bio list cbox entry




BAB 7
Wednesday, 3 April 2013 | 0 comments


BAB 7


Tatkala teringatkan ‘cerekarama’ tempoh hari yang menunjukkan kasih sayang seorang insan terhadap haiwan peliharaannya, ingatannya terus terimbau kepada Zoro. Zoro - Seekor burung kacukan antara kakak tua dengan helang menghasilkan bentuk badan seperti kakak tua serta berjambul merah tetapi mata, kaki serta kepantasannya tidak ubah seperti helang.



Asalnya burung kacukan ini merupakan bahan bahan uji kaji 90 tetapi akhirnya menjadi satu-satunya haiwan peliharaan yang amat dikasihi. Kerana cuma itu sahaja yang hidup dalam banyak-banyak uji kajinya selama ini.



Kereta mewah milik 90 membelok masuk ke kawasan universiti. Hatinya meronta-ronta untuk menjenguk Zoro, burung yang telah dikacukkan antara gen burung kakak tua dengan burung helang.



90 mula menyusun langkah untuk masuk ke dalam sebuah taman bunga indah yang telah pun siap ‘disangkar’. Tak ubah macam sangkar burung gergasi. Pintu pagar dikuak perlahan. Beberapa pokok bunga yang hidup mekar sedikit meghalang perjalanannya. Tangannya menyelak lembut sedikit daun-daun hijau itu. Beberapa buah kerusi bersama sebuah meja bulat berwarna putih yang dihias indah mula menjadi destinasinya kini. 90 melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi panjang yang turut disediakan di dalam taman bersangkar itu. Matanya memandang ke atas mencari-cari di sekitar pepohon yang hidup rendang. Akhirnya dia mengukirkan senyuman. Ternyata, Zoro berada di atas sebatang dahan yang tidak berapa tinggi.



“Hai Zoro. Dah lama kita tak keluar jalan-jalan kan?” Segera 90 mengambil satu sarung tangan khas yang terdapat di situ lantas disarungkan ke tangan kirinya. Hampir separuh lengannya ditutupi dengan sarung tangan tebal itu. Segera 90 menggengam sedikit makanan burung untuk mengumpan Zoro terbang kepadanya.



Ternyata Zoro memang amat mengenali tuannya. Tanpa banyak kerenah, burung kacukan itu pantas terbang ke arah tuannya lalu mencengkam kemas pada tangan yang sudah siap bersarung itu. Apa lagi, upahlah! Diberi sedikit makanan burung yang berupa dedak kepada burung kacukan itu.



Good boy. Jom.” Ujar 90 seolah-olah haiwan itu dapat memahami bahasanya. Segera dia keluar dari taman bunga itu sambil Zoro yang masih setia bertenggek pada tangan kirinya. Langkah 90 agak berhati-hati menuju ke arah sebuah padang yang agak luas.



Itulah padang milik 92 yang sering menghabiskan waktu lapang dengan hobinya, menunggang kuda. Kuda hitam itu diberi nama Holla merupakan haiwan peliharaan 92. Kandangnya pula dibina di satu sudut di padang yang terhampar luas itu. Haiwan pacuan dan kandangnya itu dijaga rapi oleh seorang pekerja bernama Razif – merupakan orang kepercayaan 92 kerana sudah lebih 10 tahun berkhidmat dengan keluarganya. 



Oleh kerana jarak antara taman bunga dengan padang itu sekangkang kera cuma, 90 sekadar berjalan kaki untuk ke situ. Rumput di padang itu diimport khas dari New Zealand. Jadi, tidak hairanlah bagi mereka yang pertama kali menjejak kaki ke situ akan merasakan bahawa mereka seolah-olah berada di luar negara. Ditambah pula dengan pokok-pokok rendang yang tumbuh rapi di tepi kawasan berumput itu.



Bukan sekadar itu, padang itu juga dibina khas menghadap sebuah tasik buatan. Sungguh! Memang mempersonakan setiap mata-mata yang memandang. Di situ jugalah 90 sering menghabiskan masa bermain bersama Zoro.



Here we go..,” ujar 90 setibanya dia di padang itu. Dengan perlahan, dia merendahkan badannya.



One..two..three..go!!” Jerit 90 lalu melompat sekuat hatinya. Zoro yang tadi kemas mencengkam pada tangan kiri tuannya segera melebarkan sayap terbang tinggi di udara. Seperti sudah faham apa yang disuruh oleh tuannya. Tersenyum lebar 90 sehingga terserlah lesung pipit di pipinya pabila melihat Zoro terbang tinggi membelah angin. Lagaknya seperti helang, namun berbadan kakak tua.



Come here, boy!” Panggil 90 sambil memberi isyarat kepada burung kacukan itu untuk kembali ke tempat asalnya. Seperti yang dijangka, Zoro kembali ke tempatnya. Burung pintar itu seolah-olah mengerti setiap isyarat tuannya. 90 memberi upah istimewa iaitu roti gandum. Ya! Itulah kegemaran Zoro. Zoro mengepakkan kedua-dua belah sayapnya tanda gembira.



Tiba-tiba ketua Seven Anjells itu terpandangkan sebatang pokok yang lebih tinggi daripada yang lain. Tergerak hatinya untuk melihat Zoro mendarat dan bertenggek gah di atas dahan pokok itu.



“Zoro, pergi naik atas sana,” bisik 90 sambil menunding ke arah dahan pokok yang dimakudkan. Gayanya sudah seperti menyuruh anak kecil pergi ke papanya. Cara yang sama dilakukan untuk menyuruh Zoro terbang. Namun kali ini Zoro menguatkan lagi cengkamannya membuatkan 90 terjerit sedikit. Aneh, Zoro seperti tidak mahu terbang.



“Zoro, pergilah atas tu.” Ujar 90 lagi. Dia mengulangi lagi gaya itu. Namun Zoro masih sama kaku ditempatnya.



“Kalau macam tu, jangan harap dapat ni lagi.” Ujar 90 tegas sambil menunjukkan sekeping roti gandum di tangan kanannya. Segera Zoro terbang ke arah pokok yang dimaksudkan oleh tuannya.



“Tahu takut.” Bisik 90. Dia memerhatikan Zoro yang gagah membuka sayapnya.



“Eh..?” Barulah 90 menyedari bahawa Zoro tidak hinggap pada mana-mana dahan di pokok itu sebaliknya dia terus terbang ke arah bangunan yang berhampiran.



“Zoro!!!” Pantas dia mengatur langkah seribu mengejar haiwan itu. Namun, kudratnya terhad. Bayangan Zoro sudah lenyap dibalik bangunan-bangunan universiti yang tinggi.



Langkahnya terhenti. Hampir tercungap juga dia berlari. Segera dia berlari ke arah keretanya atau lebih selesa dipanggil White Horse. Sarung tangan khas masih lagi tersarung kemas pada tangan kirinya. Kunci kereta pantas diambil dan enjin kereta dihidupkan. Zoro mesti dicari segera!



 *************

WHAT?!!suara lantang lima gadis bergema memenuhi setiap ruang di banglo kaca tersebut. ‘Bergegar’ seketika banglo kaca tersebut dek suara mereka yang nyaring itu. Kalah loceng kecemasan di sekolah kalau nak dibandingkan dengan suara mereka ini. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

           

“Apa yang jerit-jerit ni?” Tanya 91 yang baru sahaja usai mandi. Ternyata jeritan lantang teman-temannya lebih menarik perhatian.

           

“91, sekali lagi nightmare datang. Tapi kali ni lebih dahsyat lagi.” Ujar 93 berkias. 91 kelihatan seperti orang yang kebingungan. Masih tidak dapat meneka apa yang berlaku.

           

“Zo..Zoro hilang.” Ujar 92 gagap.

           

Then..? What?! Zoro? Burung garuda tu?” Tanya 91 sedikit tinggi nadanya akibat terkejut. Terkejut besar dia dengan berita yang baru didengarinya itu. Yang lain hanya mengangguk sementara 90 masih memandang kosong skrin Smart TV di hadapannya. Lakonan-lakonan manusia yang bermain dalam kaca itu langsung tidak menarik minatnya.

           

“Macam mana korang jaga harta sendiri ni, ha?” Tanya 91 lalu melabuhkan punggungnya yang tenggelam di atas kerusi bulat.

           

“Hari tu, cicak hijau minah ni hilang. Ni sekarang burung garuda tu pulak yang hilang.” Sempat 91 mengomel. 94 mencebik. Yang lain hanya bisu mendengar.

           

“Macam mana boleh hilang?” Tanya 91 lembut. Dikala ini hanya 91 selaku orang kanan kumpulan itu sahaja yang berani bersuara. Keadaan bisu. Ketuanya tidak memberi apa-apa respon.

           

“Ann!” Sedikit tinggi nadanya. Masih tiada jawapan.

           

“Dah la tu 91,” pujuk 96 yang berada berdekatan dengan 91. Ditarik lembut tangan gadis bermata sepet itu memberi isyarat berhenti.

           

“Anna Raudhah!” Berdesing semua telinga yang ada di situ. Ternyata gadis kacukan Jepun itu memang tidak mahu mengalah. Yang lain memberi isyarat berhenti kepada 91 namun tidak diendahkannya. Dah tahu ketuannya itu memang sangat sensitif dengan nama sebenarnya, makin dipanggil pulak minah ni! Berani mati betullah. 90 bangkit daripada tempat duduknya. Tegak bulu roma masing-masing melihat respon mengejut ketua mereka.

           

Don’t disturb me tonight. I’m tired.” Perlahan sahaja baris ayat itu dituturnya namun masih jelas kedengaran. Yang lain mengangguk hampir serentak. Semuanya bisu. Beku seketika. 90 mengatur langkah lemah ke kamar tidurnya. Moodnya memang betul-betul sudah mati. Ahli lain hanya menjadi pemerhati setia melihat kelibat 90 hilang daripada pandangan.

           

“Kenapa dengan dia?” Barulah 94 berani bertanya. Seram juga dia mendengar amaran 90 tadi. Perlahan tapi cukup tegas.

           

“Nampaknya dia betul-betul sedih dengan kehilangan Zoro,” Simpul 95 perlahan.

           

Sekali lagi malam mereka dibingari dengan sebuah nightmare. Apa lagi yang boleh dibuat selain berserah saja. Berita kehilangan Zoro bukan sahaja bakal menghantui semua ahli Seven Anjells malah boleh menyeramkan suasana seluruh universiti yang dulunya aman dan tenteram kerana terlepasnya ‘burung garuda’ yang semestinya dingin dan garang dengan manusia. Jelingan mautnya sahaja boleh membuatkan orang bermarathon satu universiti dalam keadaan Parkinson.



Seluruh badan burung kacukan itu bewarna putih kecuali di kawasan matanya yang bewarna hitam pekat serta jambulnya yang bewarna merah menyala. Suatu keindahan ciptaan Yang Maha Esa yang tidak dapat disangkal. Namun keindahannya langsung tidak sama seperti sikapnya. Samalah seperti tuannya.



Sebetulnya, Anna Raudhahlah yang memiliki wajah paling ayu secara semula jadi di antara mereka. Tetapi ketegasan dan kedinginannya di luar menyebabkan orang berfikir dua tiga kali untuk mengusiknya. Hanya sekadar jelingan sahaja mampu menyepikan satu dewan kuliah yang penuh dengan suara-suara yang menceriakan. Tegak bulu roma bila jumpa salah satu daripada mereka. Tidak kiralah sama ada tuannya ataupun haiwan peliharaannya. Belum lagi kalau terjumpa dua-dua mahkluk itu dalam satu masa yang sama, pasti komalah jawabnya. 



 ****************

DIA membuka kelopak matanya yang terasa berat. Namun digagahkan juga untuk kembali melihat dunia. Dia menjeling sekilas jam loceng yang terletak kemas di atas meja kecil sisi katilnya. Tepat 9 pagi. Dia bangkit daripada pembaringan. Suara-suara manusia yang kedengaran sayup-sayup di tingkat bawah menarik perhatiannya. Segera dia pergi mencuci muka dan melangkah keluar dari ‘makamnya’ menuju ke punca suara itu.

           

Morning girls!” Sapa seseorang yang sedang menuruni anak tangga lalu menuju ke arah meja makan. 92 dan 94 yang sedang menghirup minuman hampir saja tersedak dengan sapaan itu. Semua mata tertumpu pada 90. Masing-masing setia memerhati 90 yang menuju ke arah peti sejuk lalu dikeluarkan susu segar jenama Dutch Lady dan dituangkan ke dalam gelas kosong. Gadis berlesung pipit itu mengambil tempat duduknya di meja makan.



Setiap ahli memang sudah ada tempat duduk yang tetap di rumah itu - kamar tidur, parkir kereta hatta di meja makan. Segera 90 menghirup penuh nikmat minuman kegemarannya itu. Kemudian dia mengambil sekeping roti bakar yang sudah sedia terhidang di atas meja lalu dijamahnya sedikit.

           

What?” Akhirnya 90 bersuara setelah berasa kurang selesa dirinya menjadi perhatian. Yang lain hanya berpandangan dan menggelengkan kepala.

           

“90, nak nasi goreng?” Pelawa 96. 90 hanya mengangguk. Segera bekas yang berisi nasi goreng dihulurkan kepada 90.

           

“90, kau okey tak?” Tanya 93 memberanikan diri memecah kesunyian.

           

“Okey. Kenapa?” Kala ini 90 pula yang bertanya dengan mulut yang penuh dengan suapan nasi goreng.

           

“Haish, korang ni… macam baru semalam aje kenal 90. Mestilah laut tengah tenang sekarang ni. Sebab itulah okey.” Muncul suatu suara dari arah dapur. Masing-masing tertumpu kepada 95.

           

“Tapi semalam laut bergelora.” Ujar 96 perlahan namun masih kedengaran. 90 masih lagi menyuap makanan masuk ke dalam mulutnya.

           

“Hei, kawan! Semalam, semalam punya ceritalah. Hari ni punya tak sama dengan semalam.” Ujar 91 dari arah dapur. Walaupun mereka sudah bersahabat sedari kecil, namun antara mereka 91lah yang lebih memahami sikap ketua kumpulannya itu.



Sarapan pagi hari ini disediakan oleh 91 dan 95. Masing-masing tidak tahu memasak tapi masih tekun mencubanya.



“Hmm… memang betullah apa yang aku sangka. Laut yang aku kenal ni bukan boleh dijangka cuacanya,” 93 sekadar berbisik untuk dirinya sendiri.

           

“Maknanya 90 hari ni seorang yang periang macam selalu la, ya?” Tanya 92 separuh menjerit. Hampir tersedak 90 dibuatnya.

           

“Atau lebih tepat kebudak-budakkan,” sambung 91 tanpa dipinta. Yang lain hanya tertawa kecil.

           

“Ya, ya... Tak kanlah laut nak bergelora selamanya kan? Biarlah mentari pulak yang menyinar.” 90 kalau sudah bermain kata, sasterawan negara pun kalah.



“Wah, dah mula dah madah bicara dia.” Ujar 95. Semua yang ada menghaburkan tawa. Gembira kerana keadaan sahabat mereka sudah kembali elok.



“Kesimpulannya, ‘laut’ yang ni memang susah nak diduga. Pagi ni tenang, petang bergelora. Semalam ribut, hari ni cerah. Kadang-kadang tu sentiasa cerah sampai semua nakhoda kapal pelik. Memang susah la nak jangka mood ‘laut’ yang ni.” Ujar 96 membuat kesimpulan sambil menyentuh lembut tangan 90. Yang lain sekadar mengangguk sambil tertawa kecil.

           

“Eh korang, aku tak fahamlah. Apa kaitan laut dengan situasi sekarang ni? Betul ke semalam laut bergelora? Tak ada pulak ramalan kaji cuaca bagi tahu.” Pertanyaan 94 mematikan tawa semua orang.



Masing-masing berpandangan sesama sendiri. 94 memang lambat sedikit orangnya. Bab-bab kiasan inilah paling dia lemah. Malas nak pening kepala memerah otak mencari jawapan.

           

“Jane, aku bersimpati dengan kau. Biar aku beritahu kau apa kaitan laut dengan situasi sekarang ni.” Ujar 90 lembut. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya menuju ke arah tempat duduk 94. Dipegang lembut bahu 94. 94 masih lagi kelihatan blur. Ahli yang lain tersenyum kecil sesama mereka makin menambah kebingungan di minda 94.

           

“Jane, sorry.” Bisik 95. Belum sempat dia menoleh, terasa seluruh tubuhnya lencun dibasahi air dingin. Serentak dia bangkit dari kerusi. Ditolehnya ke belakang, ahli yang lain sibuk mentertawakannya. Masing-masing sudah berada di tangga. Menunggu masa dikejar oleh ‘raksasa air’ yang baru sahaja mengamuk. Ceh, sejak bila dia orang pergi ambil sebaldi air ni? Dengus hati kecilnya.

           

“Jane, Irma Qaisyara sayang…. Terima kasih kemaskan meja makan tu ya. Kami saaayang kamu.” Ujar 90 sambil tertawa. Tatkala 94 melangkah pantas ke arah tangga, mereka bertempiaran lari menaiki anak tangga, sembunyi ke dalam kamar tidur masing-masing. 94 mencebik. Segera dia mengatur langkah ke arah meja makan. Dengan ‘rela hati’ dia mengemas.


           
Korang ingat aku betul-betul tak faham ke tadi?” ujar 94 seakan berbisik. Dia tersenyum sendirian. Biarlah dia ‘mandi’ kali ini asalkan kaceriaan kumpulan itu dapat dihidupkan 
semula.   



*Terima kasih kerana membaca.. sila tinggalkan komen spaya dpt Ain tahu tahap sbenar pnulisan Ain untk karya ini..*

Labels: