bio list cbox entry




BAB 1
Sunday, 31 March 2013 | 0 comments



Kim Heechul a.k.a Daniel


BAB 1

Sebuah kereta Mercedes Benz E300 berwarna hitam berkilat memarkir di tempat parkir yang telah disediakan. Sepasang kekasih keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke dalam bangunan yang dilimpahi cahaya lampu yang terdiri daripada pelbagai bentuk. Kedatangan mereka disambut baik dan mesra oleh penyambut tetamu yang senantiasa ada di  muka pintu. Senyuman mesra dihadiahkan kepada para pelanggan yang datang. Begitu juga dengan pelanggan yang beredar. Setiap pelanggan dilayan dengan baik serta dengan hati yang sabar. Belum pernah terjadinya perbalahan di situ lagi. Nama baik restoran itu masih lagi terjaga.



Pasangan kekasih tadi mengambil tempat di kawasan yang agak tersorok dan memesan makanan. Deko hiasan seluruh restoran itu menampakkan gaya yang lebih eligan dan eksklusif. Di satu sudut juga memang dikhaskan untuk tema kekeluargaan. Ini menyenangkan pelanggan untuk memilih sendiri selera apa yang mereka mahukan.



You nampak cantik sangat hari ni,” puji Daniel kepada kekasihnya. Oleh kerana mereka duduk secara berhadapan, mereka sering juga berlaga mata. Menatap setia wajah kekasih hati.



“Ah, you ni. I kan memang setiap hari cantik,” gurau gadis berambut pendek itu. Dia ketawa perlahan yang hampir tidak terkeluar bunyinya. Tetap dengan adab makan di tempat yang mewah. Kembang juga apabila dipuji sebegitu oleh orang yang tersayang.



“Perasanlah you ni! Tak adalah, cuma malam ni, I tengok you kelihatan lebih berseri-seri. You punya dress yang berwarna merah baldu ni nampak matching sangat dengan you,” beritahu Daniel, anak Dato’ Zainal dengan nada gurauan. Dia menepuk perlahan tangan lembut itu.



Namun, kepantasan gadis itu menarik tangannya semula membuatkan Daniel hanya menepuk meja makan tersebut. Dia hanya tersengih menahan malu.



At least I ni pandai pilih baju. Tak macam you ni, warna baju dah sama macam warna alas meja ni, tahu tak?” bidas gadis itu sambil mengangkat sedikit alas meja makan mereka sambil menjongketkan sebelah keningnya. Kedua-duanya ketawa serentak.



“Hmm… siapa yang hadiahkan baju ni pada I, entah. I tak ingat. Untung I pakai baju yang orang tu bagi malam ni. Kalau tak, menangis tak berlagulah dia jawabnya.” Daniel melirikkan mata memandang  gadis itu. Gadis kecil molek di hadapannya hanya meleretkan senyuman simpul buat tatapan lelaki itu.



Tidak lama kemudian, pelayan restoran itu pun datang dengan membawa makanan yang  telah dipesan terlebih dahulu oleh pasangan itu.



Enjoy your meals,” pelawa pelayan itu dengan menghadiahkan seulas senyuman sebelum beredar dari situ bagi menyambung semula tugas yang lain.



“Semua pekerja dekat sini mengamalkan etika kerja yang baik dan sentiasa menghadiahkan para pelanggan mereka dengan senyuman. Bagus betul,” puji Daniel dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh para pekerja di restoran itu.



“Hmm… eloklah tu, takkanlah nak tunjukkan muka yang masam macam asam kecut pulak pada pelanggan. Tak pasal-pasal ada yang balik kampung tanam jagung nanti,” ujar Dyna Atasyha sambil tersenyum nakal. Dia kemudiannya menghirup sedikit air minumannya. Hot chocolate yang dipesan tadi kini semakin mengurang.



You ni kan…” tawa mereka bersatu lagi. Mereka berdua tampak begitu mesra dalam berkata-kata.



“I dengar papa you nak fly esok, betul ke?” tanya Daniel, terkeluar daripada topik.



“Hmm… you ni macam tak faham-faham aje orang business, kalau setakat kena pergi oversea tu normallah,” jawab Dyna Atasyha.



“Oh, sorrylah… I  baru lagi dalam bidang ni. Ini pun  papa I yang suruh belajar. Nanti kalau dah pandai, senanglah dia nak turunkan semua perniagaan and syarikat-syarikat dia pada I. Habis tu, kali ni papa you terbang ke mana?” tanya Daniel penuh minat. Dia yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan begitu minat untuk bertanyakan hal-hal tersebut kepada gadis itu memandangkan bapa kepada gadis kecil molek itu juga merupakan salah seorang businessman yang terkemuka.



“Tak apa, I ni kan budak baik, so I faham keadaan you tu. Kali ni dia pergi Hong Kong. Lepas tu, dia kena turun ke Tokyo. Baru balik Malaysia,” jelas gadis yang berfesyen rambut pendek itu. Ada tawa kecil di hujung ayatnya itu. Sesekali matanya melirik ke arah skrin telefon bimbit berjenama yang berada di atas meja. Pemuda yang memakai kemeja ringkas itu hanya mengangguk.



Keadaan kini sunyi. Tumpuan mereka lebih disumbangkan untuk menjamu selera.  Masing-masing makan dengan penuh berselera sekali. Hanya kedengaran bunyi lagaan sudu, garfu dan pisau yang berlaga bersama pinggan dan mangkuk kaca yang membingitkan gegendang telinga. Sesekali pandangan mereka bertaut. Daniel tersenyum diikuti oleh gadis itu.



“Esok  I  freelah. Kita pergi tengok wayang sama-sama, nak?” ajak Daniel sambil mengunyah sisa makanan yang masih terdapat dalam mulut. Pergerakan Dyna Atasyha terhenti seketika. Dia seakan cuba mengingati sesuatu.



“Macam ta…” Daniel sudah membuat muka maraih simpatinya.



Please…” wajah Dyna Atasyha kelihatan sedikit keberatan dan serba salah. Akhirnya, dia  termakan jua dengan pujukan Daniel. Gadis itu kemudiannya tersenyum seraya  menganggukkan sedikit kepalanya yang bisa memberi kepuasan di hati Daniel.



Wait! I have some pretty nice present for you,” ujar Daniel. Dia mengambil sebuah kotak kecil dari dalam saku seluarnya.



Trut!! Trut!!



Telefon bimbit kepunyaan Dyna Atasyha bergetar menandakan ada pesanan ringkas masuk. Seketika tumpuan mereka beralih.



“Sms,” beritahu gadis itu.



“Bacalah dulu. Maybe it’s important,” kata Daniel sekaligus memberi peluang kepada Dyna Atasyha untuk membaca sms yang baru sahaja diterima masuk.



“Siapa?” tanya Daniel, ingin tahu.



“Kawan,” ringkas jawapan yang diberi oleh Dyna Atasyha. Mereka menyambung semula ‘babak’  yang tergendala tadi.



************

TIDAK jauh dari tempat Daniel dan kekasihnya berada, kelihatan tiga orang gadis berpakaian eligan acap kali sedang memerhatikan tingkah laku pasangan itu sambil lambat-lambat menjamah makanan. Bersebelahan dengan meja gadis-gadis itu pula terdapat dua orang gadis yang turut memerhatikan pasangan kekasih itu.



Mereka juga merakam segala tindakan Dyna Atasyha bersama Daniel, anak Dato’ Zainal dengan menggunakan sebuah kamera mini khas yang berukuran lebih kurang 5 inci. Peralatan moden itu disembunyikan di dalam sebuah beg tangan berjenama yang sengaja diletakkan di atas riba salah seorang daripada mereka. Sesekali mereka menghirup minuman yang dipesan sambil mata tidak lekang daripada memerhatikan segala kelakuan yang ditunjukkan oleh pasangan itu. Tidak ubah seperti pengintip profesional. Cuma tak ada gaji aje...



Cara mereka langsung tidak menampakkan kecurigaan kepada orang ramai yang sedang sibuk menjamu selera di Bayu Palace Restaurant itu. Sesekali mereka tertawa dan sesekali mereka  berbisik sesama sendiri melihat apa yang dilakukan oleh Daniel dan pasangannya.



Oleh kerana kedudukan meja makan mereka agak hampir dengan meja pasangan kekasih  itu, maka segala perbualan dapat dirakam dengan jelas melalui kamera nipis khas yang telah pun siap  disetting.



Gadis yang paling eligen di antara mereka memberikan isyarat kepada teman di hadapannya untuk melakukan sesuatu. Pantas temannya mengangguk seraya mengeluarkan telefon bimbit. Lincah sahaja jemarinya menari-nari menyentuh skrin telefon bimbit itu. Yang lain masih setia memerhatikan pasangan merpati sejoli’ itu.



“Wah!!” Kata gadis di hadapan Daniel dengan penuh teruja. Seutas rantai emas terletak kemas di dalam sebuah kotak  yang dihulurkan kepada gadis itu. Daniel hanya tersenyum tatkala melihat respon daripada kekasihnya, Dyna Atasyha. Sebutir berlian kelihatan megah berkilauan di tengah-tengah rantai emas itu.



“Apa kata kalau I pakaikan untuk you?” tanya Daniel memberi cadangan. Gadis itu mengangguk pantas sambil senyuman di bibir kelihatan semakin melebar.



Perlahan-lahan lelaki itu bangkit dari duduknya.



“Err... tapi, I rasa better lepas makan aje kut,” gadis itu merubah keputusannya. Sebaik mendengarkan keputusan Dyna Atasyha, Daniel yang sudah berdiri kembali duduk. Dia hanya tersenyum sumbing dengan wajah yang sudah merona merah.



By the way, rantai yang cantik untuk orang yang cantik” sempat lagi Daniel memuji. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya, tiba-tiba keadaan digemparkan dengan suara lantang seorang gadis.



Semua yang ada di dalam restoran itu tersentak. Semua pergerakan terhenti seketika. Yang sedang menghirup air atau yang sedang mengunyah makanan hatta yang baru nak menyuap makanan ke mulut pun terhenti. Bak kata manusia bermata biru, pause. Semua mata tertumpu ke arah sesusuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan pintu.



Honey!!!” jerit gadis itu seperti kerasukan. Dia segera mengatur langkah pantas ke arah meja Daniel dan kekasihnya berada. Mereka berdua panik tatkala melihat gadis cantik itu meluru ke arah meja mereka.



You! How dare you tipu I. You kata you pergi meeting. Rupa-rupanya you pergi dating dengan perempuan lain,” kata gadis itu sambil mengangkat jari telunjuknya tepat ke arah Daniel yang sudah tergamam.



Wait, wait. You siapa? I tak pernah kenal you pun,” Daniel menidakkan apa yang dikatakan oleh gadis yang langsung tidak dikenalinya itu.



You tak pernah kenal dengan I, you kata?! Betullah apa yang member I  kata. You ni playboy! Sampai I sendiri pun you tak kenal. Agak-agaknya betina ni mangsa you yang ke berapa, hah? Danny, I ni bakal isteri you sendiri pun you tak boleh nak ingat ke?” Kata gadis itu, sinis nadanya. Air mata mula tumpah membasahi pipi gebu gadis yang langsung tak dikenali itu. Daniel terkedu mendengar hujah gadis itu. Sungguh! Dia langsung tidak kenal dengan gadis yang berbaju kurung itu.



“Daniel, I sedar I tak secantik dan seseksi perempuan macam yang you nak! I tak ada harta macam perempuan ni ada! Tapi I ada maruah jugak you tahu tak?! Cukuplah hari tu you dah hancurkan kesucian I yang selama ni I jaga dengan begitu rapi. Macam mana dengan kandungan yang I bawak hasil kerakusan you ni?! Macam mana kalau orang ramai tahu tentang apa yang you buat semua ni? Kad undangan dah disebarkan, you tahu tak?! Mana I nak letak muka I pada semua orang, hah?! Kau langsung tak ada hati perut!!” gadis itu mula meninggikan suara seakan melolong meratapi nasibnya yang malang. Sekali lagi Daniel tersentak. Terasa seperti satu tamparan kuat pada mukanya sendiri. Dia hanya membekukan dirinya sahaja, seakan mengiyakan kata-kata gadis itu.



Daniel memandang ke arah teman wanitanya yang kini sudah berwajah sebal memandangnya. Kelihatan air hangat telah pun melencuni pipi Dyna Atasyha yang hanya berbedak tipis saja. Daniel memandang sayu wajah itu seraya berkata, “Dyna, please. I memang tak kenal pun dia. Tolonglah jangan dengar cakap dia. I tak buat pun semua tu! It’s nonsense!” Ujar Daniel sepenuh hati.



“Ya Allah, apa lagi dugaan yang kau beri padaku ini?” Daniel semakin sebak tatkala mendengar doa ringkas Dyna Atasyha yang diucap dalam sendu yang tidak tertahan lagi.



Tak! Aku tak buat semua tu! Cubalah faham!!! Hati kecilnya menjerit menidakkan. Kalaulah Dyna Atasyha mendengarnya, alangkah bagusnya.



“Sudahlah dengan lakonan mantap kau, pujuk rayu kau, janji manis kau tu! Aku ucapkan tahniah sebab telah berjaya tipu aku selama ni. Kalau aku tahu semua ni akan terjadi, aku takkan dengar ayat-ayat manis kau tu! I’m bored!!!”  jerit Dyna Atasyha lantang seraya berdiri tegak menentang pandangan sayu Daniel. Dadanya berombak kencang. Perasaannya bercampur baur. Marah, benci, sedih geram, semuanya bersatu. Mukanya merah menahan marah. Entah dari mana dia dapat mengumpul semula semangatnya, Dyna Atasyha mengambil hot chocolate yang dipesannya tadi lalu menyimbah tepat ke arah muka Daniel. Biar padan dengan muka dia!!!



“Kita putus! Bye!” Dyna Atasyha berlalu pergi dan terus menuju keluar dengan deraian air mata yang deras membasahi pipinya yang gebu. Dia menghamburkan rasa sedihnya di situ jua. Terkulat-kulat Daniel tatkala melihat Dyna Atasyha pergi meninggalkannya sendirian.



Gadis yang tidak dikenali tadi segera mengambil air jus oren yang dipesan Daniel lalu mengikut jejak langkah Dyna Atasyha. Habis baju Daniel dibasahi dan dikotori dengan air coklat dan jus oren. Merah merona mukanya apabila dimalukan sebegitu rupa dikhalayak ramai.



Kelihatan orang ramai berbisik dan menjeling tajam ke arah Daniel. Tidak kurang juga yang memandang jelek terhadapnya. Oleh kerana tidak tertanggung perasaan malu, Daniel pun  meletakkan sejumlah wang di atas meja lalu terus keluar dari bangunan itu.




*Kpd E.L.F,,, sorry coz jdikan Kim Heechul sbg watak player dlm bab nie.. sorry sgt2.. T__T.. truskan mnyokong Se7en A.. hrap dpt tinggalkan komen anda..*

Labels: