bio list cbox entry




SA, BAB 24
Tuesday, 17 December 2013 | 0 comments





Mystery Letter

90 menanggalkan coat putih yang disarungnya sebaik kakinya melangkah keluar dari makmalnya. Matahari sudah hampir menarik semua cahayanya terbenam ke ufuk barat. Dia melajukan langkah kakinya. Jam tangan yang terpasang kemas dipergelangan tangan kirinya dikerling sekilas.

6:30 petang.

Dari jauh, sudah kelihatan Ferrari putih kesayangannya. Tidak terlihat pula kereta-kereta ahli yang lain. Pasti sudah balik. Gumam hati kecilnya.

90 menghalakan kunci keretanya ke arah White Horse. Kereta putih itu berbunyi menandakan pintunya sudah tidak lagi berkunci. Dari jauh lagi kereta itu sudah dapat mengesan gelombang kunci kereta yang ada pada 90.

90 membuka pintu bahagian pemandu. Dia meletakkan beg tangannya di bahagian tempat duduk penumpang. Gadis berlesung pipit itu mengambil tempat duduk di bahagian pemandu. Dikemaskan sedikit cara duduk untuk keselesaan pemanduannya kelak. Tanpa sebarang halangan, 90 menghidupkan enjin kereta. Tali pinggang keselamatan sudah kemas dipakai. Tatkala dia memandang ke hadapan, serta-merta tindakannya terhenti. Dahinya berkerut sedikit. Ada sesuatu di wipper keretanya.

Tanpa berlengah, gadis itu keluar dari perut kereta. Dia mencapai sampul surat yang diselitkan di wipper hadapan keretanya dengan pertanyaan yang sarat di fikiran kini. Mengapa mesti ada tercatat namanya di sampul surat itu?

To: Anna Raudhah Tan Sri Aliff

90 kembali mengambil tempat duduknya di dalam perut kereta. Dia membelek seketika sampul surat yang berwarna hitam itu. Tidak dapat menahan tanda tanya yang semakin banyak menyerbu minda, segera dia membuka sampul surat itu dengan berhati-hati. Dia membuka lipatan kertas yang terkandung di dalam sampul surat yang mencurigakan itu.

....JANGAN SESEKALI KAU MENDUAKAN HATI INI, SAYANGKU...

Tegak  bulu romanya seusai dia menghabisi ayat terakhir kandungan surat misteri itu. Ditambah pula dengan tulisannya yang berwarna merah darah serta sampul yang berwarna hitam, bertambah seram sejuk pula jadinya.

Dia memerhatikan sekeliling. Takut kalau-kalau pengirim surat misteri itu sedang memerhatikannya  kala ini. Kosong! Ternyata hanya dia seorang sahaja yang berada di situ pada waktu itu. Pantas 90 mencampakkan sampul surat dan isinya ke sit sebelah. Sepantas itu jugalah Ferrari 458 Italia meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti.

Melihatkan sport putih itu meluncur laju meninggalkan kawasan parkir, spontan dia mula melangkah keluar dari tempat persembunyian. Dia tersenyum puas setelah melihatkan segalanya.

It’s just a beginning.” Bisiknya sendirian sebelum lambat-lambat dia menapak pergi meninggalkan kawasan itu.     


FERRARI 458 Italia selamat berhenti di atas petak parkirnya. 90 mematikan enjin kereta sport itu. Dia memandang kosong stereng keretanya. Sejujurnya, pesanan surat misteri itu masih mengganggu fikirannya.

Lambat-lambat dia membuka kembali lipatan surat yang berwarna putih itu. Dia membaca semula isi kandungannya, berulang kali. Mindanya kini sarat dengan seribu satu persoalan. Siapa pengirimnya? Adakah dia mengenali pengirimnya? Mungkinkah salah seorang daripada mangsa Seven A? Mungkinkah dia sedang dipermainkan? Bagaimana pula pengirim itu tahu nama penuhnya? Itulah antara persoalan tergantung tanpa jawapan yang bermain di mindanya kini.

Akhirnya dia mengeluh berat seraya keluar daripada perut kereta. Langkahnya diatur laju ke arah pintu utama banglo. Perasaan gerun masih lagi bersisa di dalam dirinya. Takut-takut kalau peminat’ misteri itu mengekorinya hingga ke situ.

“Ann, makan!” Sapa 94 tatkala terlihatkan ketua Seven Anjells itu di muka pintu banglo. 90 menapak ke arah ruangan makan di mana semua ahli sudah pun berkumpul, menjamu selera.

“Wah, siapa masak?” Tanya 90 tatkala melihatkan juadah yang sudah terhidang. Hilang seketika perihal surat misteri itu.

“Aku dengan 93.” Ujar 91.

“Ni semua resepi aku. 91 just potong-potong aje.” Ujar 93 bangga. 91 sekadar mencebik. Semua yang ada menjamu hidangan itu dengan berselera sekali.

“Lambat kau balik  90. Kau ada singgah mana-mana ke?” Tanya 95 memecah sunyi. Pantas 90 menggeleng.

Girls, aku dengar cerita ada mahasiswi universiti kita yang kena kacau.”  Ujar 92 membuka topik.

Kitorang dah tahulah.” Sahut yang lain. 92 mencebik. Yang lain sekadar tersenyum lalu meneruskan suapan masing-masing.

Seriously?” Namun tidak pula bagi 90. Sejujurnya dia memang tidak tahu apa-apa tentang itu. Mereka yang ada mengalihkan pandangan ke arah 90.

“Kau betul-betul tak tahu, Ann?” Tanya 92. Pantas 90 mengangguk dengan muka yang kebingungan. Seketika yang lain berpandangan sesama sendiri. Suapan yang daripada tadi rancak masuk ke dalam mulut turut terhenti.

“Macamlah korang tak kenal si Ann ni. Dunia dia kan cuma dekat lab aje.” Usik 91. Yang lain tertawa kecil mengiyakan.

“Kena kacau dengan siapa?” Tanya 90 tanpa menghiraukan usikan itu. Dia semakin berminat dengan topik itu.

“Entah. Katanya orang luar, tapi tak tahulah betul ke tidak.” Jawab 95.

“Kena kacau macam mana?” Tanya 90 lagi. Pandangannya beralih pada seorang demi seorang sahabat-sahabatnya.

Diorang kata macam ada orang follow.” Terang 93 pula.

Follow? Tak ada yang nampak ke muka orangnya ke?”

“Tak sebab benda ni berlaku pada mereka-mereka yang selalu balik lambat.” Terang 94 pula. 90 terdiam. Fikirannya terimbas kembali pada sepucuk surat misteri bersampul hitam yang diterimanya lewat petang tadi.

“Kau tak ada rasa benda-benda pelikkan, 90?” Tanya 96 yang menyedari perubahan air muka ketuanya itu.

“Alah, siapa aje yang berani kacau dia? Guru taekwando tu.” Belum sempat 90 memberi respon, 93 terlebih dahulu memintasnya. Yang lain tertawa kecil mengiyakan sementara 90 sekadar tersenyum sumbing.

“Okeylah, aku dah kenyang. Aku naik dulu, ye?” Ujar 90 mematikan perbualan. Dia bingkas bangun untuk membasuh pinggan.

“Dah kenyang? Makan banyak tu aje?” Tanya 92.

“Aku nak bersihkan dirilah.” Terang 90 seraya menapak ke dapur. Mindanya masih lagi memikirkan perihal surat misteri itu.

“Kau okay, 90?” Tanya 96 yang muncul dari belakang. 90 sedikit terkejut. Mujur sahaja pinggan tidak terlepas daripada pegangannya. 96 sekadar tersenyum. Pantas diambil pinggan ketua Seven Anjells itu untuk dicucinya sekali. 90 sekadar membiarkan.

“Yaa, ramai ke yang kena kacau tu?” Tanya 90 seraya membantu 96 mencuci pinggan.

“Yang aku dengar cuma dua tiga orang aje.” Terang 96 tulus. Sempat dia mengerling sekilas ke arah 90. Gadis itu sekadar mengangguk kecil.

Diorang kena kacau macam mana? Maksud aku... just kena follow aje ke? Tak dapat notis atau apa-apa?” Soal 90 ingin tahu. 96 memberhentikan kerjanya. Direnung tajam wajah 90 yang berada di sebelahnya itu.

What?” Tanya 90 yang sudah terkebil-kebil.

“90, kau... kena kacau ke?” Kala ini renungannya sengaja ditajamkan lagi membuatkan 90 bertambah gelisah.

“Apa kau cakap ni? Siapa aje yang berani kacau aku? Silap-silap tak dapat tengok matahari terbit esoklah orang tu.” Ujar 90 lalu pura-pura ketawa.

“Aku naik dulu, 96. Letih pulak rasanya badan ni.” Segera 90 menapak pergi meninggalkan gadis kacukan Jerman itu sendirian. Pandangan 96 masih setia menyoroti kelibat 90 hinggalah bayangan gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.

Something fishy.” Bisik 96 sendirian seraya kembali menyambung kerjanya.

Labels: