bio list cbox entry




SA, BAB 23
Tuesday, 17 December 2013 | 0 comments



White Horse




FERRARI 458 Italia yang berwarna putih membelok masuk ke pekarangan universiti. White Horse menyusul megah di atas jalan. Stereng kereta dibelokkan ke kiri dan ke kanan mengikut arah jalan. Akhirnya ia selamat berhenti betul-betul di atas petak parkirnya. Enjin kereta dimatikan.

90 keluar daripada perut kereta. Sempat dia mengusap lembut bumbung White Horse kesayangannya itu. Dia mula mengatur langkah ke sesuatu tempat. Namun baru sahaja beberapa tapak, langkahnya mati. Matanya kini tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya menghalang laluan. Kening kirinya sedikit terjongket. Lambat-lambat dia menanggalkan kaca mata hitamnya.

For you.” Ujar lelaki itu tanpa dipinta sambil menghulurkan teddy bear sebesar manusia yang sedang memegang jambangan bunga ros merah. Siapalah lagi kalau bukan si lelaki nerd tu..
90 mula menapak ke arah lelaki skema itu.

“Encik Skema, saya tak minatlah dengan patung-patung ni. Okey? Bye!” Dia mula melangkah pergi melepasi lelaki itu.

“Maaf. Kalau macam tu terimalah bunga ni.” Pujuk lelaki nerd itu lagi. Dia mula mengekori langkah gadis itu.

Alergic!

“Cik Anna alergic dengan bunga?”

“Tak. Dengan kau!” Serta-merta langkah lelaki nerd itu mati tatkala disergah dengan suara lantang 90.

“Kau ni memang tak faham ke kalau orang dah tak nak tu dahlah! Leave me alone!” Dia mula melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Lelaki skema itu merenung sayu pada hadiahnya. Tatkala kakinya mula melangkah pergi, telinganya tertangkap sesuatu. Dia pantas menuju ke arah punca bunyi itu. Teddy bear dan jambangan ros sengaja ditinggalkan bagi memudahkan lariannya. Seketika kemudian lariannya kendur. Pandangannya tertancap pada dua susuk badan manusia dan salah seorangnya Anna Raudhah. Dia sekadar memerhati daripada jauh.

“Kau tak faham ke ni kawasan larangan?” Jerit 90. Panas sungguh hatinya melihatkan kekakuan Asyraf di hadapan bangunan SEVEN ANJELLS. Asyraf masih lagi membisu, buat-buat tidak dengar.

“Kau tak dengar ke?” Lantang sahaja suaranya memenuhi ruangan kini.

“Raudhah, pagi-pagi tak baik menjerit. Nanti sakit tekak, susah pulak.” Membulat matanya takala dia mendengar Asyraf memanggilnya dengan panggilan itu.

“Kau siapa nak panggil aku dengan nama tu?” Jeritnya lagi.

“Saya Imann Asyraf.” Tutur Asyraf ringkas lalu menghulurkan tangan. Pantas 90 menepis kasar huluran itu. Namun Asyraf masih lagi tersenyum manis. Apalagi makin membaralah gadis itu melihat respon Asyraf.

“Pergi!!”

“Saya akan pergi tapi awak jangan sakitkan hati lelaki nerd tu. Saya tengok dia tu tulus dengan awak. Apa salahnya kalau terima aje hadiah dia. Dia cuma...”

“Berambus!!!” Pintas 90.

Fine! Tak perlu nak jerit-jeritlah. Memang macam kesurupan betul.” Ngomel Asyraf sendirian seraya melangkah pergi.

Sebenarnya Asyraf sekadar ingin membela lelaki nerd yang minat gadis berlesung pipit itu kerana dia nampak dan dengar segalanya tadi. Itu yang dia ekori gadis itu sampai ke depan bangunan Seven Anjells tanpa disedarinya. Dada 90 berombak kencang menahan marah. Tatkala ini pandangannya tertancap pula pada lelaki nerd yang berada tidak jauh daripadanya.

Get lost I said!!” Terkocoh-kocoh lelaki nerd itu pergi meninggalkan tempat tersebut. 90 merengus kasar. Pantas dia memboloskan diri ke dalam bangunan Seven Anjells itu. Langkahnya diatur laju ke suatu arah.

 “Hai Ann” Sapa 94 yang melintasi 90. Namun sapaan itu dibiarkan berlalu sepi. 94 sekadar melihat kosong kelibat ketuanya itu.

“Lambat dia datang hari ni.” Ujar 93 kepada 94 merujuk kepada 90. 94 sekadar menjongketkan bahu.

“Jangan tegur dia. Tadi dia baru berperang dengan si mata biru tu dekat luar.” Terang 95. Yang lain sekadar mengangguk sebelum mereka kembali dengan hal masing-masing.

“Arghhh!” Jerit 90 sepenuh hati setibanya di dalam bilik mesyuarat Seven Anjells. Dia menghidupkan suis komputer utama. Serta merta apa yang terlihat pada skrin monitor turut terpampang  jelas pada skrin gergasi yang terdapat di dalam bilik mesyuarat tersebut.  Seketika pandangannya tertancap pada salah satu CCTV yang menampakkan jelas keadaan sebuah pejabat seorang pensyarah. Segera tangannya mengangkat ganggang telefon. Pantas jemarinya mendail nombor seseorang sambil matanya masih setia memerhatikan keadaan pejabat itu.


DERINGAN telefon yang memenuhi ruangan pejabat serta-merta membuatkan kerjanya tergendala seketika. Dia mengalihkan pandangan ke arah punca bunyi itu. Ternyata bunyi itu datangnya daripada sebuah telefon antik bewarna hitam yang terletak di atas mejanya.

Seingatnya telefon antik ini hanya akan berbunyi sekali sahaja sepanjang dia berada di situ. Dia bingkas bangun untuk melihat siren di luar bilik pejabatnya. Ternyata betul sangkaannya, siren itu kini sedang menyala seiring dengan deringan telefon antik itu.

Mereka yang lalu-lalang di hadapan pejabatnya kini mula menjauhi kawasan itu tatkala terpandangkan siren yang sedang menyala. Wajahnya kini bertukar panik. Dia kembali memandang telefon ‘puaka’ itu. Lambat-lambat dia menghampiri punca bunyi tersebut. Dia menarik nafas dalam, mencari kekuatan sebelum lambat-lambat dicapainya ganggang telefon antik itu.

“Hel..lo” Ujarnya gagap.

You’re fired!” Lantang kedengaran suara di hujung talian itu. Cukup jelas dan bermakna!

But, why? Apa salah saya?” Malangnya soalan itu sekadar berlalu sepi kerana talian sudah pun diputuskan. Dia mengeluh berat seraya memandang kosong lantai pejabatnya. Jikalau sebelum ini dia sekadar mendengar khabar angin tentang panggilan kedua telefon ini, sekarang dia mengalaminya sendiri.

Dengan penuh longlai dia mengemas barang-barangnya. Tangannya mula memasukkan segalanya ke dalam kotak.

Titt!

Kerjanya tergendala seketika dengan bunyi yang datang dari arah komputer utama. Dia mengalihkan pandangan ke arah monitor. Ada satu email yang masuk. Pantas discroll tetikus comel yang berada berhampirannya. Takala dia membuka email itu, pandangannya tertancap pada suatu ayat ringkas.

Hi Sir Adam Aiman,

We’ll give you 2 hours to leave our office before something bad happen. Thanks for your service and enjoy your day!

Adam Aiman mengeluh berat seusai membaca email itu. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam ke arah CCTV yang terletak kemas di penjuru bilik.

Enjoy your day?” Rengus Adam Aiman sendirian.


AHLI Seven Anjells sudah tersenyum sinis memandang skrin gergasi itu. Masing-masing menunjukkan riak puas hati dengan keputusan 90. Sejujurnya pensyarah muda itu memang sudah lama dalam pemerhatian kumpulan Seven Anjells.

Apa yang membuatkan mereka berkumpul di dalam bilik mesyuarat itu adalah kerana 91 mendapat info bahawa siren di luar pejabat salah satu pensyarah sedang menyala menandakan ketuanya sedang membuat panggilan ‘maut’. Yang lain apalagi join the party’lah jawabnya.

“Akhirnya keluar juga si Adam gatal ni.” Ujar 94 memulakan bicara. Yang lain mengangguk seraya tersenyum sedikit. ‘Adam gatal’ itulah gelaran semua pelajar universiti itu. Ini kerana Adam Aiman lebih dikenali dengan sikapnya yang terlebih mesra dengan semua mahasiswi. Rata-rata mereka tidak suka dengan kemesraan pensyarah muda itu.

“Ayat yang kau email tu tak nak baik pulak 95. Enjoy your day?” Ujar 93 dengan tawa yang sudah pun berderai.

I’ve no idea, okay.” Ucap 95 tulus. Sebenarnya 90lah yang mengarahkannya untuk mengarang email ringkas untuk Adam Aiman itu.

“Memang patut pun dia dipecat. Lecture lain datang sini nak mengajar, dia pulak sibuk menggatal. Siapa suruh? Kan dah kena.” Tutur 91 geram. Mereka yang ada mengiyakan. Menambah lagi amarah gadis kacukan Jepun itu. Tidak pula bagi 90 yang sedari tadi berdiam diri.

Relaxlah. Dia dah dipecat pun.” Ujar 95 menenangkan keadaan. Seketika tumpuan mereka terganggu dengan bunyi daun pintu utama bilik mesyuarat dikuak daripada luar.

Girls, Adam gatal dah kena pecat ke?” Muncul 92 dengan wajah kebingungan diikuti dengan kelibat 96 pula. Masing-masing melangkah masuk seraya menapak ke arah yang lain.

“Yang kau pucat macam baru kena kejar Zoro ni, kenapa?” Tanya 94 pelik dengan dua orang sahabatnya  yang sedang ‘mencari’ oksigen. Tanpa menghiraukan pertanyaan temannya, 92 dan 96 segera mengalihkan pandangan ke arah skrin gergasi yang jelas menampakkan keadaan pejabat Adam Aiman kini.

“Alah, kenapa tak inform? Aku nak tengok juga muka dia masa dapat second call tu.” Ujar 92 hampa seraya memuncungkan mulutnya.

“Yang korang pagi-pagi dah hilang, siapa suruh?” Tanya 93 pula.

“Aku lawat Holla.” Ujar 92 membela dirinya.

“Aku pergi taman.” Sambung 96 pula.

“Ann, buatlah second call lagi.” Rayu 92. 96 mengangguk setuju.

“Pada siapa? Pada kau?” Sakat 91. Yang lain sudah tertawa kecil. 92 mencebik.

“Cik Wet?” Cadang 96. Gadis kacukan Jerman ini apabila DNA’ Seven Anjells mula aktif dalam dirinya, sekelip mata sahaja dia bertukar menjadi nenek sihir. Kelihatan 90 sedang berfikir sejenak. Yang lain masih setia menanti keputusan ketua mereka itu.

“95, sediakan lagi satu email untuk Cik Wet!” Arah 90 lalu sekali lagi tangannya mengangkat ganggang telefon.

95 mengangguk pantas seraya jemarinya mula menari di atas papan kekunci. Sementara yang lain sudah bersorak gembira. Pensyarah muda dengan gelaran Cik Wet itu turut berada dalam pemerhatian Seven Anjells. Dah macam permainan diorang aje pecat-pecat orang ni. Haish..

*hope all readers enjoy with this story.. =D 

Labels: