PR0L0G
Saturday, 30 March 2013 | 0 comments
![]() |
Se7en Anjells |
PROLOG
Kota London yang tadinya begitu sesak
kini kembali reda. Ramai penduduknya sudah kembali ke rumah masing-masing untuk
melayari bahtera di lautan mimpi. Kini, salji perlaan-lahan turun seakan hujan
renyai-renyai. Di sebuah rumah agam yang mewah, suasananya masih lagi terang
benderang disimbahi lampu dari dalam rumah banglo itu walau waktu sudah
berganjak ke 1 pagi waktu tempatan.
Bunyi bising di luar membuatkan dia
terjaga. Kelopak matanya digagahkan jua bagi melihat dunia. Ternyata bunyi yang
sayup-sayup kedengaran itu lebih menarik perhatian berbanding tidurnya.
Diperhatikan sekeliling yang jelas kelihatan walau hanya disirami tujahan cahaya
rembulan. Kini dia sudah berada di atas katil di dalam kamar tidurnya.
Seingatnya dia tertidur di ruang tamu
ketika sedang menunggu mama pulang. Entah bila dan siapa yang membawanya ke
situ langsung tidak diingatnya.
Lambat-lambat dia turun daripada katil bujang lalu menuju ke arah pintu bilik.
Punca bunyi itu kini menjadi perhatiannya. Dikuak perlahan daun pintu biliknya
itu.
Perlahan dia menapak ke arah tangga.
Bunyi itu datangnya daripada tingkat bawah. Dia menuruni anak tangga dengan
penuh berhati-hati. Lagi beberapa anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah,
langkahnya terhenti. Matanya kini tertancap pada dua susuk tubuh manusia yang
sedang bertengkar.
“Mama..” Hanya itu yang terpacul
perlahan daripada mulutnya. Terasa tirai matanya sudah hangat dengan kehadiran
mutiara jernih.
“No!!!”
Jeritnya sekuat hati. Pada masa itu jugalah kakinya melangkah laju ke arah
punca bunyi bising itu. Kini dia mengambil tempat di hadapan seorang wanita
sambil mendepakan tangannya sebagai penghalang.
DADANYA berombak deras menahan amarah. Matanya tertancap pada tubuh kecil
yang berhadapan dengannya kini. Perlahan-lahan tangan yang diangkat diturunkan
semula. Dia kembali berfikiran waras.
“Jangan pukul mama!” Tegas sekali kata
yang diucapkan oleh anak kecil itu dalam keadaan sedu.
Tan Sri Aliff merenung sayu wajah suci
anaknya. Dia tersenyum kelat. Keadaan yang tadinya tegang kini beransur tenang.
Pantas wanita itu menapak pergi ke tingkat atas. Tan Sri Aliff tidak pula
berniat mahu menghalangnya. Namun tidak bagi si kecil yang baru mencecah usia 7
tahun itu.
“Mama..” Langkahnya dibuka untuk
mengikuti jejak wanita itu. Namun pautan tangan sasa Tan Sri Aliff di bahu mematikan langkahnya kini.
“Ann nak ikut mama.” Perlahan sahaja
tuturnya. Dia menoleh ke arah lelaki itu dengan linangan mutiara jernih. Lelaki
itu sekadar tersenyum kelat.
“Mama takkan pergi mana-mana, sayang.”
Ujar Tan Sri Aliff lembut seraya
mengusap mutiara hangat yang membasahi pipi tembam anaknya. Dia cuba sedaya
upaya untuk mententeramkan jiwa anak kecil itu. Si kecil itu sekadar membisu
meminta kepastian.
“Papa janji.” Akhirnya dia menabur
janji. Barulah si kecil itu mengangguk sedikit.
“Jom papa hantar Raudhah pergi bilik.
Dah lewat ni.” Si kecil itu mengangguk lalu tangan kecilnya dipimpin oleh Tan
Sri Aliff menaiki satu persatu anak
tangga.
Setibanya di tingkat atas pandangan dua
beranak itu tertancap pada sesusuk tubuh yang baru keluar dari kamar tidur
utama.
“Mama..” Pantas si kecil itu bersuara.
Anak matanya kini tertumpu pada bagasi besar yang terdapat di sisi wanita itu.
Hatinya kembali resah. Namun lain pula reaksi ketua keluarga itu. Wajahnya
tampak lebih tenang.
“Raudhah, pergi masuk tidur sayang.”
Tutur Tan Sri Aliff lembut kepada anak
kecil itu.
“Ceraikan I!!” Lantang sahaja wanita itu bersuara. Namun Tan Sri Aliff masih lagi tenang. Dia tidak mahu nafsu
amarah menguasai fikiran warasnya.
“You
tak dengar ke? I kata ceraikan I!!” Ulang wanita itu lantang.
“Kau nak jadi isteri derhaka ke Izma?”
Tanya Tan Sri Aliff pula. Suara garaunya
yang lantang itu memenuhi segenap ruangan banglo. Kala ini si kecil yang tidak
mengetahui apa-apa mula menanggis kerana takut dengan situasi itu.
“You
tak payah nak berlagak alim depan I!”
Balas Puan Sri Izma dengan berani. Kelihatan dada Tan Sri Aliff kini sudah berombak menahan marah.
“Mama..” Panggil si kecil yang
kebingungan dalam sedu.
“Pergi masuk bilik, Ann!” Tengking Puan
Sri Izma.
“Mama..”
“Now!”
Pantas si kecil membuka daun pintu bilik tidur seraya memboloskan diri ke
dalamnya. Dia tersandar di daun pintu. Hatinya sudah resah, takut dengan
situasi sekarang.
Dumm!!
Bunyi tumbukan pada dinding membuatkan
Anna Raudhah sedikit terkejut. Spontan dia membuka daun pintu untuk melihat apa
yang berlaku di luar sana.
Pang!!
Membulat matanya takala melihat tangan
sasa Tan Sri Aliff menampar kuat pipi Puan
Sri Izma.
“Mama!!” Dia berlari pantas ke arah
wanita yang sudah rebah ke lantai itu.
“Don’t
come here!” Larang wanita itu membuatkan langkahnya serta-merta mati.
Puan Sri Izma berusaha untuk bangun.
Bibir merahnya kelihatan berdarah. Dia merenung tajam ke arah Tan Sri Aliff yang sudah berperasaan sebal. Pantas dia
menapak turun dengan membawa bagasi besar itu.
“Iz..” Panggil Tan Sri Aliff perlahan. Sejujurnya dia tidak sedar langsung
dengan tindakannya sebentar tadi. Namun kakinya kini seolah-olah sudah terpasak
ke bumi.
“Mama!” Tidak pula bagi si kecil yang
sudah berlari mengekori mamanya.
“Don’t
follow me! Go to your dad!” Lantang Puan Sri Izma memberi arahan kepada
anaknya. Sekali lagi langkahnya mati. Dia sekadar memerhatikan ratu hatinya
pergi meninggalkannya. Tanggisannya semakin deras. Pilu sungguh hatinya dengan
apa yang berlaku kini.
“Raudhah sayang..” Tangan sasa Tan Sri
Aliff memeluk lembut tubuh kecil itu daripada belakang. Namun pantas ditolak
kasar pelukan tersebut.
“Kenapa papa pukul mama? Papa jahat! Ann
benci papa!” Langkah kecilnya dibuka seribu menaiki anak tangga seraya
memboloskan diri ke dalam kamar tidur. Dia menanggis semahunya. Papa kejam!
Papa pukul mama sebab tu mama pergi. Papa jahat! Maki hatinya.
Tan Sri Aliff tertunduk sayu ke tanah. Hatinya sungguh hiba
dengan apa yang telah terjadi. Dia kebingungan. Air mata lelakinya gugur jua ke
bumi. Dia kini tewas untuk mempertahankan keluarganya itu hingga ke JANNAH...
***********
“ANN!!” Serta-merta lamunannya hilang berkecai dibawa angin. Segera dia
menoleh ke arah punca suara itu.
“Dah lama hidup ke?” Tanya Anna Raudhah
kepada Intan Qaisyara yang sudah tersengih seperti kerang busuk.
“Eleh, daripada dia tu. Dah berabad kitorang dekat sini tapi langsung tak
perasan.” Pandangannya teralih pula pada empunya suara yang berada di belakang.
Matanya membulat.
“Eh, bila korang sampai?” Satu-persatu pandangannya beralih kepada mereka
yang ada.
“Tiga tahun lepas.” Jawab Dyna Atasyha
selamba sambil mengunyah gula-gula getah. Anna Raudhah mencebik.
“Baru
ajela, Ann.” Jawab Alyaa Emeline jujur. Anna Raudhah sekadar mengangguk
sedikit.
“Kau fikir pasal apa, Ann. Jauh melayang.”
Tanya Hana Misuki pula. Yang lain kembali fokus kepada gadis itu.
“Prince
charming?” Sampuk Elyana Ezwa. Mereka yang ada sekadar tertawa kecil.
“Pleaselah...
Semua dah adalah ni, ya?” Tanya Anna Raudhah seraya mengira semua yang hadir.
“Rasanya, tapi tak tahulah kalau ada
yang kelapan.” Serentak mereka tertawa kembali. Anna Raudhah sekadar tersenyum sumbing.
Sahabat-sahabatnya itu memang tidak pernah berhenti daripada menyakat.
“Ada apa suruh kumpul ni?” Tanya Zawana
Airisya kembali kepada tujuan asal mereka ke situ. Anna Raudhah sekadar
tersenyum.
“Tak lama lagi kita akan masuk alam
dewasa kan?” Serentak mereka yang lain mengangguk.
“Dah nak masuk universiti kan?” Sekali
lagi mereka mengangguk mengiyakan.
“Banglo pun dah nak siap kan?” Sengaja
Anna Raudhah melewah-lewahkan sebab sebenar mereka dipanggil. Geli hati melihat
teman-temannya itu yang mengangguk umpama robot.
“Straight
to the pointlah.” Ujar Dyna Atasyha sudah tidak sabar. Yang lain turut
mengiyakan.
“Okey, okey. Calm down girls. Sebenarnya aku..” Anna Raudhah sengaja mematikan
ayatnya. Berderai jua tawanya melihatkan wajah-wajah innocent mereka semua.
“Aku nak baliklah..”
“Ann, cepatlah...”
“Ada jugak yang nak kena high kick ni..”
Itulah antara kata-kata yang terpacul
keluar daripada mulut gadis-gadis tersebut.
“Fine.
Aku nak tubuhkan kumpulan.” Ringkas sahaja ayatnya.
“Siapa ahlinya?” Tanya Irma Qaisyara
hairan.
“Let’s
me explain first. Aku nak tubuhkan satu kumpulan khas yang terdiri daripada
kita bertujuh. Kumpulan ini merupakan kumpulan tertutup dan rahsia antara kita.
The most important is.. aku nak
kumpulan ni terkenal di seluruh Malaysia.” Terang Anna Raudhah
bersungguh-sungguh. Yang lain sudah tercengang sambil berpandangan sesama
mereka.
“Macam mana nak bagi kumpulan ni
terkenal? Seluruh Malaysia pulak tu.” Tanya Elyana Ezwa.
Mereka yang lain turut mengangguk
mengiyakan. Pandangan masing-masing masih setia melekat pada seorang gadis yang
berada di hadapan mereka kini. Anna Raudhah tersenyum sedikit menampakkan
lesung pipitnya.
“Dengan melaksanakan misi.”
“Misi?!” Serentak mereka berenam
bersuara.
*Kpd pembaca yg budiman, klw di pnulisan2u, nama Irma Qaisyara ialah Intan Qaisyara... ttpi,, nama yg sbenarnya ialah Irma Qaisyara... mhon ampun.. jgn lupa tinggalkan komen anda spaya Ain bley buat pembaikan. =)*
Labels: se7en anjells