SA - BAB 38
Tuesday, 16 September 2014 | 0 comments
Nah!! hamekk nie.. =D .. enjoy!
BAB 38
“KAU
boleh buat, Yaa. Nilah masanya kau buktikan pada kitorang.” Ujar 94 semangat. 96 mengangguk. Dia memandang satu persatu
sahabatnya yang tanpa penat memberikan semangat padanya. Dah macam nak turun
berperang pulak gayanya.
“Jangan risau, kami ada.” Tambah 92
pula.
“Yaa, aku harap kau masih ingat
kata-kata aku. Pastikan above 30.”
Ujar 90 serius. Dia memaksudkan ‘perjanjian’ mereka tiga bulan yang lalu. 96
sekali lagi mengangguk penuh bersemangat.
“Pergilah. Kami tetap di sini, sokong
kau.” Ujar 91 pula. Gadis kacukan Jerman itu berjalan lambat meninggalkan
sahabat-sahabatnya. Debaran di dadanya semakin kencang tatkala melihatkan
kelibat belakang seseorang di kejauhan. Sesekali dia menoleh ke belakang, kini
ahli yang lain sudah tiada di situ. Masing-masing sudah berpecah seolah-olah
tidak mengenali sesama mereka.
“Rileks Alyaa Emeline. You can do it.” Bisiknya sendirian,
meniup semangat untuk dirinya sendiri.
“Of
course I can!” Gadis kacukan Jerman itu menarik nafas dalam-dalam.
Langkahnya mati pabila jarak yang
memisahkan dia dengan ‘temannya’ itu cuma 5 meter sahaja. Gadis berambut kuning
itu membetulkan sedikit rambut dan dressnya
sebelum berdehem kuat. Lelaki yang sedari tadi leka memandang hadapan segera
menoleh ke arah punca suara itu. Senyuman manis terlakar di bibir masing-masing
tatkala pandangan mereka bertemu.
“Sorry,
I’m late. Dah lama tunggu?” Tanya 96.
“Eh, taklah. You dah lama sampai?” Tanya lelaki itu dengan senyuman pembunuhnya.
Gadis itu menggeleng. Keadaan sepi seketika. Masing-masing sekadar membalas
senyum.
“Oh ya. This is for you.” Ujar lelaki itu seraya menghulurkan sekuntum
mawar merah kepada 96.
“So
sweet. Thanks!” Lelaki itu sudah tersenyum simpul tatkala melihat respon
96.
“Jom.”
“Ha? Ke mana?” Tanya lelaki itu bingung.
“Date.”
Pendek sahaja jawapan gadis kacukan itu seraya mula melangkah pergi. Mereka
berjalan beriringan masuk ke pintu gerbang taman bunga. Sengaja tempat itu
dipilihnya untuk mengubah ‘mood’ misi
Se7en Anjells yang selama ini hanya
dijalankan di dalam restoran mewah. Siapa pulak lelaki ni? Mestilah mangsa Se7en Anjells. Walaupun diorang sudah
berbaik dengan Asyraf, tapi misi tetap misi, okey?!
“Kita nak ke mana dulu?” Tanya lelaki
itu. Namun lelaki kurus tinggi itu cukup terkejut tatkala 96 mula memaut lengannya.
Gadis itu sekadar mengukirkan senyuman manis.
“Sana.” Ujar 96 seraya menunding ke arah
taman bunga tulip. Memang indah pemandangan padang yang penuh ditumbuhi dengan
bunga tulip yang berbagai warna. Sungguh mempersonakan!
“Kita duduk sana.” Akhirnya dua pasangan
‘kekasih’ itu mengambil tempat di bangku panjang yang disediakan setelah penat
berjalan.
“Awak dah penat? Kita minum dekat kafe tu,
nak?” pelawa ‘pasangan’ 96.
“Ha? Kejap lagilah. Saya nak tengok
bunga-bunga ni lagi.” Tolak gadis berambut kuning itu lembut. Hakikatnya dia
mahu menghantar isyarat kepada yang lain untuk berkumpul di kafe tersebut
kerana pembongkaran akan bermula di situ. Akhirnya tempat makan juga pilihan di
hati. Alahai…
“Okey, jom.” Ajak 96 secara tiba-tiba
menarik lengan ‘kekasihnya’ untuk bangun. Lelaki yang sudah terpinga itu sekadar
menurut. Gadis kacukan Jerman itu menyimpan senyum kerana dia baru sahaja mendapat
isyarat daripada yang lain bahawa mereka telah pun berada di kafe yang
dimaksudkan.
Setibanya di kafe tersebut, lelaki itu
mula mencari tempat kosong sebaliknya 96 pula sibuk mencari meja yang sudah ‘direservekan’ oleh sahabat-sahabatnya.
“Ha, sana!” Tunding gadis berambut
kuning itu tatkala anak matanya menangkap isyarat 91. Akhirnya ‘pasangan
sejoli’ itu mengambil tempat yang seperti biasa berdekatan dengan kamera khas Se7en Anjells berada. Seketika pasangan ‘kekasih’ itu hanyut dalam dunia mereka.
“Papa... papa.” Muncul seorang budak
lelaki berusia 6 tahun menerpa ke arah ‘pasangan’ 96. Terkebil-kebil lelaki itu
dibuatnya. ‘Adik bongsu’ Se7en Anjells
itu pula mula mengaplikasikan ‘ilmu kakak-kakaknya’.
“Anak awak ke, Iqram?” Tanya 96
pura-pura terkejut.
“Ha? Tak. Saya langsung tak kenal budak
ni.” Terang Rizqi Iqram gelabah.
“Papa.. saya nak ais krim!” Budak lelaki
itu mula menangis pabila Rizqi Iqram tidak mahu melayannya. Kini semua mata
tertumpu pada meja 96 dan pasangannya.
“Kalau bukan anak you, habis anak siapa?” Muncul satu suara lantang. Serta-merta
pandangan mereka yang ada tertumpu pada seorang perempuan yang sedang sarat
mengandung 7 bulan lagaknya. Perempuan itu mula mendekati meja mereka.
“Siapa ni?” Tanya 96. Pantas Rizqi Iqram
menggeleng.
“What?
You dah tak kenal I? Honey,
I ni wife you, tahu tak?” Jelas perempuan
itu. Hehehe.. Sebenarnya dialah 95. Membulat mata Iqram Rizqi mendengar
pengakuan gadis itu. Pandangannya beralih pada 96 yang sudah berwajah sebal.
“Bu.. bukan! Serius saya tak kenal siapa
diorang. Alyaa, trust me.” Rayu Rizqi
Iqram gagap. 96 sudah terkedu. Seketika hati wanitanya bersimpati dengan
‘nasib’ lelaki itu.
“Hey perempuan, you tak tahu malu ke rampas husband
orang?” Lantang 95 bersuara sekaligus menyedarkan sahabatnya itu. Serta-merta
96 bangkit daripada duduknya.
“Alyaa..” Panggil Rizqi Iqram sayu.
“Dah jelas semuanya sekarang, Iqram.
Pergilah balik ke keluarga awak.” Tutur gadis berambut kuning itu perlahan
namun cukup tegas. Gadis itu mula menapak pergi. Membulat mata 95 melihatkan 96
yang mula pergi meninggalkannya. Yaa, macam tu aje ke? Hatinya bertanya.
“Ha! Betul tu perempuan. Baik kau balik!
Jangan nak menggatal lagi dengan husband
orang.” Ujar 95 lantang membuatkan langkah sahabatnya itu mati.
“Kau diam!!” Serta-merta kafe itu
digemparkan dengan tamparan kuat Rizqi Iqram pada pipi 95. Gadis yang ‘berbadan
dua’ itu terjatuh ke lantai.
Suasana kini bertambah kecoh pabila
tangisan budak lelaki yang semakin kuat dan pelanggan lain yang mula bertindak
membela 95. Ahli-ahli Se7en Anjells yang
lain juga mahu untuk bertindak tapi pantas dihalang oleh ketua mereka.
Perlahan-lahan mereka kembali duduk. Kini Rizqi Iqram sudah lemah dibelasah
dengan ‘pelakon-pelakon tambahan’ di kafe itu.
96 menapak perlahan ke arah lelaki itu.
Belum sempat dia bertindak, 95 terlebih dahulu menampar kuat pipi ‘suaminya’
berkali-kali.
“Damn
you! Berani kau sentuh muka aku dengan tangan kotor kau tu. Dasar kaki
perempuan!” Sumpah gadis itu penuh amarah.
“Sabar puan.” Ujar 96 lembut menenangkan
sahabatnya itu.
“Ceraikan I!” Ujar 95 lantang.
“Aku langsung tak kenal kau, perempuan.”
Ujar Rizqi Iqram lemah.
“Tengok tu! Dah teruk macam ni pun masih
tak nak mengaku salah.” Marah salah seorang pelanggan yang ada.
“Bebaskan puan ni!” Kata mereka yang
lain mula sepakat memaksa lelaki itu melafazkan juga ‘talaknya’.
“Aku harap tak akan ada perempuan bodoh
yang nak pada kau lepas ni!” Marah 95 seraya membawa budak lelaki itu pergi.
“Alyaa..” Bangun lelaki itu dengan
bersusah payah. Dia memandang sayu wajah pasangannya. Gadis kacukan Jerman itu
sekadar membisu. Matanya menyoroti langkah kaki sahabatnya itu. Kini, rasa
sedih lebih menggunung di pihak 95 hingga dia sudah kering hati untuk berasa
kesian dengan lelaki itu.
“Sakit?” Tanya 96 sinis. Lelaki itu
mengangguk lemah.
“Tapi lagi sakit hati perempuan yang kau
dah permainkan!” Ujar 96 lantang dengan air mata yang sudah bergenang di
kelopak matanya. Tersentak Rizqi Iqram dibuatnya.
“Mana ada? You’re the only one I have.” Bela lelaki itu terhadap dirinya.
“Enough!”
Seraya itu juga sekali lagi tamparan kuat dihadiahkan buat pipi licin Rizqi
Iqram. Lelaki itu mengerang kesakitan.
“Eleh, daripada tadi kena belasah tak
merengek pun. Ni baru kena lempang sikit dengan perempuan dah nangis.” Ujar 93
selamba. Seketika meja ahli Se7en Anjells
menjadi tumpuan yang lain sebelum mereka mengiyakan. 94 menyiku 93
sementara 91 memandangnya dengan soalan ‘dah puas hidup ke?’. Gadis berambut
pendek itu sekadar tersengih.
Air mata sudah membasahi pipi gebu gadis
berambut kuning itu. Dia mengangkat tinggi tangannya. Berhajat untuk melempang
lelaki itu lagi sekali. Perlahan-lahan tangannya ditarik semula.
“Saya tak sangka awak macam ni, Iqram.
Saya betul-betul tak sangka. Saya benci lelaki yang pukul perempuan. Saya benci
awak! Saya benci awak!!” Air matanya sudah melencuni pipinya. Sedikit pun tidak
diseka.
“Hope
dunia lepas ni tahu Rizqi Iqram, player bermulut
manis yang bermata keranjang!” Ujar 96 seraya menuangkan jus minumannya tepat
di atas kepala ‘kekasihnya’. Kedengaran lelaki itu mengaduh sakit kerana luka
di mukanya terkena dengan siraman jus lemon. 96 tersenyum puas lantas menapak
pergi.
“JANE, cepat!”
Panggil 95.
“I’m
coming!” Laung 94 seraya melangkah turun satu persatu anak tangga.
Kini masing-masing sudah berkumpul di
ruang tamu. Mereka berdebar untuk melihat ranking
dan kumpulan star yang berjaya
diperoleh. Seperti biasa mereka akan memeriksa prestasi masing-masing dalam
bulan itu di setiap hujung bulan. Membulat mata masing-masing tatkala melihat
apa yang sudah terpampang pada skrin Smart
TV sebesar 120 inci itu.
“Pertama 90 dengan 89 stars. Second, 92 dengan 85 stars. Third, 91 dengan total star 78. Next, 95 dengan 71. 92
dengan 66. Second last…” 96 membaca
satu persatu walaupun yang lain dapat melihat semuanya. Tingginya star yang lain untuk bulan ni. Habislah
aku kali ni. Bisik hatinya.
“94 dengan 63. And me…” Berdebar semua orang menanti keputusan daripada usaha
mereka selama 3 bulan ‘menyekolahkan’ sahabat mereka yang satu itu.
Lambat-lambat tetikus tanpa wayar itu discroll
ke bawah. Dan hasilnya…
“Yaa, congrat!!” Ujar 94 separuh menjerit seraya memeluk temannya itu. 96
masih lagi kaku memandang skrin. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kini
seorang demi seorang mula mengucapkan tahniah kepada gadis kacukan Jerman itu.
“Hey
girl, you did great!” Kata 93 tulus menyedarkan lamunan sahabatnya itu. 96
sekadar meleretkan senyuman. Namun pandangannya kini tertancap pada 90 yang
sedang menghampirinya. Ketua Se7en
Anjells itu berdiri betul-betul di hadapannya kini. Tiada segaris senyuman
mahupun ucapan tahniah terzahir daripada mulut gadis berlesung pipit itu.
Suasana bertukar sepi seketika.
“Dalam masa tiga bulan... you’ve got 60 stars. It’s... awesome!” Ujar 90 lantas memeluk
anak buahnya itu. 96 yang terpinga membalas pelukan ketuanya. Rupa-rupanya
ketua Se7en Anjells itu melepaskan
sedu di bahunya. Yang lain sudah terpinga-pinga melihatkan keadaan itu.
“90, kenapa ni?” Tanya 96 lantas
meleraikan pelukannya. Kelihatan wajah sahabatnya itu sudah merona merah dengan
juraian mutiara hangat yang menuruni pipinya.
“A..aku takut. Aku takut kehilangan kau.
Aku...aku tak nak kehilangan seorang pun daripada korang. Aku sayangkan Se7en A dan...korang semua.” Kata 90 dalam sedu.
“Sweety,
don’t cry.” Ujar 92 seraya memeluk ketuanya daripada belakang. Dia pula
yang beremosi.
“Ann, hanya mati sahaja yang memisahkan
kita.” Kata 96 tenang.
“Betul tu. Kau dah lupa ke slogan kita?”
Tanya 95 pula.
“Se7en
Anjells always forever, never ending!” Serentak mereka berenam bersuara.
Gadis berlesung pipit itu sudah tersenyum.
“Ha! Macam itulah. Hari ni kita kena
sambut kejayaan 96. So, tak nak
nangis-nangis. Kena senyum-senyum, okey?” Ujar 94 riang seraya memeluk bahu 93
yang berada di sebelahnya.
“Excuse
me? Did I know you?” Tanya gadis berambut pendek itu sambil memandang 94 atas
bawah. Ada riak jengkel di raut wajahnya.
“Ops! Sorry Sir. Tapi ni rumah perempuan. I think you’ve got a wrong place.” Sakat 94 seraya tersenyum nakal.
Dia sudah pun melepaskan pelukan tadi.
“What?
Sir? Hello Mrs Tarzan, are you talking to me?” Tanya 93 geram. 94
menjelirkan lidahnya.
“Hey,
come on. Korang berdua dah puas hidup, ke?” Tanya 91 seraya merangkul
kedua-dua leher sahabatnya itu. Matanya yang sepet itu sengaja dibulatkan
sebagai tanda amaran. Serta-merta tawa yang lain meletus.
“Hana, mata kau tu memang dah tak boleh
nak besar. Berhenti la buat macam tu. It’s
worst.” Luah 92. Berdekah ahli yang lain dibuatnya jika dilayankan
‘budak-budak’ ni.
“Dah-dah jom bersiap. Kita pergi makan
dekat Setia Kasih Restaurant, amacam?”
95 mengutarakan pendapatnya. Mukanya betul-betul macam nak mempromosikan
restoran bertaraf dunia milik bapanya itu.
“Jom!” serentak mereka bersuara sebelum
mereka mula ke kamar masing-masing untuk bersiap. Se7en Anjells... Ya! Hanya maut yang boleh memisahkan mereka.
FERRARI 458 Italia yang berwarna putih, kepunyaan 90
menyusuli kereta 95, McLaren Mp4-12C memarkir kenderaan mereka di tempat parkir
khas untuk tetamu VIP sahaja. Diikuti pula dengan Brabus Tesla Roadster yang
dipandu oleh 91, Lotus Elise 2015 berwarna putih kepunyaan 96, Ronn Scorpion
yang sedang dipandu oleh 94 dan 92 bersama kereta kesayangannya, Marussia B1
berwarna putih. Senang kata, semua kereta ahli kumpulan Se7en Anjells berwarna putih kerana itulah warna rasmi kumpulan
itu.
Tatkala keenam-enam mereka sudah keluar dari perut
kereta, Koenigsegg Agera R pun tiba. 93 keluar terkocoh-kocoh mengejar
rakan-rakannya yang lain yang sudah pun jauh meninggalkannya sendirian.
“Korang! Tunggulah!” Ujarnya separuh menjerit. Mana
taknya, yang lain semuanya dah ada dekat dalam lif. Sekali
picit punat lif tu, confirm pintu lif
tutup and babai… 93 mengencangkan
lariannya. Tercungap-cungap dia mengambil nafas setibanya dia di dalam perut lif kaca yang tampak eksklusif itu.
“Cruel!” gerutunya.
“Kitorang ni tak kejam, Dyna. Cuma
nakal aje. Baru comel sikit bahasa. Tadi ingatkan nak tunggu kau, tapi kaki ni tak nak brek pulak. Maklumlah, autobrek.
Brek bila perlu aje.” balas 94 selamba. Segera ditekan punat bernombor 9.
Sememangnya aras 9 merupakan ruang makan untuk VVIP.
Restoran ini mempunyai 10 tingkat keseluruhannya.
Tingkat 1 hingga 3 merupakan ruang makan yang tetap eksklusif gayanya namun
untuk orang kebiasaan. Jika mahu membuat tempahan meja bertaraf sederhana, maka
tingkat 4 dan 5 ialah tempatnya. Aras 6, 7 dan 8 merupakan ruang makan VIP yang
kebiasaannya akan penuh dengan tempahan. Bilik-bilik VVIP pula tersedia di
tingkat 9. Suasananya sepi dan tenang daripada keriuhan manusia. Manakala
pejabat-pejabat pula dibina di tingkat yang teratas, 10.
Pintu lif terbuka. Terpampang jelas ruang utama
restoran lapan bintang itu. Kelihatan sungguh mewah. Ketujuh-tujuh mereka pun
melangkah keluar. 95 segera menuju ke kaunter utama disusuli oleh
kawan-kawannya.
“Selamat datang Cik Muda Zawana,” pekerja di situ
menyambut 95 dengan ramah dan penuh rasa hormat. 95 hanya tersenyum manis
membalas sapaan mereka.
“Papa ada
bagi tahu apa-apa tak?” Tanyanya tanpa mahu melengahkan masa.
“Ada. Tan Sri suruh saya tunjukkan Cik Muda Zawana
bilik VVIP yang dah dikhaskan untuk cik. Mari, saya tunjukkan.” Wanita muda
yang lengkap menyarung uniform pekerja itu pantas melangkah keluar dari ruangan
kaunter. Segera dia memandu perjalanan tujuh sekawan itu. Pintu bilik dikuak
perlahan. Terpampang jelas isi dalamnya.
“Jemput masuk,” ujar wanita itu seraya menapak ke
arah tablet mini bersaiz 10 inci, melekat kemas pada dinding yang terletak di
sebelah akuarium.
“Tak apa, nanti kami order sendiri. Thanks for the
service,” ujar 95 bagi menghalang perbuatan pelayan itu. Wanita muda itu
mengangguk lalu membongkokkan sedikit badannya seraya berlalu pergi. Walaupun
restoran ini restoran bertaraf dunia, namun mereka tetap menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa rasmi mereka.
Seperti biasa, mereka masuk namun tak segera duduk di
meja makan utama yang bersaiz besar berbentuk bujur itu. Masing-masing membuat
hal sendiri. Segala kemudahan telah sempurna disediakan oleh pihak pengurusan
restoran.
90 dan 91 seperti biasa, duduk di sofa sederhana
besar lalu menonton televisyen sebesar 80 inci yang turut disediakan di situ.
93 sedang leka memandang kesibukan kota yang terasa kecil di pandangan mata
menerusi cermin berkualiti tinggi yang dijadikan sebagai dinding buat bilik itu
memandangkan bilik itu kedudukannya adalah yang paling hujung.
96 pula asyik melihat akuarium gergasi yang dijadikan
sebagai pemisah antara bilik makan mereka dengan bilik makan sebelah. Pelbagai
kehidupan laut terdapat di dalam akuarium besar itu. 92 sibuk melayari internet
menggunakan Ipad berjenama Apple yang
telah disediakan di atas sebuah meja kecil yang terletak bersebelahan dengan
dinding cermin. Permaidani mahal yang diimport
menambahkan lagi kemewahan bilik itu selain gambar-gambar yang tergantung kemas
di dinding dan beberapa lagi perhiasan lain.
Masing-masing
yang kelihatan menyibukkan diri membuatkan 95 mengeluh sedikit. Dia akhirnya
menapak ke arah tablet mini bersaiz 10 inci itu. Jari telunjukya
diseret ke atas bawah dan adakala ke kiri dan ke kanan. Sejurus kemudian,
terpampang senarai menu makanan yang disediakan.
“Girls, order.” Pinta 95. Suasana sepi tanpa sahutan. Tiada seorang pun yang
mengendahkannnya.
“Girls, order.”
Sekali lagi 95 mengulanginya sambil melihat respon rakan-rakannya. Namun
masing-masing tetap buat tidak endah. 95 medengus geram. Isy, malas betul nak
buka mulut!
Nak
tak nak, 95 pun menyentuh beberapa senarai makanan kegemaran setiap ahli
beserta pencuci mulut serta air minuman. Akhir sekali dia menyentuh ikon yang
tertera perkataan ‘SEND’ untuk mengantar pesanan mereka. Ahli lain menyimpan
senyum. Sayang kau, 95!
Ini
antara fakta kekayaan kumpulan Se7en
Anjells. Mereka bertujuh mewarisi kekayaan keluarga masing-masing. 90 –
mewarisi kekayaan pemilik universiti swasta yang hanya ada satu sahaja
cawangannya di setiap negara termasuk Malaysia. Beroperasi di United Kingdom,
sebagai lokasi ibu pejabat. 91 – mewarisi kekayaan pemilik hotel bertaraf
dunia. Hotel ini hanya terdapat di negara-negara gergasi seperti Amerika
Syarikat, England, Dubai, Jepun dan sebagainya. 92 – mewarisi kekayaan pemilik
pulau-pulau peranginan yang terdapat di sekitar Eropah. Bapanya telah berjaya
memiliki hampir sepuluh buah pulau. 93 – mewarisi takhta kekayaan pemilik Malaysia Airlines System dan
beberapa syarikat pengangkutan udara dan laut di negara Asia Timur dan Asia
Barat. 94 – mewarisi kekayaan pemilik Palace
mall. Bapanya juga ada membuka beberapa pusat membeli-belah gergasi di
negara-negara luar seperti England, Dubai dan Perancis. 95 – mewarisi takhta
kekayaan pemilik Setia Kasih Restaurant.
Restoran lapan bintang yang mendapat pengiktirafan kerajaan dunia. 96 –
mewarisi kekayaan pemilik syarikat gajet-gajet terkini seperti Smart Phone, Iphone, Laptop, Smart TV
dan sebagainya. Syarikat ini bergiat paling aktif di sekitar benua Eropah
sahaja.
Jadi,
mereka ialah satu kumpulan yang benar-benar sempurna dari segi pelbagai aspek.
Kecantikan, kekayaan dan kebijaksanaan. Mampukah mereka ditewaskan?





