bio list cbox entry




BAB 3
Sunday, 31 March 2013 | 0 comments


Festival Air Terjun Bewarna di Niagara Falls

BAB 3

96 memandang sepi kolam ikan berserta air pancut itu. Di banglo kaca ini juga turut terdapat taman bunga di dalamnya, iaitu di suatu ruangan khas yang serba kaca. Bilik itu tidak pula dibina siling atau atap di atasnya bagi membolehkan cahaya mentari melimpah masuk ke taman mini itu. Sekali gus membenarkan proses fotosintesis berlaku. Walaupun taman mini ini terletak di dalam rumah agam, namun proses pertumbuhan dan pembesarannya tetap berjalan dengan lancar.

Kelihatan ikan-ikan yang pelbagai warna berjalur indah di setiap tubuh kecilnya itu sedang bermain riang. Berenang-renang ke segenap kolam ikan yang sederhana besar itu. Bermacam ukiran indah yang melekat di kolam batu tersebut.

96 yang duduk di buaian tersenyum melihat gelagat ikan-ikan bertuah yang menjadi salah satu haiwan peliharaan Seven Anjells. Terubat sedikit rasa sedih yang tidak habis-habis mengganggu fikirannya. Oksigen yang dirembes keluar oleh tumbuhan-tumbuhan hijau di situ dihirup segar. Alangkah indahnya jika oksigen di dunia luar sesegar ini. Tenangnya rasa tatkala berada di taman ini hanya Allah sahaja yang tahu. Meskipun tidak seindah hutan semula jadi, namun tetap jua terasa nyamannya itu.

Fikirannya terimbau kembali akan kejadian yang berlaku beberapa minit yang lalu. Bebanan baru sudah tiba. Dia kini punya masalah yang besar. Ada misi khas yang 90 beri untuknya. Dia buntu memikirkan jalan penyelesaian akan masalah yang baru timbul ini. Mahu lari? Takkanlah. Bunuh diri? Jauh sekali. Spontan keluhan berat kedengaran daripada mulut 96.

************
96 melangkah masuk ke dalam pejabat utama kumpulan itu. Entah untuk kali keberapa dia menjejakkan kakinya ke bilik 'kebal' itu, dia sendiri tidak tergerak untuk menghitungnya. Untuk jangkaannya, hanyalah beberapa kali sebelum ini. Matanya melilau memandang sekeliling. Tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Sama sahaja dengan deko yang dilihat sebelum ini. Pandangannya melekat pada bingkai besar yang digantung kemas di dinding. Semua ahli kumpulan berada di dalam gambar itu. Masing-masing sedang tersenyum girang. Rindu sungguh dia akan saat manis itu.

Kemudian, mata 96 tertancap pada meja utama. Ternyata, 90 sudah lama menunggu kehadirannya di situ. Segera dia melangkah menuju ke meja utama lalu mengambil tempat di hadapan 90 yang sedang duduk di kerusi besar.

Sorry, I'm late.”

It's ok.”

Kenapa kau suruh aku datang?” Tanya 96 tersenyum kelat, buat-buat tidak mengerti akan tindakan drastik ketuanya itu. 90 tersenyum sinis.

Takkanlah kau tak dapat nak agak?” Kening dijongketkan sebelah. 96 tersentap dengan kata-kata 90 lantas membatukan diri. Dia baru sahaja berniat untuk membangkitkan suasana ceria antara mereka berdua, namun kata-kata 90 mematikan terus hasratnya.

Hai... 96, 96. Kau sebenarnya kenapa?” 90 bertanya lembut. Soalan itu masih dibiarkan sepi.

Aku tengok kau ni tak ada potensi langsung. Kau tahu tak berapa beza antara 37 dengan 12? Jaraknya 25! Nak dapat 1 star pun susah, apatah lagi kalau engkau, yang tak berpotensi ni nak rapatkan jurang antara 37 dengan 12.”96 masih kekal diam. Menelan bulat-bulat kata-kata pedas 90 yang memperlekehkannya.

96, kalau beza star engkau dengan 94 tu 2 atau 3, aku still boleh maafkan. Tapi, bezanya jauh sangat. Kau kenapa sebenarnya? Kau ada masalah ke? Kalau ada, kau boleh cerita dekat aku. Sekurang-kurangnya, aku tahu keadaan kau. Mungkin aku boleh tutup kes kau ni,” suara 90 kembali mendatar. Seboleh-bolehnya dia berusaha untuk mencungkil masalah anak buahnya.

Aku… aku bukan apa, cuma… aku tak sanggup nak buat perkara tu. Aku tak sampai hati. Aku tak sanggup nak jalankan misi group ni. It's too cruel for me you know,” 96 membuka bicara. Kenyataannya yang tersangkut-sangkut itu membuatkan 90 naik angin. Dalam gagap, dia sebenarnya mahu menentang misi kumpulan ini.

Sebab tu aje yang menyebabkan kau macam ni?! Hey, come onlah! Janganlah jadi baik sangat! Diorang tu boleh aje jayakan setiap misi yang diorang handle. Lagipun, kumpulan ni ditubuhkan untuk membela nasib perempuan!” 90 membantah keras. Sambil itu, jari telunjuk 90 dihalakan ke arah pintu luar. Beberapa orang ahli yang lain sedang melintasi bilik ini memaksudkan perkataan 'diorang' yang dilafazkannya.

90, kau tak terfikir ke yang mangsa-mangsa misi kita ni ada perasaan? They're same like us! Ada hati, perasaan...”

They're not same like us! Sampai bila pun takkan sama!” Lantang 90 bersuara memintas kenyataan 96 seraya mengetuk kuat meja utama membuatkan gadis itu sedikit tersentak. Hampir gugur jantungnya melihat tindakan leadernya itu. Keadaan sunyi seketika. Dada 90 sedikit berombak menahan marah. Pandangannya masih tajam menikam ke dalam anak mata 96 gaya singa betina yang kelaparan.

Kalau diorang ada perasaan, kenapa diorang still permainkan hati perempuan? Mereka bukannya tak berpelajaran, malah hingga ke peringkat gading mereka punya pendidikan. Tapi kenapa mereka tak terfikir? Tak ada otak ke mereka tu? Mereka yang mulakan dulu. So, tak salah kalau kita nak protect kaum kita, kan?” Sambung 90 membidas semula apa yang dikatakan sahabatnya itu setelah berjaya menenangkan dirinya sendiri.

Ann, kalau kau berada di tempat lelaki itu apa yang kau akan rasa? Mesti kau malu kan kalau diperlakukan macam tu depan orang ramai. Kau ingat diorang suka? Bahagia diperlakukan macam itu?  Mereka pun ada maruah!” Lain yang ditanya, lain pula jawapannya. Tenang sahaja gadis kacukan Jerman itu berbicara. Dia ingin meluahkan segalanya.
90 sekadar membisu. Kala ini mata mereka sudah tidak bertemu lagi. 96 kembali mencari keberanian untuk meneruskan hujahnya. Dia menarik nafas serta cuba meraih kekuatan dalaman yang ada.

Peribahasa melayu ada mengatakan, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mengikut sains pun ada logiknya juga, kan? It's mean, kesalahan tu bukan terletak pada sebelah pihak saja. Walaupun kesalahan yang dilakukan oleh satu lagi pihak tu cuma kecik, tapi sebab perkara yang kecik itulah tercetusnya kes yang besar macam ni, tahu tak?” kala ini barulah dia menjawab persoalan 90 tadi. Nah, hamek kau sebijik. 96 melancarkan serangan balas.

Huh, orang Jerman ada hati nak berperibahasa pulak dengan aku, pure Malay ni? So, kat sini kau nak bela lelakilah?” Tanya 90, sinis nadanya.

Kau tak pernah terfikir ke perempuan-perempuan yang kena tipu tu perempuan murahan? Harap aje belajar tinggi-tinggi. Tapi, otak letak dekat lutut. Aku rasa, mereka yang tergila-gilakan lelaki tu, sibuk nak cari lelaki. Dah macam perigi mencari timba. Hei, tak tahu malu ke, hah? Kalau akulah jadi lelaki, aku takkan layan perempuan macam ni. Tak tahu malu betul. Aku rasa, mereka dilayan sebab lelaki tu ada rasa kesian. Orang dah buat baik pada kau pun, kau tak bersyukur. Lepas tu, sedap-sedap cakap yang dia permainkan kau? Padahal, kau siapa pada mata lelaki tu? Tergedik-gedik! Lepas tu, lelaki yang kena hukuman? It is fair 90? Ini ke yang dinamakan keadilan? Belajar tinggi-tinggi tapi tak dapat nak berlaku adil? Baik tak payahlah. Yang perempuan-perempuan tu, parents suruh pergi belajar, sibuk nak bergedik. Golongan yang macam ni ke yang patut dibela? Sesuai ke?” kata-kata 96 yang panjang lebar, bernada mengejek itu bagaikan tamparan hebat bagi 90. Sekali lagi hujah 96 berjaya mematahkan kata-kata 90. Gadis itu tersentap mendengar setiap bait bicara yang lahir daripada mulut 'adik bongsu'nya. 90 terdiam. Dia telah tewas dalam bertingkah kata bersama 96.

Tangannya pantas membuka laci meja utama itu. Dia mengeluarkan sehelai kertas lalu diunjukkan kepada 96.

Nah! Baca kontrak ni dan tandatangan,” arahannya disambut dengan huluran kepada 96 yang mahu menyambut kertas itu. Kertas itu dibaca penuh teliti. Terdengar keluhan berat dihempaskan.

Mana boleh macam ni, 90. Kau…”

Mungkin aku akan kalah kalau aku terus berbahas dengan kau. Tapi, aku takkan kalah dalam urusan kuasa di Seven A ni. Kau tak boleh bantah kehendak aku,” 90 segera memintas. Jawatannya yang paling berkuasa di kumpulan besar ini diingatkan kembali. 96 mati kata. Akhirnya dia mengangguk lesu.

Baiklah kalau itu yang kau nak, aku ikut. Tapi sebelum tu, kau tak ada rasa bersalah ke kalau putuskan tali persahabatan yang telah terikat sejak kecil? Macam mana kalau diorang tanya? Apa yang kau nak jawab?” mendatar sahaja suara 96 tatkala menuturkan ayat itu. Kali ini, 90 pula yang kelu lidah. Betul apa yang dikatakan oleh 96. Pasti ahli yang lain akan mendesaknya supaya memberikan alasan yang munasabah kenapa Seven Anjells kehilangan seorang ahli.

Kalau macam tu, aku bagi kau peluang terakhir. Tapi, dengan satu syarat,” akhirnya 90 mengubah keputusan. Sejujurnya, dia juga tidak sanggup berpisah dengan semua ahli kumpulan Seven Anjells. Mereka seperti sebuah keluarga yang besar. Yang sempurna segala-galanya. Keluarga yang bahagia. Persahabatan ini sudah lama terjalin sejak mereka di bangku sekolah lagi. 96 hanya menanti kata seterusnya tanpa berhasrat mahu mencelah sedikit pun.

Syaratnya, kau kena cari seorang lelaki untuk dijadikan sebagai mangsa kau,” melopong mulut 96 mendengarnya. Ku pikirkan apalah syaratnya. Ternyata, 90 ni memang keras kepala orangnya. Dah cakap beberapa kali pun, buat jugak. 96 membatukan diri.

Aku bagi kau tempoh selama 3 bulan aje. Cari seorang saja lelaki untuk kau kenakan. Setaraf dengan misi kumpulan ni dan at least star kau 25,” dia memberitahu tegas. Tiada sekuntum senyuman pun yang bergayut pada bibir mungil kedua-dua mereka.

96 sedikit terkejut. 1000 votes for 1 star, then 25000 votes for 25 stars. Banyaknya! Nak dapat 1 star pun semput apatah lagi 25. Bisik hati kecilnya membuat kira-kira. Dia akhirnya mengeluh berat seraya mengangguk lemah. Bersetuju dengan syarat yang dilemparkan. Terperangkap dengan jerat 90, gadis itu tersenyum puas.

Aku buat semua ni, bukan apa. Untuk kebaikan semua juga. Kau sendiri pun tak nak dengar yang Seven A ni sebuah kumpulan yang lemah, kan? Aku tak nak anak buah aku tak berkeyakinan diri, tak ada potensi! Lagipun kau ada advantage apa? Gadis kacukan Jerman siapa yang tak nak? Tapi kalau kau tak nak teruskan semua ni, aku boleh ambil orang lain. Ramai lagi yang teringin nak jadi ahli kumpulan ni. Ramai lagi yang lebih berpotensi dekat luar sana,” 90 menerangkan segala tindakannya itu.

************
BERTERABUR semua lamunan 96 tatkala bahunya ditolak lembut oleh seseorang. Entah bila orang itu masuk ke taman bunga itu pun dia tidak sedar. 96 menoleh. Dia menghadiahkan senyuman hambar buat orang yang telah pun melabuhkan punggungnya di sisi 96.

Nah,” 95 menghulurkan sebuah mug comel berbentuk anak beruang kutub kepada 96. Tanpa sebarang isyarat, 96 terus menyambut huluran tersebut lantas meneguk sedikit air di dalamnya.

Wekk!” tindakan spontan, 96 terus memulangkan semula mug tersebut kepada 95. Dahinya berkerut. Meletus tawa 95 menyaksikan aksi serta-merta 96.

Nesc?” 96 meneka. Segera 95 mengangguk sambil tersengih nakal. 96 merengus. Ish, dia ni! Bukannya tak tahu yang aku tak suka minum Nescafe, makin dibagi pula.

Nahlah. Your favorite,” 95 menghulurkan mug yang lain. Sebaik sahaja melihat kandungan air tersebut, 96 tersenyum.

Emm…horlick!” 96 bersorak riang. Dia menyambut huluran mug tersebut dengan senyuman ceria.

Hmm… itulah, lain kali, berangan lagi! Apa orang bagi, main ambik aje. Tak tengok langsung! Menyesal pulak aku tak hulur air paip tadi. Confirm kau minum membuta tuli. Aisehman… melepas-melepas…” 95 bergurau.

Tak baiklah,” ujar 96 perlahan. Keadaan kembali hening. Aak...Aak... bunyi gagak pun lebih kuat. Eh, ada gagak ke pulak waktu malam macam ni?

Kau okey tak?” Tanya 95 memecah kesunyian. 96 memandang lesu ke arah wajah yang penuh pengharapan. Aku dah agak dah! Minah ni confirm nak touch pasal mende ni. Argh! Malasnya! Bisik hatinya.

Erm… maybe not.”

Maybe or exactly?” teka 95. 96 hanya tersenyum kelat. Macam tak faham-faham jerk!

Aku tak tahulah nak cakap apa, 95. Aku dah buntu. Aku rasa aku tak boleh nak teruskan,”   kata 96 lemah. Dia tertunduk menahan sebak tatkala dia terkenangkan tempoh dia berada bersama kumpulan ini bergantung pada satu syarat yang diberi 90.

Janganlah macam tu. Kalau kau ada masalah, cerita aje. Kitorang kan ada,” pujuk 95. Dia tetap mengukirkan senyuman ikhlas buat 96. Masih berharap agar temannya tidak berputus asa.

Aku…aku tak tahu cara nak jayakan semua misi yang aku conduct ni dengan best. Aku tak tahu.” Rintih 96 penuh sebak di dada. Dia mengeluh halus. Failed betul aku bila cakap pasal ni. Touchinglah aku. Hati kecil 96 menjerit.

95 memegang bahu 96. Meniup kembali semangat 96 yang kian pudar.

Kau ni baik sangatlah. Tak apa, kitorang akan ajar kau macam mana nak jayakan misi tahap super mantap. Bukan cuma 3 ribu orang  followers video kau nanti, mungkin boleh capai angka 5 ribu dalam masa 2 jam aje. Amacam?”95 menjongket-jongketkan keningnya.

Alamak! Perit pulak tekakku ni. Ini mesti kes membebel aje. Haus betul. Air! Airku sayang! 95 segera mencapai mug berisi air Nescafe panas tadi lalu diteguknya perlahan.

96 yang terharu atas kata-kata dan cadangan 95 sebentar tadi segera mendakap erat temannya. Betullah... bukan senang nak dengar orang cakap yang diri kita ni baik, kan?

Terima kasih, 95! I laaaap you with ajax fabuloso!” 96 tersenyum riang. Lantas 95 yang sedang khusyuk menikmati air tersebut segera mengangkat tinggi air minumannya tatkala terasa badannya didakap erat oleh 96.

Laplah, Ajaxlah, entah apa-apalah. Wei, mak cik lepaslah. Tumpahlah air buatan aku yang tersedap di seluruh benua ni nanti!” 96 yang tidak menghiraukan langsung kata-kata 95 langsung mengeratkan pelukannya.

Erk!! Tercekik aku! Mama, papa anakmu ini amat menyayangimu dunia akhirat. Semoga rohku tenteram di sana”. Sempat 95 mengomel sendirian. 96 hanya tersenyum nakal. Apalagi, makin kuatlah dakapannya.

Yaa! Matilah aku!” 96 tersenyum riang sambil meleraikan pelukan 'maut'nya itu.

Beberapa pasang mata sibuk memerhatikan gelagat dua sahabat itu dari jauh. Mereka ialah ahli-ahli yang lain kecuali 90. Usai saja sesi 'motivasi', ketua Seven Anjells itu segera mengurung diri di dalam kamar tidurnya. Sejujurnya kata-kata 96 membuatkannya berfikir lama.

Inilah namanya sahabat sejati.” Ujar 94 yang tersentuh melihat gelagat dua orang sahabatnya itu. Yang lain sekadar mengangguk sambil meleretkan senyuman.




*Ain tak jumpa taman mini yang 96 tengah layan perasaan tu, so Ain jumpa gambar ni. Agak menarik memandangkn bab ni situasinya agk tegang.. enjoy~ 

Labels: