INGENUOUS LOVE a.k.a CLUMSY GIR FOR ME BAB 2 & 3
Wednesday, 16 March 2016 | 0 comments
Ehemm.. untuk pengetahuan, cerita CLUMSY GIRL FOR ME kini sudah bertukar tajuk menjadi INGENUOUS LOVE.
I found that the previous title seemed to unsuitably match the story. That is why the processing of the story is very slow. I thought. So, please enjoy INGENUOUS LOVE from me.
BAB
2
FAHRYIL
DANIAL mengeluarkan telefon pintarnya daripada
poket seluar. Wajahnya tegang tanpa sebarang senyuman terukir manis di bibir.
Setiap pekerja di situ yang berselisih dengannya pasti akan kecut perut melihat wajah
seriusnya. Garang dan menakutkan macam nak telan orang.
“Hello,
ma. Apa ni, ma? Kenapa tak ada nama Aril dalam B.O.D? Kenapa tak ada nama arwah
papa? Even mama pun. Apa yang berlaku ni?” Ucap Fahryil pantas sebaik
sahaja panggilannya berjawab.
“Fahryil
sayang, cuba Fahryil masuk bilik CEO. Bilik arwah papa,” arah Puan Sri Jeanne
dengan nada yang tenang. Wajah Fahryil sedikit berkerut. Talian di sebelah sana
telah pun dimatikan. Memang niatnya untuk pergi ke bilik CEO. Untuk melihat
siapakah gerangan yang bertapak di situ. Kenapa bukan dirinya? Itulah yang
sepatutnya berlaku namun ternyata tanggapan yang bersarang di benaknya selama
ini salah sama sekali.
Fahryil
mahu mengetuk pintu bilik itu namun serta-merta dia membatalkan niatnya. Pantas
sahaja tangannya menolak daun pintu yang diperbuat daripada kayu jati sebenar
itu. Matanya terus tertancap pada wajah asing yang langsung dia tidak pernah
kenal hatta nampak sebelum ini. Fahryil terkejut dan berpuluh-puluh persoalan
mula membanjiri mindanya.
Seorang
lelaki Inggeris seusia arwah papa duduk bersandar di kerusi kulit yang berada
di meja bos. Senyuman senget terlakar di bibirnya sebaik sahaja Fahryil
memasuki pejabat mewah itu.
“Welcome,
Fahryil Danial. Have a sit,” tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya,
dahi Fahryil sekali lagi berkerut. Otaknya langsung tidak dapat mencari idea,
macam mana lelaki itu boleh mengenalinya. Kakinya melangkah ke arah meja bos
lalu duduk berhadapan dengan lelaki Inggeris itu.
“My
name is Isaac,” Isaac menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Fahryil.
Fahryil terpaksa jua menyambut huluran tangan Isaac meskipun hatinya
memberontak mengatakan tiada masa untuk berlengah-lengah seperti ini. Apa yang
dia mahu pastikan sekarang ialah, mengapa dia Fahryil Danial Bin Tan Sri
Amiruddin Affan, anak kepada CEO Miracle Empire Berhad tidak dapat menggantikan
tempat bapanya sebagai CEO?
“Sir
Isaac. I’m sorry but I didn’t know you. I just can’t accept the fact about you,
sitting on that chair. Why not me? Why are you being the CEO? It’s nonsense.
All the officer here respect me as their boss but then, the boss isn’t me. It
totally not me. My name was nowhere but not here. What the... I just can’t
understand.” Fahryil mula menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Isaac hanya
ketawa perlahan.
“Sir
Fahryil. I’m not the CEO of Miracle Empire.” Kenyatan yang diucap sendiri
oleh Isaac ternyata tidak menjernihkan pandangan Fahryil yang masih kabur.
Fahryil semakin ditenggelami dengan tanda-tanya yang muncul dari dalam benaknya
sendiri. Dia semakin terkejut dan keliru.
“I
said it earlier. I’m not the CEO of Miracle Empire. Neither me nor you. I’m
just the personal assistant. The helper.”
“What?
So... Where did he go? Outstation? ” Fahryil terperanjat mengetahui bahawa
di hadapannya kini merupakan personal assistant kepada CEO yang sebenar.
Berani betul dia duduk dekat kerusi bos. Suka hati aje. Getus hati kecil
Fahryil.
“In
front of me.” Semakin terkejut Fahryil jadinya mendengarkan jawapan yang
keluar daripada mulut Isaac.
“I
deathly have no idea about what are you saying. You said that you are not the
CEO. Yet you said that I’m not the CEO too. But then, you said that the CEO is
in front of you? The one who is in front of you is me. There are only the two
of us in this room! I don’t undertsand anything. What type of language is that?
What on earth are you trying to say, Isaac?” Fahryil mula panas. Entah apa
yang mat salleh dekat depan dia ni cuba sampaikan. Hatinya mula terbakar.
“Maybe
you should ask, where did SHE go?” Fahryil membesarkan matanya. Adakah
Isaac cuba memberitahu yang CEO Miracle Empire Berhad ialah seorang perempuan?
“A
woman?” Dia cuba untuk memastikan. Isaac sekadar meleretkan senyuman.
“A
girl,” jawabnya ringkas.
“What
the hell is this?!” Fahryil tidak dapat menerima kenyataan.
“Mama
minta maaf sebab tak bagi tahu pada Aril perkara yang sebenar terlebih dahulu.”
Daun pintu dikuak dari luar dan kelihatan Puan Sri Jeanne mula melangkah masuk
ke dalam bilik. Sayu sahaja raut wajahnya.
“Apa
ni, ma? Kenapa langsung tak bagi tahu Aril apa-apa? Mama ingat ni perkara yang
boleh buat main-main ke? Mama tahu tak betapa terkejutnya Aril bila tengok yang
langsung tak ada nama Aril pada M.E? Mama, please tell me everything.
Siapa lelaki ni? Mana CEO tu? Kita kan pemegang saham tertinggi dalam syarikat
ni. Kenapa orang lain pulak yang pegang? Mama, bagi tahu Aril. Aril tak faham
langsung dia cakap apa.” Aril mendekati mamanya lalu tangan tua itu digenggam
kemas. Dia benar-benar tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang. Puan Sri Jeanne mengeluh halus.
Mereka
berdua melangkah ke arah sofa yang tersedia di situ. Isaac turut menuruti
langkah mereka. “Aril, duduk dulu. Bawa bertenang. Nanti mama ceritakan dengan
jelas apa sebenarnya yang berlaku.”
“Kenapa
buat benda ni macam dalam scene novel
pulak?” Fahryil terus mendesak. Wanita yang cantik bergaya itu hanya tersenyum
kelat.
“I rasa you boleh ceritakan perkara yang sebenar pada dia, Anne. Dah tiba
masanya untuk dia tahu.” Isaac tiba-tiba bersuara membuatkan mata Fahryil
terbeliak. Dia langsung tidak menyangka bahawa lelaki berusia di hadapannya itu
boleh berbicara dalam Bahasa Melayu.
“Bahasa
Melayu bukanlah susah sangat,” Isaac sekali lagi mengukir senyuman.
“Hmm…
Aril tahu? Dua tahun yang lepas, ketika arwah papa kamu masih menerajui Miracle,
ketika kamu masih lagi di London, syarikat ni telah disabotaj dan hampir-hampir
muflis. Semua harga saham jatuh. Projek pun makin berkurang. Hampir separuh
anak-anak syarikat yang ada gulung tikar, termasuk yang ada dekat luar negara.
Masa tu memang betul-betul zaman kejatuhan Miracle. Tapi, kami sedikit pun tak
bagitahu kamu. Duit-duit simpanan yang ada, habis digunakan untuk membayar
hutang perniagaan, bil-bil, kerugian projek yang terbengkalai, gaji-gaji
pekerja yang terpaksa diberhentikan dan termasuk untuk menyediakan keselesaan
kamu belajar di Cambridge. Kamu sendiri pun tahu betapa tingginya kos
pembiayaan pembelajaran kamu.” Fahryil terdiam. Ternyata, ibu bapanya begitu
bijak menyorokkan situasi besar daripadanya. Rasa sedih mula menyelinap dalam
sanubarinya. Tidak disangka bahawa ibu bapanya hidup bersusah di sini manakala
dia hanya bersenang-lenang di sana.
“Ketika
itu, Miracle memang hampir-hampir sahaja diisytiharkan bankrup. Tapi, kalau
tengok keadaan Miracle sekarang memang sangat jauh berbeza dan bagi sesiapa
sahaja yang dengar cerita ini, mesti susah nak percaya. Bayangkan ajelah
empayar Miracle yang kukuh dan berpengaruh hasil kerja keras berketurunan
dengan aset 3 quadrillion ni hampir-hampir gulung tikar. Memang susah nak
percaya. Masa tu, arwah papa lah yang paling susah hati, arwah papa lah yang
paling tak terurus. Pergi ke sana, pergi ke sini minta tolong tapi, memang tak
ada siapa yang dapat tolong masa tu. Betullah apa yang orang-orang cakap, mencari
kawan memang senang, tapi mencari sahabat tu sangat susah. Manusia ni lumrahnya
memang macam tu. Masa kita senang, memang ramai yang akan ada dengan kita, tapi
masa kita susah, kita sendiri dapat tengok buktinya,” Puan Sri Jeanne sempat
menyindir. Dia diam seketika setelah bercerita panjang lebar. Pandangan matanya
dilontarkan ke arah bangunan-bangunan pencakar langit di luar.
“Arwah
papa tak pernah nak buka mulut untuk beritahu pada Aril, his one and only
son. Masa tu, entahlah nak cakap macam mana tapi, kami memang tak ada
langsung tempat untuk berteduh. Pak Su dengan keluarga dia dah memang stay dekat
New Zealand. Tok Abah masa tu ziarah Pak Su untuk beberapa minggu. Lagipun,
Aril fahamkan Tok Abah tu macam mana. Aril bayangkan aje la keluarga kita yang
terdekat pun duduk New Zealand. Jadi kami memang berikhtiar dan bertawakal
saja. Aril mesti tahu kan, dulu mama memang free hair. Tapi, disebabkan
kita pernah terjatuh, baru kita tahu apa itu rasa sakit dan barulah kita
terkial-kial nak kembali ke jalan-Nya.” Fahryil dan Isaac hanya menjadi
pendengar yang setia.
“Well,
sebenarnya orang yang sabotaj M.E tu memang dah lama nak pegang M.E. Mereka
cemburu dengan kita. Selepas disoal siasat, orangnya dalam kalangan pemegang
saham yang lain. Orang dalam. Jadi, lepas kejadian tu, papa dengan mama diberi
tempoh 3 bulan untuk cari ikhtiar macam mana nak bangunkan semula M.E. Tapi
mereka sangat bijak. Mereka tutup semua jalan yang kami ada untuk dapatkan
sumber kewangan.”
“Mama
ingat lagi, masa tu Aril ada call kami kata nak balik. Tapi disebabkan
insiden yang berlaku dan kami memang tak nak Aril susah, jadi papa suruh mama
cakap pada Aril yang kami tak ada di Malaysia. Dan pujuk Aril supaya jangan
balik sebab dekat Malaysia memang tak ada sesiapa pun,” ingatan Fahryil terus
melayang merantau masa lampau. Memang dia ada kata dia nak balik ke Malaysia
sebab cuti musim panas tapi mama beriya-iya larang dia daripada balik Malaysia.
Masa itu, Fahryil memang langsung tidak mengesyaki apa-apa.
“Keajaiban
yang berlaku tu, seminggu sebelum tempoh yang diberikan tamat. Papa yang cerita
pada mama. Hampir setiap hari dia asyik sebut saja pasal orang tu. Katanya,
nama lelaki tu ialah Mursyid Ali.” Isaac mula melakarkan senyuman. Dia cukup
kenal insan yang baru sahaja disebut oleh Puan Sri Jeanne.
“Masa
tu, papa pergi ke masjid. Lama dia berteleku di situ. Dia memang dah berserah
sangat pada ALLAH. Dia memang dah tak ada idea untuk buat apa lagi. Senang
kata, dia dengan mama dah habis ikhtiar.” Pandangan Puan Sri Jeanne menjadi
sayu. Matanya mula berkaca. Hatinya mula dibaluti rasa rindu pada arwah
suaminya yang sudah hampir setahun pergi meninggalkan mereka buat
selama-lamanya. Dia mengambil nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan-lahan.
“Papa
kata, dia buat solat hajat dan itu merupakan solat hajat yang paling lama
pernah dia buat. Masa sujud yang terakhir tu, dia berdoa dan terus berdoa
sampaikan dia menangis. Dia langsung tak sedar yang rupa-rupanya hampir
setengah jam dia bersujud. Bila dia habiskan ucap salam, seseorang tegur dia.
Lelaki itu terus berjabat tangan dengan dia dan terus bertanya khabar. Katanya,
dia dah lama perhatikan papa waktu dekat masjid tu. Masa papa sujud terakhir
yang lama tu, dia dah risau sebab papa sujud lama sangat. Itu yang dia datang
terus tegur. Papa tak cakap pun yang dia ada masalah tapi lelaki tu dah cakap
dulu yang arwah papa mesti tengah menghadapi masalah yang sangat besar atau
mungkin yang terbesar dalam hidup dia. Itulah pertama kali papa jumpa Mursyid Ali.
Mursyid kata, dia tak pernah nampak orang sujud dengan begitu lama macam yang
arwah papa buat. Papa cakaplah yang dia baru sahaja selesai solat sunat hajat.”
“Mursyid
terus tanya dekat papa apa masalah yang sebenarnya. Mungkin dia boleh tolong.
Pada awalnya, papa kata dia agak keberatan nak beritahu sebab dia nampak
Mursyid tu bukanlah seperti orang yang berada. Jadi, kalau papa cerita pun
mungkin hanya membebankan Mursyid dengan masalah yang papa hadapi.”
“Tapi,
mama ingat lagi ayat Mursyid yang dia pernah cakap pada papa yang membuatkan
papa akhirnya ceritakan juga masalah dia. Mursyid cakap, ‘Awak ceritakan sahaja
pada saya apa masalah yang sebenarnya. Mungkin saya ini insan yang diutuskan ALLAH
untuk memakbulkan hajat yang awak dah pohonkan pada Dia.’ Itulah yang
menyebabkan arwah papa akhirnya ceritakan masalah kewangan yang dihadapi.
Tempoh tamat yang semakin dekat tapi seakan mustahil untuk papa kumpulkan duit
sebanyak RM10 juta dalam masa yang terdekat.”
“Rupa-rupanya,
memang papa tak silap orang. Mursyid cuma senyum aje bila papa cerita masalah
dia. Mursyid kata, kebetulan anak dia baru ALLAH kirimkan rezeki yang sangat
besar. Jumlah keseluruhan duit yang anak dia dapat melebihi jumlah duit yang
papa perlukan. Dia kata, rezeki ni bukan seratus peratus untuk kita sahaja. Ada
tulis nama orang lain sekali pada setiap rezeki yang kita dapat. Mursyid tak
berani buat keputusan sendiri tapi sebaliknya dia kena minta izin anaknya dan
keputusan bergantung pada anaknya. Tapi, apa yang Mursyid pesan ialah dia suruh
papa buat sujud syukur untuk tunjukkan rasa syukur kita pada yang dekat atas
sana. Dia yang menggerakkan segalanya. Apa pun, Mursyid memang bagi sinar
harapan pada kami berdua.”
“Esoknya,
Mursyid datang ke tempat kami dan nak bawa papa pergi bank. Dia dengan papa
pergi buat akaun bank. Duit yang nak diserahkan tu terlalu banyak, jadi dia
terpaksa masukkan ke dalam bank atas nama papa.” Ada senyuman nipis terlakar di
bibir Puan Sri Jeanne. Isaac ikut tersenyum.
“Berapa
jumlahnya, ma?” Setelah lama menjadi pendengar setia, Fahryil mula bersuara.
Hatinya begitu meronta-ronta ingin mengetahui jumlah wang yang telah diberikan
kepada papa.
“5
million pound sterling,” pendek sahaja jawapan Puan Sri Jeanne namun sudah
cukup membuatkan Fahryil terbeliak.
“Insane!”
Fahryil menggeleng-geleng tidak percaya.
“Impossible! Insane! Liar!” Dia memang
tidak boleh menerima hakikat itu.
“Mungkin,
bagi sesiapa juga yang dengar benda ni akan mengatakan yang ini gila. Kalau
kita dapat duit sebanyak tu, kita pun belum tentu bagi dekat orang sebanyak tu,
free-free aje. Dah lah tak kenal pulak tu. Kalau mama pun dapat 1 billion, mama mungkin
akan fikir sejuta kali untuk sedekahkan separuh daripada duit tu pada orang
yang kita tak kenal.” Puan Sri Jeanne hanya tersengih mengakui hakikat
tersebut. Hakikat kekurangan dirinya.
“Akhirnya,
duit sebanyak tu dibuat pelaburan untuk M.E. Jadi, nama pemegang saham terbesar
itu jatuh ke tangan anak Mursyid Ali. Tapi, anak dia membenarkan arwah papa
untuk kendalikan syarikat M.E sampailah arwah papa meninggal dunia.” Puan Sri
Jeanne terdiam agak lama. Matanya sayu memandang wajah bersih anaknya.
“Mama
tak pernah nampak muka dia dan keluarga dia langsung. Arwah papa lah yang
selalu jumpa mereka. Arwah papa kata, itulah jasa yang dia akan kenang selalu
dan tak akan pernah lupa.”
“Tapi,
Mursyid dah meninggal. Tiga bulan sebelum papa meninggal dunia. Waktu Mursyid
meninggal dunia, papa rasa sangat bersalah dan dia mahu bertanggungjawab
menjaga kebajikan insan-insan yang ditinggalkan oleh arwah Mursyid. Papa dengan
mama pun baru tahu yang balu Mursyid dan anak dia terpaksa berpindah ke kawasan
luar bandar sebab kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.”
“Papa
rasa makin bersalah. Iyalah, kalaulah anak dia tak bagi duit tu pada papa untuk
selamatkan keadaan kita semua, tentu hidup dia pun akan terjamin, walaupun
setelah ketiadaan Mursyid.”
“Oleh
sebab papa tahu dia ada sakit jantung dan kematian bila-bila sahaja boleh
memanggilnya, jadi dia sediakan ini.” Isaac menghulurkan sekeping sampul surat
besar bersaiz A4 berwarna coklat kepada Fahryil. Dengan berat hati, Fahryil
menyambut huluran itu.
“OI, Mayraa!” Tegur Nisyha, girang.
Humayraa tersenyum kelat menjadikan sahabatnya itu berasa pelik melihatkan
keadaan gadis bermata biru itu. Nisyha menyinggul bahu Humayraa.
“Kau apahal bermuram durja pada pagi
yang macam dah tak pagi dah ni? Macam kambing tertelan batu Cave pulak aku tengok,” tutur Nisyha
selamba membuatkan Humayraa cuba menahan senyuman yang mahu terukir. Mata
birunya mengerling ke arah wajah Nisyha yang masih setia menantikan bicaranya.
Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyum.
“Alhamdulillah.
Maka benarlah gerangan sahabat hamba yang satu ini sudah sihat gamaknya. Kalau
mulut tuan hamba tidak mengomel yang entahkan apa-apa, maka bukan diri tuan
hamba yang sebenarlah jawabnya. Boleh jadi itu hantu raya. Setelah melihatkan
perangai tuan hamba yang seperti seorang insan yang sentiasa dahagakan
perhatian, maka sedikit sebanyak telah menyejukkan sekeping hati hamba ini,”
ujar Humayraa seraya tertawa kecil. Pantas bahunya dicubit oleh pengawas
perempuan itu. Humayraa mengaduh perlahan.
“Sudah.
Kau tak payah nak bermadah bicara macam baca skrip drama sastera pulak. Geli
tekak aku mendengarnya. Dahlah, kau tak nak pergi rehat ke? Perut aku dah lapar
ni,” ujar Nisyha sambil menarik-narik tangan Humayraa supaya bangkit. Dengan
senyuman leret, gadis bermata biru itu pun bangun dari duduknya. Dua sahabat
itu mula melangkah keluar dari kelas.
“Hei,
Mayraa... apa cerita semalam? Aku baru tak datang satu hari, dah rindu betul
kau ek? Aku dengar basikal kau disabotaj lagi? So, macam mana kau balik semalam? Ada prince charming yang tolong hantar balik ke, cik kak? Basikal kau dah sihat ke belum?” Sambil
kaki masih membuka langkah, Nisyha menyinggul bahu Humayraa. Gadis itu
mengecilkan mata birunya memandang gadis yang memakai uniform pengawas itu.
“Haish,
kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Pandai-pandai aje kau ni. Banyaklah
kau punya prince charming. Siapa aje
yang sudi hantar aku balik melainkan...”
“Fateh
Iman, pakwe kesayangan kau kan,” belum sempat Humayraa menamatkan ayatnya,
Nisyha terlebih dahulu memintas. Gadis itu menjuirkan sedikit lidahnya seraya
tertawa kecil.
Satu
tamparan kuat hinggap di bahunya. Nisyha mengadoi. Humayraa mengerutkan muka,
menunjukkan muka masamnya. “Tak ada maknanya, Nisyha. You and he were just meant to be,” Humayraa pula yang tertawa
melihatkan reaksi Nisyha yang buat-buat muntah.
“Haish...
selisih aku dengan mamat poyo tu,” hanya itu yang diujarkan gadis beruniform
pengawas itu. Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing hanya diam
meneruskan langkah.
“By the way, Humayraa. Balik nanti kau
tunggu aku, eh. Hari ni aku balik pukul 2.30. Cikgu Izah nak buat kelas lepas
dia habis mesyuarat dengan pengetua. Aku ingatkan hari ni cikgu-cikgu ada
mesyuarat, so takde kelas.
Rupa-rupanya tak. Kau tak ada kelas, kan? Tunggu aku tau!” Pesan Nisyha
bersungguh-sungguh. Humayraa hanya tersenyum nipis sambil mengangguk beberapa
kali.
“Jadi,
Fateh ada bagitahu kau apa-apa tak masa dekat dalam kereta?” Tanya Nisyha
tiba-tiba.
“Pardon?”
“Tak,
apa yang berlaku semalam? Dia ada bagitahu kau apa-apa tak?” Nisyha mengulangi
soalannya lagi. Matanya fokus memandang ke hadapan.
“Oh,
dia cuma cakap yang dia akan uruskan basikal aku dan dia cakap hari ni dia
suruh orang hantarkan basikal aku ke sekolah. Lepas tu, dia ada cakap yang
sekarang ni dia tengah belajar bawa kereta. Dia kata, kalau dia dah ada lesen
kereta, nanti dia nak bawa...” Humayraa dan Nisyha berhenti mendadak.
Hampir-hampir sahaja mereka berlanggar dengan seorang pelajar lelaki yang baru
muncul dari satu lorong yang agak terselindung. Pandangan dua gadis itu
tertancap pada wajah yang muncul dengan tiba-tiba itu.
“Fateh?”
Lelaki itu sekadar tersengih seraya menggosok belakang tengkuknya.
“Hai,
Mayraa, Nisyha. Assalamualaikum,” sapa lelaki itu mesra. Humayraa dan Nisyha
berpandangan sesama sendiri sebelum perlahan-lahan menjawab salam suci itu.
“Waalaikumussalam,”
Humayraa
mengerling ke arah Nisyha seraya membuat isyarat mata agar segera beredar dari
situ. Seakan memahami, Nisyha kembali memandang Fateh sambil tersenyum.
“Nice to meet you here, Fateh. But, we got to
go,” ujar gadis pengawas yang fasih berbicara bahasa antarabangsa itu. Humayraa
pantas mencapai tangan sahabatnya dan tanpa menunggu lama terus melangkah pergi
meninggalkan Fateh Iman keseorangan.
‘Kenapa
dia muncul pada waktu-waktu macam ni? Waktu kitorang tengah bercakap pasal dia?
Harap-harap dia tak dengar apa yang aku cakapkan tadi,’ Humayraa berkata dalam
hati. Matanya dipejamkan sambil memaksa kaki membesarkan langkah. Fateh memang
sentiasa buat dia tak senang duduk!
“Mayraa!”
Panggilan itu membuatkan kaki mereka berdua berhenti menapak. Humayraa
menggigit bibirnya sebelum perlahan-lahan berpaling memandang Fateh yang sedang
meleretkan senyuman pembunuhnya.
“Basikal
awak dah okey. Itu basikal awak.” Tegak sahaja jari telunjuk lelaki kacukan
Belanda itu menunding ke suatu arah.
Mendengarkan
sahaja berita tentang basikal kesayangan pemberian arwah ayahnya sudah elok
kembali, serta-merta senyuman bahagia terukir di wajahnya yang putih
kemerah-merahan. Dengan muka yang teruja, pantas sahaja pandangannya dialihkan
ke arah yang ditunjukkan oleh Fateh.
Dinding.
Senyumannya
serta-merta mati. Dia terkena. Terdengarkan suara Fateh yang tertawa halus
membuatkannya menggigit perlahan bibirnya. Mukanya kemerahan menahan malu.
Nisyha yang tertawa perlahan kerana adegan tadi dijeling tajam. Pengawas
perempuan itu kembali diam dengan senyuman leret, cuba menahan gelak.
Laju
sahaja dia manapak meninggalkan tempat tersebut sambil tangannya masih lagi
kemas memegang tangan sehabatnya yang satu itu. Terasa sangat malu.
Fateh
sekadar memerhatikan dua kelibat itu semakin menghilang sambil menggeleng
perlahan. Senyuman yang bergayut di bibirnya masih lagi mekar. Terhibur
hatinya.
“Mesti
dia bengang kalau dia tahu aku memang tunggu dekat sini dari tadi,” Fateh
tertawa lagi sebelum dia mula melangkah pergi.
BAB
3
“INI wasiat daripada arwah papa.” Puan
Sri Jeanne mula bersuara melihatkan keadaan Fahryil yang hanya berdiam diri.
Perlahan tangan Puan Sri Jeanne mengambil sampul surat itu daripada pegangan
lemah anak lelakinya.
“Aril saja harapan arwah papa untuk
tunaikan hajatnya.” Sambung Puan Sri Jeanne lagi. Fahryil hanya diam membisu.
Ada rasa tidak enak timbul di benaknya.
“Kalau keluarga kita nak teraju M.E
semula, Aril kena kahwin dengan anak Mursyid seperti mana yang dah tertakluk
dalam wasiat ni,” perlahan sahaja nada suara Puan Sri Jeanne.
“No!
No!” Pintas Fahryil segera tanpa berlengah.
“Aril tak percaya. Arwah papa tak
pernah buat Aril macam ni. Arwah papa tak pernah nak atur hidup Aril. Aril tak
percaya. Lagipun, Aril akan kahwin dengan Vieya. Muktamad!” Fahryil menggeleng
laju kepalanya, cuba menafikan fakta yang diterima. Sekali lagi, Fahryil
menerima suatu kenyataan yang begitu sukar dalam hidupnya.
“Lagipun, selama ni kenapa Aril
dilayan macam keluarga kita ni peneraju M.E?” Aril menyuarakan ketidakpuasan
hatinya. Puan Sri Jeanne memegang tangan anaknya, cuba menenangkan jiwa anak
lelakinya yang sedang berkecamuk.
“Listen
to me, Fahryil. All your luxury things and ways of life are depend on your
choice. You’d got it all because you are the son of the ex-CEO. But at this
time, you’ve known the truth and it depends on your decision. You need to marry
her, by hook or by crook or else you and… ”
“I
said I wouldn’t and never will!” Ucap Fahryil keberangan, memintas
kata-kata Isaac tanpa sempat lelaki Inggeris itu menghabiskan bicaranya.
Fahryil bingkas bangun dan menuju ke arah pintu keluar.
“Aril!”
Panggilan daripada Puan Sri Jeanne menyebabkan langkahnya mati. Dia hanya diam
tidak berkutik.
“Itu
sahaja cara untuk Aril jadi CEO M.E. Aril kena kahwin dengan pemegang saham
terbesar...”
“Kenapa
tak papa je yang kahwin dengan perempuan tu dulu? Senang tak menyusahkan
sesiapa!” Fahryil terus memintas dan melangkah keluar tanpa mahu menunggu
mamanya menghabiskan percakapan terlebih dahulu.
“Aril!”
Puan Sri Jeanne keberangan. Dia benar-benar terguris. Bunyi dentuman pintu kayu
jati itu memenuhi suasana.
Isaac
dan Puan Sri Jeanne terkedu dengan keputusan Fahryil yang langsung tidak mahu
mendengar penjelasan mereka berdua.
“TERIMA KASIH,” ucap guru perempuan yang
mengajar mata pelajaran Sejarah itu lembut. Humayraa telah menawarkan
pertolongan kepadanya tatkala terserempak dengannya ketika hendak ke tingkat
empat dengan buku yang penuh di pegangan. Setelah membalas ucapan itu, Humayraa
melangkah keluar dari kelas tingkatan dua itu.
Selepas ini, guru-guru yang mengajar
kelas-kelas menengah atas terpaksa menghadiri mesyuarat mengejut yang diadakan
oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ramli. Oleh itu, Humayraa tidak begitu
tergesa-gesa untuk balik semula ke kelasnya.
Humayraa melihat ke arah langit yang
redup. Titisan-titisan air mula turun dari langit. Cuaca mulai gerimis.
Humayraa memandang sekeliling. Rasanya, ini macam kali pertama dia lalu ke
kawasan ni. Getus hatinya. Maklumlah, sejak bergelar pelajar tingkatan 5 yang
akan menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun ini, tempat-tempat yang hanya
ditujunya di sekolah hanyalah kelas, surau, tandas, bilik guru, perpustakaan
dan kantin. Kalau perlu, bilik pengawas. Itu sahaja.
Humayraa mengecilkan matanya.
Sesuatu yang berada di hujung kaki lima sana telah menarik perhatiannya.
Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang cuba untuk memanjat tembok di kaki
lima. Humayraa kini sudah berlari anak untuk mendekati pelajar perempuan
tersebut.
“Aa... awak! Apa yang awak cuba buat?
Bahaya tu!” Humayraa teragak-agak memanggil pelajar perempuan tersebut. Gadis
itu menjeling ke arah Humayraa dengan wajah yang bengis sebelum dia berusaha
untuk menyeimbangkan badannya di atas tembok tersebut sambil tangannya memegang
saluran air hujan yang berdekatan.
“Kau tak payah sibuk lah aku nak
buat apa pun! Ini bukan masalah kau aku nak mati ke nak terjun bangunan ke apa.
Pergi sana!” Garang sungguh nada suara yang dilontarkan oleh pelajar perempuan
itu.
Penghalauan itu langsung tidak
diendahkan. Humayraa menjadi tidak keruan. Dia melihat sekeliling cuba untuk
mencari idea bagaimana hendak menyuruh pelajar perempuan itu turun daripada
tembok kecil yang mula dibasahi air hujan. Tiba-tiba, pandangan Humayraa
tertancap pada sebuah kotak pensil yang tersangkut di atas saluran air di
sekitar situ. Pelajar perempuan itu juga seakan-akan mahu menuju ke arah kotak
pensil tersebut. Humayraa mula dapat menangkap situasi yang sedang berlaku
sekarang.
“Awak, hentikan semua ni! Bahaya!
Kotak pensil tu boleh beli baru, tapi nyawa tak boleh!” Tutur Humayraa
bersungguh-sungguh. Langkah berhati-hati gadis itu termati. Pantas wajah gadis
bermata biru itu ditatap dengan suatu pandangan yang sukar ditafsirkan. Riak
wajahnya jelas menampakkan bahawa dia cukup terkejut mendapat tahu bahawa
Humayraa tahu akan niat sebenarnya.
“Macam mana...” salur air itu
menjadi licin dek air hujan yang kian melencuni kawasan persekitaran. Pegangan
tangannya terlepas. Dia tergelincir.
“No!!!”
Tindakan pantas Humayraa akhirnya dapat menggapai tangan gadis itu sekali gus
menghalangnya daripada jatuh ke tingkat bawah. Mata gadis itu membulat melihat
Humayraa yang memegang kuat tangannya.
“Awak, pegang tembok ni cepat! Saya
tak boleh nak bertahan terlalu lama.” Kata-kata Humayraa membuatkan gadis itu
tersedar.
“Lepaskan aje tangan aku ni! Aku dah
penat hidup! Tak ada sesiapa yang sayangkan aku lagi dekat dunia ni!”
“No!
I will never let your hand go! ALLAH tak akan cipta hamba-Nya kalau tiada
tempat untuk dia di dunia ni! ALLAH tak kejam! Pasti ada orang yang sayang pada
awak dekat dunia ni! Pasti!” Humayraa cuba meniup kata semangat dalam lelah.
Dia sudah tidak dapat bertahan lagi. Pegangannya semakin longgar.
“Awak, tolonglah dengar cakap saya.
Ini bukan suatu jalan penyelesaian yang terbaik. Malah, ia akan jadi keputusan
yang terburuk yang pernah awak buat dalam hidup awak. Lagipun, masa tu awak
cuma boleh menyesal sahaja. Awak hidup dekat dunia ni selama berbelas tahun,
semata-mata nak sia-siakan macam ni saja ke?” Humayraa tidak berputus asa.
Dalam masa beberapa saat sahaja lagi, tangan Humayraa akan terlepas daripada
pegangannya.
Pelajar perempuan tersebut akhirnya memaut
di tepi tembok tingkat empat tersebut. Pantas sahaja Humayraa membantu
menaikkan semula pelajar perempuan itu. Akhirnya mereka berdua terduduk
kelelahan di atas kaki lima di hadapan stor lama. Gadis itu tertunduk.
Perlahan-lahan, air mata mula menitis di pipinya.
“Hey,
what’s wrong?” Humayraa cuba memujuk dengan memegang bahu pelajar perempuan
itu. Dengan lemah, sentuhan tersebut ditepis. Humayraa terdiam.
“Err... maafkan saya. Nama saya
Humayraa Nur Syahlaa. Awak?” Gerimis kini bertukar menjadi hujan renyai-renyai.
Humayraa tersenyum nipis.
“Aku kenal kau. Aku malu kau tolong
selamatkan aku sebab aku buat salah pada kau. Dulu, aku pernah join budak-budak lain buli kau. Aku...”
tanpa mengangkat pandangan, gadis itu bersuara.
“Minta maaf,” sambungnya setelah
terdiam agak lama. Pantas tubuhnya dipeluk oleh Humayraa. Terdengar esakan
halus merajai suasana.
“Dan sekarang, barulah aku tahu
macam mana peritnya kena buli.”
Humayraa melepaskan pelukan. “Err...
nama?” Tidak terdapat lencana sekolah dan tanda nama pada tudung putih gadis
itu.
Pelajar perempuan itu pantas menyeka
air mata yang mengalir di pipinya. “Affina. Affina Farisya,”
“Fina,
there’s no school with no bully,” Humayraa tersenyum manis.
“Awak kenapa sebenarnya, Fina?
Panjat situ tu bahaya tau. Dahlah tengah gerimis pulak tu.” Humayraa tidak
dapat menghalang dirinya daripada meluahkan rasa gusar di hati.
“Itu, kotak pensil adik aku.
Kitorang akan guna secara bergilir-gilir sebab... tak ada duit. Mak dah takde.
Ayah dah lari. Tapi, diorang campak kotak pensil tu ke situ sebab aku tak bawak
makanan untuk ketua. Diorang tahu aku susah, tapi diorang sengaja.” Affina
mengeluh halus. Humayraa mengetap bibirnya.
“Saya tak tahu macam mana nak tolong
awak, tapi...” Humayraa mengeluarkan duit yang ada dari dalam poket bajunya.
“Awak beli baru guna duit yang ada
ni,” tangannya menggengam tangan Affina. Genggaman itu terasa begitu kejap.
“Anggap itu sebagai hadiah dari saya
untuk awak dan adik awak. Awak kena ingat selalu yang nyawa tu sangat berharga.
Awak masih ada adik awak, keluarga awak dunia akhirat. Saya pernah terselamat
di saat-saat genting ketika saya masih dalam kandungan. Diselamatkan daripada
ambang maut membuatkan saya sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang
untuk hidup. Walaupun setiap manusia di muka bummi ini menginginkan hidup yang
senang-lenang dan bahagia, tapi di Palestin, di Syria, mereka terpaksa tolak
tepi rasa tu. Mereka lebih memilih untuk
bahagia di akhirat daripada di dunia.” Humayraa tersenyum manis. Kata-kata itu
membuatkan Affina terdiam.
“Fina, saya pergi dulu. Seronok
dapat kenal dengan awak.” Humayraa bingkas bangun dan beredar pergi
meninggalkan Affina keseorangan tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
Affina terkedu mendengar kata-kata
Humayraa. Dia hanya menghantar gadis bermata biru itu melalui pandangan mata
sahaja tanpa tergerak untuk mengejarnya. Affina terasa sesuatu, jauh di dasar hatinya.
Pantas sahaja dia membuka genggaman tangannya.
Sekeping not RM50.
“ERR... ALIA,” Humayraa mendekati meja
Alia. Dia melakarkan senyuman yang agak sumbing. Alia sekadar menjongketkan
sebelah keningnya.
“Duit kelas dengan duit buku Bio
saya bayar esok boleh tak? Maaflah, masalah kegawatan ekonomi,” Humayraa
menggosok-gosok belakang kepalanya. Alia selaku bendahari kelas hanya mampu
menggelengkan kepalanya sahaja.
“Yelah, yelah. Humayraa, Humayraa.
Awak sorang aje yang belum lagi settlekan
semua bayaran. Rasanya saya dah banyak kali ingatkan. Hmm... tapi kalau saya
paksa awak untuk bayar sekarang pun, duitnya tak ada kan? Pastikan esok awak
bayar ye, Humayraa.” Ujar gadis berkaca mata itu. Ada nada sindiran terselit
dalam tutur bicaranya. Humayraa hanya mampu tersenyum kelat sebelum beredar ke
tempat duduknya semula.
“Kalau awak nak saya bayarkan pun
tak apa, Mayraa.” Tiba-tiba terdengar seseorang berbisik perlahan. Pantas
Humayraa mencari punca suara itu. Fateh! Fateh tersenyum.
Humayraa menggeleng seraya tersenyum
manis. Tangannya menunjukkan isyarat halau kepada Fateh Iman. Lelaki itu hanya
tersengih. Sempat juga dia membalas senyuman Humayraa sebelum melangkah keluar
dari kelas.
FAHRYIL DANIAL
melangkah keluar dari bilik tersebut dengan hati yang panas dan terbakar.
Berang sungguh dia apabila ada orang cuba mengatur rentak hidupnya. Dia bukan
lagi kanak-kanak kecil yang hingusan! Hatinya membentak keras. Fahryil kini
sudah melangkah keluar daripada bangunan mewah Miracle Empire Berhad. Dia
berdiri tegak di hadapan ruang masuk utama. Lama.
Hatinya menjadi bertambah panas.
Mana pulak hilangnya Pak Tam ni? Dah lama aku berdiri dekat sini. Kenapa tak
datang-datang jemput aku lagi? Nak kena pecat ke apa? Hatinya mula merungut.
Dia menoleh kiri dan kanan cuba mencari kelibat kereta mewah jenama BMW
berwarna hitam yang selalu dipandu oleh Pak Tam, pemandu keluarga mereka.
Fahryil mengeluarkan telefon
pintarnya daripada poket seluar. Tangannya menari pantas di atas skrin telefon
mewah berjenama VERTU itu. Segera teknologi canggih itu diletakkan di
telinganya.
“Hello, Assalamualaikum. Pak Tam.”
Sapanya pantas setelah talian berjawab. Pak Tam di hujung talian membalas salam
suci itu.
“Pak Tam dekat mana ni? Saya dah
penat tunggu dekat depan ni tahu tak! Dahlah gerimis sekarang ni,” Fahryil mula
menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Dadanya berombak kencang, cuba menahan
amarah yang kian meluap-luap.
“Maaf, Pak Tam dah tak boleh nak
jemput Aril lagi.” Kata-kata di hujung talian seakan menyentak seluruh jantung
Fahryil. Lelaki itu terdiam. Seakan terasa pipinya ditampar kuat.
“Apa yang Pak Tam cakap ni?” Fahryil
sudah tergeleng-geleng tidak percaya.
“Maaf, Aril. Pak Tam hanya bekerja
sebagai pemandu peribadi CEO M.E sahaja. Aril bukan CEO. Jadi, Pak Tam bukan
pekerja Aril.” Jelas Pak Tam dengan tenang di hujung talian. Belum sempat
Fahryil bersuara, Pak Tam sudah mematikan panggilan. Fahryil memandang skrin
kosong itu dengan wajah yang tidak percaya.
“What
the...?” Fahryil akhirnya bersuara separuh menjerit. Dia berasa tertekan.
Sangat tertekan.
Pandangannya ditalakan ke dalam
bangunan megah Miracle Empire Berhad. Lelaki itu mencebik sebelum beredar ke
jalan utama. Gerimis yang renyai-renyai langsung tidak dapat menyejukkan hati
Fahryil yang sedang hangat terbakar.
Fahryil memasuki ke dalam bangunan
Maybank yang dilaluinya. Pantas sahaja dia mengeluarkan kad bank tersebut untuk
dimasukkan ke dalam mesin ATM. Hmm... ingat aku tak boleh hidup ke kalau
sekadar tak ada driver? Hatinya
menyindir sinis.
Fahryil terdiam. Akaun banknya sudah
diblock. Lama matanya tidak berkelip
memandang apa yang terpapar pada skrin mesin itu. Dada Fahryil mula berdebar.
Dia mengeluarkan kad-kad bank yang lain yang terdapat di dalam dompetnya.
Kesemua kad bank yang ada dimasukkan satu persatu sehingga habis. Kesemuanya
membuahkan hasil yang sama. Hampa. Dada Fahryil mula sebak. Dia tidak pernah
rasa payah dan tahu betapa berharganya nilai duit seperti sekarang. Fahryil
menelan liur yang terasa begitu perit seperti kerikil-kerikil yang tajam di
kerongkongnya. Dia melihat isi dompetnya. Hanya terdapat dua keping not RM100.
Fahryil menghela sedikit nafas lega melihat jumlah duit yang masih ada di
tangannya. Sekurang-kurangnya, ia mungkin akan bertahan dalam masa beberapa
hari jika dia pandai berjimat. Persoalannya kini, pandaikah dia berjimat?
Lelaki itu melangkah keluar daripada
bangunan Maybank tersebut. Dia mengambil laluan di lorong pejalan kaki yang
tersedia. Jemarinya pantas menekan-nekan punat tertentu di skrin telefon
pintarnya. Fahryil mula berhenti melangkah lalu melabuhkan punggungnya pada
bangku kayu yang terdapat berdekatan kawasan air terjun di sekitar situ.
Telefonnya dibawa ke telinga. Please, Vieya. Answer my call. Fahryil
mengetap bibirnya. panggilannya tidak berjawab. Fahryil membuat panggilan
sekali lagi.
“Please,
honey. Answer my call. Please answer it.” Fahryil berbisik sendirian. Talian tidak berjawab sekali lagi. Fahryil
mengeluh kasar. Tidak semena-mena, Fahryil menerima satu mesej. Daripada
Juvieya Aima. Pantas sahaja Fahryil membaca mesej yang masuk tanpa menunggu
terlalu lama.
“What’s
wrong, honey? I’m in Italy right now. I’m sleepy and deathly tired. The
schedules are so pack! I need to rest. So sorry. Will call you next time,”
mesej itu betul-betul menghampakan Fahryil. Fahryil merenung kosong skrin itu.
Dia kini begitu memerlukan seseorang untuk mendengar segala luahan hatinya. Dia
perlukan seseorang untuk mendengar segala masalahnya namun, ternyata ‘orang’
itu tidak dapat meluangkan sedikit masa yang diperlukan untuknya.
“Please,
Vieya. It’s about our future.” Fahryil memegang erat telefon pintarnya
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Dia tertunduk. Kepalanya terasa
pening. Otaknya berserabut dengan pelbagai perkara yang mula muncul satu demi
satu di kotak fikiran. Fahryil memgang kepalanya. Dadanya berombak. Kahwin?
“Argh!
Damn!” Fahryil menahan rasa geramnya.
Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati di situ namun dia tidak dapat berbuat demikian
kerana itu merupakan tempat awam. Fahryil sekadar menggenggam buku limanya,
cuba menahan rasa marah yang menggelegak di hati.
“Danny,
sayang. You sayangkan I tak?” Pertanyaan Juvieya suatu masa
dahulu menggamit kenangan. Fahryil merangkul kemas bahu gadis model itu.
“I love you so much till I don’t know how to
say it.” Ubun-ubun kepala Juvieya dikucup penuh kasih.
“Promise me that you will not two-timing me,”
Juvieya masih lagi belum berpuas hati. Dia mengangkat pandangan cuba mencari
mata Fahryil yang ditutupi rambut hadapannya. Juvieya menguak sedikit rambut
hadapan Fahryil ke belakang. Fahryil memegang tangan yang putih melepak itu.
Tangan itu dibawa ke bibirnya.
“Promise,”
Hujan
yang turun semakin lebat menyedarkan Fahryil dari lamunannya. Fahryil segera
bingkas dan berlari anak ke pondok bas untuk menunggu bas sambil berteduh
daripada air hujan. Dia terpaksa pulang ke rumahnya dengan menaiki bas sahaja.
HUMAYRAA
duduk di pondok bacaan itu seorang diri sambil khusyuk mengulang kaji mata pelajaran
Sejarah. Gadis bermata biru itu hanya keseorangan tanpa Nisyha yang sibuk
menghadiri kelas Prinsip Perakaunan. Sesekali, kepala Humayraa terangguk-angguk
faham dengan apa yang dibacanya.
Seorang
pelajar perempuan menghampiri pondok bacaan itu. “Akak, ada abang pengawas
kirim salam,” beritahu gadis itu membuatkan Humayraa mengangkat pandangan
dengan wajah yang agak terpinga-pinga.
“Oh?
O... okey. Terima kasih,” balas gadis bermata biru itu dengan menjawab salam
yang dikirimkan padanya itu di dalam hati. Pelajar perempuan itu mula menapak
pergi, dihantar dengan pandangan mata. Jelas wajah Humayraa kebingungan.
Malas
untuk mengambil tahu lebih lanjut tentang hal itu, Humayraa kembali menyambung
pembacaannya. Tangannya turut menari di atas buku notanya untuk mencatat
isi-isi penting yang perlu diberi penekanan yang lebih.
“Assalamualaikum,
kak.” Salam suci itu dijawab seraya pandangannya diangkat, cuba melihat wajah
si pemberi salam. Humayraa cuba mengecam wajah budak lelaki yang berusia
lingkungan 13 hingga 14 tahun itu namun gagal.
“Akak,
ketua pelajar kirim salam dekat akak. Dia pesan suruh belajar rajin-rajin,”
ujar pelajar lelaki itu dengan wajah yang polos. Sekali lagi Humayraa
terpinga-pinga.
“Oh,
okey. Terima kasih,” balas gadis bermata biru itu sambil menjawab salam di
dalam hatinya. Senyuman dilemparkan kepada pelajar lelaki itu sebelum dia mula
melangkah pergi.
Ketua
pelajar? Humayraa cuba mengingat kembali siapakah gerangan ketua pelajar itu.
Akhirnya, bibirnya mengulas senyuman nipis. Sudah dapat mengagak siapakah
orangnya.
Gadis
itu kembali menyambung ulang kajinya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lembut
membelai tubuhnya. Humayraa cuba menumpukan perhatiannya pada pembacaan. Namun,
kali ini telinganya lebih peka menangkap bunyi seseorang yang semakin
menghampiri. Humayraa mengangkat wajahnya, melihat gerangan yang menapak
mendekati pondok bacaan itu. Seorang pelajar perempuan yang dia tidak kenali.
“Akak,
ada orang kirim salam,” Humayraa cuba menyembunyikan senyumannya.
“Terima
kasih, ya.” Ujar gadis bermata biru itu kemudiannya. Dia sekadar menghantar
pemergian pelajar perempuan itu menerusi pandangan mata sahaja. Masih tidak
mahu berganjak dari tempat duduknya.
Tanpa
menunggu lama, Humayraa mengeluarkan kertas warna yang dibawanya bersama lalu
mula menulis nota ringkas tentang topik yang dipelajarinya sebentar tadi.
Sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini,
Humayraa tidka mahu waktunya terluang dengan sia-sia.
“Akak,”
terdengar suara seorang perempuan menegurnya. Humayraa berhenti menulis,
pandangannya diangkat untuk melihat wajah orang yang menegurnya itu. Seorang
lagi pelajar perempuan yang dia tidak kenal tetapi kali ini, pelajar itu
merupakan seorang pengawas. Humayraa tersenyum memandang wajah pengawas perempuan
itu.
“Ketua
pengawas kirim salam,” sekali lagi? Humayraa tertawa kecil sambil menggeleng
perlahan. Matanya kembali menatap wajah pengawas itu.
“Terima
kasih, ya. Kesian awak kena buli,” kali ini Humayraa menambah sedikit bicaranya
tidak seperti sebelum ini. Pengawas perempuan yang berusia lebih muda
daripadanya itu tersengih sebelum berlalu pergi.
“Memang
nak kena betul Fateh ni,” Humayraa berbisik sendirian. Kepalanya menggeleng
kecil sebelum kembali menyambung menyiapkan nota ringkasnya. Belum sempat gadis
bermata biru itu menulis sepotong ayat lengkap, datang lagi seorang pelajar
mengunjunginya.
Humayraa
hanya memerhati pelajar lelaki yang mungkin baru tingkatan satu kerana mengikut
saiz badannya yang kecil itu datang menghampiri pondok bacaan yang didudukinya.
“Akak,
akak. Ada abang pengawas kirim salam dekat akak. Dia kata akak cantik,”
beritahu pelajar lelaki itu malu-malu. Humayraa tertawa kecil.
“Okey,
dik. Terima kasih. Ermm… boleh tak akak tahu abang pengawas tu dekat mana, ye?”
Tanya Humayraa pula. Ada idea nakal yang muncul dalam kotak fikirannya.
“Dekat
situ!” Lurus sahaja jari telunjuk budak lelaki itu menunjuk ke suatu arah.
Pandangan mata Humayraa menyoroti telunjuk pelajar itu. Tingkat dua di blok
belakang. Bibirnya terukir senyuman nipis.
“Terima
kasih, ye.” Gadis itu tersenyum manis. Senyumannya dibalas sebelum pelajar
lelaki itu mula melangkah meninggalkan Humayraa seorang diri.
Tanpa
menunggu lama, gadis bermata biru itu mula berjalan perlahan-lahan menuju ke
arah yang dituju. Kelihatan susuk belakang badan seseorang sedang bercakap
sesuatu dengan seorang pelajar berusia lingkungan tingkatan satu dan dua.
Humayraa menyembunyikan senyumannya.
“Ehem...”
gadis bermata biru itu berdehem sekali.
Fateh
tersentak. Dia menelan liurnya. Kenal benar dengan suara itu. Perlahan-lahan
lelaki kacukan Belanda itu menoleh ke arah punca bunyi tersebut. Pelajar yang
turut ada di situ segera beredar pergi. Kelihatan seorang gadis berkulit putih
kemerah-merahan sedang bercekak pinggang dengan kening yang terjongket sebelah.
“Macam
ada orang yang nak kena, kan?” Ujar Humayraa dengan senyum senget. Fateh
tertawa kecil, cuba menghilangkan rasa terkejutnya.
“Nak
kena apa pulak ni? Siapa?” Fateh cuba berdalih, berlagak seperti tidak tahu
apa-apa. Matanya melihat sekeliling.
“Fateh,
awak suruh budak kirimkan salam awak tu dekat saya, kan?” Tanya Humayraa terus.
Fateh mengangguk.
“Ya,”
tanpa rasa bersalah, pengawas lelaki itu mengiyakan.
“Awak
memang sengaja nak kacau saya, kan?” Tanya Humayraa lagi, dengan nada yang
lebih tegas. Dia mengetap bibirnya. Memang tak pernah aman kalau bersama lelaki
kacukan Belanda itu. Ada sahaja idea nakal lelaki itu untuk mengenakannya.
“Tu
bukan nak kacaulah, Humayraa. Itu namanya… kirim salam.” Fateh tergelak kecil
dengan selorohnya. Humayraa semakin mengetapkan bibir merah jambunya itu.
Terkena lagi.
“Awak
nak suruh satu sekolah jadi postman
hantarkan salam awak tu?” Humayraa masih lagi belum berhenti bertanya. Fateh
Iman meleretkan senyuman menggoda sambil menggeleng kecil.
“Taklah.
Bukannya satu sekolah pun. Awak ingat awak tu apa? Anak Bill Gates ke sampaikan
saya nak suruh satu sekolah kirimkan salam saya dekat awak. Duit belanja saya
tak cukup nak upah diorang semua. Seorang aje dah lima ringgit. Jadi, hari ni
saya cuma mampu nak upah sepuluh orang aje. Itu pun, tak sempat yang keenam,
awak dah datang.” Fateh Iman tertawa di hujung ayatnya membuatkan Humayraa
semakin geram dengan keselambaan lelaki itu menjawab tanpa sedikit pun rasa
bersalah.
“Awak
tak rasa benda tu sweet ke? Boleh
masukkan dalam novel tau,” Fateh bergurau selamba.
“Banyaklah!”
Humayraa menjerit bengang. Terasa malu dengan apa yang diujar lelaki itu.
Mukanya kemerah-merahan. Fateh tertawa melihat sikap lurus Humayraa. Hatinya
terhibur melayan karenah Humayraa yang telus, tulus dan lurus.
“Erm...
Humayraa, esok lepas sekolah, awak singgahlah dewan sekejap tengok saya,” Fateh
memberi undangan kepada gadis berwajah Arab itu. Dahi Humayraa berkerut
sedikit. Tidak mengerti dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh ketua pengawas di
hadapannya itu. Fateh tertawa lagi sebelum cepat-cepat beredar tanpa menunggu
kata Humayraa.
Pandangan
gadis bermata biru itu sekadar menyoroti langkah Fateh yang semakin jauh
meninggalkannya. Sedikit pun dia tidak terniat untuk mengejar lelaki itu. Esok
lepas sekolah? Ada apa dengan dia? Soalan itu sekadar terawang di dalam hatinya
sahaja tanpa mahu diluahkan.
#Check out my list of entry
Labels: Clumsy Girl For Me, Ingenuous Love