bio list cbox entry




BAB 16
Monday, 24 June 2013 | 0 comments



CYLINDER AQUARIUM


BAB  16


“Wahh!” Hanya itu yang terpacul keluar daripada mulut Asyraf. Kakinya masih kaku di hadapan pintu utama. Dia terpegun melihat cylinder gergasi yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut yang terletak di pusat gedung buku itu. Matanya meliar memerhatikan sekeliling.



Sungguh terpesona melihat bangunan setinggi lima tingkat yang menempatkan pelbagai jenis buku itu. Gedung itu lengkap dengan pendingin hawa, lif kaca yang mengelilingi akuarium silinder, eskelator, juga ruangan khas untuk membaca bagi setiap aras. Tidak lupa juga kafeteria dan minimarket yang lengkap di aras bawah sekali. Tempat itu merupakan syurga bagi ulat buku seperti 96.



Sebenarnya gedung itu merupakan hadiah hari lahir daripada papa 96 kepada puteri tunggalnya itu. Buku-buku di dalam gedung ini bukanlah untuk dijual tetapi sekadar untuk dijadikan bahan bacaan oleh mereka yang pergi ke situ. Namun jika ada yang mahu meminjam, tiada sebarang halangan malah digalakkan lagi.



“Jom.” Pelawa 96. Asyraf mengangguk sedikit seraya menyoroti langkah 96. Namun matanya tidak lekang memandang sekeliling. Kelakuannya sedikit sebanyak menarik perhatian mereka-mereka yang sedang mengisi waktu hujung minggu dengan membaca. 



“Besarnya kedai buku ni.” Ucap Asyraf tulus.



“Ini gedung bukulah.” Ujar 96 membetulkan kenyataaan lelaki berkaca mata itu. Asyraf mengangguk kecil sambil tersipu malu. 96 hanya menggeleng kecil. Kala ini mereka sudahpun memboloskan diri ke dalam lif kaca.



Siapa sahaja yang masuk ke dalam perut lif akan merasakan mereka seolah-olah masuk ke dalam akuarium gergasi kerana jarak antara lif kaca dengan akuarium silinder itu terlalu dekat. Asyraf masih teruja melihatkan hidupan laut yang terdapat di dalam akuarium kaca itu. 96 sekadar tersenyum kecil.

Akhirnya lif  kaca itu berhenti pada tingkat teratas sekali. 96 menapak keluar. Pabila dia menoleh ke belakang, Asyraf masih lagi teruja melihat ke arah akuarium itu. Sedikit pun dia tidak berganjak memandang ke tempat lain.



“Asy..” Panggil 96. Namun tiada respon. Seketika pintu lif mahu kembali tutup namun sepantas itu juga 96 menekan punat buka di luar kotak lif.



“Asyraf!” Akhirnya Asyraf kembali tersedar ke alam nyata. Pantas dia menapak keluar daripada perut lif.



Sorry, tak perasan.” Ujar Asyraf yang sudah pun tersengih seperti kerang busuk. 96 mengeluh berat. Susah betul jaga orang kampung ni. Desis hatinya.



“Dah, jom.” Pantas Asyraf menyoroti langkah gadis kacukan Jerman itu. Mereka melangkah menuju ke arah sebuah bilik. Setibanya di hadapan pintu bilik itu, 96 meletakkan ibu jarinya di atas tempat pengimbas. Asyraf sekadar memerhati dengan wajah kagumnya. Seketika kemudian, pintu bilik itu terbuka. 96 menapak masuk diikuti oleh Asyraf.



Gadis kacukan itu membuka semua suis yang ada – lampu dan air cond. Asyraf memerhatikan sekeliling. Bilik itu lengkap dengan set kerusi dan meja yang berukir, set sofa berjenama dan akuarium sebesar 80 inci. Namun dindingnya ialah rak buku. Keadaan di dalam bilik itu tidaklah semenarik daripada keadaan di luar tadi kerana berkonsepkan ala-ala Barat. Asyraf masih lagi memerhatikan sekeliling sebelum pandangannya terhenti pada 96 yang sudah pun tersenyum memandangnya.



What?” Tanya Asyraf setelah merasa tidak selesa dengan senyuman manis gadis di hadapannya itu. 96 tertawa kecil sambil tangannya mengambil salah satu buku yang tersusun rapi di atas rak itu. Seketika kemudian, satu bahagian dinding yang tadinya ialah rak buku kini perlahan-lahan membuka ruangan seperti pintu masuk. Asyraf sudah tercengang tanpa kata. 96 segera memboloskan diri ke dalam ruangan itu.

“Alyaa!” Laung Asyraf sebelum lambat-lambat dia masuk ke dalam ruangan itu. Asyraf terkedu seketika. Laluan itu merupakan anak tangga untuk ke bahagian atas. Asyraf menapak perlahan menaiki satu persatu anak tangga. Pandangannya langsung tidak terbatas kerana sepanjang laluan itu sudah pun terpasang lampu yang berbentuk obor bagi menerangi laluan. Akhirnya dia sampai di hadapan sebuah pintu. Lambat-lambat dia menguak daun pintu untuk melihat dunia’ di sebelah sana. Asyraf mengecilkan mata takala tujahan cahaya sang suria mula menyilaukan pandangannya.



Welcome!



“Wah!” Sekali lagi hanya itu yang terpacul keluar daripada mulut Asyraf. Kala ini dia betul-betul sudah terpegun dengan persekitaran itu.



Rupa-rupanya 96 membawanya ke bahagian bumbung gedung itu. Apa yang menariknya, bumbung itu seolah-olah seperti taman hidup! Siap berumput, air terjun mini, dan kerusi ukir serta pondok kecil tanpa dinding. Sekali pandang memang tidak sedar langsung bahawa tempat itu adalah di atas bumbung. Kaki Asyraf melangkah ke setiap penjuru. Dia sudah kehilangan kata melihatkan semuanya.



“Tempat apa ni?” Akhirnya Asyraf bersuara.



“Inilah tempat Alyaa kalau datang ke sini.” Ujar 96 seraya melabuhkan punggungnya di atas lantai pondok kecil tanpa dinding itu.



Amazing!



“Tempat nilah yang Alyaa nak tunjuk pada Asy hari tu. Asy suka?” Asyraf mengangguk pantas. 96 tersenyum puas.



It’s such a dream.” Tutur Asyraf tulus sambil matanya memerhati sekeliling. Mereka menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari atas bumbung bangunan itu. Sungguh selesa rasanya.





“AKU tunggu sini ajelah.” Ujar 93. Namun pantas lengan gadis itu ditarik oleh 90. Terpaksa jua dia mengikuti langkah ketuanya itu. Pantas mereka melangkah masuk ke dalam gedung buku itu.



“Kau kena tolong aku, Dyna. Manalah aku boleh jumpa buku masakan tu dekat gedung sebesar alam ni sorang-sorang.” Ujar 90 sambil tangannya masih memaut lengan 93.



“Yelah aku tolong. Lepaslah nanti orang fikir aku ni jenis apa pulak.” Segera 90 meleraikan pautannya.



“Tomboy?” Usik 90. 93 mencebik. Walaupun dia berperwatakan sedikit boyish dan berambut pendek, tapi dia bukanlah dalam golongan itu! Mereka berjalan beriringan menuju ke arah lif kaca.



“Kau dah minta izin Yaa, belum?” Tanya 93. Kala ini mereka sudah pun memboloskan diri ke dalam perut lif.



“Tak pun, aku asyik tak jumpa dia aje. Sejak belakangan ni dia selalu tak ada aje dengan kita.” Terang 90.



“Kau tak call dia?”



“Malas aku. Serbu sudah. Suprise gitu!” Ujar 90 lantas tertawa kecil. Entah apa yang lucunya. 93 sekadar menggeleng kecil. Akhirnya lif kaca itu berhenti di tingkat tiga. Segera mereka mengatur keluar menuju ke suatu tempat. Jelas menunjukkan papan tanda yang tertulis perkataan MASAKAN’. Tanpa berlengah, mereka masuk ke dalam ruangan yang sarat dengan buku masakan itu. Ini bukanlah kali pertama mereka ke situ, jadi mereka tidaklah terasa kekok atau janggal dengan suasana yang penuh dengan buku pelbagai jenis itu.



“Kau nak masak apa? Aku cari side sana.” Ujar 93 menawarkan khidmatnya.



“Kau cari buku berkaitan daging. Aku rasa nak masak steak malam ni.” Terang 90 serius.



“BBQ?” Soal 93 teruja. Ketua Seven Anjells itu tersenyum seraya mengangguk kecil.



“Ok boss! Nanti aku jumpa kau dekat kaunter, ya. ” Ujar 93 girang seraya hilang daripada pandangan.



 Segera 90 memasuki lorong yang bertentangan dengan arah 93. Dia membelek-belek buku yang tersusun rapi di atas rak besi itu. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu masakan apa yang akan dihidangkan kelak. Tangannya sekadar mengambil mana-mana buku yang menarik perhatian. Seketika dia mengeluh, barulah dia tersedar sudah hampir sepuluh buku sudah berada kemas dalam dakapannya kini. Namun hatinya masih belum puas. Tangannya kini mengambil sebuah lagi buku. Takala ini matanya tertancap pada wajah yang amat dikenalinya yang berada di lorong sebelah. Lorong yang hanya dipisahkan oleh rak besi itu.



“Kau?!” Seketika bergema suara lantang 90. Asyraf menoleh ke arah punca suara itu. Membulat matanya pabila terpandangkan 90 yang sedang merenungnya dari lorong sebelah.



“Kesurupan!” Asyraf terjerit kecil namun telinga 90 jelas menagkap panggilan itu.



“Jaga kau.” Pantas 90 membuka langkah untuk mengejar lelaki berkaca mata itu. Langkahnya agak terbatas dengan buku yang kini sarat dalam dakapan. Takala 90 melepasi rak besi itu, kelihatan Asyraf tiada lagi di situ. Dia menoleh sekeliling. Ternyata lelaki itu memang sudah tiada di situ.



“Perasaan aku aje ke?” 90 menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kebingungan. Deringan telefonnya membuatkan dia tersedar ke alam nyata.



“Hello”



“Kau kat mana? Lama lagi ke? Aku tunggu kau dekat bilik Yaa.” Ujar suara di hujung talian.



“Okey. Aku pun dah siap ni. Nak pergi kaunter kejap.” Terang 90 sambil berjalan ke arah kaunter.



Segera talian diputuskan. Langkahnya sangat perlahan seperti orang yang sarat mengadung. Senyumannya meleret pabila terlihatkan kaunter untuk pinjaman buku sudah tidak jauh lagi. Namun mereka yang ada tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi deruan buku-buku yang jatuh ke lantai.



“Maaf, maaf, maaf..” Hanya itu yang terpacul keluar daripada mulut Asyraf. 90 merenung tajam ke arah empunya suara itu. Terbuntang mata Asyraf takala melihat gadis yang sudah jatuh ke lantai itu.



“Kesurupan!” Bisik Asyraf sendirian. 90 bingkas bangun dengan bersusah payah. Wajahnya merona merah menahan malu dan marahnya.



“Kau...”



“Maafkan saya. Memang salah saya sebab tak berhati-hati.” Pintas Asyraf seraya meletakkan semua buku 90 di atas kaunter. Rupa-rupanya takala gadis itu cuba bangun, Asyraf cepat-cepat memungut kembali buku-buku yang sudah bersepah di atas lantai. 90 kehilangan kata. Sejujurnya dia rasa terharu dengan kesopanan kata-kata Asyraf. Seketika marahnya reda.



Bye, kesurupan!” Laung Asyraf seraya membuka langkah seribu. Sebenarnya dia suka mengusik gadis itu. Serta-merta wajah 90 kembali merona merah.


Damn you!” Laung 90 sekuat hati. Kala ini dia tidak peduli akan mata-mata yang memandang. Panas sungguh hatinya mendengar panggilan yang dia sendiri tidak tahu maksudnya. Alahai Ann...



*bab yg nie,, Ain x sempat nak baca n edit apa yg x btol.. so,, kalau ad ketidakbetulan dlm bab nie,, gomenasai! (ntahlaaejaannya btolkedak).. maaf ye.. nak pulak skunk nie,, capital J susah nk ditekan.. ape pon,, enoy~..*

Labels: