SE7EN ANJELLS (SA) - BAB 40
Friday, 22 January 2016 | 0 comments
BAB 40
93 mengeluarkan sebuah kotak hadiah besar yang
bergambar teddy bear memeluk sebiji
bola sepak dari dalam almari bajunya. Senyuman terukir sebaik dia telah duduk
di birai katil. Jam tangan berwarna ungu di tangannya yang putih melepak
dikerling sekilas.
Sudah jam
11:30 malam.
Senyuman di bibir semakin melebar. Pantas tangannya
membuka kotak hadiah yang besar itu. Terdapat banyak kad di dalamnya. Kad yang
terdiri daripada pelbagai corak, warna dan saiz.
93 membelek satu persatu kad hari lahirnya yang sudah
bertimbun itu. Mana tidaknya, kad itu sudah mula dijadikan koleksi sejak
usianya mencecah 13 tahun. Gadis itu membuka sekeping kad yang agak menarik
perhatiannya. Dia mula membaca isi dalam kad tersebut.
Dyna,
darling ku..
Happy
birthday! Semoga dapat prince charming cepat-cepat. By the way, jangan lebih
kaya daripada kau, ye. Hope you’ll get
all you wish. Love you! Friend always ever and forever.
p/s
: Buat betul-betul PMR ni.
~Daripada si cantik Elyana Ezzwa~
93 meleretkan senyuman. Kad itu kini sudah berusia 8
tahun namun masih kekal cantik corak seninya. Matanya tertancap pula pada
sekeping kad bewarna pink - putih
yang lebih besar saiznya. Dia membuka kad itu untuk membaca isinya.
Dyna
Atasyha (93),
Happy
birthday yang ke 20. May Allah bless you. Sorry sebab aku cuma bagi teddy bear
tu aje. Anyway, sayang kau selamanya. Se7en A always forever, never
ending.
Alyaa Emeline (96)
93 mengerling sekilas teddy bear berwarna pink
sebesar manusia yang diletakkan di atas katil. Itulah pemberian 96 semasa ulang
tahun kelahirannya yang ke 20. Dia kembali menyelongkar ‘khazanah-khazanah’
lama untuk mengimbau kenangan. 93 kini membuka satu kad buatan tangan yang
hanya mengenakan tema hitam dan ungu.
Yo
anak buahku! Bwahahahha (proud for a moment)
Aku
tak nak wish ayat biasa yang kau selalu dengar. Ayat ni aku fikir 7 hari 7
malam, mandi air hujan, minum iodin, tidur berdiri baru dapat. Dengan berbesar
hati, I wish you...
SELAMAT MENGHAMPIRI KEMATIAN.
That’s
all. Enjoy your life. Se7en Anjells always forever, never ending.
Sleeping Beauty
“Erk..?” Tergamam seketika 93 setelah membaca isi kad
yang baru berusia 1 tahun itu. Namun dia sekadar menggeleng kecil. Itulah
ketuanya yang perwatakannya sukar diramal. Sometimes
childish, sometimes matured, and sometimes undefine. 93 masih lagi tidak jemu
untuk membaca kad-kad yang lain. Dia mengambil pula sekeping kad bewarna hijau
yang mempunyai gambar katak.
Minah bola!
Kau
jangan nak berlagak besar sangat dengan aku sebab beza kita cuma 2 bulan aje.
Jadi tak payah la nak perasan sangat, ye. Aku pun tak terkecuali nak wish kau..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
Hadiahnya
ada depan bilik kau. Aku terbangkan khas dari Tokyo untuk sahabat aku seorang
ni. Hehehe...
JANE
Sedikit berkerut dahi licin 93 tatkala teringatkan
pemberian 94 pada ulang tahun kelahirannya yang ke 18. Pabila daun pintu
dikuak, bergegar seketika banglo kaca itu dengan jeritan nyaringnya.
Bayangkanlah siapa yang tak terkejut kalau sepuluh ekor lintah bulan yang sudah
pun berada dalam akuarium mini di hadapan mata kini. Seingatnya, hayat binatang
tidak bertulang itu cuma dua minggu sahaja. Maklumlah ‘mereka’
tak tahan dengan perubahan
cuaca.
Kad seterusnya dibuka. Kad yang sudah berusia itu
tampak menarik kerana pabila ia dibuka, gambar dua orang perempuan lidi sedang
berpegangan tangan tertonjol keluar. 93 tersenyum kecil. Sekeping kertas
terjatuh dari dalam kad itu. Gadis itu mengambilnya dengan senyuman semakin
lebar. Isi kandungan kad tersebut dibaca.
Dyna Atasyha. Moshi moshi!
Tanjoubi
Omedetou... T
Harap
kau enjoy dengan hadiah yang aku beri, okey. Okeylah! Thats all. Se7en Anjells
never, never, neveeeer...... ending!
Hana Misuki (91)
93 tersenyum. Kertas yang berada di pengangannya
dilihat. Itu adalah tiket perlawan bola sepak Malaysia bertemu Manchester
United pada 2 tahun yang lalu. Namun, 93 mengambil keputusan untuk melihat
perlawanan itu di banglo kaca. Dia memaksa kawan-kawannya untuk turut menonton
bersama di skrin gergasi di studio Se7en
Anjells.
Sekeping lagi kad diambil. 93 tidak pernah jemu
membaca kad itu atas faktor kad tersebut, sungguh menarik coraknya. Corak yang
ringkas, bertulis Friend Forever
dalam tulisan yang cantik dan di bawahnya, terdapat tujuh perempuan lidi sedang
tersenyum manis. 93 turut tersenyum.
Dyna Atasyha!
Happy birthday to you. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Enjoy-enjoy jugak. Jangan lupa baca buku! SPM candidate, okey. Buat yang
terbaik untuk Additional Math, okey. I know you can do it! Okeylah... be the
best among the best, okay!
Zawana Airisya yang
comel!
Senyuman manis masih setia menghiasi bibirnya.
Seingatnya keputusan SPM untuk Matematik Tambahan yang digeruni itu berjaya
diperoleh A. Sementara ahli yang lain mendapat keputusan yang perfect, straight A+! Namun dia langsung tidak terkilan akan keputusannya
itu bahkan dia masih bersyukur kerana subjek yang lain dia memperoleh A+.
Pembacaan 93 berhenti seketika. Dia melihat ke arah
jam di tangan. Jarum jam kini hampir menunjukkan angka 12. Dia mengalihkan
pandangan ke arah pintu bilik.
“10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1..!” 93 mula
mengira detik ke angka 12 sambil menunding telunjuknya ke arah muka pintu.
Masih sunyi keadaan di luar. Selalunya waktu inilah biliknya akan diserbu oleh
mereka yang lain. Macam rumah terbuka hari raya.
“5..4..3..2..sa..” Ulangnya lagi.
“5..4..3..2..sa..tu,” Lama gadis berambut pendek itu
merenung kosong pintu biliknya. Akhirnya dia pasrah. Mungkin mereka sedang
merancang sesuatu depan bilik aku sekarang ni. 93 cuba berfikiran positif. Dia
kembali mengambil satu lagi kad dalam simpanannya. Usai membaca, dia mengambil
pula yang lain. Begitulah selanjutnya sehingga matanya mula terasa berat lantas
dia tertidur ‘berbantal-pelukkan’ kad-kad yang dikeluarkan tadi.
KETUKAN
yang
bertalu-talu di daun pintu bilik ditambah pula namanya dipanggil berkali-kali
memaksanya untuk membuka kelopak mata. Seketika ketukan dan panggilan itu
lenyap. Namun masih kedengaran sayup-sayup ketukan dan panggilan nama mangsa
yang lain pula. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjenguk keluar. Dengan
malas dia turun daripada katilnya seraya menapak lambat ke arah pintu.
“Ohayo (selamat
pagi), Hana!” Sapa 93 yang sudah pun
tercegat di muka pintu biliknya. 91 terundur beberapa tapak ke belakang dengan
terjahan itu. Dibulatkan matanya yang sepet itu tanda geram. 93 tertawa kecil
seraya kembali menyambung ‘kerja amal’nya dengan
membuat bising untuk mengejutkan yang lain. 91 sekadar menggeleng sebelum
lambat-lambat dia menapak masuk ke dalam biliknya untuk turun ke ruangan makan.
“Apa mimpi minah
tu?” Tanya 95 yang muncul tiba-tiba dari arah belakang 91. Sekali lagi
gadis kacukan Jepun itu membulatkan matanya. Pagi ini sahaja jantungnya hampir
luruh sebanyak dua kali dengan sergahan sahabat-sahabatnya. 95 sekadar
tersengih seraya menapak pergi ke arah dapur. Seketika kemudian, seorang demi
seorang ahli Se7en Anjells menuruni
anak tangga seraya mengambil tempat di meja makan. Orang yang terakhir tiba
ialah...
“Aku nak tidur lagilah...” Rengek 94 perlahan.
Tubuhnya ditolak lembut oleh 93 ke arah meja makan.
“Siapa yang masak semua ni?” Tanya 95 terkejut dengan
semua masakan yang sudah siap terhidang. 93 mula menuangkan sup ke dalam setiap
mangkuk mereka yang sudah diisi dengan bahan-bahan soto di dalamnya. Air
minuman juga turut dituangkan oleh 93. Akhir sekali barulah dia mengambil
tempat duduknya.
“Eh, makanlah.” Pelawa 93 setelah perasan semua mata
tertumpu kepadanya. Barulah masing-masing mula menikmati sarapan itu.
“Mana 90?” Tanya 96 memecah sunyi. Mereka yang lain
mula memerhatikan sekeliling. Barulah mereka menyedari ketiadaan 90 pada pagi
itu.
“Dia keluar jumpa Aunty
Izma.” Terang 93 kerana dialah orang yang paling awal bangun pada hari itu.
Masing-masing hanya mengangguk seraya mula menjamu selera.
“Geng, jom keluar.” Ajak 93 girang,
memulakan perbualan. Namun hasilnya, sepi tanpa respon. Masing-masing sibuk
menumpukan perhatian pada sarapan.
“ Geng!”
“Yang lain okey, kan?” Tanya 93 sambil memerhatikan
ahli lain yang sedang sibuk menjamu selera.
“Aku dah
janji dengan Holla.” 92 memberi alasan.
“Aku nak
pergi mencari ilham untuk melukis la.” Sambung 95 pula.
“Hana?” 91
sudah tersedak. Kala ini semua mata tertumpu ke arah orang kanan Se7en Anjells itu.
“Err...”
“Ops! Aku
dah tempah minah Jepun ni hari ni.
Ada kerja sikit nak buat.” Terang 94. 93 mengeluh perlahan.
“Yaa?”
Kala ini tumpuannya beralih ke arah 96.
“Err, sorry
Dyna. Aku... aku nak kena pergi gedung. Ada stok baru sampai. Sorry, ea.” 93 kembali menjamu selera.
Suasana kini berubah tegang dan sepi.
“Eh, jomlah 91. Nanti tergendala pulak kerja kita.”
Pantas 94 bingkas bangun seraya menarik lembut lengan 91 yang sedang menjamu
hidangan itu. Gadis bermata sepet itu sekadar menurut walaupun raut mukanya
jelas kelihatan terpinga-pinga. Tingkah dua gadis itu dipandang leh mata-mata
yang ada.
“Aku dah kenyang!” Ujar 92 seraya mengikut langkah
dua orang sahabatnya yang sedang menaiki anak tangga.
“Aku pun.” Ujar 95 pula. Dia turut menapak pantas
menaiki anak tangga diikuti oleh 96. Sekejap sahaja ruangan makan yang penuh
dengan penghuninya kini sunyi. Hanya 93 yang masih setia di situ.
“Kenapa semua orang sibuk hari ni? Hari ni kan hari
Ahad. Alyaa pun, buku dia lebih penting daripada aku. Diorang memang betul-betul dah lupakan hari
ni.” Bisik 93 sendirian. Seketika ingatannya terimbau pada keadaan malam tadi.
Sebenarnya malam tadi dia terjaga pukul 2, namun ternyata biliknya masih tiada
tanda-tanda ‘diserbu’ oleh yang lain.
93 kembali menjamu selera walaupun hakikatnya
seleranya sudah mati pabila terpandangkan meja makan itu yang kini sudah
kosong. Lambat-lambat dia mengunyah makanan sambil termenung kosong. Dia begitu
terasa dengan sikap kawan-kawannya. 93 bingkas bangun. Perlahan-lahan dia mengemas
meja itu. Jelas masakannya tidak habis dimakan. Gadis berambut pendek itu
sekadar mengerling sayu mangkuk sup yang masih lagi berbaki separuh.
SUASANA banglo itu sungguh sunyi. Waktu sudah berganjak ke
tengah hari namun kelibat sahabat-sahabatnya belum lagi kelihatan. 93 menapak
perlahan ke arah jendela kaca. Dia memandang ke arah petak parkir yang tersedia
di kawasan perkarangan banglo. Hanya keretanya sahaja yang berada di situ.
93 berjalan menuju ke arah ruang tamu. Dia
menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Suis televisyen dihidupkan. 93
memandang kosong cerita yang disiarkan. Hakikatnya, fikirannya menerawang jauh.
Gadis itu memeluk bantal berbentuk hati yang terdapat di situ.
“Manalah diorang ni. Kenapa tak balik-balik lagi? Tak
nak lunch dekat sini ke? Lefon banyak
kali tapi tak angkat-angkat,” Dyna Atasyha (93) sekadar bertanya sendirian.
Akibat bosan, dia menutup suis televisyen seraya kakinya perlahan-lahan menapak
menaiki tangga.
Pintu bilik karaoke dikuak lambat. Semua suis
dihidupkan. 93 berjalan ke arah tengah-tengah bilik kedap bunyi itu. Dia
mengemaskan lagi mikrofon di pegangannya. Gadis itu menghembuskan nafasnya
perlahan sebelum bibir itu lambat-lambat mengukir senyuman hambar. Muzik sudah
mula bernyanyi.
“Happy birthday
to you... happy birthday to you... happy birthday to...” matanya sudah
bergenang. Muzik masih terus berbunyi. 93 memegang kejap mikrofon berwarna emas
itu. Dia sudah tertunduk menahan sebak.
“Dyna... happy
birthday to you...” akhirnya dia menghabiskan juga serangkap lagu itu. Muzik
piano yang bermain di skrin 90 inci itu dihayati. 93 sudah terduduk di atas
lantai beralaskan permaidani yang tebal. Dia seboleh-bolehnya cuba menahan
sebak di dada.
Trutt...
trutt...
Telefon bimbitnya berdering. 93 mengeluarkan telefon
bimbit itu dari dalam poket seluarnya. Nama yang tertera dilihat.
Perlahan-lahan panggilan itu dijawab.
“Hello,”
nada suara cuba dikawal sebaik mungkin.
“Hello, sayang. Apa khabar princess mama sorang ni?” Tanya suara di hujung talian dengan
ceria. 93 tersenyum hambar.
“Fine, mama. Mama dekat mana ni? Papa
mana?” Tanya 93 berbasa-basi.
“Mama kena teman papa. Dia ada meeting dengan pengurus syarikat SJ-79. So, kami dekat Sweden sekarang. Dalam dua minggu lagi, baru balik
Malaysia. Dyna, mama dan papa nak ucapkan selamat hari lahir dekat Dyna. Happy birthday to you, darling. Dah
besar anak mama ni. Jangan nakal-nakal tau. Mama dengan papa dah terbangkan present Dyna. Tak lama lagi, sampailah
tu.” Tutur suara di hujung talian dengan ramah. 93 tersenyum mendengar ucapan
mamanya. Sudah lama dua wajah itu tidak ditatap. Papanya selalu sibuk.
Maklumlah, pengurus besar sebuah syarikat pengangkutan udara.
“Dyna tengah buat apa tu? Bising semacam aje.
Kawan-kawan Dyna ada sekali ke? Mama ganggu ke?” Tanya wanita di hujung talian
setelah agak lama 93 tidak bersuara. Bunyi bising? Pantas gadis itu menoleh ke
arah skrin 90 inci itu. Muzik lagu yang tadinya dipasang masih lagi bermain. 93
tersenyum sedikit.
“Kitorang tengah buat birthday party la, mama. Mama ni kacau aje. Dyna tak sabar nak
tunggu hadiah mama. Nak bezakan hadiah mama dengan hadiah daripada kawan-kawan
Dyna. Mana yang lebih mahal.” 93 sengaja menceriakan suaranya. Terdengar ketawa
kecil di hujung talian.
“Eh, eh. Orang cakap betul, ketawa pulak.” Bicara 93
seakan tidak puas hati.
“Suka hati Dynalah. Okeylah, mama tak nak ganggu party you all. Take care, sayang. Bye.” ujar wanita separuh abad itu sebelum
talian diputuskan.
93 sudah menekup mulutnya. Cuba menahan sebak yang semakin
menggila. Telefon bimbitnya sudah diletakkan di sisi. Perlahan-lahan mutiara
hangat jatuh membasahi pipi.
“Sorry,
mama. Dyna dah bohong mama. Tak ada pun birthday
party. Hal lain lebih penting bagi diorang daripada kawan sendiri. Tak ada
seorang pun yang ingat birthday Dyna,”
tutur 93 lirih dalam sendu. Perlahan-lahan dia menyeka air matanya yang sudah
gugur melencuni pipinya. Dirinya terasa terbuang.![]() |
| Karaoke Room di Banglo Kaca |
#ENJOY~
#JANGAN LUPA TENGOK LIST ENTRY UNTUK BACA ENTRY2 TERBARU
Labels: se7en anjells






