bio list cbox entry




SA, BAB 29
Tuesday, 24 December 2013 | 0 comments




Gedung Kain Terbiar


Gedung Kain Lama



“Hello, Ann! Kau dekat mana ni? Kenapa tak balik lagi?” jelas kedengaran suara 94 yang bernada risau di hujung talian. 90 masih lagi memandang jalan raya yang sesak.

“Aku tersangkut dalam jammed sekarang ni. Ha, iyalah. Baik. Mungkin lama kut. Iya, iya. Aku tahu sekarang dah pukul 10. Hmm... okeylah, bye.”   

Talian sudah dimatikan. Keadaan sunyi membingari suasana. 90 memandang kosong jalan raya di hadapan. Lalu lintas kini bergerak amat lambat. Dia sudah mulai bosan menunggu. Gadis itu menjengukkan sedikit kepalanya memandang langit yang hitam kelam. Bintang bertaburan memenuhi seluruh angkasa raya. Helaan nafas dihembus berat.

“Isy, kalau aku tahu sesak macam ni, tak jadi aku nak ambil fail yang tertinggal tadi. Kenapalah tak ambil esok aje,” 90 sudah memarahi dirinya sendiri. Dia merungut sendirian. Seketika dia terdiam. Melayan perasaannya sendiri.

Sudah tiga hari 90 tidak mendapat surat misteri itu. Surat-surat misteri itu sering kali menganggu fikirannya. Dia langsung tidak dapat mengesyaki siapa pemberinya. Mungkin ketiga-tiga surat itu diberi oleh orang yang sama. Namun, siapalah dirinya untuk mencari identiti pemberi tersebut. Maklumlah, dia hanya mengenali beberapa orang, namun ramai pula orang yang tidak dikenali mengenal dirinya. 90 menghempaskan keluhan berat. Surat yang dibaca 91 itulah kali terakhir dia menerimanya. Selepas itu, tidak lagi kunjung tiba.

90 mengeluarkan telefon bimbit yang diimport khas dari Eopah itu. Oleh kerana bosan, dia sengaja mahu membelek isi kandungan telefon bimbitnya. Jarinya yang lincah menolak sana sini di atas skrin, terhenti seketika.

“Roy,” tidak semena-mena, mulut 90 terucap nama itu. Nombor telefon lelaki itu terpampang jelas di kaca skrin. Apa yang diucapkan oleh 96 tempoh hari kembali segar di memori.

“Nama dia Roy. Aku bagi kau cause I think, you’ll need it one day.

90 sekadar tersenyum. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya yang dalam. Tangannya lincah menekan-nekan sesuatu di atas skrin itu. Dia kembali meneliti apa yang telah dikarangnya.

Hi, darling. You tengah buat apa tu? Dah tidur ke? Malam ni I datang rumah you. Tunggu ye!

Ikon ‘SEND’ ditekan. Senyuman kembali terukir di bibir. Dia begitu yakin bahawa tidak lama lagi, mesej itu akan berbalas. 90 memandang semula ke hadapan sementara menunggu mesej itu dibalas.

Beberapa minit sudah berlalu namun tiada pula tanda-tanda bahawa mesej baru diterima. 90 yang sudah tidak dapat menunggu lebih lama pantas menelefon lelaki itu. Kenapa player ni tak balas mesej aku? Biasanya cepat aje. Rungut hatinya, geram.

Talian disambungkan terus ke earphone tidak berwayar yang sedari tadi sudah terpasang kemas di telinga 90. Lama dia menunggu sebelum talian terputus sendiri. Mungkin lelaki ni sengaja tidak mahu menjawab panggilan, fikirnya. 90 merengus geram. Tercabar benar rasanya diperlakukan sebegitu.

90 pantas menekan hon keretanya, lama. Akibat panas hati diperlakukan begitu, juga sakit hati kerana menunggu terlalu lama, gadis itu mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas, jalan belakang bangunan lama yang jarang digunakan orang.

White Horse kesayangan 90 membelok ke satu lorong. Lorong itu agak sunyi, maklumlah jarang dilalui oleh manusia. Namun, apa yang ketua Seven Anjells ini kisah? Asalkan tak perlu menunggu terlalu lama.

90 perasan ada kereta mewah berwarna hitam seperti sedang mengekorinya. Namun, dia sekadar membiarkan sahaja. Takkan ada orang nak mengekori secara dekat, fikirnya sekadar mahu menyedapkan perasaan.
Dia menekan brek secara mengejut. Barulah gadis itu perasan bahawa lorong sehala yang digunakan itu rupa-rupanya telah ditutup menggunakan tong-tong besi yang tersusun di tengah-tengah jalan. Pantas dia menoleh ke belakang.

Kini dia sudah rasa tidak sedap hati tatkala melihatkan tiga biji kereta hitam itu sudah berhenti secara melintang sekaligus mengepung laluannya. 90 mulai cemas tatkala terlihatkan beberapa kelibat manusia keluar daripada kereta hitam yang mewah itu sedang menuju ke arahnya. Benaknya kini buntu seketika. Namun tiba-tiba 90 terpandangkan telefon bimbit yang masih berda di tangannya, segera ikon ‘CALL’ ditekan. Earphone tanpa wayarnya telah pun ditanggalkan. Dia sudah tidak kisah siapa yang dihubunginya. Keselamatan dirinya yang terancam kini lebih penting daripada segalanya.

“Angkatlah... angkatlah...” 90 memegang kejap telefon bimbit itu. Seorang lelaki berbadan agak gempal mengetuk tingkap kereta di bahagian pemandu. Tersentak 90 dibuatnya. Telefon bimbitnya sempat dikerling sekilas. Panggilannya berjawab. Ketukan yang semakin bertalu-talu membuatkan 90 tiada cara lain selain membuka pintu. Telefon bimbitnya disorok di belakang badan. Suasana gelap yang hanya disimbahi cahaya lampu kereta membuatkan mereka tidak perasan akan keadaan 90 yang sepertinya sedang menyembunyikan sesuatu. Lengan gadis itu ditarik kasar membuatkan tubuh kecil itu terdorong ke tepi.

Jelas kelihatan di layar penglihatannya, beberapa orang lelaki baru keluar dari kereta-kereta mewah hitam berkilat itu. 90 semakin kecut perut melihat mereka sedang merenungnya semacam.

“Apa yang korang cuba buat ni?” tanya 90 kuat dengan nada yang sedikit cemas. Tujuannya supaya sesiapa di dalam talian mendengar dan mengetahui situasinya kini. Lelaki-lelaki berbadan tegap itu kini sedang ketawa besar. Wajah ayu 90 mulai kelihatan pucat. Dia kini dikelilingi lelaki-lelaki berkot hitam dan berbadan tegap.

“Masukkan dia dalam kereta!” Arah satu suara. Seorang lelaki menghampiri 90 seraya menarik kasar tangan gadis itu menuju ke arah sebuah kereta hitam. Ketua kumpulan Seven Anjells itu dicampakkan ke dalam kereta tersebut di bahagian tempat duduk belakang. Terdengar seketika suara 90 mengerang kesakitan. Kereta yang terletak paling hadapan bergerak dahulu sebelum kereta yang dinaiki 90 mula meluncur laju. Kelihatan sebuah lagi kereta hitam mengekori dari belakang.

90 memandang sayu kereta kesayangannya yang turut bergerak perlahan-lahan mengikuti mereka. Mungkin lelaki yang mengetuk tingkapnya tadi yang sedang memandu kereta tersebut. Jalan yang suram yang hanya dilimpahi beberapa lampu jalan semakin menggerunkan 90. Mana diorang nak bawak aku ni? Mana semua ilmu mempertahankan diri yang aku belajar? Kenapa aku jadi lemah sangat ni? Air hangat kini bergenang di kelopak mata. Ingatannya kini terimbau pada kenangan-kenangan bahagia bersama Seven Anjells, bersama mama... dan papanya juga.

90 memandang sekeliling. Di sebelah kirinya terdapat seorang lelaki berkot hitam. Di sebelah kanannya juga begitu. Di hadapan, seorang lelaki juga berkot hitam sedang memandu kereta ini.

“Haisy, semua kot hitam. Cubalah pakai kot warna pink ke, putih ke, biru ke coklat ke... ini tidak, tak berkembang langsung. Cubalah think out of the box,” bebel 90 sendirian memecah kesunyian yang bertamu di dalam kereta. Semua mata terus tertumpu ke arah gadis itu.

“Apa yang kau cakap?” tanya bodyguard di sebelah kanannya. Eh, sedap aje panggil bodyguard.

90 sudah tersengih seakan kerang busuk. Pantas dia menggeleng. Kereta mewah itu masih lagi bergerak. Entah bila nak sampai ke destinasi pun dia tidak tahu. Naluri ketua Seven Anjells yang tak berapa nak tajam itu dapat merasakan yang talian di telefon belum terputus. Tiba-tiba akal warasnya mendapat satu idea.

Dia mengerling ke arah papan tanda jalan yang baru sahaja dilintasi. Dia sudah tersenyum sinis. Tahulah kini dia berada di mana.

“Eh, kita nak pergi mana ni? Kenapa masuk Jalan Tunku Abdul Razak? Bukan ke dekat situ cuma ada gudang-gudang lama aje?” tanya 90 bersahaja dengan suara yang kuat agar orang di dalam talian turut mendengar sekali.

“Eh, kau diamlah perempuan!” bentak ‘bodyguard’ di sebelah kirinya pula.

“Eh, suka hati akulah nak diam ke nak bising ke. Ini mulut aku, bukan mulut kau. Bukan kau yang bayar insurans mulut aku pun,” gerutu 90. Mulut pun ada insurans ke?

“Korang ni badan besar-besar, takut tikus tak? Gim mana yang korang pergi? Bagus tak gim tu? Dekat tempat aku pun ada gim jugak. Tapi tak pernah digunakan.” 90 semakin berani bersuara. Lelaki-lelaki itu hanya diam mendengar sahaja.

Korang nak bawak aku ke mana ni? Nak culik aku, ea? Macam ni ke cara menculik? Oo... baru aku tahu. Siapa boss korang ni?” tanya 90 lagi dengan nada yang sedikit kebudak-budakkan. Lelaki yang memandu itu hanya menggeleng.

“Korang cakap dengan kawan korang yang bawak kereta aku tu, bawak elok-elok sikit, eh? Bukan apa White Horse aku tu sensitif sikit. Maklumlah, kereta mahal.”

“Haisy... macam manalah Tuan Muda kita boleh suka perempuan gila macam ni?” rungut lelaki yang sedang memandu itu. Bodyguard-bodyguard di sisi 90 hanya menggeleng. Jelas riak terpinga-pinga di raut wajah 90.

“Siapa Tuan Muda tu? Boss korang, ea? Dia kaya tak? Handsome tak? Dia ada helikopter tak? Istana ada tak?” 90 semakin petah berbicara. Terdengar rengusan yang dihempaskan oleh lelaki-lelaki itu. 90 tersenyum. Jelas di layar penglihatannya sebuah gudang kain lama.

“Kita main teka-teki nak tak? Banyak-banyak gudang, gudang apa yang paling lama dekat Jalan Tunku Abdul Razak ni? 1, 2, 3. Lambat. Jawapannya ialah gudang kain. Banyak-banyak gudang kain, gudang kain mana yang paling besar dekat sini? 1, 2, 3. Lambat. Jawapannya ialah gudang kain... gudang kain... eh, bukan ke gudang kain ada satu aje dekat sini? Apa yang korang buat dekat sini? Nak sorokkan aku dekat sini ke? Ee, tak standard betul. Ni semua idea Tuan Muda korang, ea? Tak jadilah aku nak dekat dia. Kalau jumpa pun dekat sini, entah-entah nak belanja dinner pun tak mampu. Jangan-jangan nak beli cincin pun tak mampu, sampai kena pinjam parent punya.” Ujar 90 selamba menyatakan pendapatnya.

Kereta itu sudah berhenti di hadapan gudang kain lama. 90 menyembunyikan senyumannya.

“Dah sampai ke?” tanya 90 lagi walau hakikatnya dia tahu soalannya tetap tidak akan berbalas sampai bila-bila pun.

Warning! Low battery! Warning! Low battery!

Semua terdiam mendengar bunyi yang seakan jam loceng itu. 90 menelan liur. Alamak itu isyarat bateri dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje. Tiga-tiga lelaki itu sudah merenungnya. 90 terus mengangkat telefon bimbitnya rapat ke mulut.

“Tolong!!! Tolong!!! Saya kena culik!!!” dia sempat menjerit nyaring di corong telefon sebelum telefon bimbit itu dirampas.

“Kurang ajar!” Bodyguard di sebelah kiri 90 sudah membentak marah. Serta-merta pipi licinnya mendapat tamparan kuat membuatkan kedudukkan asalnya teralih sedikit.

Telefon bimbit itu kini berada di dalam genggaman bodyguard di sebelah kanannya. Dia tersenyum sinis.

Say goodbye to your phone,” ucapnya sebelum membaling teknologi canggih itu keluar tingkap. Tergamam 90 dibuatnya. Pipi kanannya sudah terasa hangat. Ada cecair pekat mengalir di tepi bibirnya.

“Dah, jom keluar!” arah lelaki di kirinya sambil menarik kasar lengan gadis itu. Dengan tidak rela hatinya 90 menapak keluar. Mereka menuju ke gudang kain lama tersebut.


ASYRAF terkebil-kebil setelah talian terputus. Perkataan terakhir yang sempat didengarnya ialah saya kena culik. Mindanya buntu seketika. Jarinya mula mendail nombor seseorang.

“Hello.” Sekejap sahaja talian sudah disambungkan.

“Alyaa, tolong. Saya.. saya buntu. Saya tak tahu nak buat apa. Saya... saya takut.” Ujar Asyraf bernada cemas.

“Asy, bertenang. Kenapa ni? Cuba cerita perlahan-lahan.” Ujar 96 cuba menenangkan keadaan. Dia yang sedari tadi berbaring di atas tilam empuk kini sudah terduduk bersila. Asyraf pula masih lagi mundar-mandir sambil memegang kepalanya.

“Imann Asyraf! Rileks, okey?” Asyraf tergamam seketika tatkala mendengar suara lantang 96 di hujung talian.

“Rileks. Cerita baik-baik pada Alyaa.” Ujar gadis kacukan Jerman itu lembut.

“Tadi, ada private number call Asy. Tapi bukan dia cakap dengan Asy.” Terang Asyraf dengan bersusah payah menyusun ayat.

“Maksudnya?” Tanya 96 keliru.

“Macam mana nak bagitahu, ye. Emm, dia yang call tapi Asy rasa dia dalam masalah. Sebab Asy dengar perbualan dia. Dia sempat jerit yang dia kena culik.” Terang Asyraf satu-persatu.

“Asy tahu ke dia siapa? Mana tahu kalau dia nak kenakan Asy.” Ujar 96 memberikan pendapatnya. Pantas Asyraf menggeleng seolah-olah gadis itu dapat melihatnya kini.

“Asy tak sure tapi suara dia macam familiar aje.” Ujar Asyraf tulus.

“Okey, cuba Asy ingat balik apa yang dia bualkan. Macam nama tempat atau apa-apa ke.” Asyraf berfikir sejenak. Dia berusaha mengingat semula perbualan misteri itu.

“Err, Jalan Tunku Abdul Razak... gudang kain lama.. Tuan Muda.. Gim.. Err, White Horse.. Insurans mulut.. Perempuan gi...”

Wait! What? White Horse?” Pintas 96 terkejut.

“Macam tulah yang Asy dengar.” Ujar Asyraf tulus.

“Asy! Bersiap sekarang. Kita jumpa di Jalan Mutiara Indah 7, Taman Melawati. Tunggu saya dekat kaki bukit jalan tu.” Arah 96 tegas. Segera talian diputuskan. Pantas 96 melangkah keluar daripada bilik sementara jemarinya mula mendail nombor seseorang namun talian tidak dapat disambungkan. Dia kembali mendail nombor itu. Langkahnya dipercepatkan ke arah ruang tamu.

Girls, 90 kena culik!” Ujar 96 lantang untuk menarik perhatian yang lain. Namun tiada respon daripada yang lain.

Korang dengar tak ni?” Tanya 96 meminta kepastian. Dahinya berkerut sedikit kehairanan.

Are you sure, Yaa?” Tanya 95. Pantas 96 mengangguk bagi meyakinkan yang lain.

“Biar betul ada orang nak culik juara taekwando tu.” Ujar 93 selamba. Yang lain turut tertawa kecil.

“Seriuslah. It’s not a joke!” Ujar 96 tegas mempertahankan kenyataannya.

“Yaa, cubalah kau fikir siapa aje yang berani kacau Ann tu. Lagipun dia tak ada inform apa-apa pada kita yang dia dapat something yang mencurigakan, kan? Maknanya dia okeylah tu,” Terang 94 panjang lebar.

“Kau tu yang risau sangat. Kejap lagi dia sampailah tu. Bukan ke tadi dia cakap yang dia sangkut dalam jammed?” Ujar 92 dengan pandangan yang masih setia melekat pada skrin televisyen. Yang lain mengangguk serentak.

“Er, girls. Aku rasa 90 betul-betul dalam masalah.” Ujar 91 tiba-tiba. Serentak pandangan mereka fokus ke arah orang kanan Seven Anjells itu.

“Maksud kau?” Tanya 94. Masing-masing mula berminat dengan kenyataan 91. Gadis bermata sepet itu mula menceritakan perihal surat misteri yang dijumpai terselit di wipper kereta milik 90.

“Kalau macam tu Ann betul-betul dalam bahaya!” Ujar 95 cemas.

“Cepat bersiap! Ann sekarang dekat gedung kain di Jalan Tunku Abdul Razak.” Serta-merta semua pandangan fokus ke arah 96.

“Apa?” Tanya 96 keliru.

“Macam mana kau tahu?” Tanya 92.

“Er, eh kita dah tak ada masa. Kita kena selamatkan Ann!” Ujar 96 bersungguh-sungguh. Seperti tersedar daripada mimpi, ahli Seven Anjells yang lain mula bersiap untuk turun ‘bertarung’!

Labels: