bio list cbox entry




Mr. Kanda? - 2
Monday, 30 December 2013 | 0 comments


Sorry kalau gambar ni tak cantik.. =)


BAB  2

“UMMI, abi! Dina pergi dulu! Assalamualaikum!” laung Irdina yang sudah pun berada di perkarangan rumah. Gadis itu memulakan agendanya apabila tiba di kawasan rekreasi yang mengelilingi tasik buatan manusia itu.

            “Ish... apalah Kak Dihah ni! Ada ke patut dia cakap aku yang ramping ni obesiti? Tak boleh jadi ni!” dalam pada dia berjoging, mulutnya turut membebel. Entah apa yang dibebelkannya pun dia kurang pasti, sehinggalah Irdina penat sendiri.

            Gadis itu berhenti berehat di kerusi kosong yang terletak bawah sebatang pokok yang rendang. Air yang dibawa diteguk sedikit. Irdina mengelap peluh yang mengalir di dahinya menggunakan tuala kecil yang dibawa.

            “Eh, kuala!” gadis itu berhenti mengelap. Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Mahu terkeluar biji matanya. Itu! Itu lelaki perasan hari tu! Irdina mengawal reaksinya sebaik mungkin. Ingatannya masih kuat. Dia pasti itu lelaki yang berkaca mata hitam hari tu, sebab sekarang ni pun dia pakai cermin mata hitam jugak!

            “Assalamualaikum,” sapa Irdina sambil membuang pandangannya jauh ke arah tasik buatan itu. Lelaki itu menjawab salam suci tersebut. Dia mengambil tempat di kerusi panjang yang sama diduduki oleh gadis itu. Irdina sekadar menggigit bibirnya. Aduh! Kenapalah semua kerusi awam yang aku jumpa, semuanya kerusi panjang? Tak pasal-pasal kena kongsi dengan lelaki perasan ni lagi.

            “Nama siapa?” setelah agak lama membisu, lelaki itu bertanya. Irdina hanya mendiamkan diri. Malas hendak melayan pertanyaan lelaki itu.

            “Hello...” lelaki itu bersuara lagi. Senyuman sudah bergayut di bibirnya. Kini, dia sudah pun memandang gadis di sebelahnya. Irdina merengus. Ish! Lelaki perasan yang tak faham bahasa.

            “Tak ada nama!” Irdina bingkas bangun untuk berlalu pergi.

            “Tak ada nama? Are you sure?” langkahnya terhenti tatkala mendengar pertuturan lelaki tersebut. Spontan dia menoleh ke arah lelaki yang masih duduk di kerusi batu itu. Lelaki itu sudah meleretkan sneyumannya. Irdina mencebik.

            Yup. Awak tak faham ke apa yang saya cakap tadi? Atau... awak nak suruh saya cakap dalam bahasa Urdu? By the way, saya bukan kuala. Dan awak kena ingat yang awak pun sekarang dekat kuala juga,” sinis ayat gadis itu sebelum dia cepat-cepat melarikan diri. Bahasa Urdu? Kang tak pasal-pasal dia suruh aku cakap dalam bahasa tu, menganga aku. Lebih baik aku cabut lari dulu. Irdina hanya mampu menggeleng kecil. Mulut ni cuma tahu bercakap untuk selamatkan diri, tapi tak tahu apa yang keluar tu, ada baik atau tidak untuk diri sendiri. Getus hati kecil gadis itu.

            Imann Ammar hanya mampu menggeleng. Kurang asam betullah minah tu. Aku pulak yang kena? Belum pernah ada yang reject aku awal-awal macam ni. Baru nak ayat sikit. Matanya sekadar menyoroti larian kecil Irdina. Seulas senyuman terlakar di bibirnya.

Tit.. tit..

            Ammar membaca mesej yang baru masuk itu. Dia membuka cermin mata hitamnya. Satu senyuman misteri terlakar.

            Hai, sayang. What you doing? Busy tak? Nak ajak you keluar weekend ni. Boleh? Your lovely, Bell.

            Ammar menggeleng kecil. Dia sekadar tersengih membaca mesej itu. Terbayang di layar ingatannya wajah Anna Bella, gadis kacukan mat salleh itu. Baru sahaja jemarinya mahu membalas mesej tadi, satu lagi mesej sudah masuk. Ammar menyentuh ikon buka untuk membaca isi kandungan mesej baru itu.

            Honey! Miss you! Esok I dah terbang balik Malaysia. You know? I bosan sangat dekat sini sebab you tak join this vacation. But, never mind. I boleh jumpa you puas-puas esok. Jangan lupa ambik I dekat airport. Muah! A kiss from your sweetheart, Amy.

            Ammar menyarung semula cermin mata hitamnya. Dia bangkit. Kakinya melangkah perlahan sambil fokusnya masih terarah pada skrin kaca telefon bimbitnya. “Amy, huh?” Ammar mengerling jam tangan besi bewarna hitam berkilat yang tersarung kemas di pergelangan tangannya. Lelaki itu mempercepatkan langkahnya.

            “Alamak! Aku lupa yang aku ada date dengan Tasya,” rengus lelaki itu perlahan.




AMMAR sekadar merenung kosong cawan kaca di hadapannya. Otaknya melayang jauh memikirkan sesuatu. Sesuatu yang sukar untuk digapai dengan menggunakan kedua belah tangannya.

            “Kau kenapa Am?” tanya Imann Aliff sambil matanya tidak lepas memandang sepupunya, Tengku Imann Ammar. Ammar meraup wajahnya. Keluhan terhembus keluar. Ammar meliarkan pandangannya di sebalik cermin mata hitamnya, memandang kesesakan manusia di shopping mall itu.

          "Bapak aku dah keluarkan titah untuk aku," berkerut dahi Aliff mendengarnya. Jelas lelaki itu langsung tidak memahami maksud sepupunya itu.
           
            “Bapak aku suruh kahwin,” perlahan sahaja pertuturannya. Langsung tidak bersemangat. Tangannya sudah bermain-main dengan sudu kecil yang terdapat di dalam cawan itu. Berkerut sedikit dahi Imann Aliff.

            “Kahwin? So, yang kau dah macam orang tak nak hidup lagi ni, apasal pulak?” Aliff sekadar mahu bertanya. Dilihat sepupunya itu memang macam keadaan orang hilang bini aje.

            “Apa yang susahnya. Kahwin ajelah,” sambung lelaki berkaca mata tanpa bingkai itu. Dia menghirup sedikit hot chocolate yang dipesannya tadi. Aliff membuang pandang ke luar kafe.

            “Aku malaslah, Liff. Aku nak enjoy dulu. Lagipun, kahwin tu, macam susah aje.” Ammar memandang Aliff. Lelaki berkaca mata itu mengangkat sedikit keningnya.

            “Kau biar betul, Am. Malas nak kahwin? Kau nak jadi teruna terlajak ke? You’re 28! Kau masih tak puas lagi ke enjoy?” pelik-pelik ajelah sepupu aku ni. Getus hati Aliff. Dia hanya sekadar mampu menggeleng.

            “Liff, aku tahu kau dah tunang dan tak lama lagi nak kahwin. Kau dah ada calon. Senanglah. Si Zhawi tu memang perempuan yang baik. Aku ni, apa ada?” lelaki itu merujuk kepada tunang Imann Aliff, Zhawiyah Aqmar. Seorang gadis bertudung. Ammar membuka cermin mata hitamnya. Terserlah anak matanya yang bewarna kekelabuan. Lelaki itu sekadar tersengih. Dia meneguk sedikit mocha panas itu.

            “Engkau? Apa ada?” Aliff mengajuk ayat itu sekali lagi. Dia memandang sepupunya itu, lama.

            “Eh, hello. Keliling kau tu, berlambak-lambak perempuan, tau! Tasya? Bella? Amy? Zinny? Erry? Syasya? Entah siapa-siapa lagi... kalau tak cukup, petik jari ajelah Am oii.. berbaris nanti yang datang, tahu tak? Kau lupa ke yang kau ni berpangkat player atasan, hah?” Aliff sekadar tersenyum. Dia membuang pandangannya sekali lagi pada manusia yang ramai di luar kafe itu. Ammar hanya menggeleng kecil.

            “Kalau kau, kau serius ke nak ambil perempuan-perempuan macam tu jadi bini?” Ammar sekadar mahu menguji sepupu merangkap kawan karibnya, Imann Aliff. Pantas sahaja lelaki yang berkaca mata tanpa bingkai itu menggeleng. Ammar tertawa kecil.

            Ofcourse, not! Kau nak kepala aku jadi botak ke, Am? Tiap-tiap minggu nak kena bawak pergi shopping, spa, overseas and bla, bla, bla... Perempuan macam tu, lebih fikirkan harta kau daripada kau,” keras Imann Aliff menentangnya. Ammar meleretkan senyumannya.

            “Kau dah berikan sendiri jawapannya, Liff. Aku pun tak nak bankrup jugak,” Ammar kembali memandang cawan kaca di hadapannya manakala Aliff pula sibuk melihat kesesakan manusia yang berada di shopping mall itu. Seketika, suasana menjadi senyap.

            “Kalau boleh, aku nak yang macam perempuan tu jadi bini aku. Baru selamat keturunan aku, tapi Zhawi pun okey,” Aliff memecahkan tembok kesunyian. Pandangannya yang hanya memandang luar itu membuatkan Imann Ammar juga memandang ke luar.

            “Eh, itu tak ada nama.” Spontan ayat itu keluar tatkala matanya terpandang Irdina bersama seorang lagi wanita sedang menjenguk-jenguk kedai yang berada berdekatan dengan mereka.

            “Kau kenal ke perempuan tu?” Imann Aliff sedikit aneh. Ammar mengangguk kecil. Berkerut dahi lelaki itu. Seakan langsung tidak percaya.

            “Kau kenal perempuan macam tu? Tapi, macam mana?”

            “Eh, maksud aku, aku cuma kenal muka. Tapi, tak kenal nama.” Beritahu Ammar. Sedikit kelam-kabut pertuturannya. Semakin berkerut dahi Aliff.

            “Kau nak cepat tua ke, Liff?” selamba sahaja ayat Ammar sekaligus membuatkan Aliff meneutralkan wajahnya seperti sedia kala. Lelaki bermata kelabu itu sudah tersengih.

            “Tak adalah, belakangan ni, aku ada terserempak dengan perempuan tu, pertama kali aku terserempak, aku tak ada cakap apa-apa. Kali kedua, aku nak cuba usha-usha dia. Tapi, dia langsung tak makan. Penat aku buat killer smiles aku, tapi perempuan tu memang besi. Entah ilmu kebal apa yang dia pakai pun, aku tak tahu. Yang pasti, dia reject aku.” Ammar meringkaskan pengalamannya. Aliff tertawa kecil.

            “Kau apasal ketawakan aku? Aku tengah sedih, kau boleh ketawakan pulak. First time aku kena reject tau!” beritahu lelaki itu yang kemudiannya menyarungkan kembali cermin mata hitamnya. Dia sekadar mengeluh.

            “Kau memang patut pun rasa macam mana direject, Am! By the way, takkan kau langsung tak tahu nama dia? Perempuan tu boleh tahan cantik juga. Macam tu, barulah sesuai nak masukkan dalam senarai calon, Am.” Pandangan Aliff menyoroti langkah Irdina dan Mahani yang mula melangkah masuk ke dalam kafe itu. Ammar sekadar membuat muka sedihnya.

            “Tak. Masa aku tanya nama dia, dia kata dia tak ada nama. Ada ke patut,” Ammar sudah menggeleng diikuti Aliff yang sudah terburai tawanya itu.

            “Cuba kau selidik maklumat pasal dia. Kau kan reti pasang-pasang mata segala ni. Try la. Mungkin ada rezeki.” Cadang Aliff pula. Ammar sekadar tersengih.

            “Tengoklah macam mana,”

IRDINA memandang sekelilingnya. Dia terasa ada orang sedang memerhatikannya. Pandangannya mula ditalakan semula pada Mahani yang kini sedang beratur untuk membeli makanan setelah hampa dengan pencariannya. Langsung tiada yang mencurigakannya. Gadis bertudung labuh itu sekadar menggosok belakang kepalanya perlahan.

            Mahani melangkah ke arah meja yang diduduki Irdina. Adiknya menghadiahkan senyuman agak kelat. Wanita itu mengambil tempat di hadapan Irdina.

            What’s wrong?” tanyanya melihat wajah adiknya yang agak suram sahaja. Irdina sekadar menggeleng. Dia meneguk sedikit air yang dibawa kakaknya sebentar tadi.

            “Lepas ni kita sambung cari barang lagi. Dina okey aje, kan?” ujar Mahani setelah dia selamat membasahkan tekaknya dengan air jus oren itu. Irdina sudah tersenyum lebar.

            “Beres!”


 ---------
thanks sbb baca Mr. Kanda?... nyway,,  maaf kalo ada yang tercela-celanya dalam cerita ni.. enjoy your day! =]

Labels: