BAB 10
Friday, 19 April 2013 | 0 comments
BAB 10
“Argh!!!” dia
menarik kuat rambutnya. Lagak macam orang tengah frust menonggeng.
Jeritannya yang lantang bergema memenuhi setiap ruang di banglo kaca milik Seven
Anjells itu. Ahli yang lain hanya mampu menutup kedua belah telinganya
sambil menggeleng kesal. Mereka juga hairan melihat kelakuan aneh 90 yang
menarik-narik rambutnya. Sebelum ini, dia begitu rapi dalam menjaga rambutnya.
Apa dah jadi dengan 90 ni? Kuat betul kulit kepala minah ni.
“Sudah-sudahlah
tu, 90. Naik pekak telinga kitorang
ni, tahu tak? Kau tak sakit tekak ke terjerit-jerit macam orang gila dari
tadi?” 93 memberanikan diri untuk menegur. Ada sedikit getaran pada suaranya.
Rasa gerun masih belum terhapus sepenuhnya. Mana taknya, kut-kut dia telan aku
ke, cekik aku ke nanti. Tak sempat aku nak tengok matahari terbit esok. 90 ni
bukannya boleh dipercayai. Kalau dia tengah marah, sebijik macam singa betina
yang tengah kelaparan. Janganlah cuba-cuba nak dekat.
90 merengus
kasar.
“Lelaki tak
guna! Isy... geram betul aku. Berani-beraninya dia menceroboh masuk bangunan
kita. Siapa bagi dia keizinan, hah?! Dah tu, main lari-lari pulak. Dia ingat ni
padang ke apa? Argh!!! Kau tahu tak, aku rasa terhina sangat although jatuh aje pun. Lepas tu,
sesedap rasa anak tekak dia aje nak panggil aku hantu. Habis merundumlah saham
aku lepas ni. Bersusah payah aku pakai high
heel semata-mata tak nak rendah daripada lelaki. Dia senang-senang aje
sondol aku sampai jatuh. Semua lelaki memang sama! Dia dah lama hidup ke hape, hah?! Dah tak nak tengok dunia
lagi, ke?” gerutu 90 seorang diri. Namun, setiap ngomelan dan bebelannya yang bernada
geram dapat didengar jelas oleh ahli kumpulan yang lain yang turut berada di
ruang tamu. Bosanlah dengar orang bebel ni!
“Nak buat
macam mana? Kitorang nak tangkap, dia dah cabut dulu. Dah berusaha nak kejar,
tapi dia lari laju sangat. Muka dia pun kitorang tak sempat nak tengok. Jauh
sekali nak mengecam. Hanya sempat nampak beg besar aje dari belakang. Dah macam
beg bergerak dah aku tengok,” ujar 91 penuh rasa bosan. 96 yang hanya mendengar
terus membeku. Dia menelan liur. Rasa bersalah plus simpati mula menggigit tangkai hatinya.
Kesiannya
lelaki tu. Dia tak tahu apa-apa pun. Hatinya mula menyesali perbuatan mengikut
perasaannya suatu ketika dahulu. Macam mana ni? Benaknya tidak sudah-sudah
dirundung rasa bersalah. Komputer riba di hadapannya di pandang sepi.
Ah! Biarlah!
Tangan lembutnya mencapai headphone
di sisi komputer ribanya itu. Dia menghidangkan lagu-lagu balada buat santapan
fikirannya. Hatinya terdetik untuk melog masuk laman tertutup Seven Anjells. Ada apa-apa aduan yang
dihantar daripada para peminat ke?
Tetikus comel tanpa
wayar discroll ke bawah dan ke atas.
Pergerakannya mati tiba-tiba pada suatu column
yang tertara perkataan ‘REPORT’. Column ini sememangnya sengaja
diprivasikan. Hanya ahli berdaftar secara berbayar sahaja yang boleh login ke column itu. Matanya masih belum berkalih ke tempat lain. Dia
membaca apa yang ditulis oleh para peminat dengan penuh minat. Tangannya yang
putih dilambai sedikit bagi meraih perhatian kawan-kawannya yang sedang sibuk
membuat ‘kerja amal’ mereka iaitu tak lain tak bukan ialah bergosip. Kerja
amallah tu, kan? Boleh mengeratkan sillaturrahim. He he he...
“Girls...” panggilnya lembut. Semua mata
tertumpu ke arah 96 seorang.
“Korang dengar sini. Ada aduan from our fan,” ujarnya ringkas. Yang
lain hanya menanti penuh sabar. Semua perbualan yang tadinya hangat kini sepi
tanpa sebarang bunyi.
“Kepada
kumpulan Seven Anjells. Saya ingin
memohon bantuan kamu semua. Hati saya baru dipermainkan oleh seorang jejaka ni.
Baru saya tahu yang dia tu juga merupakan salah seorang playboy
yang aktif. Dia student universiti sebelah.
Setelah hati saya dipermainkan, saya banyak mendengar berita tentang
kerakusannya mempermainkan hati wanita-wanita lain. Dia hanya menganggap
perempuan ni sebagai sampah sahaja. Tolonglah elakkan perkara ni daripada
berleluasa. Nama, Adiff Ikhwan. Student Engineering, tahun akhir. Meera.”
Seusai membaca, dia menghela nafas. Misi baru!
90 mencebik.
“Tak tahu malu
betullah jantan ni. Nak sangat terima balasan daripada kita, ya?” Ujar 90
bernada geram.
Serta merta
ingatannya terhadap Asyraf melayang. Dia memandang 96. Gadis itu mengerti
maksud pandangan 90 segera melakukan rutinnya itu. Tetap dengan laptop itu, dia
membuka beberapa progam di dalamnya. Tangannya
menari pantas di atas papan kekunci menaip nama lelaki tadi ke dalam laman
sulit universiti jiran itu dan mencari segala data tentangnya.
Sekejap saja kesemua
fail serta data peribadi Adiff Ikhwan terserlah. Gambar lelaki itu juga
terdapat di situ. Ahli kumpulan Seven Anjells meleretkan senyuman
sinis.
Budak ni ada
rupa. Tapi, still hingusan. Hati 90
mengejek. Fasa pertama selesai. Segala keterangan peribadi lelaki itu berada
dalam genggaman Seven Anjells. Misi perlu diteruskan.
“90, siapa
yang akan conduct misi kali ni?”
pertanyaan 92 memecah kesunyian. Semua mata memandang 90. Memohon kata putus
daripada ketua kumpulan Seven Anjells itu.
“Apa kata kita
jadi budak kecik sekejap? Kita main lattalilattalitamplom?”
cadang 90.
Cadangan
kebudak-budakkan itu disambut baik oleh ahli yang lain. Hai, baru kejap tadi
macam matang, marah-marah. Sekarang be a
kid pulak. Getus hati kecil 93 yang memang faham benar dengan perangai
ketuanya itu. Dia sekadar menggeleng kecil. Mereka merapatkan kedudukan. Maka,
berlakulah pertarungan ‘sengit’ antara setiap ahli.
“Lattalilattalitaam...plom!”
Tangan yang ditunjukkan
semuanya sama. Tiada satu pun yang lain daripada yang lain. Tiada juga manusia
malang untuk kali ini. Pusingan kedua bermula.
“Lattalilattalitaam...plom!” Masih lagi
sama. Pusingan ketiga diteruskan.
“Lattalilattalitaam...Achum!” 91 bersin. Semua mata tertumpu ke arah gadis
kacukan Jepun itu.
“Hehe... sorry,” ujarnya ringkas.
“Dah! Again, again!” 94 bersuara.
“Lattalilattalitaam...plom!”
Hanya tangan
95 yang berbeza. Alamak! Aku ke? Aku ke? 95 meninjau-ninjau cuba melihat tangan
teman-temannya yang lain. Memang aku sorang aje yang berlainan. Hatinya membuat
keputusan. Dia mengeluh halus. Sahlah misi ni aku yang kena.
Alkisah. Kisah
yang benar lagi jujur beserta sahih dan realnya,
begini. Sebenarnya, tangan 95 belum boleh dikira ganjil kerana tangan 90 pun
sama macam dia jugak. Tapi, sepantas kilat, secepat roket, dan selaju kelajuan
cahaya, 90 menukar tangannya supaya 95 seorang sahaja yang ganjil. Lepas itu,
konon-kononnya 90 yang perasan akan keganjilan tangan 95. Perempuan ni memang
ratu lakonan betullah. Perkara ini, seawalnya memang sudah dirancang. Mereka
sudah bersepakat membawa berkat beramai-ramai. So, ini dikira macam sabotaj cara ‘baik’lah.
“95...” dengan
muka yang sugul, 95 mengalihkan pandangan bagi melihat pemilik suara yang
memanggilnya.
“Good Luck!” sambung ketua kumpulan Seven Anjells
itu. Yang lain hanya tersenyum.
“Aku nak, dua
minggu yang akan datang, video tentang misi kau ni dah ada dekat laman web
kita,” 90 memberi arahan sekaligus menetapkan tamat tempoh misi ini. Biodata
peribadi playboy tadi telah pun siap
diprint. Gambar kaku lelaki yang
tersenyum manis di helaian kertas itu telah dicap ‘AIM!’. Tunggu kau!
Senyuman
terukir di bibir 95. Alah, bukannya susah pun. Kata-kata itu hanya untuk
menyedapkan dan menenangkan lautan hatinya yang sedang bergelora. Dia pelik
akan keadaan batinnya yang tampak tidak menentu. Mengapa hatinya bergetar hebat
tatkala melihat gambar lelaki itu tersenyum manis. Mampu ke aku conduct misi ni? Hatinya masih
ragu-ragu.
Di ruang tamu
yang terdapat di dalam banglo Seven Anjells
itu kembali riuh dengan gelak tawa mereka. ‘Kerja amal’ mereka diteruskan.
Malam yang semakin larut membuatkan kelopak mata masing-masing terasa berat
untuk diangkat. Apa yang diingatan hanyalah, KATIL! Katilku, darlingku! Semua suis air cond dan kipas dimatikan. Mereka
bergegas ke bilik tidur masing-masing. Bantal telah memanggil-manggil tuannya.
*******************
95 menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Berserabut otaknya tatkala memikirkan perihal
lelaki yang sepertinya pernah singgah di laman kenangannya dulu. Dia memaksa
otaknya untuk mengingat kembali wajah lelaki itu. Namun, semuanya hampa.
Maklumlah, otak ada kesan karat sikit. Dia mengguling-gulingkan dirinya di atas
katil empuknya itu.
Kini, dia
harus merancang elok-elok strategi untuk misi kali ini. Badannya digulingkan lagi. Strategi yang
berlainan. Sesuatu yang berlainan... sesuatu yang berlainan... berlainan...
“Hah!!!”
badannya berpusing tiga ratus enam puluh darjah.
Kedebuk!!!
Serentak
dengan itu juga, bunyi nangka busuk mencium bumi menerjah. Mengiringi ketibaan
idea yang berlainannya.
Aduh! 95
mengusap-usap badannya yang sakit. Dia kini terlentang di atas lantai. Itulah,
terguling-guling lagi. Bagus... Tetapi, senyuman sinis yang tadi bergayut di
bibirnya yang turut menambahkan ke‘evil’an
di wajahnya semakin mekar dan melebar.
*********************
WAKTU makan
kelihatan kosong tanpa kehadiran suara-suara yang merdu mahupun sumbang yang
kebiasaannya sudi untuk berceloteh dengan rela hatinya. Kali ini, ‘kerja amal’
seperti selalunya, tiada. Masing-masing senyap dan fokus dengan seleranya.
Menjamu selera dengan tumpuan ditumpahkan sepenuhnya. Yang sudi membingari
suasana hanyalah bunyi lagaan sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan dan
mangkuk kaca.
“Err... 95,
siapa patner kau dalam misi kali ni?”
pertanyaan 92 memecahkan tembok kesunyian yang sedang giat membina.
Teman-temannya yang lain hanya memasang telinga. Tidak mahu manyampuk. Biar 95
sahaja yang membuat keputusan.
95 kaku.
Otaknya sedang ligat memproses. Sejujurnya, dia belum terfikir untuk memilih patner atau watak kedua untuk misinya
kali ini. Soalan 92 membuatkan dia terpaksa membuat keputusan secara rambang.
Argh! Nasiblah nama siapa yang keluar, yerk.
“Err... Yaa,”
ringkas, padat, mantap, padu dan entah apa-apa lagi, jawapan 95 tetap berjaya
menyentapkan 96. 96 terdiam. Dia menjengilkan matanya ke arah 95. 95 masih
berwajah selamba. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
“Kan, 96? Hari
tu, aku ada bagitahu kau, kan?” 95 masih lagi dengan ‘drama king’nya. 96 teragak-agak mengangguk. Dia hanya tersenyum
kelat.
95 tersenyum
puas. Peristiwa 96 yang mentertawakannya sehabis mungkin semalam, kini berlayar
di ruangan mata. Hamek kau! Aku
dengan suka-suka dan cita-citanya membalas perbuatan kejam kau semalam. Baru adil.
Yang lain sekadar mengangguk.
************
BATUKAN 95 masih lagi
bersisa. Tersedak dia jadinya tatkala 96 menepuk kuat belakang badannya secara
tiba-tiba. Nasib baik tak meloncat keluar jantungnya tadi. Baru nak menikmati
susu segar Dutch Lady, tiba-tiba ada anasir jahat pulak yang mengacau. Tak
tenteram betullah.
95 memandang
ke belakang. Merenung geram wajah 96 yang sudah seperti asam kecut tak cukup
zat itu. Eh, asam kecut ada zat ke? Namun, renungan 95 dibalas dengan jelingan
tajam bak belati tumpul oleh 96. Mulut gadis itu sudah muncung sedepa. Maka,
fahamlah 95 akan apa yang menyebabkan kawannya itu menjadi sedemikian rupa.
Sengihan yang
paling comel menggantikan tempat renungannya tadi setelah dia menyedari akan
kesilapannya terhadap 96. Dia kembali memandang ke hadapan. Tidak menghiraukan
langsung 96 yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.
Geram benar 96
tatkala melihat wajah selamba 95. Teruk punya kawan! Keluhan yang kedengaran
berat melepasi kerongkong dilepaskan keluar. 96 juga turut memandang ke
hadapan. Senada dengan menungan 95 yang entah apa itu.
“Kenapa kau
jual nombor aku tadi?” tanya 96 perlahan. Pandangannya masih dihalakan ke arah
suatu arah yang dia sendiri tidak pasti.
“Hmm...
entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi, hati aku berbisik-bisik nama kau. Masa tu,
nombor 9 dan 6 sahaja yang terawang-awang dekat minda aku,” 95 menjelaskan
duduk perkara yang sebenar. 96 mencebik kecil.
“Eleh... tak
payahlah kau nak bermadah bicara bahasa ibunda tercinta kau tu. Geli aku dengar
kawan aku yang sorang ni jadi budak sastera,” 96 tergelak kecil dikongsi juga
dengan 95.
“Tapi 95, aku
tak rasa yang aku boleh buat dengan baik nanti,” 96 bersuara lirih. Dia masih
belum yakin sepenuhnya dengan kebolehan dirinya sendiri. Dia memandang ke kiri
menatap wajah temannya yang jernih. Berharap sangat yang kawannya itu akan
memahami.
“Kau kena
yakin yang kau boleh buat, 96.” 95 cuba meniup kata-kata semangat sambil menyentuh
lembut bahu 96. Begitu yakin dia dengan keputusan mendadaknya itu.
“Aku bukan
apa, aku cuma tak sanggup misi ni gagal disebabkan aku. Aku tak yakin yang aku
boleh jayakan misi ni dengan kau. Aku harap kau faham,” air mata mula bergenang
di kelopak matanya yang beralis lentik. Cuba ditahan rasa sebak yang menggila
tatkala bayangan misi-misi yang gagal kerana dirinya yang terlalu kasihankan
lelaki tersebut mula menerjah di ruang mata.
“Kenapa kau
susah sangat nak yakinkan diri kau sendiri sedangkan orang lain boleh yakin
dengan kebolehan yang kau ada. Tunjukkan pada diorang semua,” tanpa jemu 95 berkata begi meniupkan kembali
semangat yang sudah pudar dalam diri 96.
“Peristiwa
lama dah banyak bagi kau pengajaran, 96. Kau kena belajar untuk tak ulang balik
kesilapan lampau kau dulu. Dan sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk kau
buktikan yang kau betul-betul dah belajar daripada kesilapan,” 95 mengusap
lembut bahu 96. Gadis itu tersenyum kelat padanya. 95 bertekad untuk membantu
96 menghadapi dugaan dan rintangan yang melanda hidup temannya itu.
Dia bukannya
tidak kenal dengan 96, Alyaa Emeline. Sudah berbelas tahun mereka menjalin
persahabatan yang kini sudah terikat erat seakan tidak mungkin lagi akan
terlerai. Begitu juga dengan ahli kumpulan Seven
Anjells yang lain. Bersahabat sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Doa sentiasa
dipanjatkan kepada-Nya agar hubungan persahabatan ini tidak akan terpisah
kecuali nyawa sahaja yang bisa memisahkan mereka bertujuh.
Labels: se7en anjells