SA - BAB 35
Friday, 24 January 2014 | 0 comments
![]() | |
Holla |
![]() |
Black Horse -Holla- |
![]() |
Hana Misuki -Queen Of Tennis- |
Asyraf merenggangkan sedikit sendi-sendinya. Dia kini
sedang bersendirian di padang milik 92. Sebenarnya dia baru sahaja berjumpa
dengan 96. Namun gadis kacukan Jerman itu terpaksa pergi kerana merima
panggilan kecemasan.
Asyraf mula merebahkan badannya perlahan-lahan di
atas kerusi batu yang panjang itu. Seakan kerusi itu katilnya pula. Kaki kanan
diletakkan sebaris dengan penyandar kerusi batu itu sementara tangan kirinya
mengalas kepala. Kelopak matanya terasa berat disebabkan oleh faktor suasana
padang yang redup dan berangin. Perlahan-lahan dia mula hanyut dalam lautan
mimpi.
Namun seketika telinganya menangkap bunyi deruan
tapak kaki kuda yang semakin dekat ke arahnya. Deruan itu betukar perlahan
hingga tidak kedengaran lagi. Asyraf mengangkat sebelah kelopak matanya.
“Mak
oi!!” Ujar Asyraf terjerit kecil seraya bangun terduduk. Betapa terkejutnya dia
tatkala melihat kepala seekor kuda hitam berada betul-betul di sebelahnya. Haiwan pacuan itu
seolah-olah sedang menghidunya. Namun matanya kini tertancap pada sesusuk tubuh
yang mula turun daripada belakang kuda hitam itu. 92 menapak perlahan ke arah
Asyraf yang masih terpinga.
“You ni kawan Alyaa yang hari tu, kan?”
Tanya 92 mesra.
Sejujurnya
selepas peristiwa di gudang kain lama tempoh hari, ahli-ahli Seven Anjells mula dapat menerima kewujudan
lelaki bermata biru itu. Lambat-lambat Asyraf mengangguk. Dia cuba mengamati
wajah gadis yang berada di hadapannya itu. Macam pernah jumpa. Tapi, di mana
ye? Boleh tahan pemes juga aku ni.
Semua perempuan cantik kenal aku walaupun aku tak pernah kenal diorang. Hatinya mula perasan. Yelah tu
Asyraf...
“I Elyana Ezzwa, kawan Alyaa.” Ujar 92
memperkenalkan diri seraya menanggalkan topi keselamatan yang sedari tadi
dipakainya. Asyraf mengangguk perlahan.
“Imann
Asyraf.” Ujarnya pula.
“Boleh
I duduk?” Tanya 92 setelah menyedari
Asyraf sekadar beku memandangnya.
“Ha?
Sure.” Tutur Asyraf seraya mula
mengemas fail dan buku-bukunya untuk memberi ruang kepada 92. Gadis itu mula
mengambil tempat di sebelah Holla sementara Asyraf duduk di hujung sana. Asyraf
sudah kaku memandang hadapan. Sesekali dia mengerling ke arah 92.
“You dah lama kenal Yaa?”
“Dah
dua bulan rasanya.” Sempat Asyraf mengerling sekilas ke arah 92. Gadis itu
mengangguk kecil.
“Awak
selalu ke main kuda dekat sini?” Tanya Asyraf berbasa-basi. Kedengaran gadis
itu tertawa kecil. Aku salah cakap ke? Gumam hatinya.
“Kalau
main kuda tu tak pernah la tapi kalau tunggang kuda tu, betullah. You selalu datang sini ke?” Tutur 92
seraya menoleh ke arah lelaki berkaca mata yang masih kaku memandang hadapan.
Dia meleretkan senyuman nakal melihat reaksi Asyraf yang mula tidak keruan
tatkala dirinya menjadi perhatian 92.
“Err,
selalu tu.. taklah. Tapi saya suka tempat ni. Nyaman aje. Tak ramai orang lalu.
Awak?” Tanya Asyraf gugup. Sekali lagi tawa 92 berderai membuatkan Asyraf
bertambah bingung.
“You ni comel la. Tahniah! Anda
diterima.” Ujar 92 seraya bingkas bangun lantas memanjat belakang Holla.
Semakin berkerut dahi licin lelaki bermata biru itu. Diterima? Diterima jadi
kekasih dia ke? Haish! Biar betul? Hatinya berteka-teki.
“Okeylah.
See you again. Bye!” Ucap 92 seraya
mengibas tali di pegangannya. Sekejap sahaja kuda hitam itu pergi meninggalkan
kawasan tersebut. Asyraf sekadar tercengang sambil memerhati kelibat 92 dan
Holla hilang di pandangan.
ASYRAF mula mengatur langkah ke suatu tempat. Namun
tiba-tiba saja langkahnya mati pabila terpandangkan sekelompok manusia sedang berkumpul.
Sedikit berkerut dahinya. Timbul pelbagai soalan di benaknya. Perlahan-lahan
kakinya menapak ke arah kumpulan manusia itu.
“Ada
apa ni?” Asyraf mula meninjau-ninjau keadaan di situ. Jelas dipandangannya
seorang gadis dan seorang lelaki sedang mengadakan perlawanan tenis antara
mereka berdua. Agak bingit keadaan di situ kerana diriuhkan oleh sorakan-sorakan
daripada penonton yang ada. Pandangannya terfokus kepada dua orang gadis yang
duduk di pondok rehat tidak berdinding, berdekatan dengan gelanggang tenis
tersebut.
“Go, Hana! Go Hana! Gooo... Hana!! ” 95
menyiku 94.
“Isy, kau ni... bisinglah. Buat malu aje.” Gerutu 95. Namun gadis riang itu langsung tidak peduli malah dia semakin rancak bersorak untuk 91.
Seketika
pandangan penonton fokus pada bola kecil berwarna hijau itu. Kedua-dua pemain
tampak bersungguh-sungguh dalam perlawanan di set yang terakhir. Hanya dua mata
diperlukan untuk menentukan pemenangnya memandangkan kedudukan mereka kini
terikat seri. Namun apa yang pasti gadis itu sudah menang dua set sebelumnya
dengan mata 40-0 dan 40-15.
Gadis
itu membuat hantaran jauh. Seraya itu, kakinya pantas berlari ke arah net dengan posisi yang sudah bersedia
untuk menerima bola. Lelaki itu hampir-hampir tidak berjaya membalas hantaran
itu kerana keadaannya yang tidak stabil.
Dengan
satu libasan padu, bola itu bergerak laju melepasi net dan menjunam betul-betul di kawasan lawan. Wisel penamat
dibunyikan. Kemenangan kini berpihak kepada...
“Yeah,
Hana menang! Hana menang!” 94 melonjak riang. 95 di sisinya hanya tersenyum
memandang orang kanan Seven Anjells yang
kian menghampiri mereka.
91
mengambil tempat di pondok tanpa dinding itu. Gadis bermata sepet itu
menghadiahkan teman-temannya seulas senyuman. Dia mengambil sapu tangan yang
dihulur 95 lalu dilap di mukanya yang sudah berpeluh.
“Hana,
kau memang Ratu Tenis yang sebenar!” puji 94 dengan ceria. Gadis kacukan Jepun itu
sekadar tersenyum.
“Tahu
pun malu. Tadi beria-ria sangat cabar orang. Ingat dah hebat sangatlah tu
cabar-cabar orang. Ratu Tenis la ni.” 95 berkata perlahan kepada lawan sahabatnya
yang baru sahaja beredar meninggalkan gelanggang.
Kelihatan
mahasiswa dan mahasiswi yang lain mula beredar meninggalkan gelanggang setelah
perlawanan tamat. Lagipun, awal-awal lagi mereka sudah boleh mengagak siapa
yang bakal menang dan siapa yang bakal tumpas. Maklumlah, siapa yang tak kenal
Hana Misuki? Ratu Tenis di universiti itu.
Asyraf
perlahan-lahan menapak ke arah pondok tidak berdinding yang diduduki oleh tiga
ahli Seven Anjells itu. Sejujurnya
dia sendiri tidak menyedari dengan tindakan kakinya. Kesian… kaki sendiri pun
tak dapat nak kawal.
“Err..”
Serta-merta semua mata tertumpu kepadanya. Ketiga-tiga gadis itu mula berpandangan
sesama mereka.
“Hai!”
Sapa Asyraf kekok sambil menangkat tangan kanannya. Namun masih tiada respon
daripada tiga orang gadis itu.
“Err,
okey. Bye!” Ujar Asyraf seraya mula
melangkah pergi. Malu pabila dirinya menjadi tumpuan.
“Wait!” Serta-merta langkahnya mati. Dia
kembali memalingkan badan menghadap ahli-ahli Seven Anjells itu. Terbuntang mata 91 dan 95 tatkala 94 mula
menapak ke arah Asyraf.
“Awak
ni yang tolong kitorang masa dekat
gudang lama hari tu, kan?” Tanya 94 mesra walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Asyraf mengangguk perlahan.
“Saya
Imann Asyraf.” Asyraf memperkenalkan diri. Gadis di hadapannya itu mengangguk
kecil dengan senyuman yang masih setia menemani.
“Saya...”
“Kau
buat apa dekat sini?” Belum sempat 94 memperkenalkan diri, 91 terlebih dahulu
memintasnya. Gadis kacukan Jepun itu sempat menghadiahkan jelingan ke arah
temannya, 94.
“Kawan
Alyaa, ea?” Tanya 95 pula yang baru menyertai kumpulan kecil itu. Asyraf
sekadar mengangguk. Dia menyedari perubahan wajah 91 yang agak tegang. Seketika
dia meminta diri untuk pergi. Pandangan mereka sekadar menyoroti langkah lelaki
berkaca mata itu.
“Kenapa
korang tegur dia? Nak kena hamun
dengan Ann?” Tanya 91 kepada sahabat-sahabatnya yang mula melangkah kembali ke
arah pondok tidak berdinding.
“Kenapa
Ann nak hamun kita pulak? Dia suka si mata biru tu, ke?” Soal 95 selamba.
Terkejut orang kanan Seven Anjells mendengar ‘jawapan’ gadis berambut panjang
itu.
“Hey,
dia kan musuh Ann. Siapa sahaja musuh Ann bermakna dia musuh kita jugak!”
Terang 91 tegas.
“Emm,
Hana kau tak ada ke semalam?” Tanya 94 sedikit kehairanan. Semua pandangan kini
tertumpu kepada gadis bermata sepet yang mula kebingungan itu.
“Maksud
kau?”
“Yelah,
Jane. Semalam dia dekat studio.” Beritahu 95. Semakin berkerut dahi licin gadis
kacukan Jepun itu.
“Semalam
Yaa beritahu yang dia nampak Ann dengan si mata biru tu berbual dekat padang Yana.
Tapi tak ada pulak jerit-jerit macam selalu.” 91 sudah kehilangan kata.
Terkejut mendengar kenyataan itu.
“Paling
terkejut bila Yaa cakap diorang duduk
satu kerusi yang sama!” Tambah 95 beriya-iya.
“What?!”
“GOL!!!”
Dia
membuka sedikit topi yang menutupi mukanya. Digagahkan jua membuka kelopak mata
untuk melihat punca bunyi itu. Pandangannya tertancap pada seorang gadis
berambut pendek yang sedang meraikan jaringan golnya. Ya! Gadis itu merupakan
kapten bagi pasukannya, Dyna Atasyha.
Dia
membetulkan sedikit kedudukannya untuk memerhati dengan lebih selesa perlawanan
sengit yang berlangsung kini antara dua pihak yang berbeza. Berbeza dari segi
jantina. Sebenarnya perlawanan tidak rasmi ini disertai oleh Girls United Football Club, 93lah
pengerusinya. Kelab yang diiktiraf itu sering dicabar oleh kaum Adam dan perlawanan
kali ini juga tidak terkecuali, turut dicabar oleh mahasiswa universiti itu
sendiri.
Perlawanan
yang sedari tadi rancak mula menarik minat beberapa penonton ‘baru’. Sekejap
sahaja padang bola yang luas itu dipenuhi dengan kumpulan manusia yang sibuk
menyokong pasukan jantina masing-masing. Masing-masing menyorak girang tatkala
pasukan mereka berjaya menghasilkan gol. GUFC kini sedang mendahului perlawanan
dengan kedudukan 2-1. Namun, dicelah-celah ‘lautan’ perempuan yang kian ramai,
terdapat sekelompok kecil lelaki yang rancak bersorak untuk...
“Dyna!
Dyna! Dyna! Dyna! Dyna!”
“Wei!
Korang ni lelaki ke apa? Pergi sana
la.” Arah seorang mahasiswi yang berada berdekatan dengan kelompok lelaki itu.
Namun mereka sedikit pun tidak peduli malah berterusan menyokong 93 sambil
mengibarkan banner dan bendera kecil
yang mempunyai gambar gadis itu.
“Woi!
Curang la korang ni. Tempat korang dekat sini la.” Laung seorang
mahasiswa seraya melambai-lambaikan tangannya ke arah kelompok kecil kaum
sejenisnya itu. Sama seperti tadi, ‘peminat fanatik’ 93 sedikit pun tidak
berganjak daripada tempat mereka.
DERINGAN
telefon bimbit yang membingit mula dijawab sambil membetulkan sedikit topinya.
Sekejap sahaja talian sudah diputuskan.
“Asyraf!!”
Laungnya lantas mengangkat tangan kanan tatkala terpandangkan kelibat lelaki
berkaca mata yang seolah-olah sedang mencari seseorang.
“Sorry lambat. Kau dah lama tunggu, ke
Farish?” Tanya Asyraf. Pantas Farish Haiqal menggeleng.
“Ni
game antara universiti ke? Ramainya
penyokong.” Tanya Asyraf sambil memerhati sekeliling. Farish Haiqal menggeleng
sedikit tanda tidak tahu. Pandangan mereka kini bertemu dengan pandangan 93.
Gadis berambut pendek itu sempat menghadiahkan jelingan tajam sebelum kembali
fokus kepada perlawanan.
“Dia
jeling pada kita, ke?” Tanya Asyraf blur.
Farish Haiqal sekadar tersenyum kecil seraya menjongketkan bahu.
“Dah,
jom balik. Aku dah lapar.” Ujar Farish Haiqal seraya menapak pergi. Langkahnya
dituruti oleh Asyraf yang masih kebingungan.
“Dia
memang jeling pada kita, kan? Mata aku tak silap, kan?” Namun semua teka-teki
itu sekadar dibiar sepi tanpa jawapan.
Labels: se7en anjells