! Tadi awak kata awak dipilih untuk keluar dengan saya? Siapa yang pilih? And how?” Tanya Asyraf kembali memintas percakapan gadis itu.

“Entahlah. Mula-mula saya dapat panggilan misteri daripada private number. Dialah yang suruh saya jumpa awak dekat sini. Saya dijanjikan upah yang lumayan. Tapi saya tolak duit tu sebab dapat keluar dengan awak pun dah memadai.” Gadis itu menerangkan segala-galanya seraya tangan berisinya hinggap pada tangan Asyraf. Namun pantas lelaki berkaca mata itu menarik tangannya.

“Bukan muhrim!” Ujarnya tegas membuatkan gadis berisi itu terpana seketika.

“Er, dah makan?” Tanya Asyraf serba salah setelah mendapati gadis berbadan besar itu membisu agak lama.

“Ha’ah. Saya belum makan pun. Patutlah lapar. Awak nak makan apa? Biar saya orderkan sekali. Jangan risau saya belanja.” Ujar gadis itu seraya bingkas bangun. Sekali lagi Asyraf terkedu kerana terkejut dengan perubahan emosi gadis bertopi itu.

I don’t mind.” Ucap Asyraf sambil matanya menyoroti pemergian gadis itu. Benaknya kini mula memikirkan apa yang diberitahu oleh gadis itu.

Siapa dalang semua ni? Kenapa dia kenakan aku? Mungkin ke Seven Anjells yang Alyaa cakap tu? Aku ada cari pasal dengan dia ke? Kenal pun tak. Mungkinkah dia ada sekitar ni perhatikan aku? Segera Asyraf memerhatikan sekeliling. Namun tiada satu pelanggan pun yang mencurigakan.

“Sayang, sorry I’m late.” Terbuntang mata Asyraf tatkala gadis tinggi lampai yang berpakaian agak ketat duduk di sebelah seraya merangkul mesra tangan kirinya. Asyraf hampir terjatuh dek kerana terkejut yang teramat sangat. Pantas dia meleraikan rangkulan gadis ‘sesat’ itu. Matanya masih tidak berkedip memandang gadis itu.

 “Awak siapa?” Tanya Asyraf gelabah. Pandangannya kembali dialihkan melihat depan. Tidak sanggup rasanya menatap lama penampilan gadis itu.

You ni comellah. You tak ingat I ke? Malam tadi kan kita tidur sama-sama.” Ujar gadis itu lembut seraya mencuit sedikit hidung Asyraf.

“Hah? Bila masa?” Tanya Asyraf keliru lalu mengalihkan pandangan ke arah gadis di sebelahnya itu. Namun serta-merta dia kembali menghadap depan. Mukanya sudah merona merah menahan malu. Dia pula yang malu akan penampilan gadis itu. Mana taknya, kini meja itu menjadi tumpuan pelanggan lain gara-gara penampilan gadis itu yang agak menjolok mata.

Let’s me make you remember, honey.” Bisik gadis itu lalu mendekatkan dirinya ke arah Asyraf.

“Assalamualaikum  cik. Sorry tapi kita bukan muhrim, okey.” Ujar Asyraf tegas membuatkan gadis itu tergamam. Gadis yang berpakaian ketat itu mencebik seraya pantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Panas sungguh hati Asyraf melihatkan kemesraan gadis itu yang terlebih-lebih. Dia turut mengalihkan pandangan ke arah lain. Namun matanya tiba-tiba tertancap pada satu wajah yang teramat dikenali berada tidak jauh daripadanya.

“Raudhah kesurupan?” Bisiknya kehairanan.


“DIA dah sampai. 92, cepat buat call tanya dia. Then, call Lolly suruh datang. Kamera, ready.” Arah 91 perlahan. Khuatir jika suaranya didengari oleh pelanggan lain.

92 mengangguk seraya jemarinya pantas mendail nombor seseorang. Semua ahli Seven Anjells yang ada kecuali 90 dan 96 sedang khusyuk memerhatikan Asyraf daripada jauh. Sesekali mereka makan dan berbual supaya tidak nampak ketara bahawa mereka sedang memerhatikan seseorang.

“Assalamualaikum.” Ujar suara di hujung talian.

“Hello.” Ujar 92 tanpa membalas salam suci itu.     

“Assalamualaikum!” ulang suara itu bernada tegas. 92 terkedu seketika. Dia mengalihkan pandangan ke arah yang lain.

“Kenapa?” Tanya yang lain perlahan. Lambat-lambat gadis itu menggeleng.

“Waalaikumussalam. Awak dekat mana? Saya dah sampai depan Palace mall ni.” Bohong 92.

“Oh, saya ada dekat BF  Restaurant. Awak masuk aje dalam ni. Saya duduk dekat meja nombor 7.” beritahu suara itu ringkas.

“Okey, nanti saya sampai. Bye.” Segera talian diputuskan. Jemarinya kembali lincah mendail nombor seseorang. Sekejap sahaja talian sudah disambungkan.

“Hello. Datang ke BF Restaurant sekarang. Pergi meja nombor 7.” Arah 92 ringkas dengan suara yang sengaja dibesarkan. Mata ahli yang lain masih fokus memandang Asyraf. Seketika kemudian pandangan mereka teralih kepada seorang gadis berbadan besar yang melangkah masuk ke restoran itu. Gadis bertopi itu menapak ke arah meja Asyraf.

Tidak sampai seminit, gadis berisi itu mula petah bercerita. Asyraf, juga ahli Seven Anjells sudah tercengang kerana tidak sangka gadis itu bermulut murai.

Minah bising mana kau pungut  ni?” Tanya 93 seraya mengerling ke arah 94. Gadis itu sekadar tersengih sambil memberikan isyarat minta maaf kepada yang lain.

“Lolly ni macam jenis yang tak boleh simpan rahsia aje.” Simpul 95. Yang lain mengangguk sambil pandangan mereka masih tertumpu pada meja nombor 7 itu.

Namun pantas mereka berlakon sedang sibuk menjamu selera tatkala Asyraf mula memerhatikan sekeliling. Hati masing-masing mula resah sekiranya lelaki itu masih ingat wajah-wajah yang pernah bertemu dengannya sebelum ini seperti 91, 94 dan 93. Namun debaran itu berakhir dengan hembusan nafas lega tatkala lelaki bermata biru itu kembali fokus kepada gadis yang bernama Lolly itu.

Minah ni memang nak kena ni. Confirm dia beritahu fasal kita.” Ujar 91 bernada geram. Yang lain turut menyimpan dendam.

“Tapi girls kalau cuma si Lolly tu yang cerita mesti nampak yang si mata biru ni bukan player.” Ujar 95 resah.

“Rileks, tengok aje. It’s just a beginning.” Ujar 92 seraya tersenyum penuh bermakna. Walaupun Lolly bangun menuju ke arah kaunter, pandangan mereka masih setia pada Asyraf. Seketika kemudian membulat mata yang ada sementara 92 sekadar meleretkan senyuman.

“Siapa perempuan galah tu?” Tanya 93, masih terkejut. Kini tumpuan mereka beralih pula pada 92.

Extra?” Tanya 94.

“Jane, perempuan macam nilah yang boleh tunjuk dia tu player. Lain kali tanya yang pakar, ye?” Sempat 92 memberi ceramah’ percuma kepada 94. Gadis itu mencebik. Banggalah tu. Tumpuan mereka kembali terarah kepada pasangan kekasih’ di meja bernombor 7 itu.

“Bagus. Goda lagi, dekat lagi.” Bisik 93 bersemangat. Hatinya melonjak ingin melihat bahagian personaliti Asyraf yang disangka playboy.

Korang tengok apa ni?” Bisik satu suara di sebelah telinga 94.

“Diamlah. Nanti dia perasan.” Ujar 94 sambil matanya masih setia melihat meja Asyraf.

“Siapa?”

“Ish, si mata biru tulah.” Marah 94 seraya menoleh ke arah punca suara yang berada betul-betul di sebelahnya itu. 94 sudah terkedu tanpa kata.

“Jane, diamlah. Nanti suara kau masuk dalam rakaman.” Marah 92 pula seraya menoleh ke arah 94. Terbuntang matanya tatkala terlihatkan seseorang.

“Ann?!” 92 terjerit kecil membuatkan yang lain serentak mengalihkan pandangan ke arah pandangan 92.

“Eh, a.. apa kau buat dekat sini?” Tanya 91 gagap. 90 yang sedari tadi duduk di kerusi kosong sebelah 94 sekadar tersenyum kecil.

Korang pulak buat apa dekat sini?” Tanya 90 seraya menjamah makanan yang ada di atas meja. Langsung tidak menghiraukan soalan 91.

“Macam mana kau tahu kitorang dekat sini?” Tanya 95 pula. Suasana kini bertukar cemas. Bimbang sekiranya ketua mereka tahu perkara yang sebenar.

“Aku datang sini nak beli barang sikit. Lepas tu aku nampak kereta korang. So, alang-alang aku nak join korang shopping sekali.” Terang 90 tanpa mengesyaki apa-apa. Mereka yang ada mula berpandangan sesama mereka.

“Eh, mata biru tu tengok sini.” Bisik 95 kepada 91 yang berada disisinya. Dia menyedari hal itu tatkala pandangan mereka bertemu sewaktu dia mengerling sekilas ke arah Asyraf.

“Eh, jomlah kita balik. Aku dah kenyang.” Pantas 91 bangun sambil memberi isyarat kepada yang lain. Mereka yang ada sedikit terpinga. Namun tidak pula bagi 95 yang sudah mengetahui segalanya. Namun ketika ini tumpuan mereka terganggu dengan bunyi objek jatuh ke lantai. Semua mengalihkan pandangan ke arah objek itu. Membulat mata mereka.

“Kamera?” Tanya 90 kehairanan. Segera gadis berlesung pipit itu memerhatikan sekeliling. Pandangannya mati pada satu wajah yang amat dikenalinya. Terbeliak matanya pabila pandangan mereka bertaut.

“Budak kampung?”

Labels: