bio list cbox entry




D + B^I = Syntax ERROR! - Cerpen
Tuesday, 31 December 2013 | 0 comments



Assalamualaikum,,

wookey.. cirita baru marii... ini cerita yang akan aku convertkan ke novel.. InsyaAllah.. enjoy the story.. segala kesilapan dalam cerita ni, jalan cerita berbelit or x brapa faham, sorry,, whookeyhh!! This is my first short story! woohoo.. XD


D + B^I = Syntax ERROR!
Memang saje blurrkan gamba jejaka tu.. sorry kalau lukisan tak lawa..


Gadis berkot labuh berwarna merah hati itu memandang jam tangannya beberapa kali. Seketika, keluhan halus terhembus keluar. Terasa lenguh kakinya kerana sudah berdiri hampir setengah jam di bahagian lorong pejalan kaki. Dia memandang ke kiri. Terserlah rumah agam satu persatu. Memang benar yang dikatakan orang, inilah taman perumahan elit. Pandangannya ditalakan semula ke hadapan, kemudian jatuh pula pada skrin telefon bimbitnya. Dia menyentuh beberapa ikon di skrin itu sebelum keluhan kembali terhembus. Hampa. Dia menjeling jarum pada jam tangannya.

“Kenapa Encik Iqram tak balas-balas lagi? Dah lambat dah ni..” ujarnya sendirian. Tumpuannya kini difokuskan pada skrin telefon bimbitnya. Sibuk menyentuh ikon-ikon yang tertera.

Tiba-tiba sesuatu telah melanggar kuat tubuh gadis itu. Terkial-kial gadis berambut melepasi paras bahu itu cuba menyeimbangkan dirinya semula. Pantas dia memandang ke arah ‘sesuatu’ yang melanggarnya tadi. Seorang lelaki sedang berlari. Tergesa-gesa lagaknya.

“Ish… apa punya oranglah! Tak ada sivik betul. Mintak maaf pun tak nak. Nasib baik aku tak jatuh. Kalau tak, buat malu aje,” ngomel gadis itu sendirian. Pandangannya dialihkan semula pada telefon bimbitnya. Eh, mana handphone aku? Serta-merta pandangannya tumpah pada jalan raya.

“Eh, handphone aku!” pantas gadis itu mendapatkan telefon bimbitnya yang sudah tidak berfungsi itu. Bermacam perasaan kini bercampur baur. Yang pasti, perasaan amarah dan tidak puas hati kini memonopoli fikirannya.

Fail yang berada dalam genggaman dikemaskan lagi pegangannya. Dia menggenggam erat telefon bimbitnya. Dengan langkah yang agak luas, dia mengejar lelaki yang telah melanggarnya tadi. Dia masih ada perhitungan yang belum diselesaikan.

“Tunggu! Tunggu!” dia bijak mengawal nada suaranya. Gadis itu memanggil setelah kelibat lelaki itu semakin jelas kelihatan.
Melihatkan lelaki itu seakan-akan tidak mahu berhenti, gadis itu mempercepatkan langkahnya. Tangannya cuba mencapai baju lelaki itu. Terpaksalah dia memberhentikan lelaki itu dengan cara manual.

Kedua-dua pasang kaki itu akhirnya berhenti. Mereka berdua tercungap-cungap menyedut oksigen untuk dihantar ke paru-paru. Peluh yang mengalir perlahan pantas diseka menggunakan belakang tangan. Pantas gadis itu berdiri tegak.

“Awak ni manusia jenis apa, hah? Dah buat salah tak nak bertanggungjawab. Orang suruh berhenti pun tak nak. Isy… at least, mintaklah maaf!” marah gadis itu. Lelaki itu agak tersentak.

“Hello. Awak ni kenapa pulak? Wartawan dari majalah mana pulak yang nak berlakon ni? Masalahnya, siapa yang buat salah sekarang? Saya ke awak?” balas lelaki itu sambil mencerlung pandangannya menikam pandangan gadis itu. Tersentap gadis berkot labuh itu dengan balasan kata-kata yang diterima. Terasa panas hatinya kini.

“Kau boleh tanya siapa yang buat salah sekarang? Eh, fikirlah! Apa ni? Muka tak setaraf dengan hati!” balas gadis itu meluahkan rasa geramnya. Lelaki itu tertawa sinis.

“Kau ingat, kau baik sangatlah. Kau tu perempuan biasa aje. Bukan malaikat!”

“Eh, memang aku bukan malaikat tapi sekurang-kurangnya aku tahu nak mintak maaf bila dah buat salah!” Tahap kesabaran gadis itu semakin menipis.

“Oh, habis tu kau nak suruh aku buat apa? Mintak maaf pada kau? Untuk apa?! Kau yang buat salah pada aku.” Lelaki itu berkata. Panas hatinya berkata dengan perempuan begini.

“Ergh!!” gadis itu sudah kehilangan sabar. Tangannya diangkat dan mahu dilayangkan pada pipi lelaki itu namun, lelaki itu sempat menggenggam pergelangan tangannya.

“Hah! Itupun dia! Cepat! Cepat! Pastikan jangan terlepas lagi.” Terdengar teriakan berhampiran dengan tempat mereka berada. Masing-masing memandang ke arah punca suara tersebut. Serta-merta lelaki itu kembali meneruskan lariannya tanpa melepaskan pegangannya terhadap gadis itu.

************************

“Penatnya. Mana satu rumahnya ni?” gadis berkot labuh itu duduk melepaskan lelah di sebuah pondok riadah yang terdapat di kawasan taman perumahan itu. Keluhan berat terhembus keluar.

Dia mengeluarkan sekeping kad. Memandang lama kad itu sebelum telinganya dapat menangkap bunyi pintu pagar dibuka. Serta-merta pandangannya memandang ke arah punca bunyi tersebut. Pagar utama sebuah rumah banglo yang berhadapan dengan kedudukannya kini dibuka secara automatik. Gadis itu sekadar memandang kosong.

Tidak semena-mena, wanita yang kelihatan agak berusia keluar menjenguk ke arah jalan raya. Apabila mata mereka bertemu, masing-masing menguntumkan senyuman sebelum wanita itu kembali masuk ke kawasan rumah. Pintu pagar kembali ditutup secara automatik. Tiba-tiba pergerakan pagar itu terhenti. Perkara ini mengundang kerutan di dahi gadis itu.

“Apa halnya ni? Tak ada elektrik ke?” gadis itu pelik melihat pintu pagar belum tutup sepenuhnya, namun pergerakannya sudah berhenti. Beberapa minit kemudian, keluar wanita tadi. Dia melambaikan tangannya ke arah gadis itu, menyuruhnya datang ke situ. Dengan penuh tanda tanya, dia pergi ke arah wanita itu.

“Cik  Nasifa, kan?”

“Ya, saya. Kenapa ya, mak cik?”

“Datin dah tunggu, cik.” Wanita itu membawa gadis itu masuk ke dalam rumah banglo itu. Datin mana pulak yang dah tunggu aku ni? Desis hati kecil gadis itu. Hati gadis itu sedikit kagum dengan dekorasi luar dan dalam rumah itu. Kelihatan seorang wanita sedang duduk di ruang tamu.

“Jemput duduk,” pelawa wanita yang mengiringnya sambil tersenyum. Gadis itu membalas senyuman seraya mengambil tempat di sofa yang terdapat di situ.

"Awak Damia Nurnasifa, kan?” tegur wanita yang digelar ‘Datin’ itu sambil tersenyum manis.

“Ya, saya.” Damia tersenyum.          

“Saya Datin Diana.” Wanita itu memperkenalkan dirinya seraya menghulurkan salam. Huluran salamnya berbalas.

“Oh, Datin. Saya betul-betul mintak maaf sebab datang lambat.” Ujar Damia perlahan.

“Tak apa. Hari first, kan? Saya maafkan awak.”     

“Terima kasih, Datin.” Datin Diana sekadar tersenyum.

“Oh, ya. Awak boleh ikut Mak Mah untuk jumpa student awak. Perkenalkanlah diri awak pada dia, ya.” Beritahu Datin Diana sambil tangannya mula mencapai majalah yang terdapat di atas meja kaca di hadapannya.

Damia Nurnasifa mula mengatur langkah mengikut langkah Mak Mah, ketua orang gaji di rumah ini. Setibanya di bilik kedua di tingkat tiga, Mak Mah meninggalkan gadis itu sendirian.

Damia mengetuk perlahan pintu bilik itu. Terdengar arahan masuk dari dalam. Perlahan-lahan gadis itu membuka pintu dan melangkah masuk. Wow! Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan dalam hati. Taman bunga dalam bilik tidur?  Menarik.

Pandangan yang fokus pada kertas-kertas di atas meja belajarnya mula dialihkan pada seseorang yang memasuki bilik tidurnya.

“Hai,” sapa Damia, agak kekok memandang gadis yang sedang duduk itu.

“Hai. Awak tutor saya, ke?” Tanya gadis itu sedikit aneh. Damia mengagguk perlahan.

“Wah!” gadis itu meluru ke arah Damia lalu menariknya duduk di atas sofa setelah pintu bilik ditutup rapat.

“Saya Damia Zaharah. Panggil Ara. Cikgu?” Tanya gadis itu ramah.

“Tak payah panggil cikgu. Panggil akak aje. Nama akak, Damia Nurnasifa,” jawabnya ringkas.

"Wah! Nama depan kita samalah!” gadis itu teruja mengetahui kebenaran.

“Ara betul-betul ingat mama serius dengan apa yang dia cakap,” beritahu gadis itu tiba-tiba. Berkerut sedikit dahi Damia.

“Semalam, mama cakap yang mama ada amik tutor Matematik untuk Ara. Lepas tu, dia cakap yang tutor Ara tu dah tua, dah kahwin dan dah ada anak 5 orang. Itu yang Ara risau. Tak bestlah kalau dapat yang macam tu. Tup, tup, akaklah orang yang dah ada lima orang anak tu!” jelasnya panjang lebar sambil tersengih.
           
“Eh, mana ada! I’m just 24, okay! Tak kahwin lagi. Mana ada anak lima. Buku lima adalah!” Damia cuba mempertahankan status yang didukungnya kini. Pecah tawa kedua-duanya.

“Kak Mia study mana sekarang?”

“Erm… hah, sebelum tu, kita ni asyik berbual aje. Bila nak belajarnya?” soalan sengaja dibalas dengan soalan.

“Alah, hari ni akak tak payah ajar Ara. Lagipun, tadikan kak Mia terlambat datang. So, kak Mia start mengajar esok ajelah. Tak apa, Ara reda. Terlebih.” Ujarnya sambil tersenyum lebar.

“Hah, kak Mia sekarang study dekat mana?”

“Akak dah graduatelah.”

“Dari?”

“Err… UOT,”

“UOT?” Berkerut sedikit dahi Ara mendengarnya.

“University Of Tokyo.” Ringkas sahaja jawapan dari bibir mungil Damia.

“Wah! Untunglah! Dah graduate.” Beritahu Ara. Damia hanya tersenyum sahaja. Baru sahaja beberapa minit mereka berkenalan, namun mereka begitu rapat dan mesra bagaikan adik-beradik.

“Kiranya, kak Mia pandai cakap Jepunlah ni!”

“Itu…” Damia hanya tersenyum sahaja.

*******************
           
"Bos, ada orang nak jumpa.”

“Suruh dia masuk.”

Damia membuka pintu bilik yang diperbuat daripada kayu jati itu perlahan-lahan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan mengambil tempat di meja utama setelah dipersilakan.

“Kau perempuan yang semalam, kan?” tanyanya bernada selamba sambil mata masih difokuskan pada skrin laptop yang terletak di atas mejanya. Gadis itu berasa tercabar dengan ayat yang diluahkan lelaki itu.

“Assalamualaikum. Saya manusia yang bukan malaikat tu.” Ujar Damia dengan nada yang menyindir. Lelaki itu mengangkat pandangan. Lama dia merenung anak mata Damia membuatkan gadis itu agak tidak selesa.

“Waalaikumussalam.” Jawabnya sepatah. Tanpa segaris senyuman.

“Datang sini untuk menagih hak?” Tanya lelaki itu. Meskipun ayatnya ringkas, namun ianya seperti api yang membakar hati Damia.

“Dan juga datang sini untuk mengajar Encik Ameer mengucapkan kata maaf bila dah buat salah. M.A.A.F. Ma-af.” Sinis ayat Damia.

“Excuse me, Cik Whatever. My name is Dameer Zhafran. Not Ameer, okay.” Dameer memberitahu dengan nada yang cukup sinis.

“For your information, my name is Da.. I meant Nasifa. Not Cik Whatever. Suka hati akulah nak panggil kau apa. Ameer is still your name!”

“Ergh! Whatever,”

“Aku nak kena cepat. Tak lama lagi ada meeting. Nah! RM 1 000! Kau beli handphone kau yang dah rosak tu. Jangan lupa beli cover dia sekali. Nanti jatuh, taklah rosak teruk! Kalau ada baki, ambik aje. Jangan jumpa aku lagi. Aku tak ada masa nak layan orang macam kau.” Jelas Dameer panjang lebar.

“Eh, aku pun tak hingin nak jumpa kau lagi lah! Aku pun tak ada masa nak layan orang macam kau! Daripada aku layan kau, baik aku cuci akuarium dekat Aquaria sana!” Damia bingkas bangun. Dia segera meluru ke pintu untuk keluar daripada bilik itu. Langkahnya terhenti dengan tiba-tiba. Dia teringat sesuatu. Damia mengeluarkan sekeping kad daripada poket seluarnya.

“Oi, lelaki! Nah, ambik ni! Buat menyemak aje.” Damia membaling kad yang sudah digumpalkannya kepada Dameer sebelum dia cepat-cepat keluar daripada bilik itu.

Dameer pantas menangkap objek yang dibaling oleh gadis tadi. Maklumlah, dia ni bekas pemain bola keranjang, jadi itu tidak menjadi masalah baginya. Dengan kerutan di dahi, dia merungkaikan gumpalan kertas tadi.

“Eh, ni kad yang aku bagi pada dia. Dia conteng kad aku?! Bahasa Jepun ke ni? Isy.. perempuan ni memang nak kena. Nasib baik hal kau dengan aku dah settle.” Gumamnya lantas membaling kertas itu ke dalam bakul sampah. Hatinya benar-benar terbakar.

********************

“Abang! Tengok ni! Gempak tak result mid-year Ara?” Ara mendekati abang tunggalnya yang kini sedang duduk bersantai di ruang tamu bersama kedua orang tuanya.

“Math Ara, 99? Mana hilangnya lagi satu markah, dik?” Tanya Zhafran selamba. Langsung tidak menunjukkan riak kagum dan teruja. Ara menarik muka. Pantas gadis kecil molek itu mengambil tempat di sebelah ibu tercinta.

“Mama, tengok abang tu. Bukannya nak ucapkan tahniah pun. Ingat senang ke Ara nak dapat markah macam tu. Kalau dulu, nak cecah ‘A’ pun susah, tau!” Ara mengadu pada Datin Diana. Wanita itu sekadar tersenyum.

“Hah, Ara. Macam mana dengan tutor yang papa ambik tu? Okey tak?”

“Okey tak okeynya papa kalau result Ara A+!” ujar Ara penuh teruja.

“Kiranya, tak sia-sialah papa ambik tutor untuk kamu?” Tanya Dato’ Zaqwan.

“Semestinya tak! Dia asyik cakap dengan Ara yang Math ni sangat mudah. Pusinglah macam mana pun, tetap jumpa jawapannya. Macam hidup kitalah. Sedahsyat mana pun kita cuba elak daripada takdir, tetap juga jalan penyelesaiannya itulah jugak. Sebab,, Matematik ialah banyak jalan yang menghubungkan satu penyelesaian,” penuh yakin, Ara memberitahu. Datin Diana sekali lagi tersenyum.

“Papa, mama, ada ambik tutor Math untuk budak ni, ke?” Tanya Dameer Zhafran selamba setelah lama dia menjadi pendengar.

“Hmph… memang pun! Kenapa?” Ara mencelah.

“Nothing at all just, that sentences sound interesting. I wonder who is it..” jawab Zhafran sambil mencapai secawan teh dari atas meja.

“Ooh… abang nak tahu, ea? Tutor Ara tu, perempuan. Garang orangnya. Kalau tak kena pada cara, memang makan flying kick dialah. Tapi…” Zaharah bangkit lalu menuju ke tangga membuatkan Zhafran mengangkat pandangan. Lelaki itu meneguk perlahan air tersebut.

“Dia tu dah ada anak lima,” ringkas saja ucapan Ara sebelum dia menghilang. Tersedak Zhafran dibuatnya manakala Datin Diana sudah ketawa.

“Abang nak Ara jumpakan abang dengan tutor Ara, tak?!” masih kedengaran suara Ara.

Pantas sahaja Zhafran menggeleng membuatkan Datin Diana semakin galak ketawa.

******************

“Ara, hari ini, tutor kamu tak datang ke?” Tanya Dato’ Zaqwan ketika di meja makan. Perlahan Ara menggeleng. Suasana makan tengahari di banglo ini agak sunyi kerana ketiadaan Dameer Zhafran yang terpaksa ke Melaka atas urusan kerja.

“Tak. Dia ambik cuti hari ni sebab hantar parents dia pergi umrah. Esok pun sama. Mak cik dia datang dari Kedah, nak ambik alih penjagaan sepanjang parents dia tak ada.” Beritahu Ara perlahan.

“Ara, kenapa sayang? Suram aje mukanya.” Tegur Datin Diana.

“Ara bosanlah, ma. Abang tak ada, kak Mia pun tak ada.”

“Ara pergilah belajar. Kan dah nak trial?” ujar Datin Diana lembut sambil tersenyum memandang anak bongsunya yang agak manja. Ara bangkit lalu beredar.

“Tutor Ara tu, orang yang special bagi dia. Ara nampak happy sejak dia hadir dalam rumah ni.” Datin Diana memandang suaminya lantas tersenyum.

“Apa yang istimewa sangat dengan dia?”

“Dia tu, tutor yang diimport dari Jepun,” ringkas sahaja jawapan Datin Diana seraya senyuman yang bergayut di bibir, dimaniskan lagi.

**************

“Okey, kelas tamat.” Ujar Damia lantas berdiri dan mengemas barangnya. Dia memandang Ara lantas tersenyum. Senyumannya dibalas dengan senyuman yang agak kelat. Perlahan Damia melangkah ke pintu bilik.

“Okey, Ara,” Damia memandang Ara. Sedikit berkerut dahinya melihat perwatakan gadis kecil itu yang berwajah muram. Masih lagi duduk di posisi asalnya tanpa berganjak sedikitpun. Pantas Damia mendapatkan pelajarnya yang satu itu.

“Ara, okey?” Tanya Damia, prihatin. Ara menggeleng perlahan.

“Kak Mia, tak payahlah balik. Kak Mia tidurlah sini. Hari ni aje. Please.” Mata Ara sudah berkaca. Damia agak terkejut mendengar permintaan gadis itu.

“Err… bukan tak boleh, Ara. Tapi,,”

“Tapi apa, kak? Alah, tolonglah kak Mia. Ara merayu. Akak staylah sini, malam ni. Please sangat-sangat,” Ara menggenggam erat tangan Damia. Serba salah gadis itu dibuatnya.

“Ara, dengar sini. Akak bukannya tak nak tunaikan permintaan Ara. Tapi, akak ada tanggungjawab lain yang akak kena buat.” Damia cuba berkias dalam menolak permintaan Ara.

“Err…” Setitis air jernih telah tumpah membuatkan fikiran Damia semakin buntu.

“Hmm… baiklah. Akak stay sini malam ni. Tapi, malam ni aje tau!” ujar Damia Nurnasifa seraya mencubit pipi gebu Ara.

“Dah, dah. Tak payah nangis. Cengeng.” Gurau Damia sambil mengajuk semula perbuatan Ara. Pantas air mata diseka lalu tangannya mencubit lengan Damia.

“Aduh, nenek ketam dah datang…”

“Kak Mia tidur bilik Ara ajelah, ya? Tak payah tidur bilik tetamu. Teman Ara, okey?” Damia mengangguk. Mereka berdua tersenyum mesra.

***************

“Man, akak tak balik rumah hari ni.”

“Ya, ya. Engkau pun jangan lupa jugak. Jaga Fisa baik-baik. Jangan lupa tolong mak long dengan pak long. Hmm… hmm… okey. Assalamualaikum,” talian diputuskan. Damia membiarkan angin malam membelai lembut tubuhnya yang kini berdiri di balkoni bilik. Gadis itu memandang kosong langit yang terbentang. Penuh dengan bintang-bintang yang bergemerlapan. Seketika dia terpukau dengan keindahan ciptaan-Nya. Damia mengerling sekilas ke arah Ara yang baru keluar dari bilik air. Rambut yang basah, dilap menggunakan tuala.

Perlahan-lahan Damia melangkah masuk semula ke dalam kamar. Senyuman mesra dihadiahkan buat Ara.

“Tak baik mandi malam-malam. Boleh mengundang penyakit.” Lembut sahaja pertuturan Damia yang telah melabuhkan punggungnya di sisi katil.

“Mana ada mandi, kak. Ara basahkan rambut aje. Biar segar sikit. Biar masuk sikit ilmu kat dalam kepala otak ni.” Terang Ara sambil tersengih.

“Hmm… Akak, tadi papa macam berkenan aje dengan akak. Mesra aje layanan dia dengan akak. Mama pun sama. Dah cunlah ni,” Ara menampar lembut paha Damia sambil tersengih.

“Apa yang cun-cun?! Papa Ara berkenan dengan akak? Hello…” pantas tangannya menyentuh dahi Ara.

“Anda ni sudah kenapa, gamaknya? Mahu dikatakan demam, tetapi sihat walafiat pula,” sambung Damia lagi. Ara sekadar tersenyum.

“Hmm… apa-apa ajelah Kak Mia ni. Buat-buat tak faham pulak. Nah, ni. Kak Mia pergi tukar baju tidur ni,” Ara mengunjukkan sehelai gaun labuh berlengan pendek. Pantas huluran itu disambut. Dengan senyuman yang cukup lebar, Damia hilang di sebalik pintu bilik air.

***************

“Kak Mia tak tidur lagi?” suara Ara memecah tembok kesunyian di keheningan malam sekitar jam 1 pagi. Damia yang sedang khusyuk memandang skrin telefon bimbitnya di atas katil, memandang Ara yang sedang tekun mengulang kaji pelajaran di meja belajarnya. Pandangannya kembali fokus pada gajet itu.

“Tak. Ni, hah. Si Man ni tanya soalan Add Math. Dia mintak tolong akak ajarkan,” jawabnya perlahan.

“Umur adik akak tu, berapa?” Ara memandang Damia pelik. Gadis itu memberikan senyuman kepadanya.

“17,” ringkas sahaja jawapan yang lahir dari mulut gadis itu.

“Hah?! Sebaya Ara? Akak tak pernah cerita pun. Hmm.. by the way, bertuahnya dia dapat akak macam kak Mia. Boleh mintak tolong kalau tak faham,” Ara tersenyum lebar.

“Hmmph.. iyelah tu.” Damia bangkit. Perlahan-lahan dia menuruni katil lantas melangkah ke arah pintu bilik.

“Akak nak pergi mana?” Tanya Ara serta-merta.

“Pergi dapur. Minum air. Ara nak apa-apa ke? Alang-alang dah turun bawah ni,”

“Erm… akak tolong buatkan Ara air susu, eh.” Pinta Ara sambil tersenyum.

“Okey,” Sempat Damia memasang earphone di telinga sebelum pintu bilik ditutup rapat.

*****************

Tangannya lincah membancuh air susu. Lagu ‘Run! Run! Run!’ nyanyian Maki Otsuki yang didengar membuatkan dia benar-benar enjoy mendengarnya sehinggakan suasana yang berlaku di sekelilingnya langsung dia tidak sedar. Mulutnya turut menyanyi perlahan.

Hamidashita kimochi tsunagara nakute
Kimi no te o gyutto girikaesu yo
Hitori demo boku wa arukidasu kara
Tooku made zutto mitsumeteite ne

Kesa kara chotto kangaeteita
Doushi…

Nyanyiannya terhenti. Oii, mak! Apasal gelap pulak ni? Ada sepasang tangan menutup kedua belah matanya. Tiba-tiba, bau perfume menusuk rongga hidungnya. Damia sudah meremang. Pantas dia menanggalkan earpnone yang terpasang kemas di telinga. Telinganya dapat menangkap bunyi seseorang menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ dan seakan suara itu milik susuk tubuh di belakangnya. Suara seorang lelaki. LELAKI?!

Berbekalkan ilmu taekwando yang ada, Damia berjaya me‘merdeka’kan matanya daripada selamanya ditutup oleh tangan itu. Kini, gadis itu dapat melihat siapakah gerangan empunya tangan itu. Namun, hanya berbekalkan cahaya daripada lampu perhiasan yang terletak berdekatan dengan water cooler telah membataskan penglihatan Damia.

“Siapa kau?”

“Eh, dah tak kenal dah ke?” lelaki itu menghampiri suis lampu lalu menekannya.

“Ni ab… siapa kau?!” terbeliak mata Dameer Zhafran.

“Wait! Kau…” serentak mereka berkata.

“Encik Ameer!!”,“Cik Whatever!!” sekali lagi dua suara itu bergabung. Dameer pantas menarik rambut gadis itu manakala Damia pula menarik sekuat hati tali leher milik lelaki berkemeja itu.

“Aku dah cakap, nama aku bukan Cik Whatever! Ergh..!”

“Nama aku bukan Ameer lah, perempuan!” masing-masing tidak mengaku kalah.

“Erghh!!!”

“Abang?” muncul satu suara membuatkan pergerakan mereka berdua berhenti mendadak. Masing-masing mengalihkan pandangan ke arah punca suara tersebut. Terbeliak mata Damia memandang Ara dan… kedua ibu bapanya! Dia menelan liur. Aduh, buruklah imej aku lepas ni! Serta-merta pegangannya terlepas. Dameer turut melepaskan pegangannya.

“Err…”

*****************

“KAMI dengar bunyi bising dekat tingkat bawah, itu sebab kami turun,” beritahu Datin Diana. Damia menggigit bibirnya. Perlahan-lahan dia mengangkat pandangan. Memandang pasangan suami isteri itu. Jelas riak wajah bersalah.

“Saya mintak maaf sebab dah mengganggu Dato’, Datin.” Kini, suasana di ruang tamu itu betul-betul senyap. Angka di jam LED sudah bertukar kepada nombor dua.

Aduh… aku dah buat hal dekat rumah orang! Damia memarahi dirinya sendiri. Dia tahu, sepatutnya dia bertindak dengan matang tapi… haisyy…

“Hah, Dameer. Awalnya kamu balik. Bukannya kamu patut balik esok ke?” soal Dato’ Zaqwan kepada anak bujangnya.

“Dameer saja balik awal, Pa. Ingat nak buat surprise untuk Ara. Hari ni kan, birthday Ara. Tapi tak sangka pulak salah orang,” mata Dameer melirik memandang ke arah Damia. Damia membalasnya dengan jelingan maut. Ara di sebelah sudah tersenyum sumbing.

“Ara pelik bila kak Mia tak balik-balik. That’s why Ara turun untuk tengok.” Ara sudah tersenyum. Dia memandang Damia dan Dameer yang sudah berbalas-balas jelingan.

“Err… sempena birthday Ara ni, kakak dan abang kesayangan Ara tak ada sediakan apa-apa untuk Ara ke?”  seboleh-bolehnya Ara mencuba untuk meleraikan perang mata antara abangnya dan tutornya.

“Kek!”

“Susu!” kedua-duanya pantas menuju ke dapur.

“Err… Pa, Ma. Jom duduk dekat meja makan.”

“Ara, sayang. Nak celebrate pagi-pagi buta ni ke?” Tanya Datin Diana meminta kepastian.

“Ha’ah, Ara. Tak ngantuk ke?” Tanya Dato’ Zaqwan pula. Ara menggeleng.

“Tak apa. Esok cuti. Ara nak appreciate apa yang diorang dah buat untuk Ara.” Ara tersenyum. Mereka melangkah ke arah meja makan utama.

“Ishh.. ke tepi sikitlah,” rungut Dameer sambil menolak Damia. Badan gadis itu terdorong sedikit ke kanan. Damia membuntangkan kedua belah matanya. Dia memijak kaki Dameer yang masih lagi menyarung stokin sekuat hatinya sebelum cepat-cepat meninggalkan lelaki yang memegang kek coklat itu. Padan muka kau! Puas hati Damia.

“Ouchh!” Dameer mengaduh kesakitan.

“Besi ke kaki perempuan tu?” rungutnya sendirian sebelum dia kembali melangkah ke meja makan. 

“Dato’, Datin, jemput minum. Nah, Ara. Air susu buatan akak.” Air jus oren dihulur kepada Datin dan Dato’ manakala air susu dihulur kepada Ara. Belum sempat air itu diteguk, muncul satu suara mencelah.

“Ara, minum tu baca Bismillah. Baik-baik. Mana tahu ada perisa tambahan ke dalam tu.” Dameer muncul membawa kek. Ara sekadar tersenyum. Damia mencebik. Poyo betul mamat ni!

“Err… Ara lupa nak kenalkan. Kak Mia, abang. Abang, kak Mia. Dameer Zhafran, abang kesayangan Ara. Damia Nurnasifa. Tutor kesayangan Ara.” Senyuman Ara kian lebar. Terbuntang mata Dameer.

*************************

“Iya ke? Ara macam tak percaya aje.” Ujar Ara setelah mereka tiba di bilik. Tamat sudah parti kecil-kecilan yang diadakan sebentar tadi. Damia memandang Ara penuh keyakinan. Seketika dia mengangguk.

“Betul. Ara tak pernah cerita pada akak pun yang Ara ada abang. Mati-mati akak ingatkan yang Ara ni anak tunggal tau!”

“Ohh, sorry kak Mia. Ara ingatkan dah cerita.” Gadis periang itu sekadar tersengih. Damia membuat mimik muka tidak puas hati.

“By the way, kak Mia. Macam mana kak Mia boleh kenal abang pulak?” Tanya Ara ingin tahu. Damia terus menalakan wajahnya ke lantai. Keluhan halus terhembus keluar.

“Hari first akak sampai sini. Akak tak tahu rumahnya yang mana satu. So, akak tunggu dekat lorong pejalan kaki. Try call orang atas. Tanya semula alamat rumah ni yang masa tu tak berapa clear dalam kepala akak. So, akak tulis mesej bila dia tak angkat-angkat. Tiba-tiba…”

“Tiba-tiba?”

"Abang Ara terlanggar akak.”

“Wah, sweetnya!”

“Ergh… tapi, lepas tu dia terus aje lari.”

“What? Tanpa minta maaf langsung dekat akak?” Damia mengiyakan.

“Itu, akak tak kesah sangat. Tapi masalahnya, masa pelanggaran tu, phone akak tercampak ke jalan raya. Lepas tu terus rosak. Apalagi, akak pun kejarlah dia.”

“Bila dah jumpa, kitorang pun cakap-cakap sikit.” Cakaplah sangat! Sambung hati Damia.

“Pastu dia ‘cakap’ yang dia ingatkan akak ni mamarazzi yang tengah kejar dia and bla bla bla. Something like thatlah. Akak dengar aje. Last-last dia bayar ganti rugi atas kerosakan phone akak. The end.” Ara mengangguk faham.

“Belakangan ni, abang asyik kena kejar dengan paparazzi aje. Awal-awal dia cebur bidang ni, ada pihak tak bertanggungjawab buat satu berita palsu pasal dia. Habis semua paparazzi kejar dia.”

“Berita palsu?”

“Keluar dekat majalah business bulan lepas, tajuknya, ‘Di Mata Pemuda Ini Hanya Ada Dia’. Itulah berita palsunya. Abang tak pernah kata apa-apa pun. Kitorang pun tahu ianya tak betul. Cuma itulahkan, pihak-pihak lain yang tak tahu? Akhirnya mereka percaya.” Keluh Ara.

******************

Lamunannya terhenti tatkala lagu kegemarannya mula didendangkan. Damia menghayati lagu ‘Talking To The Moon’ menerusi earphone putihnya yang senantiasa terpasang di telinga. Dia membuang pandangan ke langit, merenung bulan yang mengambang penuh kala ini. Perasaan rindu pada ibu ayahnya yang berada di seberang laut sana tiba-tiba menggamit sanubari. Hatinya rawan.

*********************
Damia tersedar daripada lenanya. Segera dia melihat jam yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katil. 6:15 pagi. Gadis itu lantas bangkit untuk mempersiapkan diri dan menunaikan solat subuh di bawah kesuraman cahaya lampu tidur. Setelah selesai, Damia segera mengemas semua barang-barangnya dengan senyap. Dia pun tidak tahu mengapa tetapi hatinya mendesaknya untuk segera meninggalkan rumah ini.

Damia memandang Ara, masih lagi lena dibuai mimpi. Gadis yang menyarung kot labuh itu sekadar tersenyum memandang wajah Ara yang jelas kepenatan. Senyuman manisnya berubah menjadi kelat. Hatinya bertekad untuk melupakan kemesraannya dengan keluarga ini dan akan bertindak selaku tutor biasa selepas ini. Tanpa berfikir panjang, akhirnya dia keluar daripada bilik tidur yang cantik itu dan seterusnya keluar daripada rumah banglo tersebut. Langsung tiada siapa yang perasan akan pemergiannya kecuali Mak Mah.

Damia menapak perlahan di bahagian lorong pejalan kaki. Dia memandang belakang. Ternyata dia sudah jauh meninggalkan rumah tersebut sehingga kediaman itu langsung tidak kelihatan di pandangan mata. Dia memandang jam di tangannya. 10 minit sebelum pukul tujuh pagi. Damia kini berada di deretan kedai-kedai yang terletak di pintu gerbang taman elit ini. Gadis itu perlahan-lahan menapak ke arah kedai 24 jam Seven Eleven yang terdapat di situ.

Gadis berkot labuh itu menuju ke arah bahagian roti dan jem disusun. Damia kemudiannya mengambil dua pek roti coklat sambil itu matanya memandang ke arah susunan majalah-majalah terletak bersebelahan dengan bahagian roti. Berkerut sedikit dahi gadis itu membaca tajuk utama sejenis majalah gossip. Dia meletak semula roti yang diambilnya lalu mengambil pula satu majalah yang berjaya menarik perhatiannya.

“Ini…” membulat matanya. Lidahnya kelu serta-merta. Damia cuba bertenang. Gadis itu bergegas ke kaunter untuk membayar harga majalah tersebut.  Memang tepat pada masanya, bas tiba sebaik gadis itu menghampiri pondok bas.

Damia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak! Tak mungkin. ‘Di Hati Dameer Memang Ada Dia’. Itulah tajuk yang benar-benar menyesakkan dadanya kini. Dia langsung tidak kisah tentang lelaki tersebut.

Namun, gambar muka hadapan majalah itu adalah sewaktu Dameer menariknya lari daripada paparazzi-paparazzi tersebut.

Kamera tersebut berjaya menangkap separuh wajahnya yang ketika itu tidak faham mengapa dia harus berlari bersama. Keluhan kasar terhembus keluar. Haish… cukuplah aku dah menyusahkan keluarga diorang pasal semalam. Kenapa muka ni lagi yang menyusahkan keluarga diorang? Ya Allah…

Damia bangun, keluar dari kamar tidurnya. Aku ada idea! “Man, tolong bawak akak pergi pejabat sekejap. Right now!” pinta Damia setelah kelibat adiknya kelihatan di ruang tamu. Berkerut sedikit dahi Nuqman melihat kakaknya yang agak tergesa-gesa itu.

“Pejabat mana?”

“Pejabat tempat akak kerja.”

“Ooh, okey. Jom!” Danial Nurnuqman pantas bangkit. Dia menutup bukunya dan bersiap untuk menghantar kakaknya menaiki motorsikal.

***************

“Ara, panggil si Mia turun sarapan sekali,” arah Datin Diana. Kelihatan muka Ara cemberut.

“Kenapa ni?” Tanya Dato’ Zaqwan melihat wajah anak bongsunya.

“Kak Mia dah baliklah, Ma.” Ringkas sahaja jawapan Ara.

“What? Takkanlah. Mama bangun pukul enam setengah pagi, tak ada siapa pulak yang keluar rumah.” Ara sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Yang dia pasti, dia bangun sahaja dari tidur, Damia sudah tiada dan juga barang-barangnya.

“Morning, ma, pa.” sapa Dameer yang sedang menuruni anak-anak tangga menuju ke arah meja makan utama.

*************

“Maksud akak, ini semua cerita yang direka oleh pihak media?” Tanya Nuqman inginkan kepastian. Damia sekadar mengangguk. Nafisa dipangkuannya dirangkul kemas.

“Ya. Diorang seboleh-bolehnya nak cari berita hot tentang lelaki tu. Tapi,bila hasil yang dia dapat kurang memuaskan, diorang buat cerita sendiri untuk bagi syarikat diorang naik sebab berita yang direka.”

“Tapi, berita palsu ni bukan aje dah heboh dekat bunia perniagaan, malah ia dapat memancing tarikan daripada paparazzi-paparazzi majalah gossip.” Jelas Damia tanpa selindung.

“Maknanya, Mia secara tak langsung turut terlibat samalah ni?” Kedengaran suara Danial Nurnaqif, anak sulong keluarga itu bersuara. Damia mengangguk. Bercerita tentang masalahnya pada adik-beradiknya memang sudah menjadi sikap semulajadinya.

“Oh ya, pak long dengan mak long pergi mana?” Tanya Naqif yang sebenarnya baru pulang dari taman rekreasi.

“Pasar.” Jawab kedua-duanya serentak.

“So, akak berhenti kerja sebab nak cuba lari dari dioranglah ni?” teka Nuqman.

“Erm… Akak bukan nak lari daripada diorang tapi, akak tak nak susahkan diorang. Kalau akak still mengajar kat situ…”

“Ia akan menambahkan lagi kontroversi,” perlahan Naqif meluahkan pendapatnya. Damia sekadar tersenyum dan mengangguk.

“So, bila akak dah tak kerja, diorang boleh menafikan kewujudan akak dalam family tu, right?” Nuqman mula dapat menangkap motif segala tindakan kakaknya.

“Nampaknya macam tulah,”

********************

“Assalamualaikum,” seseorang memberi salam dari luar sebelum menapak masuk ke dalam. Kelihatan seisi keluarga itu sedang duduk bersantai di ruang tamu. Masing-masing memandang ke arah punca suara yang memberi salam. Salam suci itu dijawab.

“Uncle, Aunty, Meer.” Seseorang bersalaman dengan Dato’ Zaqwan dan Dameer sebelum dipersilakan duduk oleh tuan rumah.

“Eh, Ara pun ada,” lelaki itu menyapa Ara namun gadis itu sekadar mencebik. Lelaki itu tersenyum, seakan langsung tidak terasa.

“Eh, Mi! Bila kamu balik Malaysia?” Tanya Dato’ Zaquan ramah kepada Dzulfiqar Nadjmi, anak kepada kawan karibnya. Datin Diana sudah bangkit menuju ke dapur diikuti anak bongsunya.

“Dah lama lah jugak, Uncle. Dalam minggu lepas. Dameer tak ada bagitahu ke?” tanyanya ramah sambil mengerling ke arah Dameer Zhafran yang pura-pura khusyuk membaca akhbar.

“Anak Uncle yang sorang ni memanglah! Dia langsung tak ada bagitahu Uncle pun.” Nadjmi sudah ketawa perlahan.

“Oh, ya. Saya datang sini nak tunjukkan sesuatu.” Nadjmi menunjukkan majalah yang dibawanya. Ketika ini, Datin Diana dan Ara tiba di tempat mereka dengan menatang dulang yang berisi air minuman dan sedikit kek.

Masing-masing terkaku tatkala terpandang wajah hadapan majalah hiburan itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat dan dibacanya kini.

“Eh, itukan kak Mia,” suara Ara begitu perlahan, tenggelam dalam situasi yang sunyi itu.

“Dan… abang?”

*******************

"Dameer, kamu dapat jumpa Mia?” Tanya Datin Diana sebaik kelibat anak sulongnya memasuki rumah. Dameer menggeleng lemah. Keluhan berat terhembus keluar.

“Ma, kenapa nak kena carik jugak budak tu?” Tanya Dameer yang sudah duduk di sofa. Seketika, suasana sunyi dipecahkan dengan deringan telefon rumah dan telefon bimbit milik Dameer serentak. Namun, panggilan itu langsung tidak diendahkan seorang pun penginap rumah tersebut. Mereka sudah sedia maklum bahawa panggilan itu datangnya daripada pihak-pihak media.

“Dameer, kita kena cari dia jugak. Benda ni kena settlekan melalui kedua-dua belah pihak.” Terang Dato’ Zaqwan yang turut berada di situ. Dzulfiqar sudah lama meminta diri.

“Ma, Pa, kan Dameer dah cakap. Kitorang bukannya ada apa-apa hubungan pun. Semua yang berlaku langsung tidak disengajakan.”

“Dameer, disebabkan kamu dan Mia tak ada apa-apa hubungan, jadi kamu kena jumpa dia dan buat satu persidangan media. Beritahu duduk perkara yang sebenar.” Datin Diana menjelaskan. Ara disebelah sekadar membisu.

“Apa yang susah sangat Ma, just say to them, that girl doesn’t exist in our life. It just a small incident.”

“Hah, bagus sangatlah kalau Dameer cakap macam tu. Lepas tu Dameer ingat diorang senang-senang ke nak percaya. Entah-entah lepas tu diorang hantar orang cari si Mia. Sebab kalau Dameer keluarkan statement macam tu aje, ia akan membuatkan banyak pihak menanggung malu dan rugi.” Jelas Datin Diana panjang lebar. Dameer mengeluh.

“Habis diorang tak fikir pulak pasal kita?” Tanya Dameer tidak puas hati.

“Dameer Zhafran, inilah realiti dunia,” beritahu Dato’ Zaqwan ringkas. Kedengaran Dameer merengus kasar.

“Kamu dah pergi pusat tuisyen tu, Meer?” Tanya Datin Diana.

“Dah. Tapi, pengurus tu sikit pun tak nak bagitahu maklumat pasal perempuan tu. And I have a bad news to share with you all.”

“Apa dia?”

“Budak tu dah letak jawatan.”

“What?!” Ara merenung abangnya meminta kepastian. Matanya sudah bergenang. Itulah perkara yang mengganggu fikirannya kala ini. Wajahnya yang putih melepak itu sudah kemerahan menahan tangisan.

“Kenapa kak Mia sanggup buat macam ni?” akhirnya, tumpah jua permata jernih itu. Datin Diana sudah memeluk erat anak bongsunya. Ini sudah kali kedua dia ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. Sayu hati Dameer yang melihat keadaan satu-satunya adiknya. Esakan Ara kian jelas. Dameer bangkit dari duduknya lalu berlalu pergi. Datin Diana dan suaminya hanya memerhatikan tindakan anak mereka tanpa tergerak untuk bertanya.

**************************

“Saya nak mintak tolong encik,” Dameer memandang lelaki yang agak berusia itu. Lelaki itu sekadar menggeleng.

“Saya tak akan bagitahu apa-apa maklumat tentang Damia. Awak balik sajalah,” tegas Encik Iqram memberitahu. Dameer mengeluh kesal.

“Tolonglah encik. Saya amat perlukan maklumat pasal dia. Sikit pun tak apa,” Dameer masih cuba berusaha untuk memujuk. Sekali lagi gelengan yang dihadiahkan oleh Encik Iqram.

“Saya tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni, tapi yang saya tahu, Damia pesan macam tu pada saya. Jadi, saya mintak maaf.” Suara Encik Iqram kedengaran mendatar. Dameer tunduk. Hatinya benar-benar marah dengan tindakan Damia yang pergi tanpa sebarang jejak. Ara pula langsung tidak pernah tahu alamat rumah tutornya. Dan sesuatu mula bermain di dalam fikiran Dameer iaitu Damia sudah tahu tentang berita di majalah itu!

“Tak apalah, Encik Iqram. Saya balik dulu. Berpuas hatilah encik dengan janji encik pada perempuan tu sedangkan perempuan tu dah buat adik saya menangis.” Dameer bangkit dan melangkah ke pintu namun langkahnya mati pabila namanya dipanggil. Dameer sekadar menjeling ke arah lelaki yang sudah serba salah itu.

“Err.. awak boleh datang ke sini pagi lusa. Dia akan datang untuk ambil gaji terakhirnya.” Beritahu Encik Iqram ringkas sebelum Dameer hilang di sebalik pintu biliknya. Lelaki berkaca mata itu menghempaskan keluhan.

*************************

“Abang nak buat apa bawak Ara pergi ke pusat tuisyen ni? Siap buatkan surat cuti untuk Ara lagi,” Ara memandang wajah abangnya dengan penuh tanda tanya. Dameer sekadar diam memarkir BMWnya sedikit jauh daripada pusat tuisyen itu.

“Dah, jom keluar.” Arah Dameer setelah agak lama membisu. Dahi Ara berkerut sedikit.

“Keluar aje. Nanti Ara tahulah.” Akhirnya, Ara keluar daripada perut kereta. Serta-merta matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya yang baru sahaja keluar daripada pusat tuisyen tersebut. Pantas Ara berlari ke arah Damia tanpa sempat Dameer menegahnya.

“Kak Mia!” Damia tersentak mendengar suara itu. Dengan berat hati gadis itu berpaling lantas tersenyum tawar. Kelihatan Ara berlari anak ke arahnya diikuti Dameer yang sekadar jalan bersahaja.

Tidak semena-mena tubuhnya dipeluk erat oleh Ara. Damia terkedu. Perlahan-lahan, pelukan itu dileraikan.

“Ara rindu kak Mia sangat-sangat.” Ara tersenyum lebar. Damia sekadar tersenyum kelat.

“Err… apa Ara buat dekat sini? Bukan ke hari ni sekolah?” Damia bertanya aneh. Ara mengalihkan pandangannya ke arah Dameer yang baru tiba.

“Abang yang bawak.” Pandangan Damia dan Dameer bertaut. Langsung tiada senyuman terlakar.

“Err… kak Mia nak balik rumah ke?” Ara bertanya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Damia memandang Ara.

“Err… tak. Err.. ha’ah.” Damia mengangguk sedikit. Dia melarikan pandangannya. Sejujurnya, dia takut untuk mendengar pertuturan Ara seterusnya iaitu…

“Jomlah, kitorang hantarkan.” Damia menelan liurnya.

“Err… tak payahlah. Buat susah-susah aje. Akak boleh balik sendiri naik…”

“Bas? Bahayalah, kak. Tak apa. Tak susah pun. Jom,” Ara sudah memaut lengan Damia tanpa gadis itu sempat berkata apa-apa. Mereka bertiga melangkah ke kereta. Damia segera mengambil tempat penumpang di bahagian belakang sebelum Ara menyuruhnya duduk di sebelah pemandu. Dan sepantas itu juga dia menyarung earphone putihnya itu ke telinga serta pandangannya ditalakan ke jalan raya.

***********************

“Err… terima kasih hantarkan.” Ucap Damia setibanya kereta mewah itu tiba di luar pintu pagar rumahnya. Dia sudahpun membuka pintu dan mahu melangkah keluar. Tiba-tiba, enjin kereta dimatikan. Erk? Damia sudah cuak dan bertambah cuak pabila melihat Dameer dan Ara juga membuka pintu. Gadis itu menggigit perlahan bibirnya. Perlahan-lahan dia pun melangkah keluar. Ara sekadar tersenyum.

************************

“Assalamualaikum,” Damia mengucapkan salam suci itu setelah selamat menjejakkan kakinya ke dalam rumah. “Jemputlah masuk,” dia mempelawa dua orang tetamu itu kemudiannya.

“Hah, Mia! Kita akan pergi bi…” Daniel Nurnaqif yang baru muncul agak terkejut melihat tetamu yang hadir. Adiknya sudah membuat isyarat mata.

"Ooh.. err.. hai,” ujar Naqif sedikit tergagap. Dia pun mengambil tempat di kalangan mereka bertiga yang sudah duduk di ruang tamu.

“Ni Naqif, abang saya. Abang, ni Ara. Yang itu… err…” belum selesai Damia memperkenalkan, Dameer terlebih dahulu berjabat tangan dengan Naqif.

“Dameer Zhafran,” ujarnya ringkas.

“Danial Nurnaqif.” Ringkas sahaja perkenalan itu.

“Korang tunggu sini, ya. Saya nak pergi buat air,” Damia baru sahaja hendak bangun namun dipintas oleh abangnya terlebih dahulu.

“Eh, tak apa. Mia duduk sini. Biar abang yang buat. Korang semua, berbuallah,” secepat itu juga Naqif sudah berlalu pergi. Keadaan di ruang tamu agak sunyi. Setelah agak lama membisu, Ara berdehem sedikit.

“Err… kak Mia, kenapa ada banyak beg dekat pintu tadi? Parents akak dah balik umrah ke?” tanya Ara. Wajah polos anak bongsu Datin Diana itu menyebabkan Damia serba salah untuk memberitahu perkara sebenar.

“Err… tak. Itu..” Damia melarikan anak matanya daripada tatapan Ara dan Dameer. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dihembusnya perlahan-lahan.

“Ara, actually, this is my last day in this country.” Ara sudah tergamam. Serta-merta wajahnya kemerahan. Dia menekup mulutnya. Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi gadis molek itu.

“Err… now, I’m a lecturer at UOT. I got the offer and accepted it,” Damia menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuk melihat wajah Ara, insan yang disayanginya menangis. Sungguh, mereka terlalu rapat seperti adik-beradik.

“Kau tahu, kan pasal gossip tu?” akhirnya Dameer pun bersuara. Tersentak Damia dibuatnya. Lambat-lambat gadis itu mengangguk. Kedengaran keluhan daripada kedua-dua insan itu.

“Dan kenapa kau cuba melarikan diri daripada kami? Kau takut?” tegas suara Dameer. Sedikit bernada memperlekeh. Matanya merenung ke arah Damia. Renungan itu dibalas.

“Aku tak takut sikit pun,” tegas juga suara Damia. Ara sudah teresak ditenggelami perasaannya sendiri.

“Dah tu, kenapa kau perlu lari? Kau tahu tak, perbuatan bodoh kau ni tak ubah macam kau iyakan gossip liar tu!” suara Dameer sedikit meninggi. Dia sudah lama marahkan gadis di hadapannya itu. Membulat mata Damia.

“Saya dah fikir masak-masak tentang tu. Perbuatan saya tak bodoh, Ameer! Kalau saya tak hadir lagi dalam keluarga awak tu, you can say to the public that my character doesn’t exist in your life. Never exist! And that girl in the picture was your sister!” lantang suara Damia, langsung tidak goyah untuk berhujah. Dia bangkit. Matanya masih mencerlung memandang lelaki itu.

“It easy, right?” suaranya agak tertekan di kerongkong.

“No! It doesn’t easy as you think because this is reality, not fantasy! World reality!” Dameer tidak mahu kalah. Lelaki itu turut bangkit. Digempalkan penumbuknya sekuat yang mungkin, cuba menahan amarah kerana terpaksa jua menelan hakikat realiti yang pahit untuknya.
           
“You should…”

“Stop! Stop it! Enough!” Air mata yang mengalir deras tidak diseka. Matanya memandang kedua-dua insan yang disayanginya. Mukanya kemerahan dan kepala yang berdenyut langsung tidak dihiraukan.
Kelantangan suaranya membuatkan yang lain tergamam.

“Kak Mia, Ara merayu. Tolonglah jangan tinggalkan Ara lagi. Ara mohon. Jangan tinggalkan Ara lagi. Ara tak sanggup,” Ara sudah melutut di lantai yang beralaskan permaidani itu membuatkan Damia terkedu. Cubaan untuk menahan air mata daripada gugur tidak berjaya.  Akhirnya mengalir jua permata jernih itu. Dameer mendapatkan adiknya. Cuba menenangkan Ara.

“Ara…”

Kring!!

Kring!!

Semua perhatian teralih pada telefon rumah yang berdering. “Maafkan saya,” pantas Damia mengangkat ganggang telefon yang berdekatan dengannya.

“Hello, Assalamualaikum.” Ucap Damia, cuba mengawal nada suaranya.

Membulat mata Damia. Pantas tangan kirinya menekup mulutnya. Air mata deras mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Akhirnya gadis itu terduduk di lantai dan ganggang telefon sudah terlepas daripada pegangan. Dia menangis teresak-esak.

Muncul pula Naqif lalu mendapatkan adiknya yang sudah bersandar di dinding dengan air mata yang sudah melencuni pipinya. Sebenarnya, Naqif sudah lama berada di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dengan ruangan yang lain. Dia sekadar mencuri dengar perbualan mereka bertiga. Ara dan Dameer tertanya-tanya dengan perubahan mendadak Damia.

“Mia, kenapa ni?” tanya Naqif setelah dia meletakkan kembali telefon itu ke posisinya.

“Ayah… ibu… mereka dah… tak ada,” beritahu Damia dalam keadaan teresak-esak. Berita yang disampaikan daripada pihak pengurusan jemaah umrah Malaysia itu benar-benar merentap seluruh jiwa raganya. Naqif segera meraup wajahnya.

“Jenazah mereka… diuruskan oleh pihak pengurusan… kematian Masjidil Nabawi,” dalam sendu, dia menggagahkan jua dirinya untuk bersuara.

Ara yang mendengar berita buruk itu pantas merangkak mendekati Damia. Tubuh yang lemah itu dipeluknya erat. Cuba menenangkan hati gadis itu.

“Akak, bersabarlah. Yang pergi tetap pergi, walaupun perit.” Perlahan sahaja pertuturan Ara. Tangisan Damia tetap tidak berhenti. Pelukan Ara juga tidak lepas. Lama. Sehinggalah Damia terasa badan Ara semakin berat.

“Ara?” Damia menggoncangkan badan Ara.

“Ara!”

*******************

“Dameer!” kedengaran suara Dato’ Zaqwan dan Datin Diana di kejauhan. Jelas riak penuh kerisauan menghiasi segenap wajah mereka yang sudah berusia. Dameer mendapatkan kedua orang tuanya.

“Macam mana dengan keadaan Ara?” tanya Datin Diana agak cemas.

“Sakit dia datang menyerang. Tapi, keadaan dah beransur pulih. Suhu badan dia dah turun sikit. 42 ke 39 darjah celcius.” Keluh Dameer mengenangkan keadaan adik kesayangannya. Pantas kedua pasang suami isteri itu melangkah masuk ke dalam wad. Naqif sudah pun pulang ke rumah untuk memberitahu berita kematian kepada kaum kerabat yang lain.

Pintu dikuak daripada luar namun, langkah mereka terhenti tatkala terpandangkan Damia yang sudah dilencuni air matanya, duduk di sisi Ara. Gadis kecil itu mengusap perlahan bahu Damia, cuba menenangkan.

“Err… Damia,” panggil Datin Diana lembut. Damia yang tersedar pantas menyeka air matanya. Dia menghadiahkan senyuman kepada pasangan suami isteri itu. Cuba menyembunyikan kesedihan yang menyelubungi. Namun, mukanya yang jelas kemerah-merahan itu tidak berjaya disingkirkan.

“Datin, Dato’,” Damia bangkit, senyuman cuba dimaniskan lagi, seboleh-bolehnya. Tanpa sempat gadis itu berkata apa-apa, dirinya ditarik ke dalam rangkulan Datin Diana. Hangat. Air mata mengalir lagi. Jujur, dia amat merindui pelukan seorang ibu. Air mata terus-terusan mengalir. Mengalir dan mengalir.

“Sabar ya, sayang.” Datin Diana yang sudah mengetahui musibah yang melanda Damia cuba menenangkan gadis yang mengajar anak bongsunya.

Damia tidak berkata apa-apa. Pelukan dirungkaikan. Datin Diana memandang Damia Nurnasifa. Lama. Akhirnya, wanita itu mengucup lembut dahi licin gadis itu.

“Be our family, Mia,” bisik Datin Diana lembut. Matanya berkaca. Pantas juga gadis itu meminta diri.

Dameer yang sudah lama bersandar di daun pintu sekadar memerhatikan adegan yang berlaku. Namun, tidak pula dia mendengar apa yang dibisikkan oleh mamanya pada Damia. Kelihatan gadis berbaju kurung cotton itu menuju ke arahnya. Sudah semestinya berniat hendak keluar daripada situ. Gadis itu sekadar menunduk. Tatkala melintasi Dameer, tangannya direntap. Namun, tidak pula dia melawan. Mereka berdua keluar daripada bilik itu. Dameer merenung wajah kemerah-merahan Damia. Lama.

“Be my wife,” ringkas sahaja ayat Dameer Zhafran membuatkan mata Damia terbuntang. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Saya nak balik,” ujar Damia ringkas sebelum cepat-cepat gadis itu berlalu pergi meninggalkan Dameer keseorangan.

“For the sake of my sis,” bisik Dameer seorang diri. Sekadar melihat susuk tubuh Damia dari kejauhan.

********************

“Man, ada nampak abang…” Damia menuju ke ruang tamu. Terkedu dia tatkala terpandangkan tetamu yang hadir. Abang dan adiknya juga turut berada di situ, melayani tetamu itu. Pandangan Damia tumpah pada keluarga berada itu seorang demi seorang, hanya Ara sahaja yang tiada, masih ditahan oleh pihak hospital. Semua yang ada memandang Damia. Perlahan-lahan, gadis itu menyalami Datin Diana sambil tersenyum tawar. Wanita itu tidak melepaskan pegangannya. Lembut pandangan matanya memandang Damia yang jelas keresahan.

“Damia nak ke mana ni? Pakai cantik-cantik,” walaupun dia sudah sedia maklum, namun wanita itu sekadar mahu bertanya.

“Err… Datin, Dato’ dah lama sampai ke?” Damia tersenyum sumbing. Sengaja pertanyaan itu dibalas dengan soalan. Dia segera mengambil tempat di sebelah abang dan adiknya.

“Taklah, kami baru aje sampai. Datang sini nak jumpa Damia. Nak bincang pasal gossip tu. Harapkan si Dameer ni, memang mustahil.” Dato’ Zaqwan pula mencelah. Datin hanya tersenyum. Sekali lagi Damia tersenyum tawar. Matanya sesekali mengerling ke arah jam tangannya.

“Damia kenapa? Macam ada masalah aje,” Datin Diana bertanya. Damia yang tersedar segera memandang wanita itu.

“Err… Datin, Dato’, maafkan saya, sebenarnya kami tak boleh lama. Saya…” Dato’ Zaqwan menjongketkan sebelah keningnya. Damia semakin tidak keruan.

“Err…” just say it! Hatinya membentak.

“Saya nak balik Jepun, Dato’, Datin.” Dia memberanikan dirinya, menatap wajah-wajah yang memandangnya kini.

“Saya tak nak susahkan orang yang saya sayang lagi, Datin, Dato’,” sambungnya lagi.

“Ooh, kalau macam tu, tak apalah. Kami minta maaf sebab mengganggu. Kami balik dululah ye,” Datin Diana dan Dato’ Zaqwan sudah bangkit. Wanita itu sekadar tersenyum kelat. Damia menggigit bibirnya. Dia mulai dihimpit rasa bersalah. Lambat-lambat, Dameer Zhafran bangkit, mengikut langkah ibu bapanya ke pintu utama. Damia serta adik beradiknya sudah bangun dari duduk. Turut menghantar tetamu ke muka pintu.

Tiba-tiba, Dameer yang sudah berada di beranda rumah duduk melutut menghadap Damia serta abang adiknya. Mereka tergamam. Terbeliak mata Damia. Dameer sekadar memandang ke lantai. Kemudian perlahan-lahan dia membongkokkan sedikit badannya.

“Kahwini saya,” hanya sekadar dua perkataan. Namun, begitu dalam maksudnya. Perlahan namun sudah cukup untuk membuatkan semua yang ada mendengarnya. Mereka sudah tergamam, termasuk Dato’ Zaqwan serta isterinya.

Damia menekup mulutnya. Mukanya sudah kemerah-merahan. Ingatannya pada arwah bonda tercinta serta-merta menjelma.

‘Ifa, sayang. Ibu sayang anak perempuan ibu yang seorang ni. Tahun ni, ibu nak Ifa kahwin. Dunia makin hari makin mencabar. Perkembangan teknologi yang begitu meluas. Amat sukar untuk ditafsir. Jadi, ibu tak nak anak ibu terjebak dengan semua itu. Ibu harap Ifa dapat suami yang baik, yang boleh mendampingi Ifa. Dia akan datang, Ifa. Akan datang. Di saat senyuman langsung tidak terlakar di wajahmu, sayang.’ Senyuman di wajah tua itu begitu menggamit kenangan. Air mata Damia menitis. Gadis itu terjelopok ke lantai. Dameer adalah bayangan kata-kata ibunya. Perlahan-lahan, Damia mengangguk.

*******************

“Aku terima nikahnya Damia Nurnasifa binti Ahmad Naim dengan mas kahwinnya RM 7 000 tunai,” ucap Dameer Zhafran, terang dan jelas.

“Sah?”

“Sah!”

“Alhamdulillah,” maka beramai-ramailah mereka menadah tangan memohon keredhaan dan berkat daripada Yang Maha Satu.

******************

Dameer menganggkat beg-beg lalu dibawa masuk ke dalam sebuah rumah banglo. Damia yang hanya menarik beg bagasi terhenti seketika pergerakannya. Dia ralit melihat kemegahan banglo itu. Perlahan-lahan kaki itu melangkah masuk ke dalam rumah.

Kemas. Cantik. Itu sahaja perkataan yang terlintas di fikirannya. Nampak macam sebuah rumah yang begitu dijaga rapi. Kelihatan Dameer turun daripada tangga.

“Welcome to this house. This is my house and will become our house.” Damia hanya meliarkan pandangan. Malas hendak bertatapan dengan lelaki itu. Dameer sekadar mencebik. Kalau nak diikutkan, dia langsung tidak mahu berkata apa-apa. Tapi, nak buat macam mana sebab ada orang ketiga.

“Abang!” Ara masuk dengan senyuman yang lebar sehingga ke tengkuk. Bahagia sungguh dia. Kebahagiaannya semalam, sewaktu Damia dan Dameer diijabkabulkan masih lagi belum surut. Serasa dialah manusia paling bahagia dalam dunia ini.

Dan juga orang keempat.

Nuqman mengesat sedikit peluhnya. Beg-beg ditangan diletakkan di hadapan pintu. “Ini yang terakhir!” beritahunya.

Biasanya, hari pertama pasangan baru bernikah, hanya duduk berdua-duaan. Menikmati kisah cinta mereka bersama. Namun, tidak pula bagi kisah hidup insan bernama Damia Nurnasifa. Nak nikmati kisah cinta bersama dengan lelaki tu? Talk to my hand! Damia sekadar mencebik sebelum melangkah naik ke atas.

Damia mula berfikir. Kenapa hari itu, dengan sewenang-wenangnya dia mengatakan kata setuju pada lamaran lelaki itu. Sedangkan, dia tidak pernah mengenali lelaki itu dengan rapat. Malah turut membencinya saban hari. Damia sekadar mengeluh. Sesungguhnya, bukanlah dia yang berkuasa untuk memerintahkan anggota tubuh badannya untuk melakukan itu dan ini. Semua yang berlaku dengan kehendakNya.

Persetujuannya telah membuatkan semua perancangannya terbatal secara automatiknya. Penerbangannya ke Jepun dibatalkan serta-merta. Dia juga telah memberitahu pihak pentadbiran universiti Tokyo bahawa dia tidak jadi bekerja. Semua itu atas arahan Dameer Zhafran, suaminya. Hatinya kini berharap agar rumah tangga yang dibina tanpa tunggak utama ini sekadar bertahan untuk beberapa ketika. Dia tidak mahu menghabiskan sisa hidupnya dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

“Jangan risau, kak Mia. Lepas ni, kita buat ice breaking, eh?” Ara menampar lembut bahu Damia daripada belakang seakan gadis kecil itu mampu mendengar luahan hatinya. Senyuman lebar dibibir Ara membuatkan Damia tersenyum, walau hakikatnya berbeza jauh disudut hati gadis berambut melebihi paras bahu itu. Ara sudah mengambil tempat di hadapan Damia yang kini duduk di ruang tamu di tingkat kedua. Dameer dan Nuqman pula berada di ruang tamu utama. Ya! Itulah tujuan budak berdua itu datang ke sini. Untuk buat ice breaking. Ara mewakili Dameer dan Nuqman pula mewakili Damia.

“Hmm… Ara mula ya, kak.” Damia mengangguk dan tersenyum.

“Nama abang, Dameer Zhafran. Umur dia 26 tahun. Tarikh lahir, 11 Julai.” Ara memulakan.

“Dia student astronomy. Dia suka sangat dengan ilmu falak. Dia selalu inform kat Ara bila ada komet nak turun, hujan tahi bintang, gerhana dan macam-macam lagi,” Ara meleretkan senyuman. Damia sekadar menjadi pendengar yang setia. Ilmu falak? Hmm… not bad.

“Tapi, kasih sayang pada keluarga lebih berharga pada abang. Dia tolak tawaran bekerja di NASA, Amerika Syarikat semata-mata papa suruh dia bekerja dengan papa. Walaupun abang sekadar menurut, namun, Ara tahu yang dia tidak bahagia masa tu. Sehinggalah 2 tahun yang lepas, dia bertemu dengan Mia Amalina, PA dia yang baru pada masa itu.” Redup sahaja pendangan Ara. Dia melemparkan pandangannya di meja kaca itu walau hakikatnya, otaknya kini sedang memutarkan kenangan dahulu. Berkerut sedikit dahi Damia. Mia Amalina?

“Hidup abang berubah bila jumpa kak Mia. Kak Mia, gadis biasa, bertudung dan cukup lemah lembut orangnya. Dia sangat baik dan cukup simple orangnya. Pertuturannya tidak pernah kasar. Abang begitu sayangkan kak Mia. Sama jugak mama dan papa. Dan mereka pun bertunang,” Ara semakin galak bercerita tentang kisah silam abangnya. Sehingga dia tidak sedar pada siapa dia bercerita. Damia menggigit bibirnya. Ada perasan tidak enak sedang menguasai fikirannya kini.

“Rumah ni, papa bagi pada abang sebagai hadiah perkahwinan abang dengan kak Mia. Tapi, kasih sayang mereka tidak berpanjangan,” Ara termenung. Damia pula sibuk melawan perasaannya.

“Kak Mia dah meninggal dunia,” perlahan sahaja pertuturan Ara. Damia tersentak mendengar kenyataan itu. Wanita yang dicintai suaminya telah meninggal dunia. Ya! Itu adalah satu kenyataan.

“Dia kena langgar lari, seminggu sebelum majlis pernikahan diorang,” mata Ara sudah bergenang. Gadis itu memandang sayu pada Damia.

“Sebab itulah Ara tak nak kehilangan kak Mia sekali lagi,” gadis itu tersenyum manis.

******************

“Tarikh lahir kak Mia, 7 November. Dia ni seorang yang baik. Jujur Man cakap, dia memang baik. Lebih pentingkan kebajikan orang lain daripada diri dia sendiri. Sebab tulah, dia ramai peminat. Dia ni jugak, pandai orangnya.” Dameer sekadar menyembunyikan senyumannya. Baik, huh?

“Dia selalu tersenarai dalam ranking top 3 dekat sekolah dia. Dia budak MRSM. Dan, dia pernah jadi transfer student ke Jepun waktu dia form 5. Dan, katanya, sebab dia dah berjanji dengan seseorang yang dia akan balik semula ke Jepun, dia sanggup tolak tawaran University Cambridge.” Berkerut sedikit dahi Dameer. Berjanji dengan seseorang? Satu persoalan timbul di benak fikirannya.

“Subjek kegemaran dia, Matematik. By the way, bang, dia ada tali pinggang hitam.” Dah agak, dah. Hati Dameer berbicara.

“Anyway, Man. Tahu tak kenapa Si Mia tu panggil saya Ameer?” itu persoalan yang daripada dahulu lagi meminta jawapan. Nuqman sekadar menjongketkan bahunya.

“No idea.”

**********************

“Jaga abang baik-baik tau,” bisik Ara di telinga Damia. Tersentak Damia dengan bisikan halus itu. Pelukan dileraikan. Damia sekadar tersenyum sumbing.

“Ingat, abang memang sayangkan kak Mia,” Ara sekali lagi mengusik. Damia sudah menjegilkan matanya. Dicubit perlahan pipi gadis itu. Ara tertawa. Gadis kecil itu berlalu ke arah kereta. Kelihatan Pak Mat, pemandu keluarga mereka sudah menunggu.

“Take care of my sis,” bisik Nuqman tatkala berjabat tangan dengan abang iparnya. Dameer sekadar meleretkan senyuman. Dia kan ada black belt?

“Bye!” Damia dan Dameer melambaikan tangannya ke arah sebuah kereta hitam berkilat yang baru sahaja berlalu pergi. Keadaan sunyi seketika. Langsung tiada senyuman yang terlakar di wajah mereka berdua. Damia mula melangkah masuk ke dalam rumah manakala Dameer masih lagi berada di halaman rumah.

“Encik Ameer, saya nak duduk berasingan.” Ujar Damia sebaik sahaja Dameer melangkah masuk ke dalam rumah. Gadis itu sudah pun duduk di ruang tamu.

“Hmm… saya tak sangka awak boleh baca fikiran saya,” ayat Dameer bernada memperlekeh. Panas telinga dan hati Damia melihat kelakuan Dameer.

“Kenapalah sepandai-pandai Albert Einstein tu tak mampu nak buat mesin merentasi masa? Kalau tak, dah lama waktu ada orang JATUHKAN ego dia tu, saya reject. Haish… kenapalah kepala ni mengangguk masa tu, ya?” Damia menongkat dagu. Seakan-akan sedang berfikir sesuatu yang amat rumit. Sengaja perkataan ‘jatuhkan’ itu ditekan.

Terbakar hati Dameer mendengar ayat yang dituturkan Damia. Memang begitu tajam. Dia pun sendiri tertanya-tanya, mengapa dia sanggup melutut pada waktu itu sedangkan, hatinya begitu membenci gadis di hadapannya ini.

“Memang satu keputusan yang bijak untuk campak awak ke Jepun. Siapalah yang pilih awak untuk jadi transfer student ke Jepun, ya? Orang tu mesti berpandangan sangat jauh. Yelahkan, orang yang gagal sivik macam ni sesuai sangatlah dicampak ke negara yang begitu. Biar dia berakhlak sikit bila balik Malaysia,” Dameer tersenyum sinis. Nak lawan kata dengan aku? Memang kirim salamlah! Damia sekadar mencebik.

“Awak tak sesuai untuk handle sebuah syarikat yang ternama. Sebabnya, awak lebih sesuai untuk ajar monyet bercakap.” Damia sudah duduk bersilang kaki serta berpeluk tubuh. Riak wajahnya masih dikawal dengan elok. Dameer yang sudah pun duduk di sofa sekadar menjongketkan keningnya.

“Saya tak sangka yang saya akan jumpa speisis mulut longkang macam awak. By the way, saya tak tahu nak mengajar monyet bercakap. Mungkin, awak boleh ajar saya macam mana nak ajar kawan-kawan awak tu bercakap? Hmm?” Dameer sudah membetulkan duduknya. Perempuan ni memang bukan jenis yang sembarangan.

“Ooh… serasa saya, mulut longkang lebih wangi daripada mulut kumbahan, right? Encik Ameer, saya ingatkan encik Ameer speisis yang panjat-panjat pokok tu. Bukan ea? Saya yang salah pandang ke atau encik tak pernah tengok cermin. Tak apalah, lepas ni encik boleh tengok dekat cermin lama-lama yang encik ni speisis yang mana satu. Yang boleh duduk dekat meja dan belajar subjek sivik ataupun yang dah nak pupus tu,” tenang saja wajah Damia. Gadis itu tersenyum sinis.

“Mulut long…” ayatnya terhenti dek telefon bimbitnya yang berdering. Haish… kacau betullah. Pantas panggilan itu diangkat.

“Waalaikumussalam. Hmm… baik-baik saja. Hmm… ya, papa. Baiklah.. okey. Kirim salam dekat semua. Waalaikumussalam,” Dameer memutuskan panggilan. Matanya kembali memandang ke arah Damia, namun, gadis itu sudah tidak berada di posisinya. Damia sudah memanjat anak-anak tangga untuk ke tingkat atas.

“Degil betul bini aku ni,” keluh Dameer sekadar melihat kelibat Damia yang sudah berada di tingkat dua.

****************

“Awak, majlis resepsi, bulan depan,” beritahu Dameer ketika sedang menuruni anak tangga. Berkerut sedikit dahinya tatkala melihat Damia yang sekadar kaku, langsung tidak memberi apa-apa respon. Dameer mempercepatkan langkah kakinya.

“Laa… tidur rupanya minah ni. TV yang tengok dia adalah,” Dameer mendapatkan Damia yang sudah terlena di atas sofa. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu. Pandangannya ditalakan pula pada skrin televisyen.

“Mak aii! Layan cerita hantu Jepun perempuan ni. Berani betul.” Pantas Dameer cepat-cepat menutup televisyen, terkejut dengan wajah menyeramkan memenuhi seluruh skrin televisyen itu. Dameer mengusap dadanya, cuba bertenang.

Damia yang tiba-tiba merangkul tangan kirinya menambahkan rasa terperanjatnya. Hampir sahaja dia mahu melompat. Namun, niat itu terbatal tatkala melihat wajah polos Damia. Wajahnya bersih dan tenang. Tidak pernah Dameer lihat wajah setenang itu sewaktu gadis itu dalam keadaan sedar. Yang dia pernah lihat hanyalah wajah yang selalu menyakitkan hatinya. Hati Dameer turut menjadi tenang melihat wajah itu. Sungguh tidak dapat disangkal, Damia Nurnasifa seorang gadis yang mempunyai raut wajah yang cantik.

Pelukan di tangan kirinya semakin erat. Dameer sekadar mengulaskan senyuman. Tentu kalau gadis itu sedar, Dameer sudah makan flying kicknya. Dikatakan, lelaki miang. Dameer tertawa kecil. Diusap lembut wajah Damia. Perlahan-lahan dia menguraikan pelukan itu.

“Sini bukan tempat tidur, sayang.” Secara spontan ayat itu terpacul keluar. Dameer terkebil-kebil sebelum perlahan-lahan, senyuman terukir di bibirnya. Tubuh kecil itu dikendongnya. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga.

Damia mencelikkan matanya. Dia aneh pabila terasa dirinya di awang-awangan. Pandangan matanya cuba difokuskan dan terbeliak matanya tatkala wajah Dameer begitu dekat dengannya.

“Apa yang awak buat ni?!” dia cuba untuk bergerak namun, dia langsung tidak tahu bahawa kini dia dalam kendongan Dameer. Dameer yang terkejut melihat Damia yang sudah tersedar mula hilang keseimbangan badannya. Ditambah pula dengan keadaan Damia yang mahu melancarkan flying kicknya.

“Jangan bergeraklah, mangkuk!”

Kedebuk!!

Dua-dua jatuh mencium lantai. Untung-untung lantai itu beralaskan permaidani tebal.

“Pervert, pervert, pervert, pervert, pervert!!!” Damia sudah berlari masuk ke dalam biliknya. Dameer sekadar menggeleng. Bukan nak tolong aku bangun pun. Kalau tahu, aku dah biar aje minah tu tidur dekat situ. Akhirnya dia sekadar mampu mengeluh.

*********************

Damia mengeluarkan sebuah buku bewarna pink – putih daripada sebuah laci di meja belajar yang terdapat di biliknya. Dia mengemaskan duduknya. Gadis itu sibuk menulis diarinya. Dia bernyanyi kecil. Ya! Damia memang ada menyimpan diari kerana dia seorang yang gemar meluahkan segala perasaannya melalui pena. Apa-apa kejadian yang berlaku, akan dicatatnya di dalam buku pink – putih itu. Entah diarinya yang versi ke berapa puluh.

Sedang dia leka menulis diarinya, tiba-tiba keadaan menjadi gelap-gelita. Damia terkebil-kebil. Perasaan seram sejuk mulai menyelubungi dirinya. Gelap. Itu adalah kelemahannya. Dia membuang pandangan ke luar. Huh! Satu taman tak ada elektrik!

Damia mula meraba-raba segala apa yang ada di atas mejanya. Akhirnya, tangannya berjaya mencapai telefon bimbitnya. Damia mengaktifkan gajet itu. Cahaya suram itu membantunya untuk keluar daripada biliknya.

Krekk!

Meremang bulu roma Damia tatkala mendengar satu bunyi daripada tingkat tiga. Siapa yang ada dekat tingkat tiga pulak? Gadis itu cuak. Akhirnya dia mempercepatkan langkah kakinya menuju ke bilik Dameer.

Pintu yang diperbuat daripada kayu jati itu diketuk bertalu-talu. Tiada sebarang balasan. Telefon bimbit Damia pula sudah kehabisan bateri. Air mata mula mengalir laju pabila dia terasa ada angin dingin menyapa belakang tengkuknya. Ketukannya semakin deras. Sederas air matanya yang mengalir.

“Ameer, tolong!” dalam sendu, dia menjerit.

Perlahan-lahan, pintu itu terbuka. Terbeliak mata Damia tatkala melihat bukan Dameer Zhafran yang ada di hadapannya. Gadis itu sudah terjelopok. Badannya sedikit menggigil tatkala melihat seorang perempuan yang membuka pintu itu. Wanita itu cantik tetapi berwajah pucat. Bertudung dan berbaju serba putih. Air mata sudah deras mengalir, melencuni pipi Damia.

Damia mengengsot sedikit ke belakang tatkala wanita itu cuba mendekatinya. Seulas senyuman terbit di bibir tidak berdarahnya itu.

“Jangan dekat! Jangan dekat!” air mata masih lagi tidak berhenti mengalir. Perlakuan wanita itu terhenti serta-merta. Senyuman masih lagi mekar menguntum.

“Kau… kau siapa? Mana Ameer? Mana suami aku?” tanya Damia sedikit gagap.

“Nama aku, Mia. Kau cari Dameer?” tanya wanita itu, lembut sahaja suaranya. Perlahan-lahan Damia mengangguk.

“Buat apa kau cari dia? Dia bukan milik kau. Dia milik aku,” wanita itu sudah tertawa. Semakin deraslah air mata yang mengalir ditambah pula dengan rasa seram sejuk.

“Bu… bukan! Dia bukan milik kau! Dia milik aku! Dia suami aku! Bukan kau!” Damia cuba mempertahankan haknya. Wanita itu berhenti ketawa selajur tersenyum sinis melihat wajah Damia.

“Dia bukan milik kau, Damia! Kau tak pernah anggap dia sebagai suami kau! Kau tak pernah hormat dia sebagai seorang suami!” Badan Damia semakin kuat menggigil akibat terlampau takut mendengar suara wanita itu yang lantang, seakan mengilai.

“Dia memang bukan milik kau. Dia milik Allah, sayang.” Suara itu berubah sayu.

“Dia… dia tetap suami aku!” Damia memberanikan diri untuk meningkah.

“Buktikan!” wanita itu sudah berlari ke arah Damia.

“Aaa!!!”

****************

“Sayang!” Dameer menepuk belakang Damia tatkala gadis itu ralit memasak. Spontan juga kaki Damia berhenti tepat di dada kiri Dameer – tindakan spontan kalau Damia terkejut, akan melayangkan high kicknya. Namun, kakinya sempat dihentikan. Dameer tidak mengelipkan matanya. Kejutan kerana hampir-hampir sahaja kaki Damia mendarat di mukanya.

“Abang! Ingatkan apalah tadi,” Damia kembali menyambung kerjanya. Dameer sudah melakarkan senyuman. Bini aku ni memang brutal. Getusnya. Dia memeluk Damia erat.

“Abang, abang nak makan masakan Ifa ke nak makan bubur dekat hospital, hah?” Damia merungkaikan pelukan itu. Sebenarnya, hubungan mereka sudah pulih seperti pasangan suami isteri yang bahagia. Perkara ini berubah sebaik sahaja Damia tersedar daripada mimpinya tentang Mia Amalina.

“Mestilah masakan sayang, takkan nak makan bubur dekat hospital pulak?”

“Tak adalah. Asyik mengacau orang nak buat kerja aje. Macam nak tempah nama dekat ICU aje,” balas Damia sambil sibuk menyiapkan masakannya.

“Abang bosanlah. Alah sayang ni, garang betul.” Dameer berlalu pergi. Damia sekadar menyembunyikan senyumannya. Lelaki aku ni memang kuat merajuk.

“Abang, minggu depan majlis resepsi kita, kan?” Damia mendapatkan suaminya di ruang tamu. Dameer sekadar menumpahkan pandangannya pada kaca skrin. Isterinya di sisi langsung tidak diendahkan.

“Abang,” rengek Damia manja. Namun, langsung tidak mendapat balasan daripada Dameer.

“Abang, jomlah pergi shopping. Tacap apa-apa yang tak complete lagi,” Damia seakan berkata dengan tunggul kayu. Gadis itu tersenyum penuh makna.

“Tak apalah kalau abang tak nak, Ifa boleh pergi sendiri. Ifa boleh bawak sendiri BMW dekat luar tu. Tak apalah kalau masuk longkang sekali pun, bukan ada orang nak kisah.” Damia sudah bangkit namun sepantas itu juga Dameer menarik tangannya. Damia kembali terduduk di sisi Dameer. Lelaki itu sudah mencuit hidungnya. Damia tertawa perlahan.

“Siapa kata tak ada siapa kisah, hah?” Damia mengerling manja ke arah Dameer.

“Abang sayang Mia sangat-sangat tau,” Damia meliarkan pandangannya.

“Mia yang manalah tu, ya? Damia Zaharah ke Damia Nurnafisa ke Damia Nurnasifa ke… Mia Amalina?” Damia menjongketkan keningnya.

“Haishh… mestilah bini abang yang brutal ni. Damia Nurnasifa. You’re my wife. Damia Zaharah is my sister. Damia Nurnafisa is your sister and… Mia Amalina just my memory, you’re my reality.” Dameer mencubit pipi isterinya sebelum mereka berdua bingkas berdiri.

****************

“Abang, Ifa nak beli tu,” Damia membisikkan sesuatu pada suaminya. Dia terpaksa menjongketkan sedikit kakinya kerana faktor ketinggian lelakinya. Berkerut sedikit dahi Dameer.

“Itu?” tumpuannya kini jatuh pada sehelai selendang labuh. Damia mengangguk dan tersenyum lebar. Dameer memandang isterinya. Jernih sahaja pandangannya. Hatinya memanjatkan rasa syukur kerana isterinya mula tertarik untuk berhijab.

Cengkaman Damia yang kuat membuatkan Dameer tersedar ke alam nyata. Pantas sahaja dia memandang isterinya. Wajah pucat Damia membuatkan Dameer resah.

“Hei, Ifa. Kenapa ni, hmm?” tanya Dameer sedikit risau. Di bawa isterinya itu, duduk di kerusi yang disediakan. Semakin kuat cengkaman Damia pada lengan sasa Dameer.

“Abang, Ifa peninglah. Kepala terasa berdenyut aje. Boleh tak kita balik?” lemah sahaja suara Damia, seakan berbisik. Terasa sangat lemah sehingga nak menganggkat kelopak mata pun tidak mampu. Namun, tetap jua digagahkan. Pantas belakang tangan Dameer menyentuh dahi Damia.

“Panasnya badan Ifa. Okey, kita balik. Ifa bertahanlah, ya.” Dameer memimpin tangan isterinya dengan berhati-hati.

“Ifa tunggu sini, abang nak pergi bayar parking.” Arah Dameer tatkala mereka tiba di pintu keluar tingkat bawah tanah. Damia mencapai tangan suaminya.

“Tak apalah, bang. Ifa tunggu dalam kereta aje. Tak jauh sangatkan?” Damia cuba tersenyum meskipun senyumannya tampak kelat.

“Boleh ke ni?” Dameer meminta kepastian. Damia memaniskan lagi senyumannya seraya mengangguk. Dia sekadar melihat suaminya berlalu pergi. Perlahan-lahan dia menapak.

“Hai, cik adik. Sorang aje ke?” Damia mendengar sayup-sayup suara menyapanya. Namun, dia langsung tidak perasan. Sangkanya, dia sekadar mendengar perbualan orang lain. Sunyi tempat parkir itu.

“Hei, perempuan! Aku cakap dengan kaulah!” seseorang menolak Damia sehingga gadis itu terjatuh ke lantai. Damia memandang kelibat di hadapannya. Ada dua orang lelaki berpakaian serba hitam. Keadaan agak samar-samar dek kerana kepala Damia yang terasa semakin memberat. Dia terasa ada orang merentap beg tangannya. Namun, apakan daya. Dia langsung tidak berdaya untuk melawannya.

“Hei, perempuan lemah! Bagitahu kitorang, mana kereta kau, hah?” tanya salah seorang lelaki itu. Kakinya menyepak-nyepak Damia. Berkerut sedikit dahi gadis itu menahan kesakitan.

“Hei, pekak ke kau ni?!” lelaki itu sudah mengangkat tinggi kakinya, berhajat untuk menyepak Damia. Gadis itu hanya mampu berdoa di dalam hati, memohon perlindungan pada Yang Maha Perkasa.

“Hoi!!!” lantang suara itu, sekaligus mengalihkan perhatian kedua lelaki tersebut. Dameer! Damia menggagahkan dirinya untuk bangkit dan merampas semula beg tangannya. Pantas gadis itu berlari ke arah suaminya. Matanya sudah berkaca.

“Wah! Hero sudah mari!” dua lelaki itu sudah mengeluarkan senjata masing-masing – sepucuk pisau dan sebatang besi. Dameer kini berada dalam keadaan bersiaga.

Segala serangan dapat ditangkis dengan handal. Namun, pergerakan mereka bertiga terhenti tatkala bunyi siren polis mula membingari suasana. Di kala pada ketika Dameer tidak berwaspada dengan sebarang serangan itulah, sebilah pisau melekat di perutnya. Dameer sudah terkedu.

"Damn! Polis datang,” kedua-dua lelaki berbaju hitam itu lintang-pukang melarikan diri. Damia sudah mendapatkan suaminya yang sudah melutut sambil kedua belah tangan memegang kejap pisau di perutnya. Telefon bimbitnya di masukkan semula ke dalam beg tangan. Air mata yang mengalir tidak diseka. Pilu hatinya melihat Dameer yang sedang berperang dengan kesakitan yang mencengkam. Kepalanya yang berdenyut sudah tidak dihiraukan lagi. Dia sudah menangis teresak-esak.
           
“Abang, jangan tinggalkan Ifa, abang,” air mata sudah jatuh bercucuran.

“Ifa, jangan menangis. Muka Ifa tak cantik bila menangis. Abang tak pergi mana-mana, sayang.” Dameer tersenyum kelat. Ada darah yang mengalir keluar daripada hujung bibirnya. Berkerut dahinya menahan sakit. Damia sudah menggigit bibirnya. Mengapalah di saat cinta mereka mekar mengharum, dugaan sebegini datang melanda. Dia mengesat air matanya. Bantuan!

“Abang tunggu sini! Ifa pergi minta bantuan,” Damia bersusah-payah berdiri tegak. Namun, serta-merta tangannya dicapai Dameer. Terhenti seketika tindakannya.

“Don’t go! Just stay by my side,” Dameer memeluk Damia daripada belakang. Tumpah lagi air mata gadis itu.

***********************

“Akhirnya, dia pun pergi.” Damia menoktahkan penulisan diarinya. Matanya berkaca. Tiba-tiba, ada sesuatu mengetuk kepalanya. Damia menggosok sedikit kepalanya. Dia mengerling ke arah makhluk yang tidak diundang itu.

“Apa yang dah perginya?” Dameer menjongketkan sedikit keningnya. Damia sekadar tersengih. Sekali lagi dia menggosok kepalanya.

“Lalat,” selamba sahaja jawapan Damia. Pantas jua pipinya dicubit lembut oleh Dameer. Geram sungguh dia dengan isterinya yang brutal itu.

“Berani Ifa cakap abang dah pergi, ea. Ifa memang tak sayang abang, kan?” spontan Damia mengangguk.

“Ha’ah. Ehh… tak, tak! Mana ada Ifa tak sayang abang. Ifa sayang apa! You are my Mr. D. Kan Ifa dah cakap, yang pergi tu lalat!” Dia sekadar tersengih. Tangannya menumbuk perlahan Dameer, dan dia langsung tidak perasan bahawa dia telah menyentuh luka suaminya. Dameer mengerang kesakitan. Damia menjadi kelam-kabut.

“Abang, abang! Sorry, abang. Sorry, abang,” Damia resah. Meletus ketawa Dameer. Memenuhi segenap ruang bilik. Damia sudah menjeling lelaki itu. Dek kerana geram, dia menumbuk perut suaminya. Padan muka! Tawa yang membingari suasana kini bertukar sepi.

“Aduh! Apa pasallah brutal sangat isteri abang ni?” Dameer sudah mendapatkan isterinya yang kini sudah berada di pintu.

“Meh, keluar. Dah tiba masanya,” Damia merangkul kemas lengan sasa Dameer Zhafran, suaminya.

“Mana ada isteri abang brutal. Ifa ni budak baik tau. You’re my Mr. D. sepatutnya, no one else can use that alphabet because D just for me. That’s why, I called you Encik Ameer, not Dameer. Tapi, Ifa bagi abang pinjam alpha tu. Baik tak?” Damia memandang suaminya seraya tersenyum manja.

“Ooh… banyak cantik alpha tu untuk Ifa sorang!” Dameer mencuit hidung isterinya. Dia tersenyum manis. Perlahan-lahan mereka berdua melangkah ke atas pentas. Ya! Pada majlis resepsi mereka yang diadakan di hotel lima bintang, begitu meriah. Penuh dengan tetamu jemputan dan juga pihak media. Segala persoalan terungkai pada detik ini.

Damia berdiri di sebelah Dameer. Mereka berdua tersenyum bahagia. Masih jelas diingatannya kata-kata Dameer sebelum ini.

“Sayang nampak cantik kalau bertutup macam ni,” semakin manis senyuman di bibir Damia. Sungguh! Dia memang bahagia.

“Hai, Meer! Tahniah! Tak sangka kau dah berkahwin. By the way, perkenalkanlah aku pada bini kau tu.” Sapa Dzulfiqar Nadjmi. Dameer tertawa kecil.

“Perke…” Dameer memandang sisinya. Tiada siapa di situ. Nadjmi sudah ketawa melihat wajah Dameer yang sudah cemas mencari isterinya yang seorang itu.

“Tak payah nak risau sangatlah. Tunang aku dah bawak lari bini kau dulu,” mereka berdua menoleh ke arah Damia dan Ara yang duduk di sebuah meja yang agak tersorok. Dameer sekadar menggeleng. Adiknya dan isterinya.

“Kak Mia. Cuba selesaikan soalan ni,” Ara mengunjukkan secebis kertas yang tercatat sesuatu di atasnya. Berkerut sedikit dahi Damia.

“D + B^I?” Damia memandang Ara, meminta kepastian. Ara mengangguk beberapa kali. Gadis itu cuba menyembunyikan senyumannya. Damia diam berfikir.

“Ara, ni memang huruf I ke? Bukan nombor 1?” tanya Damia lagi. Ara mengangguk.

“Memang huruf I, kak.” Beritahunya. Damia diam lagi, otaknya ligat berputar,

“Jawapannya, Syntax Error.” Dameer yang tiba-tiba muncul membuatkan Damia sedikit terkejut. Pantas dia menoleh ke arah Dameer dengan sedikit kerutan di dahi.

“What? Awak ingat, awak seorang aje ke yang pandai math?” tanya Dameer dengan riak yang tidak bersalah. Damia sudah merangkul kemas lengan suaminya.

“Awak ni, suka sangat hilang tiba-tiba.” Beritahu Dameer. Damia sekadar tersengih.

“By the way, kak Mia. D + B^I = Syntax Error. 10 markah untuk abang,” Ara melebarkan senyumannya. Dia turut merasa bahagia melihat kedua pasangan itu bahagia.

“Akak tak pernah jumpa pun soalan macam tu, Ara. Mana Ara jumpa ni?” tanya Damia. Persoalan itulah yang bermain di fikirannya sedari tadi.

“Ara jumpanya dalam hidup Ara. D stand to abang Dameer, dan B^I pulak mewakili kak Mia,” berkerut sedikit dahi pasangan suami isteri itu. B^I? Macam hodoh aje bunyinya.

“Brutal to the power of infinity,” Dameer sudah ketawa terbahak-bahak. Damia pula mengetap giginya. Haish, laki aku ni! Dalam gaun pengantin itu, Damia bersusah payah cuba untuk menyepak kaki Dameer. Hah! Dapat pun. Berkerut sedikit dahi lelaki itu. Padan muka! Dapat penangan kasut tumit tinggi aku. Damia menjeling ke arah Dameer.

“What? Betullah kan? Brutal to the power of infinity, suit with you, honey.” Dameer cuba untuk menahan tawanya daripada pecah lagi. Damia menarik muka.

“Abang, akak, mungkin dalam dunia Matematik, korang tidak akan bersama. Tapi, Syntax ada 6 alpha, manakala Error pulak ada 5. Dalam dunia nyata, Syntax bertukar menjadi sayang dan Error pulak menjadi cinta. So, di sini Ara nak wish dekat korang agar hidup korang sentiasa dihiasi dengan kasih sayang dan cinta yang berkekalan sehingga ke Jannah,” mata Ara sudah berkaca. Damia memeluk gadis itu. Tersentuh hatinya mendengar ucapan adik ipar kesayangannya itu.

“Terima kasih, Ara. Terima kasih.” Redup sahaja pandangan Damia. Matanya sudah bergenang. Hatinya benar-benar tersentuh. Ara tersenyum manis dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

“Ya, sayang. Abang akan cuba untuk hiasi harimu dengan kasih sayang dan cinta. Terutama bila anak kita sudah lahir.” Dameer sudah merangkul bahu isterinya. Dia mencium dahi Damia. Kata-kata itu dibisik, perlahan. Cukup sekadar Damia sahaja yang mendengarnya. Damia mengangguk dan tersenyum bahagia. Ya! Dia sudah mengandung dan usia kandungannya baru sahaja mencecah 3 minggu. Kini dia bahagia dan bersyukur dengan apa yang dianugerahkan padanya.

-tamat-

Ostell!! Aku marii!
 

Labels: