“Guys, kita ada misi minggu ni,” ujar seorang gadis berambut ikal sambil menuruni anak tangga, menuju ke arah teman-temannya yang sedang khusyuk menonton televisyen berskrin 120 inci.
Misi? Inilah misi rahsia yang dijalankan oleh gadis-gadis itu. Siapa mereka? Perisik antarabangsa ke? CSI? Penembak tepat? Atau pembunuh upahan? Mereka adalah ahli kumpulan Se7en A. Se7en A apa pulak? Mungkin mereka sentiasa skor 7 A dalam setiap peperiksaan utama. Eh, melalut jauh pulak.
Sebenarnya, Se7en A merupakan nama singkatan bagi Se7en Anjell iaitu sebuah kumpulan yang amat tersohor di bandaraya Kuala Lumpur. Anehnya, nama ini sekadar popular dalam kalangan pemuda-pemudi sahaja. Popular mana pun, tak ada siapa yang kenal identiti ahli kumpulan yang bertujuh tu. Itu adalah rahsia terbesar mereka!
Kumpulan yang penuh misteri Nusantara ini akhirnya menjadi porak peranda, haru-biru, kelam-kabut, ribut taufan, anjing kucing... anjing kucing? Apa kaitannya? Memang tak ada kaitan...
Nak dipendekkan cerita, pada hari yang malang lagi berguruh petir, kemunculan seorang lelaki asing dalam sejarah hidup semua ahli Se7en A. Lelaki bermata biru, kacukan entah planet mana itu merupakan orang pertama yang menghuru-harakan kumpulan ‘bertauliah’ ini. Ahli Se7en A bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila lelaki itu berjaya membongkar identiti mereka secara tidak sengaja.
Se7en Anjell vs Sang Arjuna yang sentiasa berwajah blur? Mana satu yang akan menang? Hidup siapa yang bakal diporak-perandakan selepas ini?