BAB 15
Sunday, 19 May 2013 | 3 comments
BAB 15
Ruang tamu
banglo kaca kini dipenuhi dengan penghuni-penghuninya yang sedang bersantai di
hadapan Smart TV 120 inci. Sesekali
mereka tertawa melihat lakonan-lakonan manusia dalam ruangan kaca itu. Namun
tidak semua yang dapat fokus memandang skrin. Perutnya sudah berkeroncong minta
diisi.
“Girls, korang tak lapar ke?” Tanya 94 bernada sayu. Namun masing-masing
lebih suka melayan movie
Inggeris daripada kerenah teman mereka itu. 94 mengeluh sedikit. Dia bingkas
bangkit menuju ke arah dapur.
Tangannya
membuka peti sejuk berkembar itu. Kosong! Dia tercengang. Mana hilangnya semua
makanan? Detik hatinya. Dia segera menapak ke ruang tamu semula.
“Kenapa peti
sejuk tu kosong?” Tanya 94 kepada yang lain. Namun pertanyaannya langsung tidak
dihiraukan. Malah mereka masih lagi tidak lekang daripada memandang skrin.
Segera 94 mengambil remote Smart TV itu lalu...
“Hei...”
“Apa ni?”
“Janganlah
padam.”
Itulah antara
ayat yang terpacul daripada mulut mereka. Kala ini barulah masing-masing
mengalihkan perhatian kepada 94 yang sudahpun bercekak pinggang.
“Stok makanan
kita dah habis!” Ujar 94 lantang. Namun anehnya mereka yang lain sekadar diam membuatkan gadis itu bertambah bingung.
“Kitorang dah
tahu. 95 yang bagitahu tadi.” Ujar 92. Yang lain turut mengiyakan.
“Ha? Bila?
Kenapa tak cakap awal-awal?” Tanya 94 sambil memegang perutnya.
“Jane kan baru
keluar dari hutan, manalah dia tahu.” Ucap 91 kepada 92 pula. Dia merujuk
kepada 94 yang baru keluar daripada bilik tidurnya. 94 mencebik. Bukan dia
sengaja mahu tidur siang hari tapi tadi kepalanya terasa berpusing sedikit.
“Alah korang
tak nak keluar makan ke? Tak lapar ke?” Tanya 94 meminta kepastian. Yang lain
menggeleng hampir serentak. Bukannya dia tak nak atau tak berani keluar makan
seorang diri, namun ikatan kukuh antara mereka itu membuatkan dirinya susah
untuk berengang dengan yang lain.
“Lagipun kitorang dah makan snek tadi.” Ujar 93
bernada usikan seraya merampas semula remote
Smart TV daripada genggaman 94. Gadis itu sekadar membiarkan. Mindanya kini
hanya memikirkan makanan, makanan, dan makanan. Sudah seperti orang mamai
gayanya.
Skrin Smart TV 120 inci itu kembali menyala,
menyiarkan semula cerita mereka. Sekali lagi tawa mereka bersatu tatkala muncul
babak yang lucu. 94 kembali kepada akal warasnya, dia kembali merampas remote Smart TV itu. Jarinya lincah menekan punat untuk menukar siaran
televisyen.
Jangan
haraplah! Bisik hatinya.
“Hei,
janganlah..”
“Jane!”
“Dia ni suka
publisiti betullah..” Kala ini semua pandangan kembali tertumpu kepada 94.
“Hey, orang
hutan!” Jarinya terhenti di satu siaran tatkala telinganya menangkap gelaran
itu. Dia merenung tajam ke arah 93 membuatkan gadis itu segera memasang headphone yang sentiasa setia
bersamanya. Sejujurnya, apa yang nak 93 panggil ialah budak hutan, tapi
tersasul pula. Terus berubah maksudnya.
“Guys, jom keluar makan dekat situ.”
Tutur 96 menarik perhatian semua. Masing-masing kembali melihat skrin gergasi
itu.
“Sedapnya.” Ujar
95 pula tulus. Rupanya ngam-ngam 94 berhenti pada siaran masakan.
“Baiklah!
Bersiap semua. Kita akan serbu ke situ!” Ujar 90 yang seraya tadi berdiam diri.
Semua yang ada terdiam.
“Kenapa?”
tanya 90 melihatkan cadangannya tiada sambutan.
“Yelah, yelah. Aku belanja.” Ujarnya seolah-olah memahami apa yang difikirkan
oleh yang lain. Kala ini barulah mereka bersorak girang. Sekejap sahaja ruang
tamu yang kecoh tadi bertukar sunyi. Semua masuk ke bilik masing-masing untuk
bersiap.
***********
“MEMANG sedap
betullah makanan dekat situ.” Puji 92 tulus. Ahli-ahli Seven Anjells baru sahaja tiba di banglo kaca setelah mengisi perut
dan membeli barang dapur. Kini masing-masing sekadar bersantai di ruang tamu.
“Ha’ah, lain
kali makan lagi dekat situ, nak?” Tanya 94. Yang lain bersetuju. Dialah orang
yang paling bahagia sekali kerana hajatnya tercapai. Hajat ke kalau setakat nak
makan kat luar dengan yang lain?..
“Hmm..
memanglah sedap kalau dapat makanan free,
kan?” Usik 90 kepada yang lain. Sejujurnya dia langsung tidak kisah tentang
duit.
“Esok turn siapa yang masak? Aku nak tastenya macam makan dekat restoran tadi!”
Ujar 93 lantang sambil pura-pura mendengar lagu.
“Ish minah ni. Kau masaklah sendiri!” Balas
95 pula. Memang gilirannya dengan 96 yang akan memasak esok. 93 sekadar
tersenyum. Yang lain sudah tertawa kecil.
“Aku nak masaklah.”
Ucap 90 tiba-tiba. Semua yang ada terdiam. Masing-masing mengalihkan pandangan
ke arah ketua mereka.
“Seriously?” Pantas gadis itu mengangguk.
“Boleh aku
tahu bila?” Tanya 91.
“Kenapa?”
Tanya 90 pula.
“Tak adalah,
mungkin masa tu akan sakit perut. So
tak dapat nak rasa masakan kau. Sorry
ya.” Bohong 91 dengan terang dan nyata.
“Ha’ah,
mungkin hari tu aku sibuk. So tak
sempat balik makan.” Tambah 94 pula.
“Rasanya hari
tu aku dah janji dengan Holla. Sorry
Ann.”
“Aku pun rasa
aku ada misi tak rasmi hari tu. So
mestilah aku makan dekat luar.” Ujar 95 pula.
Masing-masing
sibuk memberi alasan dengan niat ketua Seven
Anjells itu akan percaya dan berputus asa.
“It’s ok! Aku akan tunggu sampai korang
balik.” Ujar 90 selamba lalu melangkah pergi.
“Nite, guys! Sweet dream.” Ucapnya lalu
hilang daripada pandangan.
Mereka yang
tinggal berpandangan sesama sendiri. Rasa bersalah mula menghantui diri.
Sebenarnya mereka tidak akan sesekali memberi tugasan memasak itu kepada 90.
Pernah mereka merasa masakan gadis itu dan hasilnya, seminggu terkulai di
hospital. Entah bahan apa yang dicampurkan dalam masakannya itu. Entah-entah
bahan eksperimen dia.
**************
“MORNING, guys!” Sapa 90
lalu melangkah turun satu persatu anak tangga. Yang lain menyambut sapaan itu
dengan mesra. Dia mengambil tempat duduknya di meja makan. Masing-masing sedang
berselera sekali menjamu makanan hasil masakan 95 dan 96.
“Kau jadi ke
nak masak, Ann?” Tanya 94 kembali mengingatkan ketuanya. Yang lain mengalihkan
pandangan ke arah 94 sambil membulatkan mata mereka.
“Opss..” Ujar
94 perlahan seraya menekup mulutnya.
“Jadi!” Jawab
90 girang membuatkan ada di antara mereka tersedak.
“Seriously?” Tanya 92 dengan wajah
serius. Anggukan 90 membuatkan yang lain berpandangan sesama sendiri.
“Oh ya, 96..”
Serta-merta ayatnya mati takala melihatkan kerusi 96 kosong tanpa tuannya.
“Mana Yaa?”
Tanya 90 pabila menyedari kelibat 96 langsung tidak kelihatan di situ.
“Yaa lepas
buat breakfast, dia terus keluar. Ada
hal katanya.” Terang 95.
“Kenapa kau
cari dia?” Tanya 91 ingin tahu.
“Tak adalah.
Aku ingat nak minta izin pinjam buku masakan kat gedung dia tu.” Jelas 90
tulus. Sekali lagi mereka yang ada berpandangan sesama sendiri.
“Minta izin?
Sejak bila?” Tanya 93 pelik.
“Kenapa?”
Tanya 90 pula.
“Bukan ke
selalunya kau serbu je gedung buku dia tu? Without
permission, I meant.” Ucap 94 pula. 90 mencebik. Salah ke aku nak minta
izin dia dulu? Gumam hati kecilnya.
“Ala, cakap
ajela kau nak buli 96 untuk bawakkan buku-buku kau tu nanti.” Ujar 91 selamba.
90 sudah tersengih. Bingo! Itulah motif dia minta izin 96 sekaligus mahu gadis
kacukan Jerman itu menemaninya nanti.
“Bila kau nak
pergi situ?” Tanya 95. Kelihatan ketua Seven
Anjells itu berfikir sejenak.
“Weekend!” Jawabnya ringkas.
*******************
SEORANG gadis berambut
kuning melangkah masuk ke dalam sebuah restauran sederhana mewah. Dia
mengenakan cermin mata hitam dan topi agar tiada sesiapa yang tahu akan
keberadaannya di situ. Mencari-cari tempat duduk kosong.
“Hai...
takkanlah Lotus Elise 2015 pun boleh kalah dengan motor kapcai saya?” Sapa seseorang. Serta-merta 96 menoleh untuk mencari
punca suara tersebut. Senyuman manis meleret tatkala terpandangkan Asyraf yang
duduk di sebuah meja berhampiran dengannya. Tanpa tunggu dijemput, 96 sudah
mengambil tempat bertentangan dengan Asyraf. Dia langsung tidak terasa dengan
usikan sebegitu.
“Sorry I’m late. Ada hal sikit.” ucap 96
seraya menanggalkan sunglassesnya.
Asyraf menganggkat sedikit tangannya untuk memberi isyarat kepada pelayan.
Seketika kemudian pelayan muda itu tiba dengan membawa kad menu.
“Dengar cerita
ada yang nak belanja hari ni.” Kias Asyraf sambil matanya sibuk melihat senarai
makanan pada kad menu itu.
“Yes I know. Order ajelah nak makan apa. I’ll
pay it.” Ujar 96 membuatkan Asyraf tersenyum lebar. Sempat 96 mengerling
sekilas ke arah lelaki berkaca mata di hadapannya itu seraya menggeleng kecil.
“Asy free tak weekend ni?” Tanya Alyaa Emeline (96) memecah sunyi ketika mereka
sedang menjamu selera.
Kelihatan dahi
licin Asyraf berkerut sedikit untuk memikirkan perancangannya. Asy merupakan
panggilan untuk mereka-mereka yang hanya rapat dengannya sahaja, nama manjalah
kiranya.
“Rasanya free. Kenapa?” Tanya Asyraf pula.
“Alyaa nak
bawak Asy ke suatu tempat.”
“Ke mana?”
Tanya Asyraf tidak sabar.
“Relaxlah. Weekend, not now. Makanlah
dulu.” Ucap 96 tenang lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Asyraf sekadar
tersengih, malu sendiri dengan sikapnya.
“Excited.” Ujar lelaki bermata biru itu pendek
seraya menyambung kembali suapannya yang tergendala tadi. Gadis kacukan itu
sekadar tersenyum kecil.
*assalam.. terima kasih kerana sudi membaca dan terus menyokong Seven A.. korang mmg baik hati krna still mengikuti Seven A wlaupun penulisan2u dah x nak masukkan seven a lg... ;)*
Labels: se7en anjells