BAB 21
Monday, 16 December 2013 | 0 comments
92 memarkir Marussia B1nya di tempat parkir yang telah disediakan di perkarangan banglo. Apa yang membuatkan perkarangan banglo ini tampak luas kerana adanya tempat parkir yang boleh memuatkan ketujuh-tujuh buah kereta mewah milik setiap penghuninya. Untung-untung seorang ahli hanya punya sebuah kereta. Bayangkanlah macam mana keadaannya jika seorang mempunyai dua atau tiga buah kereta? Dah boleh jadi padang golf!
Tempat letak kereta
juga telah ditetapkan kedudukan masing-masing. Sudah dipahat nombor
masing-masing pada bahagian hadapan bumbung itu.
92 mula
menapak masuk ke dalam banglo. Keadaan yang sunyi membuatkan gadis itu sedikit
curiga. Mana semua orang? Dia mula menjenguk semula keluar. Semua kereta ada
kecuali White Horse sahaja yang belum
menunjukkan kemegahannya. Pasti 90 belum pulang lagi. Haii... lama betul berdating dengan Zoro. Dah nak malam ni.
Hatinya berbisik.
92 mula menuju
ke ruang tamu. Kosong. Tatkala dia memalingkan muka ke belakang, wajah 94 yang tersenyum
lebar begitu hampir dengannya. Hanya 5 inci yang menjarakkan. 92 yang terkejut
dengan sergahan secara halus 94 spontan menapak beberapa tapak ke belakang. Dia
mengusap dadanya. Haish...
“Kau ni! Nasib
baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak mesti dah lama...”
“Gol!” ayat 92
segera dipintas oleh 93 yang tiba-tiba muncul dari belakang 94.
92
menjengilkan matanya. Mulut lancang kuning betullah kawan aku ni. Tak
habis-habis dengan dunia bola sepak dia.
94 menghampiri
92. Pantas dia mencapai tangan 92 lalu menariknya pergi ke suatu arah bersama
93.
“Oi, oi! Kau
nak bawak puteri raja ni ke mana?!” tanya 92 namun tidak dihiraukan langsung
oleh 93 dan 94.
Mereka tiba di
luar bilik 96. Setiap bilik tidur ahli Seven
Anjells terletak di tingkat 2. Di situ juga terdapat 91 dan 95. Semakin
bertambah kerutan di dahi 92.
“92, kau nak
dengar satu cerita tak?” 91 terus menerpa ke arah 92.
“Tak nak,”
ringkas 92 menjawab.
“Kau kena
dengar jugak!” sampuk 95.
“Budak mata
biru tu, berkawan dengan 96. Rapat sangat,” beritahu 94 dengan nada yang
sedikit perlahan. Membulat mata 92 memandang kawan-kawannya.
“Budak kampung
yang Ann wanted gila tu?” Tanya 92
meminta kepastian. Soalan itu dijawab dengan anggukan kawan-kawannya.
“What? 90 tak tahu ke?” 92 bertanya
dengan nada yang sedikit terperanjat. Semua yang ada di situ menggeleng.
“Habis tu, apa
yang korang semua buat dekat luar
bilik Yaa ni?” 92 pantas bertanya.
“Aku ada idea. Jom,” 91 mula menghampiri pintu
bilik 96. Dia mengetuk perlahan beberapa kali.
“Yaa! Aku ni,
Hana. Aku nak cakap dengan kau sikit.” kata 91 sedikit lantang. Yang lain sekadar
membisu sambil memerhatikan 91.
“Masuk ajelah.
Pintu tak berkunci pun.” 96 membalas dari dalam bilik.
Perlahan-lahan,
91 menguak daun pintu. Dia melangkah masuk diikuti oleh yang lain. Kelihatan
bilik 96 tersusun kemas segala barangan dan perabotnya. Biliknya bertemakan warna
merah jambu dan putih. Cantik.
96 yang sedang
membaca novel di meja belajar mula mengalihkan perhatiannya. Menatap seorang
demi seorang kawannya yang telah mengambil tempat di sofa yang disediakan. Dia
sedikit hairan melihat aneka reaksi di raut wajah sahabat-sahabatnya.
“Ada apa? Something important?” Tanya 96 sambil
tersenyum manis ke arah kawan-kawannya. Dia mula mengambil tempat di sofa
tersebut.
“96, kitorang... nak buat satu perundingan
dengan kau,” 91 sebagai ketua akan rancangan ini, membuka kata. Pantas ‘pengikut-pengikut’nya mengangguk
hampir serentak dan hanya membuka mulut jika perlu sahaja. Dahi 96
berkerut tanda tidak faham apa yang dicakapkan oleh 91.
“Perundingan?”
tanya gadis berambut kuning itu. Kawan-kawannya mengangguk.
“Kitorang takkan bagitahu 90 pasal kau
dengan si mata biru tu,” Jujur 93 membocorkan segalanya. Spontan yang lain cuba
menekup mulut gadis itu.
“Kau ni
mukadimmah belum habis dah mencelah.” Ujar 94 yang berada di sisi gadis
berambut pendek itu.
“Mukadimmahnya
panjang sangat. Straight to the point
aje kenapa?” Ujar 93 selamba. Kelihatan 96 menghela nafas lega. Dia tersenyum
sedikit.
“Tapi,” 91 kembali
mengambil alih tugas. 96 mematikan senyumannya.
“Err... ada
syaratnya,” tidak sampai hati pula 95 mahu meneruskannya. 92 pula sekadar
membisu memerhati kerana dia tiada idea langsung apa agenda sebenar teman-temannya
itu.
“Kau kena bagi
kitorang nombor telefon budak tu,”
beritahu 94 dengan wajah yang agak serius.
“Eih?” 96
seakan tidak berpuas hati.
“Kalau engkau
tak nak bagi, kitorang bagitahu 90,”
ugut 91 pula. 96 masih dengan riak bersalahnya.
“Aku mana ada phone number dia,” 96 cuba berdalih.
“96, kau orang
yang tulus. Kau tak boleh tipu kitorang. Aku tahu kau ada nombor budak tu,
kan?” 93 cuba mengumpan. 96 sudah berkerut. Takkan aku nak bagi pulak.
“Korang nak buat apa dengan dia?” ujar 96
dengan riak bersalah.
“Bagi ajelah.
Jangan risau, kitorang tak akan buat
sesuatu di luar batasan. Please...”
desak 95.
“Kau kena bagi
kitorang jugak. Kalau tak, kitorang report pada 90. Kau faham-faham ajelah dengan perangai dia tu,” 92
bersuara setelah lama membisu. Kini dia mula dapat mengagak agenda sebenar yang
sedang berlaku itu.
96 mengeluh.
Dia termenung seketika. Akhirnya, dengan senyuman yang tawar, dia mengangguk.
“Tapi, promise dengan aku yang korang tak akan buat apa-apa pada dia
tau.” 96 mula mengikat janji. Segera kawan-kawannya yang lain mengangguk dengan
senyuman yang lebar.
96 bangun.
Lambat-lambat dia melangkah menuju ke arah meja belajarnya di mana telefon
bimbitnya terletak. Dengan penuh longlai, dia memberitahu nombor telefon bimbit
Asyraf.
MEREKA melangkah
keluar dengan senyuman yang lebar. Setelah pintu bilik 96 ditutup, pantas kaki
melangkah.
“Jom, jom.
Pergi markas.” Masing-masing bergegas menuju ke arah sebuah bilik yang terletak
berhadapan dengan bilik tidur 96. 95 terpinga-pinga melihat kelakuan
teman-temannya. Kaki masih setia mengikut rentak langkah kawan-kawannya.
Setelah
perasan yang lain cuba menghampiri kamarnya, pantas 95 memintas jalan mereka.
Dia mendepakan tangan cuba melindungi biliknya daripada ‘penceroboh-penceroboh’
tak diiktiraf itu.
“Eh, eh. Korang nak pergi mana ni?” tanya 95
cuak.
“Nak pergi
markaslah,” jawab 93 pantas.
“Kenapa dekat
bilik aku pulak?” 95 semakin tidak puas hati.
“Sebab bilik
kau kan bilik yang tercantik antara bilik kitorang
semua. Kitorang pun nak tengok bilik
kau yang cantik dan kemas tu,” jawab
94 pula.
“No, no, no! Tak boleh. Nanti bersepah.”
bangkang 95 masih lagi berkeadaan sebegitu.
“Laa... kenapa
pulak. Bukannya kitorang ni budak-budak pun.” ujar 92 dengan mulut yang mula
memuncung.
“Ah, tak ada!
Mana adil macam ni. Mainlah lattalilattalitamplom
tu,” cadang 95. Dengan muncung yang memanjang, mereka akhirnya bersetuju. Huh!
Selamat bilik aku. Bisik hati 95.
“Lattalilattalitam...plom.” ujar mereka
serentak. Antara mereka berlima, hanya satu tangan sahaja yang berbeza.
“Dah. Jom
pergi bilik Jane,” arah 91. Namun, rentak langkahnya hanya diikut oleh 94
seorang.
“Eh, kenapa
pulak?” tanya 91 aneh.
“Kau serius
nak pergi bilik minah ni? Entah-entah dalam bilik dia tu ada macam-macam jenis
speisis binatang. Tak pun jumpa tarzan.” 93 mempertikaikan tentang kamar 94.
“Untung jumpa Encik Tarzan kalau dibuatnya jumpa
lintah bulan tak pun uncle scorpion
dalam bilik tu? Tak nak aku!” 92 sudah menunjukkan reaksi gerunnya.
“Alah, kalau
dia sengat pun bukannya sakit. Cuma ke liang lahad aje.” ujar 94, berseloroh.
“Friendly lagi,” sambungnya.
Masing-masing sudah menunjukkan muka cuak. Mereka berpandangan sesama sendiri.
91 yang pada mulanya berada di depan mula mendekatkan diri dengan yang lain.
“Apa kata kita
buat lagi sekali?” pinta 92. Pantas mendapat anggukan daripada teman-temannya.
94 menghampiri mereka.
“Eh, Jane. Tak
apa, tak apa. Kau tak payah main. Kau boleh tengok aje,” ujar 95 sambil menolak
perlahan 94 jauh daripada mereka. 94 mencebik. Ingat dalam bilik aku
betul-betul ada semua tu ke? Kalau ada, dah lama aku tak hidup sekarang ni,
oii... bebel 94 dalam hati.
“Lattalilattalitam...plom,” ujar mereka
serentak. Seperti tadi, hanya satu tangan sahaja yang berlainan dengan yang
lain.
“Okey, guys. Jom masuk,” Arah 91. Arahannya
disambut baik. Masing-masing sudah menyerbu masuk ke ‘markas’ mereka
itu. Namun tuan punya bilik masih kaku melihat kosong tangannya.
“Cepatlah
masuk 95! Tutup pintu tu sekali.” Arah 94. 95 mencebik. Akhirnya dia terpaksa
akur jua bahawa biliknya kini menjadi ‘markas’ mereka.
“WAH!” ujar mereka teruja sebaik menapak masuk ke
dalam kamar tidur 95 yang penuh dengan kesenian. Seketika mereka teruja
menyaksikan keindahan dan kekemasan bilik 95 yang bertemakan warna biru laut dan
putih.
“Sudah. Tak
payah nak teruja-teruja sangat. Ingat, ya! Jangan sentuh apa-apa pun,” 95
mengingatkan. Temannya yang lain hanya tersenyum. Mereka faham benar akan
perangai 95 yang amat mementingkan kebersihan. Masing-masing melabuhkan punggung
di sofa empuk berbentuk bulat bewarna putih yang terdapat di dalam bilik
tersebut.
“Iyalah,
iyalah. Kitorang ni bukannya budak kecik pun,” balas 93.
“So, macam mana sekarang ni, girls?” tanya 91 memulakan perbincangan.
“Macam mana
apanya?” tanya 95 keliru.
“Bila kita nak
start kacau lelaki ni?” tanya 91
lagi. Semakin berkerut dahi 95.
“ASAP!” 92
pantas menjawab. 93 dan 94 mengangguk serentak.
“Eh, apa pulak
ni? Bukan ke tadi kita dah janji dengan 96 tak kacau si mata biru tu?” 95
kembali mengingatkan kawan-kawannya.
“Ops. Sorry sikit. Bila masa pulak kita janji
dengan dia? Kita tak cakap apa-apa pun, kan?” tingkas 94. 95 mengeluh berat.
“Tapi, itu
bukan ke dah dikira...”
“Sudahlah tu,
95. Apa function kita mintak nombor
telefon mata biru ni kalau bukan nak kacau dia? Takkan nak framekan pulak? Kira macam balas dendam bagi
pihak 90lah ni,” ujar 91 sambil memegang lembut bahu 95. 95 tersenyum kelat.
“Kita kena
sedarkan 96 yang lelaki tu pun player
jugak. Semua lelaki sama!” ucap 92 penuh semangat.
“Hmm... betul
tu,” sokong 94.
“Kita kacau
lelaki ni, tengok dulu apa respon dia. Lepas tu, kita pasang plan lain supaya 96 tahu yang mamat ni
pun playboy jugak.” beritahu 91.
“Siapa pulak
yang nak kacau lelaki ni?” tanya 95.
“Macam biasa.
Kita pakailah fake number punya.” jelas 93. Yang lain hanya
mengangguk faham.
“Bab-bab ayat
jiwang ni, serahkan pada aku,” 92 menawarkan khidmatnya. Ahli yang lain sekadar
tersenyum.
Mereka mula
meluahkan idea masing-masing untuk mengenakan Asyraf. Agak lama perbincangan
itu berlangsung hinggalah masing-masing sudah menguap.
“Okeylah, kita
bersurai.” beritahu 91. Yang lain mengangguk bersetuju.
91, 92, 93 dan
94 pantas menyerbu ke arah katil utama. Segera mereka merebahkan tubuh
masing-masing, kemas tersusun di atas katil empuk bersaiz king itu. Siap berselimut lagi!
“Eh?” ujar 95
yang telah kehilangan kata.
Lebar benar
senyuman empat orang gadis itu.
“Bukan ke kita
dah bersurai?” tanya 95 keliru.
“Yup.” pantas
dijawab oleh keempat-empat rakannya.
“Habis tu,
kenapa korang tak balik bilik
masing-masing?” tanya 95 tidak puas hati.
“Tak apalah.
Selama kita berkawan, kitorang tak
pernah pun tidur dalam bilik kau, 95. Apa salahnya, kan?” jelas 93. 95 mula
memuncung.
“Memang salah
pun. Nanti bersepah bilik aku,” tingkasnya perlahan.
“Relaxlah 95. Bukannya selalu pun. Kan best kalau tidur ramai-ramai macam ni.
Boleh tambah memori. Nanti, boleh cerita pada anak cucu kau,” 94 memberi
alasan.
“Best tu, memanglah best. Tapi, kenapa dekat bilik aku? Atas katil aku?” 95 membuat
muka sedihnya. Alahai...
“Jangan
risaulah 95. Kitorang tak sepahkan,
tak... sudah, sudah! Meh, sini!” 91 menepuk-nepuk ruang kosong di atas katil
itu.
“Hah! Jangan
lupa tutup lampu sekali,” arah 93. Alang-alang kepalang...
“Tak apalah,
aku tidur sofa panjang aje,” ujar 95 sedih sambil menapak perlahan ke arah suis
lampu utama bilik itu.
Keempat-empat
makhluk itu tersenyum lebar. Saaayang kau, 95!
Labels: se7en anjells