SA - BAB 31
Friday, 17 January 2014 | 0 comments
![]() |
Ini! Hairy si nerdy.. before,, after.. haha.. macam pakai produk la pulak.. sorry gambar taberapa lawa.. |
PERLAWANAN sudah diisytiharkan tamat. 90 melepaskan
lelah dengan duduk semula di kerusi baldu. Beberapa orang bodyguard Hairy sudah mengheret teman sekerjanya keluar daripada bangunan
lama itu. Gadis kecil molek itu hanya memandang sahaja dengan nafas yang masih tidak
teratur. Agak lama juga dia tidak bertarung sebegini. Jadi dia gagal mengawal
pernafasannya dengan elok.
Bunyi tepukan memenuhi segenap ruang yang kelam. 90
hanya menjeling ke arah Hairy yang kian menghampirinya. Peluh di dahi dikesat
menggunakan belakang tangan. Kini, lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.
“Wow,
amazing! Tak sangka sayang I ni hebat berlawan. Memang sesuai jadi wife I.” ucap Hairy sambil tersenyum sinis.
90 sudah mencebik.
“Tak
nak!” lantang suara 90 membantah. Lelaki itu hanya tersenyum mengejek.
“Kau
jangan ingat kau tu hot sangat,
perempuan! Setakat ilmu mempertahankan diri yang lemah macam tu, jangan ingat
kau boleh lepas daripada aku!” ugut Hairy seraya tertawa besar. 90 hanya merenung
tajam ke arah lelaki itu.
“Malangnya,
aku akan pastikan ia tetap akan berlaku.” Balas 90 dengan renungan yang tajam.
Lelaki itu kembali tersenyum mengejek.
“Nerd tak guna!” maki 90 dengan nafsu
amarah yang kian membuak. Semakin menjadi-jadi lelaki itu ketawa.
“Cik
Anna, aku tak kisah kalau kau nak buat apa-apa pada aku. I really don’t mind kalau kau malukan aku depan orang sekali pun.
Tapi, aku tak boleh terima kalau kau menduakan aku!” jerit lelaki itu lantang
sambil melempang kuat pipi 90. Dia merenung tajam ke arah wajah gadis yang
dicintai itu. Darah mengalir lagi di tepi bibir gadis itu. 90 menentang semula
pandangan mata Hairy yang
sepertinya tampak menyesal. Dia memegang lembut pipi 90 sebelum ditepis oleh
gadis itu.
“Sorry, sorry sayang. I.. I tak sengaja. Sakit ke?” lelaki itu
sudah berubah perwatakan. Dia mengusap lembut pipi itu dengan riak wajah yang
serba-salah. 90 menepisnya lagi dengan agak kasar.
“Jangan
sentuh aku! Kau bukan siapa-siapa pun yang aku tak boleh duakan. Dan bila masa
pulak aku layan lelaki?!” Balas 90 berani dengan nada yang cukup lantang.
Sekali lagi pipi licinnya menjadi tempat lepas amarah
Hairy. Tamparan kali ini agak kuat menyebabkan tubuh 90 yang kecil itu sudah
terjatuh daripada kerusi baldu tersebut.
“Sayang!
Are you, okey?” Tanya Hairy cemas seraya
menghampiri 90. Gadis berlesung pipit itu sekadar tunduk memandang lantai.
Mutiara hangat mula mengalir turun di pipinya.
“Sayang,
jangan nangis.” Ujar Hairy
gelabah. Dia membantu 90 untuk bangun dan duduk di
kerusi baldu itu semula. Gadis itu sekadar membiarkan.
“Sayang,
jangan sedih. Malam inikan special dinner
kita.” Tutur Hairy seraya
mengesat lembut mutiara jernih di pipi 90. Gadis itu tidak pula menghalangnya.
Gundah di hatinya kini hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Siapa
kau? Kenapa buat aku macam ni?” Tanya 90 perlahan dengan sisa sendunya. Serta-merta
tindakan Hairy terhenti.
“Sayang,
I’ve something special for you.” Ujar
Hairy girang.
Lelaki itu memberi isyarat kepada orang-orang suruhannya. 90 sekadar membisu.
Seketika kemudian, beberapa orang bodyguard Hairy yang sedang membawa
sesuatu mula menghampiri meja makan itu. Apa yang dibawa mula diletakkan di
atas meja satu-persatu. 90 sekadar mengerling sekilas apa yang diletakkan di
hadapannya - cincin berlian, rantai permata, timbunan coklat mewah yang diukir
cantik, set barang kemas, teddy bear
juga sebuah kek yang bertulis Happy
Aniversary Hairy & Anna Raudhah.
Seorang bodyguard menghampiri Hairy dengan
sebuah jambangan bunga besar di tangan. Lelaki itu mengambil bunga tersebut
lalu diletakkan di atas ribaan 90.
“You suka tak?” Tanya Hairy
seraya tersenyum girang. 90 masih membisu tanpa
respon.
“Anna!”
Tengking Hairy lantang
seraya mengetuk meja itu. Hampir luruh jantung 90 dibuatnya. Lambat-lambat dia
mengangguk. Hairy sudah
tertawa gembira.
Hairy
mengheret sebuah kerusi baldu ke arah 90 seraya duduk di atasnya. Kini dia
duduk betul-betul di sebelah pujaan hatinya itu. Dia memegang tangan 90 yang
tampak lesu itu. Pantas gadis itu menarik semula tangannya. Lelaki itu sudah
ketawa besar.
“Sayang,
you nak tahu tak? Surat-surat misteri
yang you dapat hari tu, I yang bagi. I sukalah tengok muka you
yang cemas macam tu. Nampak cantik sangat!” 90 terus memandang ke arah Hairy yang tampak begitu
gembira. Apa yang cantiknya dengan muka yang sedang cemas? Tanya hati kecil gadis
itu.
“Selama
ni, I selalu perhatikan you.
Dan, I baru tahu you
ni seorang perempuan tak guna! Berani kau main kayu tiga belakang aku! Dan yang
terbaru ni, aku nampak kau bermesraan dengan lelaki lain dekat Paradise Restaurant.”
Eh,
itu misi terbaru aku kenakan Helmi Iqbal. Tak perasan pulak ada si Nerd ni. Desis hati 90. Sempat lagi
gadis berlesung pipit itu mengelamun tatkala Hairy sedang berkata-kata
dengannya. Dia langsung tidak dapat menangkap apa yang diucapkan lelaki itu.
“Kau
memang perempuan tak guna! Kau layan lelaki lain tapi aku, kau langsung tak pandang!”
Hairy sekali
lagi melempang 90. Gadis itu memegang pipinya yang sudah terasa perit. Dia
merenung Hairy yang mula tidak keruan itu.
Hairy memegang kedua-dua
belah pipi 90 sebelum tangannya beralih pula membetulkan rambut 90 yang kelihatan
sudah tidak terurus.
“Sorry, sayang. Sorry. Sakit ke?” tangan kasar Hairy mengusap-usap pipi 90. Pantas
ketua Seven Anjells itu menepis
tangan tersebut.
“Nerd gila!!!” 90 menjerit lantang. Hairy mula ketawa besar. 90
mengalihkan pandangan ke hadapan. Panas hatinya melihat riak wajah bahagia Hairy kala ini.
“Memang!
Memang aku dah gila. Kau tahu kenapa? Sebab aku gilakan kau. I love you so much, Anna.” Hairy membisikkan kata-kata
itu betul-betul di sebelah pipi 90. Gadis berlesung pipit itu menelan liurnya.
“Tapi
aku tak pernah cintakan kau! Sampai bila-bila! Aku tak akan pernah menyukai
orang gila macam kau!” bidas 90 lantang. Dia menentang pandangan Hairy yang mulai kemerahan
menahan marah. Dia mahu melempang pipi gadis itu sekali lagi namun kali ini,
pergelangan tangannya ditangkap oleh 90. Terkejut besar lelaki tinggi lampai
itu.
“Berani
kau perempuan!” Hairy sudah
mengeluarkan pistol lalu mengacukan tepat ke arah dahi 90, namun bunyi bising
di luar gudang telah mengganggu tumpuan mereka. Hairy memandang ke arah pintu
utama yang tampaknya terbuka akibat ditendang kuat dari luar. Dalam ketika dia
sedang leka itu, 90 terus menyerangnya.
Gadis
itu memulas pergelangan tangan Hairy,
pistol emas di pegangan lelaki itu sudah terjatuh. Pantas sahaja dia menyepak
jauh pistol tersebut sehingga tidak kelihatan lagi. Hairy yang sudah keberangan mula
menyerang 90. Maka berlakulah pertempuran sengit antara mereka berdua.
PINTU
utama ditendang
kuat dari luar. 91 menapak masuk diikuti oleh yang lain. Mereka sudah melilau
mencari seseorang.
“Ann!”
suara lantang 95 membuatkan pandangan mereka semua teralih ke satu arah.
“Hi, girls!” Laung 90 sambil tersenyum manis
ke arah teman-temannya.
“Sorry, I’m busy right now!” beritahu 90
sebelum menyambung ‘kerja’nya semula. Dia kembali merangkul ketat leher Hairy yang sudah terduduk.
Gadis itu menyekeh kepala lelaki itu dengan sekuat hatinya.
“Berani
kau rosakkan rambut aku? Berani kau kata ilmu taekwando aku lemah? Berani kau tampar
aku? Berani kau sentuh pipi aku? Berani kau buat aku macam ni? Berani kau ugut
aku? Berani kau?! Kau memang dah tak nak hidup lagi ke? Geramnya aku...
sekarang kau terima padahnya!” bebel 90.
Orang-orang
suruhan Hairy sudah
berlari ke arah ahli Seven Anjells yang
lain. Mereka sepertinya sudah ada pasangan lawan masing-masing. 96 pula baru
sahaja tiba bersama Asyraf. Setibanya di ‘gelanggang’ pertarungan, mereka mula
berpecah.
92
mengelak serangan lawannya. Dia pula terus melayangkan tumbukan ke arah perut orang
suruhan Hairy itu.
Lelaki itu sudah mengerang kesakitan sambil tangannya menekan perut.
“I tak sampai hatilah nak rosakkan muka you ni. Handsome sangat!” 92 terloncat-loncat kegedikan. Dia sudah
tersenyum simpul. Badannya dipusing-pusingkan bagi mengelak serangan demi
serangan yang dibuat oleh lawannya yang handsome
itu.
Tiba-tiba
lelaki itu rebah ke hadapan. 92 yang bingung berganjak sedikit dari tempatnya.
92 memandang lelaki itu dengan cemas. Dia mengangkat pandangan. Kelihatan 94 berdiri
tegak di belakang lelaki yang sudah rebah itu dengan sebatang kayu masih lagi dalam
genggaman.
“Jane!
Apa yang kau dah buat ni? Kesian dia!” ujar 92 seraya duduk bertinggung di
bahagian kepala lawannya.
“Hey, you. Wake up! Hey, handsome! Takkan
dah pengsan kut? Lemahnya you ni.” Kelihatan
92 seakan berusaha mengejutkan lawannya yang sudah pengsan itu. 94 hanya
mencebik sebelum berlalu pergi.
“Lagi
handsome atok aku,” dengusnya.
“92,
kita sekarang tengah berlawan, okey. Dia handsome
ke apa ke, itu lain cerita.” Ujar 91 sekali gus menyedarkan kawannya itu ke
dunia yang nyata.
96 memulas pergelangan tangan lelaki berbadan sasa
itu. Lelaki itu terjerit kesakitan sebelum pergelangan tangannya dilepaskan.
“Ops!
Sorry. Sakit ke?” 96 menghampiri
lawannya dengan riak yang cemas. Sekali lagi lelaki itu membuat serangan namun
berjaya dipatahkan oleh 96. Gadis itu menghadiahkan flying
kick tepat ke dada kiri. Tersembur keluar darah dari mulut orang suruhan Hairy itu. Sekali lagi 96
menghampiri lelaki itu dengan raut wajah yang serba salah melihat lawannya
sudah tersungkur ke tanah.
“Sorry, sorry, sorry! Saya tak ada niat
pun nak buat sampai macam ni,” beritahu 96. Dia melihat lelaki yang sudah
memegang dada kirinya dengan dahi yang berkerut. Dahi licin gadis berambut
kuning itupun turut berkerut. Kuat sangat ke aku tendang tadi? Sempat lagi dia
melayan perasaan.
“Err, Mr. Badguy. Don’t worry, you can have a
treatment at the police station, after you wake up, ya!” 96 menyepak bahu
kiri lelaki itu sekuat hati.
Labels: se7en anjells